Monday, September 26, 2011

Bobo piang walaupun dah lama jadi rakyat Malaysia...

Mukaddimah pertama dituju kepada beberapa kaum di Malaysia yang asalnya mendatang (kaum pendatang) yang tidak wajar merasakan mereka sama kerakyatannya seperti kaum asal (bumiputera) walaupun (generasi yang mendatang itu sudah tiada lagi)  mereka merupakan generasi  yang dilahirkan di Malaysia.


Kaum pendatang di Malaysia harus berhenti berfikir untuk menjadi seperti Amerika dan Australia di mana akhirnya kaum pendatang menjadi kaum utama dan kaum asal (asli) dipinggirkan.


Sudah terlambat untuk berfikiran demikian kerana kaum bumiputera di Malaysia tidak 'benarkan' sama sekali dalam apa jua cara sehinggalah mereka betul2 ikhlas dan meninggalkan segala bentuk kebudayaan yang diwariskan dari negara asal kaum pendatang itu sendiri dan mengikut acuan kaum asal di sini, termasuklah hapuskan sekolah2 jenis kaum misalnya, sanggupkah mereka?


Tetapi bukankah mereka menikmati sepenuhnya kesamaan malah lebih berlipat ganda dalam soal kekayaan walaupun tidak mendapat hak keistimewaan? Bukankah itu matlamat mereka? Dan bukankah mereka mahu memelihara dan kekalkanm kekayaan mereka itu dengan selamat? Bagaimana caranya? kalau ada satu undang2 yang lebih baik dari sekarang dapat menjamin keselamatan itu kenapa dharus mereka tentang?


Perjuangan mereka yang tidak ikhlas akan menjadi perjuangan perkauman dan akan mengujudkan rasa perkauman juga di kalangan kaum asal yang bangkit mempertahankannya. Adalah tidak logik untuk menyatakan kaum asal mempunyai sifat perkauman sedangkan mereka telah banyak berkorban membenarkan kaum pendatang menetap di sini dengan kebebasan berugama secara peribadi.


Salah satu ciri keikhlasan yang perlu ujud di kalangan kaum pendatang ialah menghormati ugama dan budaya kaum asal selagi ia membawa kebaikan kepada rakyat, ini termasuklah peraturan dan undang2 yang mahu dilaksanakan iaitu hudud.


Secara amnya hudud ialah hukuman kepada penjenayahan yang berlaku mengikut kaedah Islam yang lebih adil dan baik daripada hukum jenayah buatan manusia yang lebih bertujuan memberi pengajaran dan kegerunan yang secukupnya untuk meminimakan penjenayahan. Nyata ia amat sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan penjenayahan di Malaysia makin meningkat dan sudah menjadi 'lazim'.


Tepatnya, hukum hudud merupakan langkah pencegahan jenayah yang sangat berkesan dan semua bentuk jenayah memang dilarang oleh semua ugama dan kaaedah Islam digunakan kerana hanya Islam merupakan satu2nya ugama yang cukup lengkap dari segi perundangan dan perlaksanaannya.


Rakyat Malaysia termasuk kaum asal dan penganut Islam hanya lebih wajar menyuarakan kebimbangan dari segi pentadbiran dan pengurusan dan bukannya ragu atas hukum tersebut. Perdebatan dan perbincangan harus dijurus kepada 'manusa2' yang akan melaksanakannya kerana mereka mempunyai beberapa kelemahan seperti tidak cukup kepakaran atau pengalaman untuk mengendalikannya.


Kalau ktia mengambil contoh mahkamah syariah dan pejabat ugama, rata-rata menunjukkan tidak efisien lebih2 lagi dalam soal kahwin cerai yang melibatkan kelewatan masa dengan karenah birokrasi serta penguatkuasaan yang longgar.


Kelemahan ini perlu di atasi terlebih dahulu sebelum perlaksanaan hukum hudud dijalankan kerana tindakan yang terburu buru hanya akan meninggalkan hasil dan kesan yang lebih lintang pukang dan mengaibkan Islam itu sendiri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata DAP diibaratkan seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud yang mahu dilaksanakan itu sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam. Hudud ni bagi setengah orang macam takut hantu lah seperti budak kecil takut hantu. “Tiada sebab juga bagi orang bukan Islam tidak mahu menyokong PAS. Tak sokong pasal apa,” katanya.
Semalam Nik Abdul Aziz berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Berdasarkan jawapan poknik di atas sekaligus telah menjaswab persaolan mahathir: Hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja walapun perlakunya termasuk orang bukan Islam.  Jika kecurian dilakukan oleh dua orang melibatkan seorang Islam dan seorang lagi tidak, hanya orang Islam yang dikenakan hukum hudud, seorang lagi tidak?!

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...