Badai dan gelombang samada mainan pembangkang atau dalaman UMNO sendiri nampaknya sudah reda dengan isu meminta Najib berundur. Malahan PENAWAR melalui Tan Sri Aziz Shamsudin telah menafikan sekeras-kerasnya. “Ini semua mengarut, saya tidak pernah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan.” - Tan Sri Aziz Shamsuddin.
Berita berita penafian seperti ini sememangnya mengecewakan pembangkang tetapi bukan bererti mereka terus berdiam dan tidak pula mengusahakan sesuatu yang lain selepas ini.
Pembangkang dengan Mustaffa Ali dari PAS yang serba tahu pun sudah banyak kali tembak angin tetapi nampaknya belum kena sasaran dan tidak melatahkan pihak2 di dalam UMNO.
Kesimpulannya isu meminta Najib berundur sudah tamat, selesai kerana dari dalam UMNO sendiri tidak ada pihak yang sanggup bersuara, mereka lebih sayangkan periuk nasi mereka, lebih sayangkan Najib dari UMNO itu sendiri. Bagi mereka dengan kerja kuat yang ditunjukkan oleh Najib, dari RTM dengan propaganda 1Malaysia dan Media Prima yang membalun pembangkang saban masa, adalah mustahil UMNO akan tewas di PRU13 nanti.
Dengan tamatnya isu meminta Najib berundur ianya juga satu lesen untuk Najib meneruskan kepimpinan dan adalah menjadi satu dosa agaknya kalau Najib sendiri terfikir untuk meletak jawatan? Dalam lain perkataan 'berundur dan meletak jawatan' dalam masa terdekat langsung tidak ada dalam kotak fikiran Najib.
Jika UMNO telah menerima ketetapan itu atas dasar tidak ada sesiapa lagi yang lebih baik dan terbaik dari Najib untuk memimpin UMNO dan Negara bererti itu jugalah kekuatan yang ada. Kekuatan yang setakat ada hari ini untuk dibawa sampai ke PRU13. UMNO merasa kekuatan ini sudah cukup sebagai bekalan PRU13? Tidak perlu ada perubahan drastik dalam kepimpinan UMNO?
Najib juga tidak terlihat mampu membawa apa2 lagi agenda yang menambah kekuatan sekadar bertahan mengurangkan silap dan salah selain mengumumkan beberapa lagi projek mega ala Paklah. Saolan pokok apakah itu mengutamakan Melayu dan Islam tidak pula jelas...
Itu saja menu yang ada pada UMNO, kalau rasa sedap - tunggu, kalau tidak - belah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNTUK JOHORIAN SAHAJA
👌 Duduk sembang buat duit Idea baru - Kongsi ilmu - Kongsi sistem - Auto pilot - Kongsi strategi *✅Lebih baik dari investment *✅Lebih bai...
-
Setakat ini SHAFEE ABDULLAH belum lagi membuat pernyataan rasmi atau penafian apabila namanya dikaitkan dengan penerimaan 9.5J oleh SR. S...
-
Tun Dr Mahathir menzahirkan pandangannya BRIM adalah rasuah dan mengerjakan haji menggunakan wang 1MDB tidak menepati haji yang mabrur buka...
No comments:
Post a Comment