Sunday, August 7, 2016

BERAPA JUMLAH SEBENAR AHLI YANG MASIH SOKONG UMNO

Kira semula jumlah ahli yang hadir dalam mesyuarat tahunan cawangan (?)

Mungkin itu saja kot jumlah sebenar yang masih merasakan mereka ahli walaupun sebahagiannya rasa terpaksa.

Tidak sampai 1 juta..  Bolehkah umno terima kalau itu realitinya.

Kemana agaknya arah sokongan lagi dua juta (?) Tak mungkin pada parti baru yang akan ditubuhkan kerana ianya kerdil dan parti orang tua yang kecewa...

Tak gitu..

30 comments:

  1. aku rasa dalam islam pun tak mementingkan "KUANTITI" yang penting "KUALITI"..Buat apa ramai-ramai pengikut,kalau semuanya tiada kualiti yang sepatutnya...Macam NABI SAW bsabda dulu "ibarat buih-buih dilautan"..Anda Faham?

    Naza Segar amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan berselindung disebalik hadith. Hadith tu bukan bermaksud utk pilihanraya.

      Pilihanraya... quantity yang penting bukannya quality.

      Delete
    2. Pulak. Eh, so lepas ni tak de lagi yang akan mengokok dengan tiga juta?

      Delete
    3. hehehe...nak balas komen pun rasa kesian kat korang semua...cuba anda paham betul2 komen diatas...ada kena mengena dgn umno ker,najib ker,mahathir ker atau sewaktu dengannya???hehehhe...aku komen macam tue pasal aku tengok manusia2 kat malaysia nie,bagi la apa saja,kalau dah minat dah hilang segala pertimbangan dalam membuat komen..hehehhe...cuba lihat komen sambungan dibawah pula,itu adalah sambungan komen aku kat atas....hehhehe...aku tak memihak pada mana2 puak pun kerana kalau kita nak senaraikan keburukan najib,keburukan mahathir,aku bimbang ada makhluk yang akan terkesima nanti...so pendapat aku,kita sebagai rakyat malaysia perlu bijak,kita sebagai rakyat sepatutnya menyokong yang benar dan menolak yang salah tidak kira dari mana pihak yang berkokok...Sepatutnya kita sudah perlu memikirkan bagaimana hendak menukar segala sistem-sistem yang membelenggu kita selama ini contohnya sistem demokrasi yang kita amalkan sekarang...Bukannya duduk bertelagah sesama Islam,perang sana sini..Last2 yang menang jadi abu yang kalah jadi arang...yang jadi mangsa adalah rakyat jelata yang sibuk berkokok sana sini...Yang duduk atas tue tak kira najib ker,mahathir ker,duit dorang banyak..kalau jadi apa2 dinegara ini dorang bleh cabut awal2...yang tinggal nanti siapa???Jangan duk sibuk laa nak back up pemimpin2 yang ada sekarang bro...Masing2 ada rekod busuk...Hang jer yang tak tau atau buat2 tak tau...hehehhehehhe

      Delete
  2. Pada pendapat akulah,pemimpin zaman ini amat menitikberatkan tentang "ramai ahli",sedangkan kalau ramai ahli tapi tak menyumbang apa-apa kebaikkan dalam sesuatu organisasi,walaupun setakat memberi pendapat,hanya LIHAT+ANGGUK+GELENG kepala pada pemimpinnya,lebih baik orang-orang ini tidak perlu berada dalam organisasi tersebut,lagi menyusahkan ada laa.Sebab itu jika dikaji Sirah Nabi,para Sahabat Rasullullah SAW xda la ramai mana untuk mendukung perjuangannya.Namun Begitu jumlah yang sedikit itu betul-betul mempunyai "KUALITI" terhebat pada masa tersebut.Dan Yang "SEDIKIT" itu jugalah yang dapat mengembangkan syiar islam sampai seantero dunia..
    Sebenarnya ramai umat islam zaman ini sudah tidak memahami agamanya sendiri.Kerana Agama itulah yang membentuk segalanya Dalam kehidupan seharian kita hinggalah keakhirat kelak..

    Wallahuallam.

    Naza Segar Amat

    ReplyDelete
  3. KD tak payah lah sibuk2 dengan parti orang lain.Kira dulu agak2 berapa orang yang sudi nak masuk jadi ahli dengan parti yang baru ni.Belum apa-apa lagi dengarnya Din dengan Din macam tak sebulu dah.Din jambu tak hingin pun berketuakan Din Paguh.Kalau macam tu susahlah nanti ayahnda Tun,usia nya sudah 92 tahun tak kan ke nak jadi ketua lagi.Nak letak boboi tentu orang kata nampak sangat.Kalau macam ni berapa kerat la orang sanggup jadi ahli kerana awal-awal lagi nampak dah macam nak berantakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling sebok memperkatakan tentang parti baru, parti orang lain, siapa?
      Yang menganalisa, mencatur berkokok siang malam tentang parti baru, siapa (?)

      Blogger yang dibayar upah tetapi menggigit tangan tuannya. Najib panggil bangang.
      Yang setia mempertahan Najib. Kj iktiraf balachis dan machais..

      Delete
    2. KakiDedak.....dah daftar ke belum jadi ahli parti berhala mamakdey? Eh lupa....tak siap@belum daftar@tak tahu bila nak daftar@entah ujud ke tidak parti berhala tu ek? Kahkahkahkah.....

      Tunggu........wkakakakakakakakakakakakakakakakaka....

      Delete
    3. hahah betul tu...din and din bergaduh...det tgk tepi tepuk tangan...ada jugak yg obses dgn det...
      masih nak sebut2 nama umno...parti baru pun masih nak modelkan umno.....malu lah wei.....kerja asik jilat ludah sendiri jer....

      Delete
  4. Dalam berpolitik dan berpati kita kena kira ahli dan penyokong.Walau segah mana pun parti kalau tak ada penyokong mana seperti kata saudara saya "panjat pokok sendiri gantung poster sendiri ceramah sendiri dan dengar sendiri.
    Wallahhualam...

    ReplyDelete
  5. Di samping megah dengan kualiti ahli dan menggunakan hadith untuk menampung pendapat, kenapa pula rasa takut terhadap Tun M? Maki, cerca, ugut, memburukkan Tun dengan gelaran gelaran seperti Madey, Mamak Kutty dan lain lain. Itu sahajalah kualiti ahli yang menyokong Najib. No facts, no nothing except curses. Brain dead quality.

    Segar amat rasa air sungai di Segamat. Masih minum air sungai? No wonderlah you get no brainers from these supoposedly quality supporters!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak balas komen anda lagi la tak sampai hati aku...dari komen anda,aku dapat agak siapa anda sebenarnya...hehhee..so cakaplah semahu anda...hehehhehehehehe

      Naza
      Segar Amat

      Delete
    2. Eleh mamat oiii. Tak payah la berlagak suci & mulus. Orang yang mahathir tak suka tu ko gelar apa? Penyokong najib ko gelar apa? Gelilah statement alim ko tu. Kalau ulas bab politik, gatal aje nak gelar pihak lawan dgn gelaran yg buruk2. Mahathirpun sama. Yang sokong najib dianggap makan dedak. Kenapa hina sebegitu orang yang tak sokong dia? Umur dh 92 tahun tu, bukan remaja atau muda belia lagi...

      Delete
    3. setahu saya yang panggil Madey, Mamak Kutty , MAhaFiraun semua tu adalah parti pembangkang yg skrg jadi kekasih Madey...hahahahah...jilat lagi ludah

      Delete
  6. ngapa bila dah jadi ahli umno, tak boleh nak tamatkan keahlian? Sy ahli umno sejak 1990, tapi bila sy nak tamatkan ...tak boleh..tak ada SOP utk tamatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Declare keluar parti, habis cerita. Apa masalah? Benda senang je beb...

      Delete
  7. Bab ni pun kau nak ungkit ke.Biasa lah dalam politik kalau pemimpin itu bukan yang sealiran dengan mereka hanya maki cerca dan gelaran-gelaran buruk ni saja lah tempatnya kepada pelepasan geram.

    Tak kan kau tak pernah dengar gelaran-gelaran spt mahazalim,mahafiraun,aljuburi dan akhir2 ni pulak nama glamour spt madey,mamak kutty dan mahataik pula yang mengambil tempat.Bah kan jangan lupa pulak dengan yang paling glamour iaiti jibbo,lanun bugis dan big mama.

    Oleh kerana dah tak boleh nak tarbiyahkan mereka ini semua maka kita anggaplah saja ianya hanyalah sebagai satu seni dalam politik malaysia.

    ReplyDelete
  8. Betul juga.
    Realitinya, ada ahli yang dah "menyampah" sampai tak ghairah lagi untuk memberi sokongan.

    Macam kata KD, akhir-akhir ini, biasa sangat kuorem Mesyuarat Agung,cukup mengecewakan.
    Kadang-kadang kena tunggu berjam-jam baru boleh mulakan mesyuarat. Dan tak mustahil, kadang-kadang mesyuarat diteruskan juga walaupun kuorem tak cukup, kerana kalau ditangguh ke tarikh lain, besar kemungkin jumlah yang hadir semakin kurang.

    Yang peleknya, nama ahli-ahli yang meninggal terus berada dalam senarai walaupun telah beberapa kali dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.

    HIDUP MELAYU

    ReplyDelete
  9. saya yg bukan ahli umno pun sokong umno sbb parti lain semuanye haprakkkk....masing2 berebut jawatan dan gelaran. parti lain bukan nye pedulik kan rakyat pun. mereka cuma nak kuasa...dan memburuk2 pemerintah yg sedia ada tu ajerlah cara mereka nak tarik sokongan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko Cai Baru ke? yang menjahanamkan melayu tu umno dik oiii...bukannye parti len pun....xcaya tgk la keadaan pemimpin2 umno sume agak2 mana sumber mereka untuk tampung cara hidup mereka tu?

      Delete
    2. Berapa dapat bro?. Jgn makan sorang?. Wa pun nk garam gak.

      Delete
    3. di mana yg menjahanamkan melayu tu??? setahu saya 3 juta ahli masih kukuh dibelakang najib.
      yg melayu jahanam dah keluar dan merempat mcm korang ni sekarang..:)
      hati tu busuk jer kan..x puas hati....lama2 berkulat....
      tgk Najib tenang...kerja terus untuk negara walaupun di hina oleh orang2 yang busuk hati tu...mana parti baru tun tu ye? belum apa2 dah masing2 x puas hati.

      Delete
    4. 4.2 billion USD 1MDB lesap!!!

      Kalau di bahagikan dgn 3 juta orang.... FUH!!! kaya beb!!!!

      Ini lan riwayat si LANUN BUGIS dan pengikot pemakan dedak!!!

      Delete
  10. Betul kata 8:54:00 tu.Parti lain mana ada struktur macam Umno.Organisasi pun tunggang langgang.Dah la parti banyak yang berasakan keluarga,pengalaman mentadbir dan mengurus pun sangatlah diragui.Walaupun ada blok macam BN iaitu pakatan tapi tidak ada satu pun yang boleh menjadi ketua macam Umno sebab itu mereka selalu bergaduh.

    Hallo parti ni adalah platform yang diperlukan untuk mengurus dan mentadbir negara sebaik pilihan raya berlangsung.Umno menepati ciri2 kelayakan itu sebagai sebuah parti yang besar yang mengetuai gabungan pelbagai parti dalam membentuk kerajaan.Dia ialah tulang belakang kerajaan penentu utama polisi dan dasar negara dimana Presidennya ialah Perdana Menteri yang tidak akan dicabar oleh mana2 parti komponen.Sebab itu kerajaan BN dan Malaysia amnya sentiasa stabil dan tiada percakaran.

    Kalau dilihat senario hari ini dimana dengan tidak adanya tulang belakang dalam pakatan sebaik saja mereka diumumkan menang pilihan raya rasanya sudah tentu dalam masa satu tahun tu belum pasti lagi mereka dapat membentuk kerajaan.

    Susahnya siapa? kita semua yang membuat keputusan kerana menganggap parti itu seumpama pasukan bolasepak.Menyokong parti sepert halnya menyokong pasukan bolasepak.

    ReplyDelete
  11. Ha ha walau ditohmah macam mana sekali pun BN lah jugak yang menang kerana rakyat yakin kepada nya

    ReplyDelete
  12. BN adalah sinonim dgn Barang Naik. So kenalah sokong BN. Apalah makna hidup kalau Barang Tak Naik... sia2 beb.
    (senda tengah malam)

    ReplyDelete
  13. Cerita BN menang ni cerita tahun bila ni (?)
    Dah dua penggal hilang 2/3 majoriti... Sebelum ini tidak pernah percaya BN akan hilang 2/3 majoriti, betul tak...

    Dan takkan percaya BN akan tewas teruk di masa akan datang, betul tak...
    Jadi, biarlah pak pandir fan si luncai dengan labu labunya...

    ReplyDelete
  14. Ini bukan cerita tentang BN menang saja tapi cerita perlu nya BN menang.Pak cik Keluang pula tak mahu BN itu yang masaalah tu.

    ReplyDelete
  15. hahahaha.....nengok je nanti PRU 14...ramai dah tunggu untuk declare sebagai ahli parti baru yang ditubuhkan oleh orang orang yang dizalimi.

    Ya Allah, kepadaMu kami memohon, agar Parti itu dapat kelulusan ROS dan seterusnya memenangi PRU 14. Kami berharap agar permohonan kami di perkenankan. Amin Ya Robbal Alaaamin.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...