Tuesday, September 27, 2011

cucu dipinggirkan menanti atok bersara...

Umur persaraan kini menjadi perbahasan hangat di kalangan pekerja dan majikan dan yang terbaharu CEUPACS akan minta kerajaan naikkan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun. Dan yang terlebih baru pihak swasta juga  minta umur persaraan dinaikkan dari 55 ke 70 atau sekurang-kurangnya 64.

( Isu ini belum lagi diambil secara serius oleh mana2 parti politik untuk dijadikan agenda utama mereka ).

Jika ini diluluskan, bererti pengangguran di Malaysia akan  makin meningkat dan peluang kenaikan pangkat akan terjejas?

Bagaimana agaknya situasi yang berlaku di kauter bank, pejabat pos dan lain2 kaunter apabila nenek2 dan tokwan sedang melayan pelanggan?

Tentulah berlaku banyak kekurangan kakitangan di pejabat kerana ramai yang mendapat cuti sakit kerana mengidap kencing manis dan darah tinggi? Makin lancarkah urusan pejabat?

Dalam ketika pengangguran makin meningkat, membenarkan usia persaraan dinaikkan adalah suatu yang bertentangan dan ini meminggirkan golongan remaja yang terpelajar dan mendedahkan mereka kepada risiko jenayah atas desakan kewangan.

Orang politik wajar campur tangan, mempolitikkan isu ini dan jadikan perjuangan  membela golongan remaja kerana mereka adalah 'golongan pengundi' yang makin penting dan membesar di Malaysia ketika ini.

Mat Sabu wajar menjadi 'hero' sekali lagi...


# Umur persaraan wajar dihadkan kepada persaraan pilihan 50 tahun dan wajib 55 tahun, dan lanjutan setiap  tahun berikutnya mestilah berdasarkan prestasi pekerjaan dan taraf kesihatan.
Dalam keadaan ini seseorang mungkin perlu bersara pada usia 52 tahun jika salah satu atau kedua-dua faktor di atas ada padanya.
Begitu juga dalam situasi lain, seseorang berumur 75 tahun tetapi masih bekerja kerana terus menunjukkan prestasi kerja yang baik dan kekal sihat.
Bukankah itu lebih adil dan dinamik? 

# Terkini: Syabas! DAP telah merestui PAS untuk laksanakan hudud !!??

2 comments:

  1. Jgn iri hati jika kakitangan kerajaan mohon melanjutkan usia persaraan ke 60 tahun. Ia sama sekali tdk menyekat peluang yg. ingin/sedang memohon kerja dgn kerajaan. Kerana setiap tahun pasti ade yg. pencen. Namun begitu bagi mereka yg. mempunyai ijazah atau diploma memang menghadapi kesukaran mendptkan kerja dgn kerajaan. Ini disebabkan mereka terpaksa bersaing dgn kakitangan kerajaan yg sedang berkhidmat yg.mempunyai sijil peperiksaan khas jabatan. Mereka ini walaupun hanya mempunyai sijil SPM tetapi dgn lulus peperiksaan khas jabatan layak menjawat jawatan dalam gred berijazah atau diploma. dasar jabatan pula lebih suka mengambil kakitangannya yg.sdg berkhdmat dan enggan mengambil org. luar apatah lagi yg. belum mepunyai pengalaman bekerja.Kerana itu saya cadang agar kerajaan mewujudkan dua skim perkhidmatan dlm perkhidmatan awam kerajaan sebagaimana dlm perkhidmatan perguruan. Langkah ini pasti tdk menginaya mana2 pihak.

    ReplyDelete
  2. kakitangan kerajaan hanya lebih kurang 800 ribu sahaja dan tidak ujud perasaan iri hati kecuali kakitangan yang ponteng dan rasuah tetapi menikmati gaji yang sama dengan mereka yang dedikasi?

    Penyelewengan, rasuah, penipuan, penindasan lebih hebat di swasta cuma mungkin kadar laporan tidak begitu meluas.

    maha dasyat juga berlaku di dunia perniagaan yang di monopoli kaum cina.

    Persaraan sewajarnya tidak dikaitkan dengan umur tetapi lebih kepada prestasi dan tahap kesihatan - saya setuju dengan kluangman

    ReplyDelete