Sunday, September 25, 2011

DAP keluar atau PAS yang kena tendang..

"Kita faham kebimbangannya (Karpal), dan akan kita bincang kerana kita bukan seperti Umno. Kita ada konsensus,"- Anwar

Isu hudud adalah antara Nik Aziz dan Karpal dan  Anwar sokong ikut pintu belakang hingga Karpal memberi amaran kepada Anwar supaya jangan 'lidah bercabang'. UMNO persisten dengan ketetapan perlaksanaan hudud.


Yang flip flop ialah Nik Aziz dan Anwar yang sengaja amenimbulkan isu ini untuk  meraih kembali sokongan penyokong masing2.


Terpulanglah kepada Pakatan nak bincang macamna, nak tungang terbalik atau baling kerusi kelak - tak ada kaitan dengan UMNO.

Mengaitkan UMNO dalam apa sahaja isu memberi gambaran Pembangkang terdesak dan dalam keadaan lemah hingga terpaksa menuding jari kepada UMNO untuk menutup kebodohan sesama mereka sendiri. 


" Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam"

Tok Garu makin tak sedar diri, yang akan keluar daripada Paakatan bukanlah DAP sebaliknya PAS yang akan ditendang keluar, mana mungkin PKR akan sokong atau bersama PAS kerana Anwar akan lebih rasa 'selamat dan selesa' di kalangan DAP walaupun terpaksa tunduk dan akur dalam beberapa hal. Anwar bimbang berada di kalangan PAS kerana ahli2 PAS sudah mula hilang keyakinan kepadanya dan keadaan yang tidak stabil ini boleh 'memakan' dirinya.


# Apapun dijangka sandiwara ini akan berakhir dengan satu rumusan sekadar ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka tetap bersatu hati dalam apa jua keadaan, ini untuk memberi keyakinan rakyat kepada Pembangkang sedangkan hakikatnya mereka saling berebut dalam pembahagian kerusi yang sudah diketahui ramai.


BN juga sedang menghadapi isu yang sama.




No comments:

Post a Comment