Friday, August 19, 2016

PENYANGAK UPAH PENYAMUN...



Al kesah,  siang siang hari secara terbuka penyangak dah masuk satu rumah, dikebasnya duit dengan muka selamba,  sebelum keluar sebahagian duit yang dikebas sempat dicampak kepada penjaga rumah,  alasan, sedekah, saguhati.

Yang nampak penyamun tu masuk adalah kawan kawan dan jiran. Menjeritlah mereka supaya penyamun ditangkap,  laporan polis telah dibuat oleh jiran.

Mungkin kerana yang penjaga rumah tak report,  polis tak ambil tindakan walaupun penjaga mengaku menerima sagu hati atau sedekah..

Kenapa penjaga tak buat report kehilangan? sedangkan mengaku ada menerima habuan? Siapa lagi yang terima habuan? Mungkin penyangak datang atas jemputan...  Ingat lagi cerita P. Ramlee  !!

Kesah tidak berakhir di sini saja..
Penyamun sudah dikenalpasti..
Lambat laun nama penyangak akan disebut jua..

GAMBAR DI BAWAH HANYA HIASAN,  TIADA KAITAN,  TIDAK ADA SIAPA YANG NAK MENGAKU PUN...