Wednesday, March 25, 2015

Pembawa HUDUD mesti bermaruah.. @ Kata Putus Bergantung Kepada DAP @ Pendirian Nazri Mewakili Pemimpin UMNO Liberal...

PAD sekadar masih nak main bontot SAP tanpa mahu melihat muka Idah.
Lebih kurang cerita "Cover The Face Fire The Base"

# PAS dalam persimpangan antara kepentingan politik dengan cadangan Hudud yang banyak rintangan. PAS bergelut dengan masa untuk Hudud dihalang dan kerjasama dengan DAP dapat diteruskan.

DAP juga tahu Hudud menghadapi banyak rintangan cuma terus bersandiwara untuk menunjukkan pendirian tegas dan sanggup "mati" dari berkawan dengan Hadi - lakonan untuk pengundi cina. (MCA juga tumpang sekaki)

Kebijaksanaan Lim Guan Eng menggunakan kesempatan dengan menanamkan rasa benci sebahagian ahli PAS kepada Hadi untuk memberi kesan ditolak di muktmar nanti. Golongan PAS yang sedang mengejar peluang kedudukan dan pangkat tentunya mengalu-ngalukan pendirian mentor mereka itu.
Niat yang jahat tetapi jika dirancang dengan baik mampu untuk berjaya !!!

Apakah perjuangan PAS terhenti dan memadai untuk menuding jari kepada pihak lain untuk menyatakan PAS telah melakukan yang terbaik, hanya Parlimen jadi penghalang, mencukupi untuk dibanggakan dan sebagai noktah perjuangannya.

Dan lebih bermakna jika yang menghalangnya itu datang dari UMNO itu sendiri (?) sebagai modal pilihanraya (?)

Dan bagaimana kalau UMNO menyatakan sokongan ke atas hudud cuma dalam masa yang sama menghormati pendirian dan keputusan/konsensus BN (?)

Lebih malang lagi kenapa PAS tidak membentangkan hudud di era Nik Aziz dan ketika BN mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen - PAS pada masa itu tahu Mahathir mempunyai hujah dan pendirian tegas tidak akan menyokong satu rekaan Hudud PAS yang tidak berlandaskan Al Quran sebaliknya rekaan untuk publisiti politik murahan.

Dan politik murahan itu dimainkan sekali lagi kali ini dalam ketika UMNO dan pemimpinnya lemah dan kesannya DAP semakin mengukuhkan kekuatan sambil  memperbudakan UMNO dan PAS itu sendiri.

Dan yang paling best bila Nazri menunjukkan kebodohan melampaunya !!!! mewakili pemimpin UMNO liberal...

1 comment:

  1. Hai .. SUNNY NG .. BOLIH BUAT DUIT BANYAK KE ??

    ReplyDelete