Thursday, December 26, 2013

umum dulu, kaji kemudian..

di luar negara, najib pernah melahirkan rasa jengkelnya terhadap kritikan-kritikan yang dilemparkan ke atas kerajaannya dalam menguruskan negara oleh mana-mana pihak seperti pembangkang dan pengkritik2 yg tidak pernah jemu mencari kesilapan dan kesalahannya. katanya lagi, mereka hanya pandai mengkritik tanpa ada syor pilihan alternatif untuk menyelesaikannya.

apakah najib betul2 mahu mendengar? atau dia sekadar bermanis mulut seperti selalunya....

apapula nanti kerja penasihat2 mahalnya kalau semua benda nak ditunjuk ajar, bukankah mereka sepatutnya sentiasa mempunyai otak di atas kepala, takkan nak makan gaji buta dengan nasihat longkang dan mengharap ada org betulkan pula.

kalau pembangkang atau pengkritik mula tunjuk ajar kpd kerajaann yg memerintah adalah lebih baik kerajaan yang dipercayai, dipilih secara demokrasi menginsafi ketidakmampuannya, bubar atau najib berundur.

dalam banyak perkara, fungsi parlimen dalam mentadbir negara dilihat langsung tak ada, ia sekadar meluluskan akta tetapi dari segi perlaksanaan kpd sesuatu yg penting melibatkan kepentingan rakyat tidak dirujuk, dibahas dan ditentukan.

pembangkang menggunakan saluran media untuk menyalak dan kerajaan juga membalas salakan - rakyat melihat dan mendengar salakan mereka - anjing kurap, serigala lapar.

pengatasian kerajaan dalam sesuatu perkara dan isu lebih kpd 'nak menunjuk' dari hakikat sebenar untuk selesaikan di akar umbi, penubuhan 'makmal harga' adalah antara contoh penubuhan demi penubuhan seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg najib lakukan sebagai 'kulit' untuk mengatasi isu-isu berbangkit.

kenapa kenaikan sesuatu harga berkepentingan umum tidak dibuat kajian oleh pihak terbabit yg terlibat secara langsung sebelum diumumkan, bukankah mereka yg lebih arif - kenapa pula kajian dilakukan oleh mereka yg diluar bidang dan selepas pengumuman.

kenaikan tinggi, mendadak, membuta tuli, berlagak pandai, sombong nak mampuih pernah berlaku di era paklah hasil idea penasihatnya, najib menjejak....

kerajaan langit najib

kerajaan najib - bukanlah kerajaan yg lebih baik dari kerajaan era paklah, cuma bezanya kelebihan najib dia tidak tertidor, tetapi persamaannya 'mereka' tetap tidak mendengar rintihan rakyat terutama orang melayu. paklah tersungkur gara2 punahsihat, najib pun sdg dalam proses, tak lama.....

umat Islam bukan sahaja disukarkan untuk bersatu kerana gelojoh politik umno dan pas kini ditambah pula dengan isu 'syiah' yg dipolitikkan - jalan penyatuan hampir mustahil.

ketika pas menolak penyatuan atas nama bangsa, kaum cina dan india sdg menguatkan diri dengan sentimen perkauman. mereka sekarang king of perkauman, melayu jadi bacul, bisu, penakut dan hamba....tak lama....

melayu bersatu atas nama dan mimpi... tertipu dng merasakan negeri ini kekal milik mereka selamanya...tertipu dengan pemimpin umno dan pas yg bersumpah palsu  'menjaga' Islam dan Melayu...

kelantan di bawah MB baru berjaya menjauhkan diri dari gelagat buruk politik nik aziz mungkin akan berhadapan dengan 'situasi' yg sama seperti arwah ustaz azizan mentadbir kedah. Ditikam kawan sendiri...cuma mungkin bukan dari kalangan exco, sebaliknya dari musang berbulu ayam yg terlepas jawatan.

MB kelantan wajar belajar dari mb selangor bagaimana menjinakkan boss dan menundukkan kawan yg cuba menikam.

ada sesiapa yg ingat kerajaan langit ayah pin?

Wednesday, December 25, 2013

Tema Demonstrasi - Gulingkan Kerajaan - siapa yg buat?

UMNO ke Pembangkang...
Siapa yg dapat cari makan....

melayu terlebih yakin membabi buta...

sejak pembangkang menjadi kuat dan pulau pinang dikuasai dap - maka bermulalah episod gangsterism menjadi-jadi dan dengan sokongan atau contoh segelintir pemimpin melayu - episod penghinaan ke atas melayu, Islam sudah menjadi sering tanpa kawalan.
institusi kesultanan diperleceh dan diremehkan malah ada yg berani menghina - tindakan dan penguatkuaaan ???? - aku rasa cukup lemah, longgar dan gagal.

kini pdrm atau polis, satu institusi diraja sedang dihakis dengan hebatnya.

persepsi kpd polis digambar dan diburukkan dlm pelbagai cara malah dilaporkan polis turut dicerca, dimaki, dihalang dan diserang.
Anggota polis digambarkan hanya sekadar bertahan dan menahan beberapa org sebagai satu kejayaan, hakikatnya polis kini sudah tidak digeruni! kenapa????

Satu masa kelak, mungkin dah bermula pun...ATM bukan lagi mampu mengawal keamanan negara akibat peranan politik bijak yg sedang mereka aturkan. Ancaman bukan lagi dari luar negara tetapi dirobek dari dalam ketika pdrm sedang diperlemahkan !!!!


org melayu jangan terlebih yakin bahawa tanah air ini selamanya selamat dan milik mereka !!!

Tuesday, December 24, 2013

mat sabu diserang...

bertubi-tubi mat sabu diserang....

atas faktor syiah atau atas kerana politik???


Monday, December 23, 2013

SEKITAR GALA DINNER DANAHERB

email dari Megat 22hb Kota Bha
Lokasi: Hotel Renaisance Kota Bharu
Tarikh: 21hb Disember 2013
Jumlah Kehadhiran: 1000 orang
200 Leader hebat diraikan dan mendapat bilik mewah percuma 2m1h di  hotel tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut peluang perniagaan dan pendapatan di danaherb, hubungi Megat - 013 964 5599.
Pengagihan Keuntungan Syarikat 10% Dibayar Setiap Minggu.

DANA berjumlah 1B USD disediakan untuk tujuan ini dan Pengerusinya Tuan Syed Hamid mengumumkan tambahan 2B Euro di masa akan datang !!!
Kereta mewah 5 biji disediakan untuk cabutan malam tersebut dan pemenang hanya perlu membayar cukai jalan kerana sykt membelinya secara tunai. Ratusan hadiah lain disediakan termasuk 5 biji motor.

Kehabatan dan Hadiah Kejutan Seterusnya Dijangka Majlis yang sama akan di adakan samada di Johor Bahru, Sungai Petani atau Kuala Lumpur !!!

Bagi mereka yang ragu-ragu bolehlah layarai ww.danaherb.com dan rujuk dokumen-dokumen yang ada serta dapatkan pengesahan dari Pihak Berkuasa.

Nilai Perbelanjaan Keseluruhan mencecah RM2 juta tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada ahli termasuk penginapan dan makan malam percuma.

Masa Beredar - Fakta Berubah - Anda Harus Berani !!


y








Thursday, December 19, 2013

tuan penasihat berapa persen?

kita kena akui bahawa dlm mentadbir negara, najib memerlukan kepakaran dlm menasihatinya dan mereka sudah tentu majoritinya berada di luar kabinet dan diluar parti.

untuk itu mereka perlu dilantik dan dibayar upah yg mahal setanding dng kepakaran mereka.

siapa pula yg memantau samada nasihat yg diberi kpd najib adalah betul dan tepat?

perlukah najib melantik pemantau kpd nilai penasihat2nya.

apapula peranan paklah dan mahathir - mungkin mereka sekadar memberi pandangan jika najib 'minta' - kalau pandangan tanpa minta? - itu pandangan peribadi mantan tanpa bayaran - mungkin di ambil kira, majoritinya tidak.

apapula peranan majlis tertinggi atau kabinet kpd najib? mereka adalah tulangbelakang - sokong dan angguk.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...