Monday, September 19, 2016

INI YANG DIVIRALKAN... TOLONG JAWAB SALLEH KERUAK

*PROTON VS 1MDB*

Idea Siapa untuk Menghasilkan kereta Nasional buatan anak Bangsa Malaysia ?

Idea siapa berniaga dengan berhutang dan akhirnya menjual negara ?

PROTON

1.Ogos 1983 mula pembinaan kilang kereta Proton di Shah Alam pinjam wang Kerajaan sebanyak Rm 480 juta.

2.Julai 1985 kereta pertama Proton Saga keluar dari kilang.

3. Disember 1996 Proton berjaya mengeluarkan sejumlah 1 juta kereta.

4.Perolehan/Turnover
   1993  : Rm 2,286,500,000
   1994  : Rm 3,087,000,000
   1995  : Rm 3,708,400,000
   1996. : Rm 5,166,700,000

5.Untung sebelum cukai
   1993  : Rm 311,200,000
   1994  : Rm 282,000,000
   1995  : Rm 307,900,000
   1996  : Rm 454,600,000
   1997  : Proton umum untung sebelum cukai telah melepasi RM 1 Bilion pada tahun kewangan berakhir 31.3.1997.

6. Cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan dari Proton dalam tempoh 10 tahun ialah sebanyak Rm 18 Bilion.

7. Model kereta Proton yang telah dipasarkan ialah Proton Saga, Waja, Iswara, Satria, Gen 2, Arena, Juara, Perdana, Exora, Inspira, Preve, Suprima dan Iriz.

8. Memberi perkerjaan kepada 30 ribu orang dan majoritinya ialah bumiputera.

*1MDB*

1. 2009 bermula dengan nama Trengganu Investment Authority@TIA dan seterusnya ditukar nama ke 1Malaysian Development Berhad @1MDB

2. Modal Rm 1 juta

3. Pinjam melalui terbitan bon sebanyak Rm 42 Bilion

4. Beli asset stesen janakuasa letrik@IPP dari Syarikat Genting dan Tanjong berjumlah Rm 18 Bilion

5. Beli tanah TRX,Kem Tudm Sg Besi dan Air Hitam, Penang Rm 1.7 Bilion.

6. Pelaburan diluar negara, UAE, ARAB SAUDI, CAYMAN ISLAND DAN BRITISH VIRGIN Rm 15.4 Bilion

7. Perbelanjaan Kewangan @Finance Charges Rm 5.5 Bilion

8. Kerugian pertukaran mata wang asing ( forex losses ) Rm 1 Bilion.

9. Jumlah rugi yang dilapor pada tahun  kewangan berakhir 2013/2014 ialah Rm 665 juta.

10. Laporan kewangan tahun 2015 dan 2016 belum boleh dikeluarkan lagi.

11.Terkini hutang telah meningkat ke Rm 50 bilion.

12. Janakuasa Letrik @IPP telah dijual kepada syarikat negara Cina dengan harga Rm 9.5 Bilion.

13. Tanah Kem TUDM Sg Besi pun telah dijual kepada syarikat negara Cina.

Siapa sebenarnya penipu, penyangak dan penyamun ?
Renungan Untuk Rakyat 1Malaysia...
Mangsa Banjir - Rakyat
Sukarelawan - Rakyat
Yg Menderma- Rakyat
Yg Risau- Rakyat
Yg Bantu Pemimpin- Rakyat
Yg Kena Berjimat Cermat- Rakyat
Yg Kena Tipu- Rakyat
Yg Disuruh Bersyukur- Rakyat
Yg Selalu Susah- Rakyat
Yg Kena GST- Rakyat
Yg kena bayar Tol -Rakyat
Yg kena bayar hutang -Rakyat
Yg menanggung beban -Rakyat
Yg mengikat perut-Rakyat
Yg tanggung Biawak hidup-Rakyat..
Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni.. Semua Rakyat Didahulukan

Share supaya kita semua sedar. 😭😢😔

Sunday, September 18, 2016

BUDAK HINGUSAN NAK MENGAJAR MAHATHIR



Sejak bila lokman adam bekas pemakan kahak Anwar,  menjadi Pentafsir atau Jurucakap Mahathir untuk membuat ulasan.

Siapa yang terdesak sebenarnya (?)
Lokman adam yang cuba menarik perhatian Najib untuk menjadi calon di pru atau Tun Dr Mahathir (?)

Elok lokman adam tawarkan diri kpd najib untuk jadi calon menentang Muhyiddin di Pagoh untuk tahu tanah tinggi rendah.

Atau sesekali elok lokman adam melihat sendiri sejarah pengkhianatannya kepada umno dan kenapa kembali semula.

Bolehkah lokman adam terpisah dari di kaitkan dengan dedak di era anwar dan now di era najib (?)


SAY NO TO DEDAK

Bersatu sertai pembangkang tanpa dedak.

SAY NO TO UMNO




Cabaran Nazri diperlekehkan dengan Naib Ketua Bahagian Kota Raja keluar UMNO.
Salakan Nazri tidak lagi memberi kesan walaupun mungkin berlagak sebagai jurucakap Najib

Saturday, September 17, 2016

BERHENTILAH JADI BATU API...

Di dalam dan diluar politik hari ini, tanpa kira bangsa dan ugama, memang terdapat orang biadap,  sudah tentu dia tidak mewakili kaum,  bangsa, ugama, negeri,  parti atau negaranya.

Mereka kekal biadap di mana sahaja.

Yang lebih kurang ajar dan biadab ialah mereka yang mengalatkan orang biadab tersebut untuk melagakan antara kaum,  antara parti dan antara ugama untuk menimbulkan kebencian.

Yang menghina kematian ustaz haron din,  atau kematian karpal singh,  atau besok besoknya kematian Mahathir,  kematian lim kit siang,  kematian najib adalah tetap individu yang biadap dan kurang ajar (tidak mewakili pihak lain)

Berhentilah jadi batu api.

Friday, September 16, 2016

NAZRI TUNJUK BODOH SEKALI LAGI



Menghina kebijaksaan Sultan Kedah selaku DYMM Sri Paduka Baginda YDP Agong untuk menerima mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad walau atas apa sebab sekalipun.

Apabila Tun berjaya berjumpa dengan Sri Paduka tentulah ada barua yang dulunya menghalang Tun mengadap di Istana Negara terasa macan taik terlonggok atas kepala mereka.

Nazri jangan jadi musang ,  tak dapat anggur,  masam katanya.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...