Saturday, August 25, 2018

JANGAN KASI MUKA PADA ITU BETINA ?

Dia bukan bercakap secara individu. Dia boleh siasat terlebih dahulu kebenarannya.

Maaf itu maaf tapi kena ada contoh tauladan AMARAN kepada yg lain.. damage has been done.


Betul ke ekonomi kita makin teruk?

NAJIB dah ulas panjang, aku setuju ekonominya yang paling teruk, selain hilang kerja, duit juga kena rampas..
Tapi dia belum jatuh miskin hingga perlu pindah ke rumah PPRT.
Anak dia juga kahwin bukan dengan penerima BRIM.

Sebagai blogger cabok  bagaimana aku tahu sangat pasal ekonomi negara, tetapi aku setuju merosot kerana angka² menunjukan sedemikian.

Kalau ada perjanjian.bodoh bangang sebelum.ini, kalau  harta dan duit negara dirompak - mana datangnya negara nak kaya?
Memang akan miskin pada kedana.

Yang berhutang keliling pinggang, siapa?
Yang kena bayar siapa?
Jadi tak peliklah ekonomi menurun.

Di era NAJIB figure cukup bagus, negara makmur tetapi rakyat bawahan tidak merasakan begitu, setiap minggu tensi dengan harga petrol turun 1 sen naik 20 sen, tensi dengan cukai baru, tensi dengan kadar baru..

Sekarang ekonomi negara dikatakan menurun, tetapi jauh lebih baik kerana rakyat "tidak naik darah" setiap minggu atau setiap hari.

Harga barang turun sikit (tiada gst 6%), memang betul..
Ikan masih mahal dan.makin mahal, betul..
Harga bergantung kepada permintaan, itu teori ekonomi asas..Sebagai pengguna kena pandai jaga ekonomi sendiri terutama ketika sst.
Back to original, back to sebelum gst...

Teori ekonomi dunia, harga barang tidak akan turun selepas (once) naik walau apa dasar digunapakai kerana PENIAGA sentiasa ada alasan dan ambil kesempatan..
Yang kaya belanja mewah, yang miskin belanja berhemah.

Ekonomi negara, biarlah kerajaan teruskan usaha² mereka..

Brim bakal dihapuskan elok sangatlah tu, pemberian yang sekadar kosmetik untuk menutup penyamunan mereka.
Bayaran SETAHUN sekali tetapi iklan NAJIB dengan satu jari SETIAP JAM di kaca tv.. terlebih propaganda.

Brim bukan penyelesaian kemiskinan kerana angka menunjukan permohonan bertambah.
Brim lebih kepada mendorong harga barang naik.

Paling penting, kalaupun miskin, rakyat tidak rasa dizalimi..
Peningkatan semula penonton di semua saluran tv terutama "berita" petanda sihat untuk kerajaan..

Rakyat dalam mood lega, STANDBY wait and see..baru 100 hari, hilang akal kalau komplain kecuali busuk hati, meroyan kalah tak habis lagi..






# yang bankrap hujah tapi copy paste tak ikut tajuk, aku tak layan, tak siar
# yang kata blog ini fitnah, kau tak payah masuk, pergi main jauh²




BELENGU DENGAN NEGARA CHINA SUDAH TERUNGKAI..

Keberanian Tun menyatakan pendirian Malaysia di hadapan muka PM dan Presiden China merupakan titik lega permulaan negara sudah tidak perlu menoleh belakang tetapi langkah ke depan dengan berani malah bersiap sedia dengan segala tindak balas China,  sekurang kurangnya itulah zikir tukang ramalan. 

Pembatalan ECRL atau apapun adjustment yang bakal dibuat dan meruntuhkan Tembok  Besar China Kuantan antara tindakan pendahuluan Mahathir yang diisi pada bulan kemerdekaan. 

Mengurangkan dan secara beransur menghapus BRIM adalah keputusan tidak popular ketika kempen PRK Balakong dan Seri Setia sedang berlangsung. Mahathir sedang menguji dan mencabar minda subsidi khususnya pengundi Melayu. 

Kalau itu pun PH boleh menang di kedua dua tempat ia akan membawa maksud rakyat meletakan sepenuh kepercayaan kepada Tun dan kabinet untuk terus memacu negara. 
Sekaligus petanda umno dan pas bakal pupus. 
Sama samalah kita tunggu keputusannya nanti. 

Akan ada banyak lagi keputusan dan dasar yang akan diputuskan dan sesuatu yang tidak patut terlepas pandang ialah bersihkan talibarut dan pengkgianat yang masih ada di Penjawat Awam,  PDRM,  SPRM, ATM dan juga lain² agensi.


PENYEMBAH PEMUJA JO LO MERAUNG.


Friday, August 24, 2018

KAMU MELAYU YANG MACAMANA? YANG LAMA HAPRAK ATAU YANG BARU..



30% TAK PERLU BUKTI...

Kontrak billions 30‰ aku punya..
Bagaimana mahu di realisasikan..
Bayar ikut tempoh,  kerja siap tak siap belakang kira..
Bila payment lesap kerja terbengkalai..
Terminate kontraktor lama dengan alasan bodoh..
Lantik kontraktor baru... 30% lagi masyuk..

SAMPAI KIAMAT BUAT KERJA PELAHAP.. .

KEUPAYAAN CYBERTROOPER UMNO MAKIN BEROTAK LEMAH..

Serangan ke atas kerajaan PH kini sudah muflis hujah lalu mereka dibekal skrip copy and paste untuk melokman ke semua blog sasaran.



Serangan paling bebal dalam sejarah malaysia.





life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...