Wednesday, August 26, 2015

DI MANA BAKI 2'6B..

Puluhan atau kalau mahu di kumpul mencecah ratusan saolan kepada Najib belum dijawab atau tidak dijawahnya dengan sempurna. Tetapi ada yang tolong menjawab...

Amat maselan dan shahrir antara tukang jawab segala bentuk saolan. Mungkin sebab itu mereka dapat hibbah 1 ke 2 juta RM.
Banyak jawab, pandai jawab, sanggup mati kerana Najib dapat 2J.

Ramai lagi yang jadi tukang jawab, Zahid paling besar ghanimah..... jadi mereka-mereka yang berstatus Tukang Jawab janganlah dipandang sebelah mata kepada mereka.
Ada udang sebalik mee..
Kalau tak ada apa-apa takkan Tempua bersarang rendah...

Salah seorang Tukang Jawab, diambil contoh Anuar Musa, kenapa sekarang tidak berbunyi lagi agakya selepas dilucut Pegerusi MARA dan tidak dapat jawatan Menteri seperti dihembus angin (?)

Khabarnya juga ada beberapa bongang yang sudah mengelak daripada mempertahan Najib dan menyalahkan Mahathir. Mereka lebih menumpu kepada membelasah Pembangkang...


Bagaimana dengan anda (?) Mungkin tiada peluang..kalau tidak, sama jugalah kot (?)

Satu saolan mudah untuk pak menteri dan yang berstatus seperti di atas atau penyokong...

Apa sangat yang anda tahu tentang pelaburan 1MDB  serta 2.6B sehingga bermati-matian menjawab bagi pihak Najib...

Kalau yang bertaraf Menteri pun merangkak nak jawab, apatah lagi tahap blongang, pecacai dan anjing kurap...
Contoh yang paling nyata mereka ini menjawab secara membabi buta (babi pun tak buta macam mereka) ialah tujuan 2'6B yang "didermakan"..bukankah pada mulanya ...
Kata nak saman WSJ..
Bebal sangat nak masuk ke akaun peribadi...
Kalau saya nak menyamun pun takkan nak masuk ke akaun dalam negara...
Saya tidak guna untuk peribadi...
Derma untuk pilihanraya..
Derma untuk IS..
Derma untuk lawan Yahudi dan DAP..
Saya dah jumpa keluarga penderma...


Itu petanda Tukang Jawab pun tak tahu satu benda, Ketua Bahagian memang lah satu lagi golongan bengap malas berfikir...

Jadi kita sudah tahu kenapa mereka terima tawaran partime jadi Tukang Jawab walaupun tak tahu hujung pangkal....

Dengar luahan di bawah..

Luahan rasa kecewa (mungkin juga marah) seorang ahli UMNO.

----------------------------

Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.

Najib tak payalah nak suruh orang lain jawab bagi pihaknya,  pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO menjawab segala pertanyaan yang ditanya kepada Najib pula, yang ditanya adalah Najib, yang buat hal pun adalah Najib, bukannya ahli UMNO,  Nak jawab macam mana kalau ahli sendiri pun tak tahu maklumat apa yang mereka nak jawab.

Macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?

Dalam isu RM 2.63 bilion pula, apakah itu derma kepada UMNO?  siapakah pendermanya, dari mana sumber derma itu, perlu dijelaskan, tapi Najib tak jelaskan. Wang itu Najib yang terima dan dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukannya 3 juta orang ahli UMNO yang terima wang itu dan wang itu tak dimasukkan ke dalam akaun ahli UMNO 3 juta orang pun, malahan yang gunakan wang itu adalah Najib, bukannya ahli UMNO, jadi apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab dari mana sumber wang itu, siapa pendermanya, malahan ditanya mana buktinya wang itu diserahkan kepada UMNO, apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab sedangkan bukan mereka yang buat semua itu, tapi Najib, pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO jawab pula. Kalau derma untuk UMNO dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kononnya Tok Arab tu ikhlas, tapi ada ke bukti Najib menyerahkan wang itu kepada UMNO untuk diisytiharkan sebagai harta parti? Malahan apakah wang RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu diisytiharkan oleh parti dalam Penyata Kewangan UMNO 2013 yang dihantar bersama-saman Minit Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 serta Penyata Jawatankuasa yang perlu dihantar oleh UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan? Kalau Najib tak serahkan wang itu kepada parti, macam mana pula Najib boleh kata itu wang derma untuk UMNO? Kalau Najib tak serahkan kepada UMNO, maka Najib telah mengunakan wang itu secara salah dan boleh didakwa pecah amanah.

Itu tak termasuk lagi pembelian stesen janakuasa elektrik yang dah nak luput lesen operasinya lagi dua tiga tahun, dibeli dengan harga RM 18 bilion, malahan ada stesen janakuasa, Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tapi pembelian oleh 1MDB dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 bilion, lebih RM 1.9 bilion berbanding harga sebenar, hampir 5 kali ganda lebih tinggi dari harga sebenar, itu Najib yang luluskan pembelian itu, bukannya ahli UMNO 3 juta orang yang luluskan pembelian itu, jadi apahal Najib nak suruh ahli UMNO 3 juta yang tak tahu menahu pasal jual beli stesen elektrik yang bermasalah itu menjawab pula bagi pihak Najib sedangkan mereka tak ada maklumat lengkap pun, Najib yang buat masalah tu, pasal apa tak jawab?

Ahli UMNO sekalian, bolehkah tuan-tuan / puan-puan semua jawab mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB yang memperolehi projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB iaitu Jimah Timur 3B. Dalam isu ini, walaupun Edra Energy dapat kontrak tersebut, tapi Edra Energy tak mampu pun nak bina malahan nak sediakan tapak projek pun Edra Energy tak mampu, maka persoalannya adalah mana perginya wang Edra Energy? Sedarlah semua bahawa Edra Energy tak buat apa-apa pembangunan lagi pun terhadap projek Jimah Timur 3B ini, tapak projek pun tak ada lagi.

Satu lagi, tak pasal-pasal TNB dipaksa melabur di dalam projek Jimah Timur 3B dengan pelaburan RM 11.7 bilion, tak dijelaskan pula berapakah nilai ekuiti yang dijual oleh 1MDB kepada TNB pun tak diketahui, lihatlah dengan senang-senang sahaja 1MDB buat projek cara ‘ali baba’ dapat projek lepas tu bebankan kepada GLC untuk selesaikan masalah 1MDB pula, kemudian 1MDB senang-senang dapatkan wang dari GLC itu dengan alasan jualan ekuiti projek.

Walau apa pun, ahli-ahli UMNO perlu pilih nak selamatkan UMNO atau nak jadi balaci Najib. Fikirlah wahai ahli-ahli UMNO sekalian. Najib buat masalah, dia suruh 3 juta ahli UMNO yang tak tahu apa-apa pasal masalahnya itu pula yang jawab, apahal ni?

Senangnya cara Najib, dia buat hal, lepas tu suruh ahli UMNO jawab pula, Najib pula bersenang lenang buat masalah lagi, lepas tu ahli UMNO dikerah untuk jawabnya lagi, maka ahli UMNO hanya jadi tukang kutip taik Najib sahajalah, Najib syok berak merata-rata, kemudiannya dikerahkan ahli UMNO untuk kutip taik Najib itu, lepas tu siap suruh ahli UMNO basuh jubur Najib yang penuh dengan taik cirit itu.


INI YANG DIVIRALKAN WALAUPUN SUDAH RIBUAN JAWAPAN DIBERI OLEH TUKANG JAWAB.
ERTINYA JAWAPAN SUDAH DIBUANG KE DALAM LONGKANG..
APAKAH INI TIDAK MEMBERI KESAN DI PRU NANTI (?)

Mahathir masih relevan untuk terus bertanya Najib..
Shahrir perlu fikirkan kenapa dia otai dapat 1 juta tapi budak hingusan Maselan 2 juta...
Kipidap...

19 comments:

  1. ahli umno kat bahagian paling bawah tak dapat apa pun. setakat mesyuarat cawangan ajer. bila minum kat kedai kopi orang dok balun presiden umno dan kerajaan bn, sebagai ahli umno yang ingin berjasa apa nak jawab yer soalan berikut:
    kenapa presiden tukar nama jadi ahjibgor, kita melayu dok panggil dato sri, orang cina, presiden suruh panggil abang ajer, bodek orang cina tahap gaban dah ni.
    apasal isteri presiden asyik ada dalam majlis rasmi, dok kat sebelah presiden pulak tu. biarlah orang yang kita lantik dan pilih dok kat sebelah presiden. pi la duduk jauh sikit orang dok bertanya pasal parti, yang kau dok sibuk kat situ kenapa?
    apasal presiden asyik ambil cuti tahunan ajer? dalam waktu yang merungsingkan rakyat pun, presiden pi bercuti. nak jawab apa kat geng hijau yang dok perli.
    apasal dalam majlis rasmi kerajaan. isteri pm berada di hadapan, bukannya di sebelah? orang tanya juga, jawab camna tah.
    kenapa bila pi jumpa presiden kena bawa kad i lap pm? tak bawa tak boleh? kenapa nak kena bagi tau kita sayang kat pm? pm tak tahu ker yang kita sayang kat dia sampai kena kasi tunjuk kad.
    kenapa presiden umno guna bahasa kesat, bahasa rakyat bawahan, bahasa pembangkang.
    kenapa duit masuk akaun peribadi dan bukan akaun amanah. kenapa dari akaun peribadi tak transfer masuk akaun amanah. sapa yang dok pi tukar cek dan tunai cek. sapa yang dok jaga akaun tu. sapa yang dok tulis cek. yang sign cek tu saya tau la sapa.
    apasal presiden tak jawab soalan, asyik orang lain ajer yang jawab.
    banyak la lagi, sampai ke petang minum kopi tak habis ni. asyik dok jawab soalan pasal mr. presiden. ketua bahagian minum kat cafe 5 bintang. kita minum kat kedai kopi tarak bintang. susah juga nak beri penerangan kat orang kampung yang cerdik ni, agar mereka faham dan terima saja penjelasan. jangan dok tanya dah. terima ajer la. tapi mereka asyik kata jawapan bodoh ajer yang kau beri. bodoh kayu betul kau terima bulat-bulat jawapan bodoh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak yakin semua Ketua Bahagian dapat duit dari Najib . Dan yang dapat pun, tak semua dapat jumlah yang sama. Tak ingat Sharir dapat RM1 juta aje kata nye. Tapi Md Maslan dapat RM2 juta.

      Tak leh kasi semua, atau sama banyak le, Beb. Nak kasi tau semua orang kalo tak sium bo ntot, tak dapat. Atau kalo sium ala kadar aje pun tak dapat banyak.

      Cash Is King, Beb.

      Delete
    2. Dia nak bodek, bodek le Bang. Yang aku tak tahan, bodek punya bodek, dapat Chinese tsunami.

      Hasil PRU yg paling teruk antara semua PM yang lalu.

      Delete
    3. Pasal pakai bahasa kesat tuh, kena kesian kat die le. Dia orang bangsawan, tak pernah campur atau main dengan bebudak kampong atau pinggiran kota. Jadi, bila sekali dia tau ada perkataan bangang, bangsat dll, meroyan le die.

      Delete
  2. Ahli biasa umno sekarang ni sedang dibangsatkan secara terang-teranggan...seronok orang atas membangsatkan orang bawah. Tak apa..nanti bila depa jatuh tergolek..masuk penjara..jadi bangsat. Kita pakat gelak dan kita bangsatkan depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan pakat, Bang. Otomatik hahaha hohoho hihihi bak kata oang.

      Bukan ahli biasa aje yg di bangsat nya. Termasuk Timb Presiden, aku rasa. Dan semua yg tak sokong dia.

      Alat bangsat membangsat, bangang membangang tuh nombor 2 mujarab nya. Nombor satu: Cash Is King.

      Delete
  3. Besides Mahathir’s takes, the other reason for Muhyiddin’s departure, probably from the Umno Deputy President’s post too, comes from Najib himself in London before the last General Election in 2013.

    Najib was quoted as saying in the media that he could do what his father, Abdul Razak, did in the wake of the searing Sino-Malay race riots on 13 May, 1969, i.e. declare a state of emergency, suspend Parliament and democracy and rule by decree. “But I won’t do that,” Najib hastened to add.

    It does not mean that just because there was no repeat of Abdul Razak in 2013, there would not be one in 2018. This is where Zahid as Home Minister enters the picture as a safer and better bet than Muhyiddin to carry out whatever “nefarious” plans Najib has in mind come 2018. Otherwise, why doesn’t Najib step down, having lost the confidence of the majority of the people, the business community and investors?

    ReplyDelete
    Replies
    1. He wants to. Rosmah doesn't want.

      He is boss. What Rosmah says, goes.

      Tak caya? Think about it deep.

      Delete
  4. umno semakin kotor disebabkan najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan yang di sekeliling nya.

      The like-minded always gets drawn to one another.

      Ku harapkan ke neraka.

      Well before PRU14.

      Delete
  5. Tu lah, korang asyik tukng rongot sje. Sampai di pasang nye Tukang Jawab.

    Tapo kesian juga nasib Tukang Jawab nih. Sebab nak pecah kepala mikirkan, banyak so'alan tak dapat jawab. Silap jawab, kena marah plak.

    Pikior le mike' me', camna nak jawab ngapa tak saman SR, WSJ, ngapa hentikan khidmat dua firma Juru Odit sabelom siap kerja odit, ngapa tak umumkan Laporan Awal Juru Odit Negara, dan beratus lagi so'alan.

    Ingat dapat sejuta dua senang hidup ke?

    ReplyDelete
  6. Yang ini bikin saya sedih -

    "ahli UMNO hanya jadi tukang kutip taik Najib sahajalah, Najib syok berak merata-rata, kemudiannya dikerahkan ahli UMNO untuk kutip taik Najib itu, lepas tu siap suruh ahli UMNO basuh jubur Najib yang penuh dengan taik cirit itu."

    Bukan itu saja. Di kata bangang, bangsat pulak nya.

    Apa? Kamu orang kata saya membatu api? Mengarut. Saya ha nya menyatakan fakta - apa yang telah berlaku. Dia memang ada gunakan perkataan bangang dan bangsat.

    ReplyDelete
  7. Korang tak habis habis ngentam Najib. Madey tu apa beza nya? 2 x 5 juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib buat taik apa kena mengena dengan tun? Taik betul la anon atas ni bodoh bangang ko nak salahkan tun bawak hujah jilake!

      Delete
  8. Beza "Madey" dgn Najib mcm siang dan malam. Madey cerah, Najib gelap politik nya.

    Madey dah ngaku ada 25% darah gelap tapi dia kuat semangat Melayu nya. Najib tak sebut 100% ke darah Bugis nya, tapi tak dengor dia sebut dia Melayu dgn semangat yang kita hendakkan. Tak tau lah jika dia faham bahawa istilah Melayu merangkumi kesemua manusia yang di kenali sebagai satu "Rumpun Melayu", berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu sejak lebih 6000 tahun dulu, termasuk orang Indonesia, Philippines dll, berjumlah 350 juta. Dia perlu baca buku "Tamadun Alam Melayu" dan "The Malay Civilization", penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia (mereka di ubuhkn sejak zaman kolonial British lagi, punyai bangunan 5 tingkat depan IJN, Jln Tun Razak, KL)

    Buku berkenaan pejuang kemerdekaan Filipina, Dr Jose Rizal, bertajuk "The Great Malaysan". Ada Duta Filipina ke Malaysia bernama Malayan. Presiden Sukarno masa memerangi penjajah Belanda dulu jeritkan kpd pejuang pejuang nya di seluruh Indonesia sebagai "the struggle of the Malay peoples". Di masa heboh cadangan Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya menubuhkan Malaysia di tahun 1960an, Presiden Philippines, Diasdado Macapagal, cadangkan Malaya, Sabah, Sarawak, Philippines dan Indonesia di gabungkan di atas nama Maphilindo.

    Najib banggakan dia Bugis. Tak tau lah kita berapa kuat semangat Melayu nya. Dan KD kata sekarang dia tak kasi tau mana dia baki dari RM2.6 billion itu.




    ReplyDelete
  9. Kita pun tak tau juga sama ada yang RM2.6 bilion tu untuk Melayu ke, UMNO ke, apa ke.

    Madey banyak kasi peluang Melayu beli saham, buak kontrek dll perniagaan. Pesat Dasar Ekonomi Baru menolong Melayu di zaman nya. Sampai dia kena tuduh banyak kroni. Walau pun Anwar Al Juburi kroni nya Tong Kooi Ong yang sediakan berbelas <aster Accounts di Allied Bank nya untuk Anwar berjumlah RM3 billion. Dan Tokong Lim jual tanah Kerajaan Pulau Pinang kpd kroni kroni dia pemaju perumahan dan di katakan sebat berpuluh juta ringgit komisen jualan, "tendang balik" dsb nya.

    Najib buat 1MDB, nampak nya kroni dia Jho Lo. Tapi yang paling sedih sekali dia buat Dasar Baru Ekonomi nya yang derap pertama nya hampir tak sebut DEB. Derap akhir nya meminggirkan DEB. Macam hal dia hebohkan dia juga "pendatang" (Bugis), dia nampak mcm malukan DEB, dasar tolong Melayu yang dah ada sejak 1970 - salepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

    Kalau lah sebahagian dari RM2.6 bilion tuh masuk dalam ekaun DEB, lain lah juga.

    ReplyDelete
  10. Saya tak faham faham apasal Najib nak tonjolkan dia Bugis "pendatang" konon nya, segankan DEB, kasi biasiswa kpd kaum Cina yang terkaya di negara ini yang beratus jutawan Cina beri sumbangan biasiswa kpd kaum mereka sehingga UTAR tolak RM30 juta sumbangan seorang jurutera jutawan Cina 1-2 tahun lalu.

    Dah tu, kasi duit berjuta kpd sekolah Cina, walau pun sekolah sekolah yang pakai Mandarin sebagai bahasa pengantar bercanggah dengan Perlembagaan negara Perkara 152 berkenaan Bahasa Malaysia.

    Najib bongkok ke belakang nak menyenangkan hati Cina, nak dapat undi depa, dapat di panggil nama sayang Ah Jib Gor, tapi di beri tsunami Cina. Dlm pada itu banyak undi Melayu lari sebab pendirian dan politik nya. Sekarang skandal 1MDB, RM2.6 bilion masuk ekaun peribadi nya dll.

    Madey tak buat itu semua. 22 tahun dia merintah, sentiasa ada 2/3 majoriti Parlimen. Banyak teruk pendirian dan dasar Najib nih. Padan lah ramai yang mintak UMNO gantikan dia.

    Banyak lagi contoh contoh Madey dan Najib jauh berbeza. Tapi cukup lah untuk kali ini.

    ReplyDelete
  11. Menteri pun kena dungu. Tak tahu pun ada duit derma masuk dalam akaun peribadi DSN. Pasal benda dah bocor terburai, jadi mana sempat nak prepare damage repair. Itu pasal jawapan mereka aci ikut kata sedap mulut. Pernah menteri menyuarakan supaya rakyat tidak berpandangan negetif kerana ia boleh memberi impact terhadap peniaga-peniaga ,wartawan, pelancong luar negara, kerana tak mustahil orang luar pun beranggapan negetif. Ibarat kemusykilan atau persoalan orangramai seperti tidak terjawab dan tak tahu bila ianya akan terjawab?????????

    ReplyDelete