Thursday, September 18, 2014

Azmin sah disebut-sebut..

Azmin boleh dianggap calon MB yang terpandai di donia jika benar dipilih sebagai MB Selangor kerana setakat diketahui dia sendiri menolak pencalonan namanya yang dibuat oleh PAS kerana akur kepada keputusan parti untuk mencalonkan hanya Azizah.

Kemungkinan namanya tetap dihantar oleh Hadi berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS 17/09/14.

Apakah dia akan menolak perlantikan tersebut?

PAS juga dikatakan menolak jika calonnya dilantik...kalau nak tolak, kenapa ada calon PAS juga turut dikemukakan? atau ini hanya pendapat Mat Sabu !!!!

Hakikat sebenarnya tiada nama calon PAS pun yg dikemukakan, hanya calon dari PKR sahaja??? lakonan untuk apa dan untuk siapa...

Azmin jadi korban politik..terpaksa jadi MB untuk menyelamatkan pakatan..alangkah bertuahnya badan, terpaksa  !!!!! itulah sebab dikatakan azmin terpandai dalam donia...

Yang paling berpuashati ialah Anwar kerana walaupun cuba dikocakan bahawa hubungan Azmin dan Anwar tidak bagus adalah dongeng...hakikatnya Azmin akan mempercepatkan lagi usaha Anwar untuk ke Putrajaya... yang jadi PM kelak tetap bukan Anwar, bukan Azizah..tetapi abang kepada Azwan Ali.

Azmin sudah sah disebut tetapi belum sah MB.

Wednesday, September 17, 2014

Siapa Penulis Blogg Paklah...

Berita baik ialah pak lah sudah blogging paklah.net

Elok sangat tu sebab banyak perkara belum terjawab, harap ada keberanian....

Siapa penulis blogg paklah.net ????
Bolehkah orang berpenyakit "tertidor" ni boleh mengarang...tanpa tertidor..
Apakah paklah juga sudah sembuh dari penyakit "silent"nya yang kini berjangkit pada Najib..

Rasanya Mahathir antara orang yang paling gembira untuk mengetahui paklah sudah berblog untuk mewarnai politik Malaysia yang sudah tidak terkawal...

Apakah paklah mantan PM kini berperanan sebagai "panglima" utusan khas dan bagi pihak dot dot

Tuesday, September 16, 2014

Wow..wow...Kj pun silent macam Najib jugak ( SILENT MOVE )


Kenapa Kj bersungguh sangat mahu Ketua Pemuda Bahagian Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri walaupun tanpa persetujuan 11 Ketua Bahagian yang lain..

Apakah atas kemahuan Najib? atau Kj just want to please Najib?







Alhamdulillah...

Terungkai sudah segala persoalan
Tercipta sudah satu lembaran
Termatri sudah satu perpaduan
Termaktub sudah satu barisan
Tercapai sudah satu impian
Terlaksana sudah satu persidangan

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut hari ini selesai dan selamat bermesyuarat pada 14 September 2014 selepas Mesyuarat UMNO bahagian Jerantut pada 6 September 2014.

Kalau mengikut peraturan ini salah dan tidak etika kerana belum berlaku dalam sejarah mesyuarat UMNO di mana-mana Bahagian UMNO dalam Malaysia , Pemuda bermesyuarat selepas Bahagian!

Yang penting mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tetap bermesyuarat agong dalam setahun mengikut ROS. Namun pasti surat tunjuk sebab dari Pengurusan Parti dari Pusat menyusul menanya mengapa Pemuda UMNO Jerantut bermesyuarat selepas mesyuarat Bahagian.

Adakah Pemuda UMNO Jerantut lagi besar dan ego dari UMNO Bahagian Jerantut?

Dato' Kamaruzaman Baria seorang ahli politik yang ego semua orang Jerantut tahu berkata Ketua UMNO Bahagian Jerantut lagi ego dari beliau.

Ternyata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut lagi super ego bila mengadakan mesyuarat Pemuda selepas mesyuarat Bahagian.

Apa sebab begitu? Ini ada berkenaan dengan kes geng 11 Ketua Pemuda UMNO Pahang.

11 Ketua Pemuda UMNO Pahang tidak bersetuju dengan pelantikan Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetap dan tegas dengan keputusan beliau. Malangnya Ketua Pemuda UMNO Pahang yang dilantik tidak berupaya memimpin Pemuda UMNO Pahang.

Maka berlaku protes, press conference. Ini tidak disukai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia cuba berpolitik di Pahang tapi malang beliau underestimate kekuatan politik Pahang.

Bila 2 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pahang digantung keahlian oleh MKT yang dipengaruhi oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia maka krisis ini lebih parah.

Tapi ada beberapa ahli MKT yang sedar hukuman itu keterlaluan dan tidak rasional sebab yang boleh menghukum adalah Lembaga Disiplin UMNO.

Sepatutnya 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Pahang ini perlu dipanggil, dijelas apa kesalahan, diberi peluang membela diri dan setelah semua proses itu barulah hukuman yang adil atau sebaliknya.

MKT telah memutuskan kes 2 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Oleh kerana Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyedari bahawa isu geng 11 ini dan kekuatan politik Pahang boleh satu hari nanti menjejaskan peluang beliau mahu bertanding Naib Presiden UMNO Malaysia.

Maka akhirnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia terpaksa tunduk kepada kehendak geng 11 ini.

Dari segi moral politik geng 11 ini sudah menang.

sumber http://wzwh.blogspot.com/2014/09/ketua-pemu








Sunday, September 14, 2014

Idris Jala Nasihat Najib Secara Terbuka Dan Kurang Ajar

Peringatan idris jala (kapir) terhadap Peguam Negara secara terbuka  berhubung pendakwaan Azmi Shahrom tidak wajar dilakukan atas alasan akademik sesuatu yang tidak di alu-alukan kerana atas statusnya sebagai Menteri di JPM @ Penadihat PM dan  ia bersifat memihak kepada individu dan bukannya peringatan secara am.

Pendakwaan sudah dibuat dan sebarang flip flop sekadar mencerminkan sesuatu tindakan Pejabat Peguam Negara yang tidak stabil, macam orang mabuk todi dua kole...malam cakap lain siang cakap lain...

Biar mahkamah menentukannya kecuali Idris cuba mendahului kerana perasan berpengaruh di dalam semua tempat dan kepada semua perkara atas kapasiti kedudukannya sekarang.

Apa kaitan Azmi dengan Idris? Atau ada pihak ketiga yang minta Idris berbunyi,  kerana suaranya ada nilai sebagai Tuan Penasihat kepada PM..

Yang lebih menarik..kenapa dia gelojoh dan  berani bersuara dalam isu ini pada masa dan ketika, majoriti Ketua Bahagian UMNO sedang mendesak Najib kekalkan Akta Hasutan dan kembalikan ISA...

Adakah Najib sudah hilang kawalan keatas Penasihat dan Menteri kabinetnya (?)
Adakah ini suara hati Najib (?) yang gemar menggunakan panglimanya untuk menjawab mempertahankannya...(?)
Atau Idris Jala menasihati secara langsung Peguam Negara dan secara tidak langsung PM secara terbuka (untuk merendahkan martabat mereka (?)) dan secara kurang ajar kerana tidak lagi menghormati bossnya sedangkan dia boleh menggunakan saluran yang lebih sesuai...

Setakat ini Pejabat PM belum mengesahkan samada pandangan Idris itu berautoriti atau sekadar pandangan peribadi !!






# Idris Jala dibawa masuk semasa era Paklah dan diperingkat awal Paklah tidak sedari dia bukan Islam lalu tersasul memberi salam.
Idris jala tidak berparti dan bukan orang politik.. (?)
Idris Jala lebih dikenali sebagai pakar jual bangunan untuk menutup kerugian...

Saturday, September 13, 2014

Mat Sabu, Husam nak melanggar atau dilanggar..


Ini antara pelapis yang dipandang enteng oleh Mat Sabu, Khalid Samad, Husam dan termasuk Anwar yang mengiktiraf mereka mereka sebagai budak-budak yang tidak akan dilayan 'nasihat' mereka...

Mereka inilah juga antara yang ramai lagi dalam PAS akan memberi nafas baru, sekurang-kurangnya pilihan untuk diberi perhatian oleh sesiapa yang mencari alternatif selain UMNO..













Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa mungkin wajar diterima semula bagi menguatkan lagi golongan masa hadapan..


Dan tak tahu ni di sebelah mana...



PAS dan UMNO perlu bertukar saolan...

PAS dan UMNO wajar duduk semeja... minta maaf, bukan untuk bekerjasama, bergabung, bersatu..semua
itu bohong dan buang masa. Berpecah macam sekarang, nafsu nafsi lebih menguntungkan, lebih seronok...

Duduk semeja untuk Najib tanya Hadi..macamana nak jadi jantan untuk dia jawab Mahathir, macam Hadi belasah Anwar setelah sekian lama kena main.

Hadi mungkin minta nasihat Najib bagaimana nak menghilangkan PASMA sepertimana misteri hilangnya MH370...

Saolan Tambahan:

Apakah relevan Hadi berundur sedangkan cadangan Najib berundur juga tidak relevan  !!!!


Friday, September 12, 2014

Khalid terus kekal MB..

Terkini: 13/9/14 - Hadi berpendirian sokong Khalid terus kekal MB..
MUNGKIN HADI BACA BLOG INI DAN CURI IDEA AKU ???   HA HA HA .....



POSTING ASAL:

Sehingga kini perbezaan pendapat, perebutan pemilihan calon dan perselisihan muafakat dalam krisis MB Selangor antara DAP, PAS dan PKR bukan sahaja tidak reda malah sudah menular menular merebak macam kayap ular.

Adalah lebih baik, Khalid Ibrahim dikekalkan sehingga ke satu tempoh yang mampu bertahan sebelum DUN dibubarkan jika itu pilihan terakhir.

Jika MB adalah dari PAS ia hanya mendatangkan pertelingkahan politik yang lebih luas antara parti dalam Pakatan yang menjejaskan pentadbiran negeri berjalan lancar dan jika MB dari PKR ianya kurang baik jika selalu dikawal parti dalam keputusan dan dasar.

Khalid yang kini berpartikan " rakyat selangor " mampu kawal keadaan kerana bebas melantik exco tanpa "tunjuk dan tunduk" dari arahan kroni parti kerana sudah berpengalaman, lebih kenal dan tahu yang mana satu berok yang mana satu sarkas, yang mana satu intan yang mana satu kaca, yang mana satu jantan yang mana satu betina.

Perjanjian Air Selangor Sdn Bhd dengan Kerajaan Pusat adalah satu petanda yang cukup meyakinkan kebajikan rakyat selangor didahulukan.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...