Saturday, March 31, 2012

Betul ke PAS Kelantan sokong Anwar..

Komen di blog pro pembangkang: Datuk Sri Anwar Ibrahim menunjukan keretanya  yg kemek dilontar dgn objek keras sewaktu dalam perjalanan ke Padang Perdana Kota Bharu untuk berceramah sempena Solat Hajat 'Putrajaya Bermula Di Sini'.

Angkara siapa ?????? tentunya angkara mereka2 yang bimbang akan kehilangan kuasa pada PRU 13 nanti.Diajak bersemuka menikus,hanya berani berselindung disebalik bayang2 yang penuh fitnah dan tindakan tidak bermoral.Amat memalukan !!!!!!!!!


Kita pun simpati, Kesiannnnnnnnnnnnnnn sungguh anwar, tak sangka di Kelantan pun dah ramai yang tak suka dia. Betul ke PAS Kelantan sokong Anwar???

Najib pun boleh jamin masuk syurga..

Seorang ahli PAS yang telah dijamin masuk syurga oleh Nik Aziz dalam peerjalanan menuju ke Syurga, sampai sahaja dipintu syurga dia dikehendaki mendaftar diri dengan menyemak buku pendaftaran samada namanya tersenarai atau tidak. Sudah hampir beberapa jam puas dibeleknya tetapi namanya tidak tercatat. Lalu dengan berani dia bertanyakan Malaikat yang ada di situ.

Malaikat yang bertugas dengan sekali semak sahaja telah memberi jawapan, sah dia tidak tersenarai.
Ahli PAS tidak berpuashati kerana dia telah dimaklumkan oleh Nik Aziz yang menjaminnya masuk syurga.

Jawab Malaikat: Kalau Nik Aziz dibolehkan menjaminnya masuk syurga jika bermusuh dengan UMNO maka Najib juga boleh menjamin perkara yang sama kepada ahli UMNO jika bermusuh dengan PAS.
Ahli PAS tersebut makin pening kepala dan muram.

Kata Malaikat lagi, awak juga tidak layak masuk Syurga sebab terjatuh kerana sedang memasang bendera kapir.

Ahli PAS????????!!!!!!!!!!!!

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka
2 orang khawarij meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika sedang menggantung bendera PAS dan DAP.


# Soal syurga dan neraka bukanlah milik manusia wajar tidak menjanjikan sesuatu hatta orang yang menjaminnya pun belum tentu masuk syurga.



Tindakan Nik Aziz baru2 ini akhirnya mendapat respons dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyelar PAS masih tidak serik menyalahgunakan kuasa Allah dengan memberi jaminan setiap Pengundi yang memangkah PAS bakal dianugerahkan Syurga.

Beliau antara lain menjelaskan, tidak ada disebut Allah swt berkaitan janjiNya kepada mana2 hambaNya bakal dipilih ke syurga jika memilih mana2 parti politik melainkan setiap Umat Islam beriman dan bertaqwa kepada Maha Pencipta.

PAS seolah2 memberi jaminan tersebut tanpa merujuk terhadap pengundi yang bakal memilih mereka. Adakah pengundi yang tidak melaksanakan Rukun Islam itu dijamin terus ke Syurga hanya kerana mengundi PAS?

PAS tidak boleh terlalu yakin akan perjuangan syiar Islam mereka kerana bersekongkol dengan sebuah Parti yang bukan sahaja tidak menerima sebarang Sistem Perundangan Syariat Islam, malah menjadi penghalang serta penentang kuat Sistem tersebut.

 Malah PAS sanggup menerima Prinsip Perjuangan DAP yang sudah pasti tiada ruang untuk melaksanakan sistem tersebut.

Teguran Jamil Khir ini bukan memberi ruang kepada setiap Umat Islam agar tidak lagi terpengaruh dengan janji tersebut. Nik Aziz sebelum ini telah menjelaskan akan tetap mempertahankan akan terus berkempen dengan menjanjikan Syurga kepada setiap pengundi yang memangkah parti tersebut pada PRU13.

Malah lebih dari itu, beliau turut mengemaskini fatwa beliau dengan menjelaskan bahawa mengundi setiap Gabungan Pakatan Pembangkang iaitu PKR dan DAP turut dijamin beliau akan ke Syurga pada hari perhitungan di akhirat nanti. KLIK DI SINI untuk kenyataan penuh beliau.

Friday, March 30, 2012

Kalau bukan Tuannya, kenapa tawarkan yang palsu..

Kalau orang Melayu dan Islam nak  rasa 'kencing babi' seperti di Pulau Pinang, sila pilih Pakatan Pembangkang.

PAS hanya boleh dipilih jika mampu menerajui Pembangkang, jika sekadar mahu jadi lembu dicucuk hidung dan menjanjikan syurga palsu. Minta maaf.

Siapa yang kata ni?

Thursday, March 29, 2012

Wajah bakal MB Johor ..

Seperti yang diramalkan ramai Johor kubu kuat BN/UMNO kekal selamat dengan syarat Ghani Othman berundur. siapa pengganti, antaranya Jais Sarday... Ada sesiapa yang meragui kebolehan dan kelayakkannya?


Tuan Hj Md Jais Sarday merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Johor bagi sessi 2008 - 2012. Disamping itu juga beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Mahkota di daerah Kluang.



Rakyat Johor Masih Waras Untuk Ditipu Pembangkang- Jais Sarday


Ketua UMNO Bahagian Kluang, YB Haji Md Jais Sarday mengingatkan pembangkang agar berhenti menjadi saudagar mimpi menipu rakyat untuk merampas Johor.
“Johor bukan sahaja kubu kuat UMNO dan BN, malah kita akan merampas kembali semua kerusi yang kalah pada pilihan raya 2008,” tegasnya.
Menurut beliau, rakyat di negeri ini belum lagi terlepas pandang terhadap pentadbiran haru biru pembangkang di beberapa buah negeri termasuk kegagalan mereka menunaikan pelbagai janji.
Malah katanya lagi kegagalan wakil rakyat pembangkang di Johor berkhidmat untuk rakyat akan dihukum pada pilihanraya umum akan datang.
“Orang Johor terutama pengundi di sini masih waras. Kalau pembangkang mahu teruskan siri pembohongan rakyat mereka di sini, kita yakin pembangkang akan menerima padah.
“Tiada orang untuk parti yang suka bermain politik perkauman sempit di sini” ujarnya.
Beliau seterusnya menjelaskan, sikap pembangkang yang tidak peka dengan sensitiviti kaum menyebabkan masyarakat semakin muak.
“Pergolakan demi pergolakan yang berlaku di dalam parti pembangkang juga menyebabkan masyarakat dapat melihat bahawa hanya BN yang mampu menerajui pucuk pimpinan negara”, ujarnya.
Sehubungan itu, beliau amat yakin bahawa pilihan raya akan datang, UMNO dan BN mampu terus berdiri teguh malah di Johor sendiri akan terus dikuasai oleh BN.
Ketika diminta mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang akan datang, beliau berkata, BN mampu mengekalkan kemenangannya.
“Pembangkang boleh tabur pelbagai fitnah tapi seperti yang saya nyatakan tadi pengundi negeri ini khusunya di Tenang masih lagi waras,” katanya. -MediaUMNO

Sunday, March 25, 2012

Undi kaum cina masih memihak pembangkang

Dari sumber terdekat: Mesyuarat Agung semua cawangan dan sayap UMNO seluruh Malaysia akan berjalan antara 1hb April 2012 hingga 15hb Mei 2012 dan diikuti dengan Messyuarat Agung Bahagian Julai hingga Ogos dan Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pada November 2012.

Dari perkiraan di atas PRU13 sudah hampir pasti pada Mei atau Jun 2012 dan jika tidak berlaku, Disember 2012 atau sejurus selepas PAU adalah pilihan yang lebih baik.


Sumber juga memaklumkan dari pertemuan PM dengan Perhubungan UMNO Negeri dalam roadtournya, Najib menzahirkan undian dari kaum India sudah agak pasti kepada BN tetapi dari kaum Cina tidak banyak berubah, mereka masih memilih Pembangkang. Manakala undi Melayu pada UMNO dakam keadaan lebih baik dari 2008.

PRU13 dijangka dapat menarik sebahagian undi dari ahli PAS yang sebelum ini tidak pernah mengundi UMNO - ini merupakan undi protes ahli PAS kepada sikap kepimpinan PAS sekarang yang bersekongkol dengan golongan yang dilaknat Allah.

Apa yang pasti dalam sesetengah kawasan masalah selepas pemilihan calon adalah lebih rumit dan berada dalam kedudukan pecah belah yang boleh merosakkan undi kepada UMNO dari pihak yang tidak terpilih dan bukanlah kekuatan Pembangkang yang terlalu dirisaukan.

Saturday, March 24, 2012

Pembangkang cemas, panas bontot - kuasa dah hampir hilang

TELOK KEMANG 24 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dekat dan yakin Barisan Nasional (BN) akan terus memegang tampuk pemerintahan negara.


Katanya, keyakinan itu berasaskan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

''Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan 70 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, dekat sini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Friday, March 23, 2012

Melayu DAP...

Segelintir Melayu dalam kedudukan terpinggir dan amat kecewa mengambil sikap masuk DAP untuk memperjuangkan hak orang Melayu dengan lebih baik kerana dikatakan UMNO gagal??!!

Mereka terjun ke lubang najis untuk membersihkannya dari dalam???

Agaknya inilah dinamakan sifir israel..

Apakah mereka sedang bermimpi untuk dicalonkan wakil rakyat Melayu untuk DAP bagi tujuan mengacau dan menumpaskan beberpa pemimpin UMNO setelah dikatakan DANA bukan satu masalah besar atau mimpi yang lebih besar menjadi Menteri. MB atau PM mewakili DAP dengan kepercayaan Pembangkang mampu ke Putrajaya?

Di Pekan Pahang sendiri sudah muncul Melayu ini...

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...