Friday, August 25, 2017

JANGAN AMAL POLITIK KEBENCIAN


Berasaskan undian yang diterima pada PRU13, Pakatan Harapan hanya memerlukan tambahan 15% undi untuk tawan Kelantan dan Terengganu.

Di negeri negeri lain kombinasi tambahan 10% undi Melayu + 5% undi bukan Melayu sudah mencukupi sekaligus menjadi kerajaan.


Pengaruh Tun dan penubuhan BERSATU dan AMANAH akan turut membantu maksud tersebut.

Penyatuan semula Anwar dan Tun merupakan satu bonus.



Susunan kemas struktur organisasi PH gabungan pemimpin² terbaik dahulu dan sekarang memberi kepercayaan kepada rakyat atas keupayaan PH untuk menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik dari BN.


Kesederhanaan yang ditunjukan oleh DAP sejak menyertai PH mengukuhkan lagi perpaduan dan hak masing² seperti di Perlembagaan.


(Gambar² adalah ehsan dari blog MSO)
Pakatan Harapan di bumi Kelantan 25/08/17





Selepas Kelantan,  Johor menjadi fokus untuk ditawan oleh PH dan Semberong merupakan antara sasaran mudah kerana undi felda dikawasan ini dijangka sudah tidak lagi solid kepada BN.










Muhyiddin adalah Pengerusi PH Johor.




Penyokong jangan bergaduh sesama sendiri kerana pemimpin mengamalkan kawan dan lawan dalam politik tidak selamanya.

Jangan amal politik ugut

Jangan menghasut

Jangan dengki

Jangan haloba

Jangan boros

Jangan rasuah

Jangan perkauman

Jangan cela logo dan lambang

Tidak ada parti munge,  umnongok,  dapigs,  pan

Jangan cela peribadi kutty jibo jebon badak nyanyok

Jangan amal makan dedak jilat lendir

Jangan takut panik sembunyi lari

Jangan zalim

Jangan sombong

Jangan peralat

Jangan curi,  rompak,  lanun

Jangan copy paste akhlak buruk pemimpin

Jangan tidak tepati janji

Jangan benci membenci

Jangan marah

Saya nak undi Pakatan Harapan

Hormat menghormati

Hormati kebebasan



Terima kasih



MELAYU SUDAH TIDAK SABAR MENOLAK UMNO DAN PAS

Diberitakan najib dan hadi berhubung setiap hari dalam agenda merampas selangor. 
1. Sekangor yang kaya sudah tentu penting buat Najib bagi membantunya membangunkan negara dan membayar hutang. 
2. Pembahagian kawasan akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara bn/harapan dan pas/harapan.
3. Kerjasama hadi/najib ini tidak sedikit pun mencemaskan PH Selangor kerana pas dan umno sudah tidak lagi relevan dalam politik semasa sebagai tempat kebergantuan melayu dan Islam. 
4. Usaha menolak umno dan pas akan jadi lebih mudah jika mereka sekapal. 

Diberitakan najib akan ke amerika pada september depan atas jemputan donal trump. 
1. Kita berharap imej dan akhlak buruk terutama anti islamnya  (trump) tidak memberi kesan negatif kepada negara.
2. Inilah juga peluang najib jika berani untuk memberi amaran kepada amerika supaya hentikan campurtangan (doj)  ke atas malaysia??? 
3. Berdamping rapat dengan trump tidak memberi banyak kelebihan kepada umno. 
4. Diharap pertemuan tersebut tidak memberi apa apa paksaan untuk Najib membawa pulang apa apa projek yang membebankan dan meningkatkan hutang negara. 

# umno dan pas akan lebih cemas jika ada berita Tun dan Anwar berhubung setiap hari untuk merampas Puterajaya. 


KJ BUKAN TPM..

Isu penyertaan kj di pasukan kebangsaan sukan sea 2017 - Kj bukanlah Menteri Luar Negara,  bukan TPM,  bukan PM,  sebagai kapasiti menteri yang melibatkan sukan adalah wajar dia menunjukan semangat kesukanan dan melibatkan diri secara langsung atau tidak. 

Lebih lebih lagi dalam sukan berpasukan,  ia tidak bergantung kepada kekuatan dan kemahiran individu semata mata sebaliknya seperfahaman satu team dengan mengharapkan top performance mode menyebelahi. 

Di mana mana pun negara,  semangat kesukanan mengatasi perbezaan politik,  pergeseran peribadi,  rasa lebih pandai,  emosi dan kepentingan peribadi. Ia wajar kekal sebegitu. 

Walaupun mungkin sebahagian tidak bersetuju dengan keputusan dan penyertaan Kj dalam team polo sukan sea tetapi kritikan ke atasnya harus tidak bertujuan merendah rendah dan memalukannya. 

PRU14 BAKAL SATU KENYATAAN - TERIMA KASIH PM




24 OGOS: Pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) boleh berlangsung dalam masa terdekat, kata Presiden UMNO.

Sambil berseloroh, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 dijadualkan bermula 5 hingga 9 Disember ini berkemungkinan ditangguhkan jika bertindih.



“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa sahaja,” kata beliau selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Khamis.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya umum bakal diadakan antara Mei hingga hujung tahun ini.



Bagaimanapun terbaharu, PRU-14 dipercayai bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Najib berkata jentera UMNO sudah bersiap sedia dan mesyuarat bahagian yang berakhir baharu ini memperlihatkan tahap disiplin yang tinggi di kalangan ahli parti.

“Persidangan peringkat bahagian berjalan dengan baik dan mendapat sambutan dan disiplin pun baik, tidak ada kerusi melayang dan sebagainya.



“Semangat pun tinggi dan kita harap jentera parti berada dalam keadaan siap siaga namun kerja-kerja untuk memurnikan segala-galanya menjelang PRU-14 perlu diadakan,” kata Pengerusi Barisan Nasional itu.

Sementara itu, Najib berkata keadaan ekonomi negara berada pada tahap memuaskan apabila pertumbuhan dan simpanan Bank Negara meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Selain itu, kita ambil maklum prestasi ekonomi negara menjurus kepada keadaan memberangsangkan seperti mana kita tahu pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua mencapai 5.8 peratus, bererti enam bulan ini kita capai pertumbuhan.

“Reserve Bank Negara juga sudah lebih 100 bilion USD. Prospek mengikut penganalisis ekonomi negara kita berada pada landasan lebih tinggi berbanding dahulu,” ujarnya lagi.

Thursday, August 24, 2017

TUNJUKANLAH TERIMA KASIH SECARA LOUD AND CLEAR...

Dari era paklah hinggalah sekarang,  bukan terpencil bukan sedikit Menteri dan pemimpin hatta kadangkala pun PM sendiri membuat statement,  perakuan dan lain² bentuk yang menghiburkan sehingga ada yang mendapat gelaran maharaja lawak. 

Sebahagian dari mereka sudahpun dipaksa bersara,  disingkir,  tidak dilantik semula atau disenyapkan.. Masih ada yang masih bebas,  tak lama dah.. 




Sebagai rakyat,   lontaran pandangan itu kadangkala tak masuk akal, menghina, memperbodohkan tetapi rakyat menerimanya sebagai pandangan yang tak cukup akal tetapi majoritinya tidak mengambil secara serius dan dijadikan bahan menghiburkan bagi mengurangkan stress kecelaruan politik,  salahtadbir salahurus negara. 

Maharaja lawak mereka itu rakyat terima secara berlapang dada dan sebagai balasannya,  sebagai ucapan terima kasih,  sebagai tanda syukran.. 
.. Ini kali undi rakyat bagi pada Tun. 


# Lawak terbaru,  saya tiada kuasa!!!!!!!!! 

PENGALAMAN 22 TAHUN VS CASH IS KING

Add caption
Satu hari, seorang korporat@ketua kampong menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung@nelayan sampan.

Korporat@ketua kampong ini telah diberitahu oleh anakbuahnya hasrat pendayung@nelayan untuk menyingkirnya dari jawatan ketua kampong dalam pemilihan yang akan datang.

Mukaddimah awalnya, korporat@ketua kampong itu memberitahu bahawa dia lah yang membina sungai tersebut sehingga pendayung@nelayan itu dapat cari makan.

Pendayung@nelayan tidak jawab,  hanya diam dan tersenyum.

Di tengah-tengah sungai, korporat@ketua kampong bertanya, "Kau pandai menari,  main golf, pandu jet, shopping dan melancong?"

"Tidak. Saya hanya banyak membaca," jawab pengayuh sampan@nelayan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada nikmat kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai bersosial berseronok seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Koporat bertanya lagi,  "apa jasa kamu setakat ini, berapa banyak ikan yang kamu sumbangkan kepada orang kampong"

Jawab pendayung sampan@nelayan "saya tidak memberi mereka ikan,  saya hanya bagi mereka alat pancing"

Tidak lama selepas itu, korporat bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"

"ada sedikit. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"kenapa kamu tidak berhutang" saolan terjah dari ahli korporat@ketua kampong.

"saya ingin hidup sederhana dan tidak bermewah atas duit hutang" jawab pendayung@nelayan selamba tetapi penuh yakin.

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Korporat@kerua kampong itu bermadah lagi, dia akan membawa pelaburan yang besar ke kampong ini,  bertaraf dunia, akan bina jambatan dan keretapi laju supaya orang kamping tidak lagi perlu menggunakan sungai untuk menyeberang.

Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir menyambong........Hujan pun turun dengan Lebatnya.

Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan  hampir tenggelam. Si pengayuh sampan@nelayan bertanya kepada korporat@ketua kampong" Tuan, adakah tuan pandai berenang?"

"Er, err... saya tidak tahu," jawab korporat@ketua kamping panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"






Wednesday, August 23, 2017

DAH LE BUAT FITNAH, BANGANG PULA TU..







Dalam bahasa sopannya: 
Kalaupun nak buat fitnah, buatlah pro sikit, jangan nampak kebodohan sendiri.. Agak² patut²..

Selama 22 tahun Tun fokus kepada peningkatan tahap pendidikan termasuk mendaulat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris dan Mempelopor Teknologi Maklumat.

Lahirlah generasi bermaklumat yang tidak boleh diklentong dengan fakta auta.. 
Lahirlah generasi bermaklumat yang dapat mengikuti perkembangan Malaysia dari mata dunia.. 




Dari mana pun berita itu,  dalam stau luar negara, jangan percaya terus,  tabayyun,  kita ada akal Allah bagi dan Al Quran untuk rujukan.
Yang halal itu jelas,  yang haram itu jelas. 
Mencuri,  Zalim,  Menipu, Berbohong, Fitnah  jelas haramnya.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...