Friday, August 25, 2017

PRU14 BAKAL SATU KENYATAAN - TERIMA KASIH PM




24 OGOS: Pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) boleh berlangsung dalam masa terdekat, kata Presiden UMNO.

Sambil berseloroh, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri berkata Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 dijadualkan bermula 5 hingga 9 Disember ini berkemungkinan ditangguhkan jika bertindih.



“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa sahaja,” kata beliau selepas mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, Khamis.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya umum bakal diadakan antara Mei hingga hujung tahun ini.



Bagaimanapun terbaharu, PRU-14 dipercayai bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Najib berkata jentera UMNO sudah bersiap sedia dan mesyuarat bahagian yang berakhir baharu ini memperlihatkan tahap disiplin yang tinggi di kalangan ahli parti.

“Persidangan peringkat bahagian berjalan dengan baik dan mendapat sambutan dan disiplin pun baik, tidak ada kerusi melayang dan sebagainya.



“Semangat pun tinggi dan kita harap jentera parti berada dalam keadaan siap siaga namun kerja-kerja untuk memurnikan segala-galanya menjelang PRU-14 perlu diadakan,” kata Pengerusi Barisan Nasional itu.

Sementara itu, Najib berkata keadaan ekonomi negara berada pada tahap memuaskan apabila pertumbuhan dan simpanan Bank Negara meningkat berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Selain itu, kita ambil maklum prestasi ekonomi negara menjurus kepada keadaan memberangsangkan seperti mana kita tahu pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua mencapai 5.8 peratus, bererti enam bulan ini kita capai pertumbuhan.

“Reserve Bank Negara juga sudah lebih 100 bilion USD. Prospek mengikut penganalisis ekonomi negara kita berada pada landasan lebih tinggi berbanding dahulu,” ujarnya lagi.

14 comments:

  1. Hehehe.. Nk berehat la.. Nk komen pun xde guna.. Macai PH xde fakta..lebih auta je.. Selamat berjuang KD..

    ReplyDelete
  2. Meraung lah, merayu lah, menjerit lah, mengaibkan lah, meroyan lah, menyindir lah habis habisan ... ini kah karektor negarawan. Diakhir akhir ini pun orang ramai sudah mula bosan dengan kerenah Dr M.
    Terlalu riak macam dia sorang yg terhebat di dunia ini. Bercakap mengenai Dr Mahathir....semuanya bermula dg perkataan "maha"....maha thir, maha pandai, maha bijak, maha mengetahui, maha nyindir. Dulu pun dikatakan... maha zalim, maha firaun ( tak percaya tanya Mat Sabu).



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu saudara. Hanya yang masih kelam hati sahaja memuja muji Mahathir Laknatullah ini!

      Delete
  3. orang tua psycho nih...x abis2 lagi kaa dia punya sawan???

    ReplyDelete
  4. Kutty Penyangak ni semakin tak waras perangainya. Percakapan pun semakin meroyan. Lama ke lamaan dia akan keseorangan.. macai2 dedak pun takkan bertahan lama.. bosan!

    ReplyDelete
  5. Hehehe.. Apa lg cepat cepat la buat pengagihan kerusi.. Kerusi terbang kt Nothing@Everything To Hide 2.0 tu boleh bg kt KD, sebab dia bengap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat-cepatlah bubar parlimen.

      Just bring it ON..

      Delete
    2. Malu sangat kalau faktor " Mahathir" menyebabkan umno tidak berani bubarkan parlimen

      Delete
  6. Najib kira ok la,munggkin dia nak tengok pakatan betul-betul bersatu dulu baru dia bubar parlimen.Ni pengagihan kerusi pun tak setle lagi asyik terbang saja habis nak buat pru macam mana

    ReplyDelete
  7. DS Najib saja bermain-main dengan tarikh pilihanraya untuk melihat reaksi pihak pembangkang yang mana mereka ini masih terleka, terlekat dan terbelenggu dengan umpan yang DS Najib beri iaitu 1MDB.

    DS Najib pastinya akan membiarkan siasatan saman DoJ berjalan hingga selesai dahulu dan seterusnya membongkar dalang-dalang yang terlibat cuba mensabotaj 1MDB dengan tujuan memufliskannya dan menjadikannya pemangkin bagi menjatuhkan beliau dan kerajaan.

    Pada masa yang sama RCI BNM Forex yang diperjuangkan penubuhannya oleh Lim Kit Siang selama 24 tahun sedang berjalan untuk tempoh 3 bulan.

    Tambahan pula permohonan untuk RCI Memali sedang dipertimbangkan secara serius.

    Dengan faktor-faktor tersebut adalah terlalu awal untuk DS Najib membubarkan parlimen pada tahun ini kerana semakin lama DS Najib menangguhkannya sehingga Mei tahun depan semakin ketandusan isu pihak pembangkang.

    InsysAllah DS Najib, UMNO dan BN menang majoriti 2/3.




    ReplyDelete
  8. Semakin lama DS Najib menangguhkan tarikh pembubaran parlimen sehingga ke tarikh akhir semakin terdesaklah pihak pembangkang yang akan ketandusan isu-isu besar. Inilah caranya DS Najib memerangkap pihak pembangkang seperti apa yang dilakukan oleh tentera Rusia pimpinan Joseph Stalin ke atas kerakusan tentera Jerman pimpinan Hitler di bumi Rusia. Bila tiba masanya yang sesuai, tentera Rusia menyerang balas dan berjaya menghancurkan tentera Jerman yang angkuh.

    Hanya yang tenang, tabah dan sabar akan menang.

    ReplyDelete

6ANGKA