Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan siasatan terbuka berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana menyifatkan mereka tidak lagi mahu mengusung 'bangkai hidup'.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata, beliau menyokong penuh usul yang difailkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) membuka semula penyiasatan mereka kepada 1MDB, membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
Bahkan menurut mantan Menteri Belia dan Sukan itu, ia juga akan membuka mata BN sendiri sekiranya terdapat perkara-perkara yang tersembunyi selama ini.
"Siasatan terbuka bagus kerana kita mahu rakyat tahu kebenaran tentang 1MDB. BN tidak mahu usung bangkai hidup ni lagi. Kita nak pastikan kita bebas daripada beban ini. Biar siasatan terbuka dan menyeluruh ini dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) atau sebagaikan.
"Kami pun nak tahu juga. Sebagai bekas anggota Parlimen mungkin ada perkara yang kami tidak diberitahu jadi kita pun nak tahu juga. Orang kata kenapa sekarang baru cakap begini adalah kerana sebelum ini kita tidak tahu ..ada benda-benda yang disembunyikan daripada kita juga," katanya ditemui sempena Pelancaran Buah Tangan Store KL City Walk, di sini, hari ini.
Terdahulu, Lim, bercakap mengenai perkara itu di Dewan Rakyat semalam, memfailkan usul untuk membuka semula siasatan 1MDB kepada orang ramai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
-
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
-
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
-
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
Nampaknye KJ mengakuo ade sesuatu yg tak kena dgn 1mdb yg ditutup oleh najib selama ini..
ReplyDeleteKJ elok berambos... nazri aziz.. ku nan dan sampah sarap yg lain... mohin beramboss...
ReplyDeleteKo tu yg elok berambos. Sebab spesis mcm ko lah umno lingkup.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTak nak politik jangan masuk blog politik
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBerapa kali nak ulang cnp
DeleteSeronok balik kampung beraya tahun ini
ReplyDeleteToll free, petrol 1.50 seliter
Khabarnya hutang Felda pun dah hapus
Hutang PTPTN juga dah hapus
Seronok...seronok
Dah lama sangat umno mengajar rakyat cakap bohong.. Hentikanlah.
DeleteCakaplah benar, walaupun pahit. .
Hutang 1Thrillion.. Cakap benar..
1MDB skandal terbesar dunia... Cakap benar
Mcm mana ko boleh free? Ko dapat dedak lagi ke? Ko amek kat aner? Kikiki
DeleteKerajaan yg diasaskan sentimen dan persepsi fitnah bohong tak kekal lama.
ReplyDeletelawan mahafitnah syahid...!!
#bangkitlawanfitnah
7 pertuduhan telah dibuat, coming soon banyak lagi..
ReplyDeleteFitnah atau tidak, jawab di mahkamah
Sampai skg kertas pertuduhan belum diberi...
ReplyDelete