Friday, December 15, 2017

APAKAH MAKSUD JAMAL...NAJIB DAN ROSMAH PAKAI LAMPIN SEMULA...


Jamal ikan saran Tun M dan Dr Siti Hasmah masuk semula darjah satu ekoran katanya kebuudak budakan mengembalikan pingat. 

Memanglah Jamal terkejut berok sebab Tun pulangkan Darjah Kerabat (DK), kalau Jamal mengidam pun, sampai mati takkan dapat.

Apakah Jamal jurucakap Istana Selangor??   
Kalau di Johor yang pandai memandai bercakap menyentuh tentang istana sudah lama "dikoyak" mulutnya supaya lebih baik diam.

Istana Selangor dalam kenyataan menerima balik tanpa halangan dan akan diwartakan.




Setakat akal Jamal, Tun dah komen...Selangor bukan negeri miliknya !!!

Bila Jamal saran Tun masuk semula darjah satu..bagaimana yang lain, yang sebaya dan junior Tun. .apakah Jamal juga akan minta antaranya Najib dan Rosmah pakai lampin semula..peluang menjadi suci semula.






SIAPA KAWAN YANG DIPERCAYAI DAN AKAN DIBANTU..









Thursday, December 14, 2017

KERAJAAN OBESITI - SALAM DARI DENMARK





# ... TONGKAT ITU UNTUK SIAPA..




Samada iman kamu terlalu lemah atau kamu sudah mencapai kewalian, berikut untuk dihayati...




DARIPADA MENJADI KAWAQ POLITIK, JANGAN MALU NAMAKAN PM PILIHAN PAS..

Menoleh ke belakang...

MB sepenggal di Kedah..bercakaran sesama sendiri..tunggang terbalik urus masalah air dan kolej Isaniah..

MB sepenggal di Terengganu..berebut balairaya dengan budak tadika..

MB 11 bulan di Perak..kena rampas pintu belakang oleh umno..

MB 23 tahun di Kelantan..Membangun bersama Isle @ Membangun bersama balak dan berebut hutan dengan orang asli..
Masih kekal negeri termiskin dan terkotor..

Kehilangan ratusan ribu ahli dengan tertubuhnya AMANAH merupakan tamparan hebat hingga tersingkapnya kudis, tokak, kurap dan panau parti dan kepimpinan.

Exco di Selangor ehsan MB dari Pakatan Harapan.
Keputusan Muktamar: PAS putus hubungan dengan PKR tapi ada pula Fatwa TETAPI di tepi "tidak putus jawatan dan pangkat" di Selangor.

Persekutuan: Menawarkan diri Penasihat umno Najib, tanpa disahkan jawatan...

Kekalkan Najib itu saja pilihan PAS untuk serpihan kemakmuran derma pak arab dan budi secawan teh di London.

Wednesday, December 13, 2017

BERSEDIALAH KAMU WAHAI PEMIMPIN PEMBANGKANG...



Bersedia untuk dikaitkan..
Bersedia untuk disabitkan.
Bersedia untuk disiasat..
Bersedia untuk didakwa.
Bersedia untuk diheret..
Bersedia untuk dituduh..
Bersedia untuk ditahan..
Bersedia untuk didenda..
Bersedia untuk diliwat ..
Bersedia untuk dimalu..
Bersedia untuk diskandal..
Bersedia untuk divedio..
Bersedia untuk dihilangkan..
Bersedia untuk dijual..


Begitu juga jika kamu penyokong tegar, bloggers..


Berdoalah...
Perjuangan ini belum selesai...











NEGARA ISLAM YANG HILANG



DAHULU MEREKA TUKANG SAPU..SEKARANG KAMI YANG MEREKA SAPU

Bas terakhir mula bergerak membawa para mahasiswa menuju ke kampus.Aku duduk santai di kerusi paling hadapan sambil memangku sebuah beg coklat kesayanganku.

Tiba-tiba saja aku merasakan seperti ada yang kurang!..
Ooh..baru aku perasan.Ternyata aku terlupa untuk membawa bersama 'assignment' yang  sudah aku siapkan malam tadi.Aku segera meminta pemandu bas untuk memberhentikan bas dan turun untuk kembali menuju asrama.

Setelah mengambil 'assignment' yg tertinggal tadi,aku terus turun menuju ke arah tempat menunggu bas.Sambil berdiri,hatiku berbisik berharap ada orang yg sudi menumpangkan aku untuk ke kampus.

Alhamdulillah..Allah kabulkan permintaanku.
Sebuah kereta berhenti di hadapanku.Pemandunya seorang pemuda melemparkan senyuman.

"Mau ke mana?",sapanya ramah,dengan Bahasa Arab.

"Nak ke kolej ke?",tanya ku balik.

"Ya..jom naik cepat",balasnya..

Aku terus naik dan kenderaan itu mula meluncur laju.

"Apa kabar akhi?Sihat?",sapa pemuda berwajah Turki itu memulakan perbualan.

"Alhamdulillah sihat.Anta apa kabar?".

"Sihat Alhamdulillah..Ooh ya..dari Indonesia atau Malaysia?".

"Dari Indonesia.Anta dari mana?"..

"Ana dari Turkistan.Tau Turkistan?.Turkistan itu dibawah China."ujarnya.

"Ooh iya.Bererti masih dalam benua Asia kan?. Bagaimana kehidupan di Turkistan?",tanyaku.

"Akhi,kehidupan kami menjadi begitu porak-poranda semenjak China mula masuk ke negara kami.Passport ana sekarang pun tertulis China."

"Apa??..Bukankah Turkistan negara sendiri?? Kenapa pula pasportnya China",tanyaku kehairanan.

Dia mula terdiam sebentar.Kemudian menarik nafas panjang seakan ada beban berat yang di pikul.

"Ana sudah 9 tahun tidak pulang ke Turkistan.",keluhnya perlahan.

Kemudian dia menyambung bicaranya.

"Begini akhi..Sekitar 60 tahun yang lalu,mereka orang-orang China datang dengan cara baik ke negara kami..Sama ada utk bekerja,melancong, dan lain2..

Dengan berjalannya waktu,pemerintah kami mula lalai dan menganggap keberadaan mereka adalah biasa saja.Padahal pergerakan mereka masif..diam tapi pasti dan sasarannya panjang.Lalu jumlah mereka semakin ramai.

Dan tak sedikit dari kalangan mereka yang sudah memperolehi status kerakyatan warga negara Turkistan".

"Pemerintah kami tetap juga tidak sedar.Dan akhirnya mereka (China) melakukan kudeta. Presiden kami mereka bunuh.Tampuk pemerintahan telah jatuh ke tangan mereka.

Pada saat kudeta itu berlangsung,ratusan ribu pribumi berpindah ke pelbagai negara lain di sebabkan kekejaman kekuasaan China.

Dulu MEREKA HANYALAH TUKANG SAPU, SEKARANG KAMI YANG MEREKA SAPU",jelasnya panjang.

"Lalu bagaimana kehidupan di sana?", tanyaku penuh dengan rasa ingin tahu.

"Disana semuanya serba ketat akhi.Akhi nak tau kenapa ana sudah 9 tahun tidak balik ke Turkistan?..Kerana mereka melarang sesiapa pun untuk pergi belajar ke negara Islam.

Ketika urusan membuat pasport,mereka mensyaratkan tidak boleh pergi ke negara Islam, seperti Saudi dan Turki.Akhirnya ana bagitau bahawa ana mau melanjutkan pengajian ke Jepun.Dan mereka benarkan.Bila tiba di Jepun,barulah ana ambil penerbangan menuju ke Saudi.

Nah...jika ana kembali ke Turkistan,dan mereka dapati pasport tertulis negara Islam.Ana akan di hukum penjara kira² 10 tahun".

"Dan di Turkistan sekarang ini,hampir setiap hari orang-orang China berhijrah ke Turkistan dan jumlahnya adalah ribuan orang.Mereka diberikan kemudahan tempat tinggal,diberi pekerjaan dan fasiliti asas.

Sedangkan penduduk pribumi beroleh layanan sebaliknya.Bahkan ada yang di usir",terangnya panjang lebar dengan raut wajah yang begitu sedih.

Kenderaan kami masih meluncur laju di jalan raya dengan kelajuan 90-100 km/jam.Sudah lebih dari setengah jarak perjalanan yang kami lalui untuk sampai ke kampus.

"Jadi,bagaimana kehidupan Muslim di sana ketika ini?",tanyaku..

"Solat dilarang,azan dilarang.Jilbab kalau warna hitam akan dikoyakkan.Janggut dilarang.Setiap beberapa meter ada pemeriksaan.

Handphone diperiksa,jika ada tulisan Allah atau ayat Quran,boleh ditangkap dan dipenjara.Tidak boleh mengucapkan perkataan jihad.Kalau ada tetamu bertandang,harus melapor dulu.Kalau tidak melapor,tuan rumah boleh dipenjara.

Beli pisau agak besar juga dilarang.Selama 9 tahun kalau cuti semester,ana pergi ke Turki kerana isteri orang Turki",tambahnya.

Aku boleh bayangkan bagaimana kehidupan mereka.Berat,terkekang,terjajah.
"Ya Allah! Jaga negaraku tercinta.Jaga Indonesia.Lindungilah kaum Muslimin,"doaku dalam hati.

"Di Indonesia,mereka ,semakin ramai ketika ini.Mereka masuk di dalam sektor perekonomian.Bahkan sudah menyusup masuk ke dalam pemerintahan."ujarku.

"Wah.. akhi!..
Jangan sampai kalian tertidur atau lalai sedikitpun.Jangan sampai pemerintah kalian memandang enteng perkara ini.Keberadaan mereka merosakkan sekali.Mereka seperti tak punya keperimanusiaan.Egois!!",tegasnya.

Kenderaan kami akhirnya tiba di kampus.Aku mengucapkan terima kasih kerana sudi menumpangkan aku.

"Akhi!..Mau jadi orang kaya?",senyum terukir di wajahnya.

"Semua orang ingin jadi kaya",jawabku.

"Kalau begitu,jual kucing-kucing  yang ada di negaramu ke Turkistan.Kucing kucing disana harganya sangat mahal.Jumlahnya sudah sangat sangat sedikit.Sudah habis dimakan orang China",katanya sambil tergelak besar.

Aku hanya mampu ketawa kecil.
Dan aku mulai khuatir dengan keadaan negaraku saat ini.Semoga Allah menjaga tanah airku yang tercinta.

http://pengundi.spr.gov.my
credit Haziq Al Ninaw

Tuesday, December 12, 2017

TERKINI - APA ISU YANG LEBIH BESAR DARI SKANDAL 1MDB YANG DITAJA UMNO !!??

MOTIF MELAGAKAN DAN KINI SENDIRI KEPANASAN.

Yang mengambil kesempatan dan panaskan isu Tun / Sultan Selangor  dan Zaid/Sultan Selangor adalah puak umno...

Jamal telah menerima padah akibat provokasi yang berlebihan.

Isu ini sangat kecil jika dibiarkan ditangani secara bijaksana oleh pihak yang terlibat sahaja.

Di luar jangkaan sekali lagi puak umno kepanasan apabila Tun dan Dr Siti Hasmah memulangkan semula Darjah Kebesaran yang mereka terima dari Sultan Selangor.

Terkini povokasi seterusnya mereka membuat jangkaan Tun akan pulangkan pingat dan darjah kebesaran dari Sultan Johor ?!

Situasi provokasi ini mengundang kepada satu kuantiti yang besar dari netizen untuk menyatakan pandangan mereka dan antaranya ada yang keterlaluan dari segi bahasa.

Keterlaluan bukan sahaja kepada Sultan Selangor tetapi juga kepada Tun.

Adalah wajar PDRM dan Kemenerian Komunikasi memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penghinaan yang telah dilontarkan tanpa pilih bulu bukan sahaja kepada Sultan Selangor tetapi juga kepada Mantan PM @ Negarawan.






TERIMA KASIH UMNO TERIMA KASIH JAMAL...SERANGAN MENJADIKAN PH PADU

















Sikap beransur orang Melayu mula menerima DAP berdasarkan pemerhatian berterusan dan pergaulan melalui PH dan imej pentadbiran PP di bawah lim guan eng serta kerajaan campuran di Selangor.

Sikap keterluan dan berlebihan umno memburukan DAP bagi menakutkan dan membenci di kalangan orang Melayu sudah kurang berkesan kerana sebahagian pemimpin umno sendiri berakhlak jauh lebih teruk dan tidak mencerminkan langsung Melayu Islam.



PAS juga yang turut menggunakan modal yang sama dengan umno sudah jauh menyimpang dari pendekaan Islam terhadap orang bukan Islam seperti DAP.




Hari ini DAP turut menyatakan bantahan terhadap Amerika di atas pengistiharan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.

Monday, December 11, 2017

SIAPA LAGI MANUSIA DI BUMI MALAYSIA YANG BERANI CAKAP KALAU BUKAN DIA..




Buktikan apa yang Tun cakap tersasar jauh....
Tidak mungkin suka-suka cakap, tidak mungkin 100% tidak benar dan tiada asas kerana ianya membawa risiko...
Ini adalah soal dasar, keselamatan dan kedaulatan negara.




1MDB - WE KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER. # TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR






GST meringan bebanan..dengar pengakuan netizen



.........

Ada yang salah faham, buat buat tak faham dan hilang kefahaman terhadap pertentangan rakyat ke atas umno.

Prinsipnya rakyat umum menyokong pembangunan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan ianya bertambah baik apabila kerajaan sedar ianya di bawah pemantauan pembangkang terutama dari segi perbelanjaan dan perlaksanaan yang telus.

Jika rakyat boleh menghargai kerajaan rakyat juga perlu berterima kasih atas peranan pembangkang, majority by numbers bersama pembangkang sekarang, sebab itu lah kerajaan sekarang diasak dan kepanasan.

TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR ATAS PERTIMBANGAN SENDIRI


Malangnya pembangkang tidak dapat pantau semua dan inilah peluang rasuah dan penyelewengan berlaku. Teralu banyak isu jika mahu dikutip.

Ketidak percayaan kepada kerajaan umno semakin teruk apabila Najib terlibat dalam skandal 1mdb. Ianya makin jelas apabila diikuti dengan pertentangan Tun secara terbuka dan tidak ada jawapan yang memuaskan dari kerajaan.


Jila Tun, Muhyiddin, lim lit siang, mat sabu dan pembangkang memfitnah, tindakan menghasut dan saman peribadi perlu dibuat.

Persepsi rakyat kerajaan berbohong dan berbohong untuk menutup segala kecurangannya. Keadilan disekat secara terangan.

KERAJAAN YANG CURANG TIDAK BOLEH DiPILIH SEMULA DAN DIKEKALKAN, ITU PRINSIP SEJAGAT DAN KITA WAJIB TENTANG WALAU DENGAN SATU AYAT.

Isu utama skandal 1mdb berkembang kepada isu2 lain termasuk kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib, duit 1mdb bocor dan berterbangan ke sana sini termasuk US - pembangkang tahu di mana, ke mana dan bila, cuma masa ditungu untuk mendedahkan lebih lanjut. Masa yang sesuai sebaik sahaja parlimen dibubar, tuunnggguuuuu.....







Isu terbaru sekarang, paku dulang paku serpih..tepuk air di dulang, meludah ke langit..BNM rugi 160B dalam urusan forex 2013-2015, siapa PM masa tu ? Sudah tentu bukan mamak teh tarik.

Ditambah dengan isu gst dan kos sara hidup yang tinggi, perbelanjaan bermewah dan belanjawan defisit, kemasukan bebas pelabur china memburukan lagi keadaan.

Apapun tidak akan ada cubaan yang boleh berjaya mengalih isu sebenar kebobrokan Najib dan partinya dalam skandal 1mdb dan isu sekelilingnya.

Kerajaan baru perlu untuk menyusun semula negara yang kucar kacir dan korup adalah isu utama, Mereka yang terlibat perlu diadili.

Itupun masih ada segelintir yang ingin mempertahankan (?) Ada sokongan membawa rebah...Pertahankan apa? Hujah kabur? Paling paling buka cerita lama? Berasap kepala Bankrap idea... Last sekali maki hamun, kepala bapak..






Sunday, December 10, 2017

SS








Persepsi Najib terhadap pembangkang sangat ringan jika dibandingkan persepsi dunia ke atas kerajaan sebagai kleptokrasi yang paling teruk.

Masa depan apa yang boleh diharapkan jika parti umno sebati dengan korupsi bukan sahaja persepsi tetapi statastik SPRM menunjukkan majoriti tangkapan dan dakwaan adalah dari umno dan pegawai kerajaan yang ditunjangi BN.

Belum selesai skandal 1MDB, kini muncul pula laporan BNM, urusan forex  kerugian mencapai 160B antara tahun 2013 - 2015.

Sekarang ahli umnoBN  dan rakyat menuding jari kepada Najib sebagai liabiliti kepada partinya,  bangsa ugama dan negara.


ADA "DAP" DALAM BN


TERKINI:

TUN dedahkan negara kerugian forex 160B di era najib 2013-2015 akibat kejatuhan matawang ringit.

FITNAH KE NI (?)

Tun hanya dedahkan..ini adalah laporan rasmi Bank Negara !!!

........

Posting awal:



Sebok benar umno kutuk DAP hingga terlupa ada "DAP" dalam BN yang menikam dari belakang.. 

Dan ada along bagi pinjam...

Sebok benar kutuk Tun, tetapi terlupa ada ahli umno yang akan berubah arah.

Semuanya kerana pucuk pimpinan, pemimpin negeri dan bahagian sebok dengan tembolok sendiri..Akar umbi mereka angguk tetapi sedang memerhati...

Kalau nak denial, hibur hati sendiri, siilaakaan..







Banyak lagi cerita perwakilan selepas balik dari perhimpunan, tapi biarlah kudis itu menjadi bisul dan barah buat umno..takkan aku nak dedah pula.

Saturday, December 9, 2017

KEJAHILAN BERPOLITIK: MALAYSIA AKAN LEBIH MAJU DAN ISLAMIK KALAU MAHATHIR DIHINA....!!!???.




Perwakilan, ahli umno dan rakyat menyaksikan perhimpunan yang penuh kejahilan ilmu dan sokong menyokong kemungkaran.

APA SALAH SAYA PERLU MOHON MAAF PADA SULTAN SELANGOR - ZAID

JAMAL DITANGKAP POLIS - Itulah insiden yang sedikit "jantan" mengakhiri PAU berbanding dengan ucapan pemimpin kanan umno yang lain.

Ucapan penggulungan Presiden pula hilang fokus..





















# Najib sedar dia akan ditentang dilondeh dan kecundang jika Presiden dipertandingkan !?


Friday, December 8, 2017

DAH TENAT, KENAPA TAK PAPARKAN SENDIRI...


Ada yang tanya tak nak sentuh ke ucapan  Presiden penutup PAU..

Secara ikhlasnya aku sendiri tak ambil pusing bila mula bila tutup, siapa berucap siapa nangis siapa buat lawak.. 

Kecualilah kalau aku ada sedikit masa percuma, aku belek² kalau ada isi yang berbeza...

Seperti juga komen maki hamun, aku rasa ucapan yang tak sekolah atau emosi terganggu sahaja yang akan bercakap terjerit jerit.. Bersemangat biarlah diterjemahkan dalam bentuk "action" dan "amanah".

Sehari dua ini mungkin keluaran utusan, nst sedikit meningkat, itupun kerana diberi percuma sepanjang PAU.
Jumlah penonton tv3 pun adalah meningkat sedikit.

Selepas PAU, semua ini akan merudum.

Untung lagi anwar dan hadi, bila sakit, bila tenat, PM dan TPM serta isteri datang melawat, sebok benar tv3, utusan dan nst laporkan..

Tetapi apabila sendiri sakit, sendiri tak laporkan dan tiada pun siapa yang sudi melawat.

Cuma dipercayai dana di pam masuk setiap bulan untuk menampung segala kos..sampai bila (?)

Pukulan pembangkang dan pengaruh Tun setakat ini bukan sahaja mampu menumbangkan umno tetapi sekaligus menutup media yang jadi lemb.....

KENAPA TUN LAYAK PM SEMULA (?)




Satu penjelasan terbaaeekk..

http://tukartiub.blogspot.my/2017/12/gua-sudah-jelas.html?m=1
Apabila bekas musuh memberi pandangan - ia sangat signifikan.






Perkara utama adalah PH menang..
Tun PM semula adalah bonus tambahan..dijangka tidak lama, sekadar penyusunan semula...
Anwar wajar diberi peluang memantapkannya lagi..
Sebelum diserahkan kepada yang lebih muda..

Jika selepas ini, puak sana meroyan sakan..sah lah pemilihan Tun PM semula adalah tepat.

Kekuatan bukan sekadar ada ramai ahli, banyak bahagian dan banyak cawangan tetapi lebih penting pemuafakatan, persefahaman dan satu hati.
Strategi + mode rakyat terkini mampu menewaskan kemungkaran.


Thursday, December 7, 2017

PRU14 ADALAH MASA DEPAN..... # Zaid dijulang umno..

Masa depan siapa (?)


Bukan soal masa depan Tun..dia pun sudah berwasiat.

Bukan soal masa depan Najib..jerat tak pernah lupa mangsa.

Bukan soal masa depan zahid dan hishamuddin..apakah mereka meneruskan polisi keleptokrasi..

Bukan masa depan lim kit siang..PM tetap Melayu

Bukan masa depan Anwar..tetap dibebaskan.

Ini adalah masa depan rakyat ...Najib bukan sekadar bertanding lawan pembangkang tetapi lawan rakyat.


Kakitangan kerajaan adalah sebahagian dari rakyat dan mereka paling dekat dengan kerajaan.

Mereka lebih tahu siapa yang paling celaka !!!

Sebahagiannya mempunyai pengalaman berurusan terus  seperti SPRM, BNM, ROS, LHDN, PDRM, AGD, KASTAM dan lain lain..






......



# umno terperangkap dengan jerat sendiri dan kantoi.
Zaid Ibrahim bukanlah satu nama besar sangat tetapi hari ini popular dan mula mendapat tempat di hati rakyat gara gara umno memartabatkannya...


Ini isu antara Zaid dan Sultan Selangor, pihak Istana perlu membuat laporan polis dan bukannya melibatkan parti politik yang akhirnya memberi political mileage kepada zaid, pucuk dicita ulam mendatang.

Wednesday, December 6, 2017

ULANGKAJI... MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DI TANGAN YANG SALAH.


KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA OLEH HARAPAN ADALAH BERKETEPATAN

Sudah beberapa kali disebutkan di blog ini, belum lagi khatam...

Untuk jadi pahlawan bugis yang tidak dicerca, dipandang tingi, mulia lagi di hormati...
Untuk parti dan diri dilihat berintegriti, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mantan PM terdahulu...

Najib perlu dipilih menjadi Presiden parti secara pertandingan dan
Menang majoriti dua pertiga di PRU14...

Kalau gagal, Najib sekadar standard paklah atau lebih teruk dari itu...

Standard kemampuan inteligensi yang Najib tunjukan sebagai seorang PM sangat rendah mutunya sehingga boleh dianggap sesiapapun boleh menggantinya bila bila masa.


Slogan Malaysia lebih baik tanpa Najib ada betul nya.


# Dilaporkan media umno seperti tv 3/4, berita harian, utusan dan nst mengalami renjatan susutan kewangan yang sangat tenat.
Jika najib tangguhkan lagi pru selepas Januari 2018...umno sudah boleh ditalkinkan lebih awal dari masanya.


UMNO SUDAH MENDAPAT PASANGAN YANG TEPAT UNTUK MERAMPAS SELANGOR..

Noh Omar sudah lama diberi peluang untuk memperkemaskan umno bagi merampas Selangor termasuk dilantik Menteri tetapi indah khabar dari rupa.

Membuat gandingan semula empat mantan MB juga dilihat tidak akan ke mana, setakat buat habis boreh..

Akhirnya usaha berterusan umno berhasil...




Tidak pasti siapa mencari siapa unuk gandingan serasi ini..

Tuesday, December 5, 2017

UMNO ITU NAJIB, NAJIB ITU UMNO

Masa masih ada 6-7 bulan sebelum pilihanraya bagi umno mempromosikan parti dan pemimpin.

Bajet 2018 yang diharap pemangkin sokongan kepada kwrajaan umno terjerumus  gagal kerana rakyat tidak yakin kemampuan dan sumber kewangan dari mana yang akan kerajaan dapat bagi menampung perbelanjaan.
Sudah tentu penambahan atau kenaikan cukai akan dilaksanakan atau cilok dari harga petrol.



9


Lebih lebih lagi belanja pengurusan melebihi 70% dan 30% darinya kepada JPM sekadar membayangkan semuanya sekadar membuncitkan lagi perut dan bukannya menjana pembangunan untuk rakyat.

Laporan RCI Forex diharap dapat merobek reputasi Tun dan meroboh PH juga tidak kesampaian kerana laporan itu dianggap konspirasi politik, tidak lengkap dan 1001 kelemahan dan persoalan.

Kombinasi 4 mantan MB Selangor yang compang camping untuk merampas semula Selangor dari Azmin yang licik dan PKR sudah tentu sukar dari kejayaan selagi Anwar masih dipenjara.

Dalam cubaan mengkorupkan Azmin dan lim kit siang dengan kerjasama dot dot tiba tiba pecah lubang dan khabar angin MB Johor juga terlibat dengan suapan... Johor bakal tempat umno lahir dan berkubur, 2018.

Semua ini tidak membantu pun memulihkan imej umno di mata rakyat...



PAU yang berlangsung juga membayangkan tidak akan berlaku apa yang ajaib untuk membantu umno dapat menawan semula hati rakyat. Pemimpin sudah hilang darah dan kini mengharap semangat akar umbi jika ada.

PAU sepatutnya tempat muhasabah diri, menilai prestasi, memberi peringatan dan amaran kepada pemimpin agar jangan khianati perjuangan..

Corak dan budaya PAU kali ini sudah boleh dijangkakan,  mereka jadikan PAU pentas memaki hamun, fitnah dan memburukan pembangkang..APA DAPAT???
Tak cukup dengan itu, mereka saling balas puji memuji rasa bagus..


Dalam ketika baru nak cakap besar dan tunjuk kuat di PAU, datang pula nota rasmi dari Peguam Negara US tentang 1MDB - kleptokrasi yang paling teruk di dunia...

Hatta untuk umno bercakap tentang Melayu dan Islam pun sudah tidak relevan..... Akuilah hakikat, mereka hanya untuk Najib.

HANYA TUN YANG BOLEH DIHINA DAN HANYA TUN YANG PERLU MINTA MAAF..


# Umumnya rakyat ingin memberi peringatan kepada pihak yang mahu menghina Tun, pastikan itu fakta yang benar...

Keduanya pihak yang mahu menghina Tun harus melihat diri sendiri terlebih dahulu, berapa banyak budi dan jasa mereka membina anak bangsa ugama dan negara ini.

Dan yang ketiga, dalam sejarah belum pernah ada kemenangan kepada mereka yang menghina manusia lain secara zalim dan melampau..









7

JANJI MALAYSIA BANTU EKONOMI AMERIKA SUDAH MULA BERHASIL...


Monday, December 4, 2017

4 TAHUN 6 BULAN MENYAMUN...6 BULAN TERAKHIR MENCURAH JANJI...


Pemimpin penipu memanglah itu dasarnya kerana dia tahu majoriti rakyat bodoh mengikut kawasan.

Dan ini terbukti benar, apabila rakyat akan memilih sekali lagi pemimpin penipu ini.

Muncul pula pemimpin suci tetapi bodoh sombong.

Muncul juga pemimpin² yang mempunyai motif yang sama tetapi pepat diluar rencong di dalam.

Oh Negaraku Afrika.












BERITA POLITIK DALAM NEGARA:

PAS tersentap dan malu-malu kucing untuk menerima hasrat TS Khalid, mantan MB Selangor untuk membantu parti itu menawan Selangor.





BERITA "KAYU"

- PM tak pernah arahkan untuk mengambil tindakan pada sesiapa


Sunday, December 3, 2017

KENA FIKIR PANJANG JIKA MAHU SEBILIK.

Ada satu komen yang menarik dari anon dalam sebuah blog ternama, aku edit dan sesuaikan sikit..

Boring kalau sokmo cerita politik...


 -Gambar- untuk tengok sekali sahaja-







Komennya yang diedit...

" Mana satu pilihan yang lebih baik....
tidor sebilik dan sekatil dengan anjing dan babi
 atau 
tidor sebilik dan sekatil dengan lanun dan puaka"

Satu penghayatan yang perlu dibuat tanpa tergesa gesa.

Sekatil sebilik serumah sekampong senegeri senegara sedunia..

Saturday, December 2, 2017

SPRM SUCI DALAM DEBU (?)

SPRM sangat sinonim dengan "tangkapan ikan bilis" dan kini menular pula kepada "perkakas parti politik" atau "polirical move"  dan adakah besok muncul pula sesuatu persepsi yang merosakan lagi badan tersebut...

Lebih malang, nama Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri tercemar yang belum dicuci dan disuci.. Menjadi satu simpanan deposit!!!
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/21045/


Ini bukan soal 100% persepsi semata mata tetapi apa yang sedang dilihat oleh mata kasar rakyat... Hingga ke hari ini unexplained!!!

Siasatan dan tangkapan ke atas Isa Samad..
Siasatan ke atas Annuar Musa..
Sudah tentu beratus lagi nama nama lain, cuma mungkin tidak sebesar nama² di atas..


Sudah tentu rakyat bercakap pada nama² besar dan utama kerana mereka public figure dan pada pandangan rakyat mereka memang korup kecuali mahkamah kata tidak..

Oleh itu adalah perlu status mereka dikenalpasti..
Jawapan skema terbaik untuk rakyat adalah permainan "tarik tali antara AG-SPRM.."

Tetapi rakyat tetap persoalkan, berapa lama permainan itu? Sebulan, setahun atau sehingga rakyat lupa..



# Satu kebetulan?
Ketika isu MB Johor didakwa menerima 12 juta dalam isu perumahan seperti yang diberitahu saksi ..http://malayjaya.blogspot.com/2017/11/harapan-adakah-mb-johor-terima-rm12-juta.html?m=1

Tiba tiba muncul kes tangkapan anak saudara Azmin..



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...