Saturday, August 18, 2018

PUTRA PERKASA IBRAHIM ALI

Mungkin pada pandangan Ibrahim Ali mana² wakil rakyat bebas atau melayu umno yang sudah bosan dengan umno atau melayu² yang sudah bosan dengan parti yang sedia ada,  boleh sertai PUTRA.

Mungkin juga yang sedang bercadang nak lompat parti selepas kecewa dengan Presiden sekarang atau kalah merebut jawatan.

Friday, August 17, 2018

SIASATAN KEATAS BANGKAI HIDUP DIBUKA SEMULA (?) CARI KEBENARAN...

Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan siasatan terbuka berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana menyifatkan mereka tidak lagi mahu mengusung 'bangkai hidup'.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata, beliau menyokong penuh usul yang difailkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) membuka semula penyiasatan mereka kepada 1MDB, membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Bahkan menurut mantan Menteri Belia dan Sukan itu, ia juga akan membuka mata BN sendiri sekiranya terdapat perkara-perkara yang tersembunyi selama ini.

"Siasatan terbuka bagus kerana kita mahu rakyat tahu kebenaran tentang 1MDB. BN tidak mahu usung bangkai hidup ni lagi. Kita nak pastikan kita bebas daripada beban ini. Biar siasatan terbuka dan menyeluruh ini dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)  atau sebagaikan.

"Kami pun nak tahu juga. Sebagai bekas anggota Parlimen mungkin ada perkara yang kami tidak diberitahu jadi kita pun nak tahu juga. Orang kata kenapa sekarang baru cakap begini adalah kerana sebelum ini kita tidak tahu ..ada benda-benda yang disembunyikan daripada kita juga," katanya ditemui sempena Pelancaran Buah Tangan Store KL City Walk, di sini, hari ini.

Terdahulu, Lim, bercakap mengenai perkara itu di Dewan Rakyat semalam, memfailkan usul untuk membuka semula siasatan 1MDB kepada orang ramai.

BAGAIMANA PENCAPAIAN FITNAH PEMBANGANG KE ATAS KERAJAAN (?)

Apakah fitnah
itu 100% kekal fitnah
atau ada kebenaran...

....

#100 Hari Pencapaian PAS/Umno Sebagai Pembangkang. 

1. Fitnah PH Perintah,  Lim Kit Siang Jadi PM. 

2. Fitnah Jakim Nak Tutup.

3. Fitnah MARA Hendak Dibuka Kepada Semua Kaum. 

4. Fitnah MRSM Hendak Ditukar Nama. 

5. Fitnah Tahfiz Nak Tutup.

6. Fitnah Menteri/PH Sokong/Iktiraf LGBT. 

7. Fitnah Malaysia Nak Jadi Negara Kristian. 

8. Fitnah Sultan Tidak Setuju Lantikkan Peguam Negara. 

9. Fitnah PH Nak Hapuskan Kuasa Raja2.

10. Fitnah Seorang Muslimat PAS,  Dr. Ilyani Dikenakan Tindakan Tatatertib. 


#Maka,  Pencapaian PAS/Umno Ialah 100peratus Dalam Membawa Fitnah. Gred A.

C&p

DUDUK DAN TIDAK LARI, TUN MENGAKU...

Di sidang Parlimen,  antara yang Tun akur dan mengaku adalah kedapatan janji manifesto 100 hari yang tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan kewangan.

Kerosakan urus tadbir negara di era Najib seperti jangkaan awal sangat meleset.. Rosak bukan setakat di bahagian tertentu tetapi sudah berkuman bernanah serata tubuh, total damage termasuk sistem.

Budaya korup begitu terserap sehingga sukar mencari penjawat awam profile tinggi yang benar² dedikasi lilla hita'ala.

Kata Mahathir,  jika janji tidak tertunai biarlah PH tanggung dosa.

Pengakuan ini sangat jelas dan berani.

Bagaimana umno dan pas,  apakah mereka ada pengakuan berdosa sepanjang menjadi kerajaan dan sepanjang menjalin kerjasama secara gelap.

Apakah mereka cukup yakin tiada masuk sedikit pun benda haram ke dalam perut anak isteri,  ibu bapa dan tanggungan.

Sekadar bertanya...


# Menjelang PRU15 semua janji PH akan dibuka dan dinilai semula, tiada lagi alasan pada masa itu, rakyat akan memberi markah prestasi.
Ini juga satu ingatan kpd mana² lain parti yang bertanding dan menawarkan diri untuk membentuk kerajaan.

Majoriti juga yang memilih PH tidak fokus kepada manifesto tetapi lebih kepada matlamat cegah, stop kemungkaran NAJIB dan umno sangat bersyukur di atas kejayaan ini.



AHLI BANGGA KEMBANG KEMPIS HIDUNG ATAS SIKAP PEMIMPIN DAN PARTINYA... PAS FOR ALL...

Mudahnya duduk dalam parti politik berjenama agama...

Bila bermusuh dengan UMNO...begini dalilnya.

Bila berpeluk dengan Umno... begini dalilnya.

Bila sekelambu dengan DAP...  begini dalilnya.

Bila bermusuh dengan DAP...  begini dalilnya.

Bila turun BERSIH...  begini dalilnya.

Bila anti BERSIH... begini dalilnya.

Bila bantah GST...  begini dalilnya.

Bila sokong GST... begini dalilnya.

Rasa nak makan dedak... begini dalilnya.

Rasa nak buat hudud... begini dalilnya.

Rasa nak tangguh hudud... begini dalilnya.

Nak bentang RUU355... ini dia dalilnya.

Bila parti lain letak calon bukan Islam, dia tentang... mcm ni dalilnya

Bila parti dia letak calon bukan Islam... Lain pulak dalilnya

Bila kena kencing ...ini dia dalilnya.

Semua ada hujah dan dalil agama....tak ada ruang
untuk masuk neraka melainkan syurga belaka...

Inilah yang dikatakan penunggang agama...
itulah yg org panggil PAS




# sokong yang berjubur pun ada dalilnya. 

MANIFESTO PH 100 HARI BAGI MEREKA YANG KATA PALSU, TIPU ETC.. INI JAWAPANNYA...

Terkini !!!

Semua saman AES di BATALKAN!!!! HIDUP PAKATAN👌





Kita jangan buang masa xplain....



KAMI UNDI PH KRN NAK JATUHKAN UMNO JE...

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.




Thursday, August 16, 2018

SKRIP UNTUK ANWAR DI PAGI JUMAAT...

Berdasarkan persetujuan bersama sebelum ini, saya akan menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM.

Proses itu memerlukan masa dan saya perlu bertanding di kawasan yang ada kekosongan untuk Parlimen mengikut kesesuaian dan saya tidak perlu terburu buru .

Negara masih berada pada tahap pemulihan dari kerosakan dan urus tadbir yang tidak bertanggunjawab oleh kerajaan BN sebelum ini dan semua pihak dalam PH perlu fokus dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Tun untuk keluar dari krisis ini.

Jika saya mempunyai idea dan pandangan tertentu, ianya akan disalurkan mengikut proper channel seperti menarik rambut di dalam tepung.

Semua pihak perlu memberi masa yang secukupnya kepada Tun untuk selama mana beliau perlu berada di kerusi PM dan saya sangat terhutang budi jika mengambilalih negara dalam keadaan tersusun, kukuh dan maju.

Kita akan meneruskan semua perancangan yang telah diputuskan kerana ini adalah keputusan bersama, keputusan kabinet dan restu Majlis Presiden.

Bagaimana jika ditakdirkan Datuk Seri tidak dapat menjadi PM selepas Tun (?)
Bagi saya, saya tidak penting, saya hanya menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat dan Negara.
Jika rakyat berfikiran dan memilih tokoh lain, saya akan turut sokong dan menerima keputusan secara berlapang dada.
Keputusan rakyat adalah yang paling betul.

Lagipun kerusi PM hanya satu pada sesuatu masa, adalah tidak matang untuk berkelahi, berebut dengan politik KOTOR, fitnah dan sebagainya untuk jawatan tersebut.

Kena ingat, Tun sendiri tidak pernah terfikir untuk kembali menjadi PM kali kedua dan saya juga bersikap tidak akan mendahului masa.

Best tak kalau macam tu..

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...