Friday, September 8, 2017

AZMIN BUAT HAL SELANGOR DAH KACAU BILAU

# singkirkan dari minda, umno itu melayu pas itu Islam..akhlak mereka out

Pergeseran yang dikatakan berlaku antara Azmin Anwar Tun Rafizi kini menjadi satu bukti ianya sekadar cubaan memperbesarkan isu untuk melaga lagakan pemimpin dari pihak desperado yang kempunan sangat untuk merampas Selangor.




Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PH juga Pengerusi PH Selangor membuat satu pembentukan struktur PH Negeri Selangor berformat 4:3:3:2 yang pastinya cukup mantap menghadapi dua atau tiga penjuru.

Otai Reformasi juga turut berada dalam struktur tersebut menandakan pertentangan ke atas Tun sedikit sebanyak sudah diatasi.

Syabas dan tahniah.

Yang kacau bilau, tak senang duduk tentulah parti cap keris bersilang



# JJ dan Noh Udang belum dapat dihubungi untuk komen, mungkin ada disini wakil mereka. Jemput beri ulasan yang berwibawa.

49 comments:

  1. Azmin umum kepimpinan HARAPAN Selangor, nisbah 4:3:3:2


    Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu di Selangor dengan nisbah 4:3:3:2 antara empat parti komponennya.
    Empat jawatan diisi oleh pemimpin PKR, manakala pemimpin BERSATU diberikan dua jawatan dalam struktur kepimpinan baru itu.
    Azmin melantik empat timbalan pengerusi yang terdiri daripada Tony Pua (DAP), Ir. Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid Asari (BERSATU) dan Sivarasa Rasiah (PKR).
    Selain Azmin dan Sivarasa, pemimpin PKR dalam barisan baru itu ialah anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai setiausaha dan ADUN Seri Andalas, Xavier Jeyakumar selaku pengarah pilihan raya.
    Sementara itu, speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dari DAP dilantik sebagai bendahari manakala Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebagai pengerusi biro undang-undang.
    Dari parti AMANAH, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dilantik sebagai penolong setiausaha dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dipilih sebagai pengerusi jawatankuasa manifesto.
    Anggota majlis kepimpinan BERSATU, Datuk Dr Sukiman Sarmani pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.
    Barisan kepimpinan baru itu diumumkan selepas mesyuarat antara pemimpin HARAPAN Selangor, awal hari ini.
    "Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
    "Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," tambah Azmin.
    Azmin sebelum ini dikritik sekutu dalam HARAPAN kerana didakwa enggan mengumumkan barisan kepimpinan gabungan itu di peringkat negeri.
    Ini kerana PAS masih merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri hasil daripada kerjasama dalam gabungan terdahulu, Pakatan Rakyat.
    Imbangan kuasa ini dijangka berubah dalam pilihan raya akan datang apabila PAS memutuskan hubungan dan kerjasama dengan parti-parti HARAPAN. - MK

    Berikut adalah senarai Jawatankuasa HARAPAN Selangor:
    Pengerusi: YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR)
    Timbalan Pengerusi: YB Tony Pua (DAP), Ir Izham Hashim (AMANAH), Datuk Abdul Rashid (PPBM), YB Sivarasah Rasiah (PKR)
    Setiausaha: YB Zuraidah Kamaruddin (PKR)
    Penolong Setiausaha: Kamarul Hisham (AMANAH)
    Bendahari: YB Hannah Yeoh (DAP)
    Pengarah Pilihanraya: YB Dr Xavier Jayakumar (PKR)
    Pengarah Penerangan: Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM)
    Pengerusi Manifesto Negeri: YB Saari Sungip (AMANAH)

    Pengerusi Biro Guaman: YB Gobind Singh (DAP)
    celahgelegar at 4:26 PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp buang a/l osman kutty?
      Nak menyamar jd Melayu konon...
      Tak takut ke kalau tak dpt tiket flight free balik kerala?

      Delete
  2. Apa sekalipun strategi Pakatan Harapan, itu adalah hak mutlak Pakatan Harapan. Pakatan Harapan nak mengwar-warkan kehebatan barisan mereka, itu juga adalah hak mereka. Itu perkara biasa di dalam 'peperangan' politik. Kita sedia maklum berkenaan propaganda perang saraf ini. Bukan untuk dikutuk tetapi diraikan.

    UMNO dan BN juga mempunyai strateginya yang tersendiri. Telah dirancang, sedang berjalan dan dibuat kajian jika perlu kepada penambah-baikan.

    Bagus! Berjumpa kita di PRU-14.

    ReplyDelete
  3. Umno bkn parti setahun jgung.. Sepak terajang dlm politik adalh mainan.. Jgn dabik dada konon dh kuat.. Msg 2 ada penyokong.. Pd akhirnya yg mnentukn kmngan strategi saat akhir.. Itu adalh mknn umno..

    ReplyDelete
  4. Nak lawan lawan le tapi sebok benor nak lagakan pemimpin PH tu pehal.

    Takkan tu je strategi umno..

    Akhirnya rakyat selangor boleh nilai kerajaan umno sebelum dengan kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kami akn menilai dulu dn skrg.. Byk perubhan dbw ph kt slgor ni. Perbhn utk rkyt demi rkyt.. Terharu dgn kpimpinnn ph dap pkr dislgr.. Mmbw satu hala tuju yg jitu dlm sektor perjudian dn kesihatan.. Sybs diats ujudnya pust utk kami mnmbh pndptn dimesin Judi.. Menhlgkn tekann dipust urut.. Dhrp mb azmin terus gigih memajukn sektor ini..

      Delete
  5. Strategi melaga-lagakan antara pemimpin-pemimpin pembangkang yang aku tahu adalah strategi mereka sendiri untuk menunjukkan yang parti UMNO dan BN bermain kotor dan berasa gerun. Selepas beberapa lama kemudian ditunjukkan pula kesolidaritian mereka.

    Itu adalah satu taktik lapuk. Aku faham benar strategi ini.

    Sebab itu DS Najib, UMNO dan BN tidak menari mengikut rentak pembangkang.

    ReplyDelete
  6. UMNO akan kerjasama matang ngn PAS....habislah pakatan..... hahaha....bagi Khalid daripada PAS jd MB.....assmin bole masuk jamban....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan pembangkang dah kecutttttt..... hehehe

      Delete
    2. Hidup PAS...takbirrrrrrr....

      Delete
    3. PKR tiada jentera....Semua harap pada PAS...,assmin dah kecutttttt telur....sbb tu pujuk PAS merata.....huhuhu...

      Delete
    4. Memang benar PKR, PAN dan PPBM tiada jentera pilihanraya yang menyeluruh tidak seperti PAS, UMNO/BN dan DAP.

      Jentera PAS kebanyakannya terdiri daripada sukarelawan2. Depa bekerja ikhlas untuk parti. Sebelum ini mereka-mereka rajin dipergunakan oleh PKR dan profesional dalam PAS dulu (kini PAN). Nanti PKR dan PAN akan tahu samada langit itu tinggi atau rendah.

      Jentera UMNO/BN memang dijaga kebajikannya oleh pucuk pimpinan. Teratur dan mantap.

      Delete
  7. Harap2 lepas pru14..parti cap keris bersilang tu bungkus...harapan rakyat skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye le tu! Nanti kita lihat siapa yang kenaaaaaaa...

      Delete
  8. Oooooooo wibawanya ulasan parti jo lo..
    Masuk bangkul angkat sendiri...hebat
    Pakatan NATANG pasumno (pasembor ada di penang)


    Kalau azmin baca tentu dia takuttttttt le sangat

    Kirim salam ngan jamal jamban noh udang..mana satu bakal mb ni????

    ReplyDelete
  9. Telah diperkatakan macam macam mengenai percaturan strategi Pakatan Harapan, habis dikeluarkan dari dalam kelambu. Tak dengar sangat dari pihak BN atau UMNO lagi.
    Mana la tahu disaat saat akhir sebelum PRU 14 nanti ada kejutan.
    Harap Pakatan Harapan jangan "over confidence". Macam dalam perlawanan bola sepak la, jangan over confidence sangat, nanti kalau kalah.... frust menungging.

    ReplyDelete
  10. Perjanjian Pertukaran Aset-Liabiliti 1MDB Bersama IPIC

    ASET 1MDB:
    1. Pada 2012 deposit pertama ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.400 bilion.
    2. Pada 2012-2014 deposit kedua ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD2.100 bilion.
    3. Unit dana Brazen Sky yang dijamin oleh Aabar Investment PJS (anak syarikat IPIC), USD0.940 bilion.
    4. Unit dana GIL yang dijamin oleh Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.560 bilion.

    Liabiliti 1MDB yang dijamin oleh IPIC:
    1. Pada 2012, 1MDB menerbitkan dua bon bernilai USD3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.
    2. Jaminan faedah ke atas bon-bon tersebut oleh IPIC, USD1.500 bilion.
    3. Pada Jun 2015, IPIC mengesahkan kewujudan akaun Aabar-BVI dan jaminan ke atas bon-bon bernilai USD3.5 bilion dengan membayar 1MDB USD1.0 bilion untuk mengimbangkan nilai aset dan liabiliti 1MDB yang ingin ditukarkan.

    11 April 2016, IPIC secara tiba-tiba menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya.

    12 April 2016, 1MDB mengemukakan dokumen-dokumen yang mengesahkan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

    Jun 2016, IPIC memfailkan tuntutan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London UK.

    24 April 2017, IPIC dan 1MDB telah mencapai satu persetujuan untuk satu penyelesaian ke atas kes yang dibicarakan di Mahkamah Timbang Tara.

    Terma-terma penyelesaian:

    1. IPIC membatalkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB. 1MDB perlu memulangkan wang yang telah dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 beserta kadar faedahnya sekali sebanyak USD1.2 bilion. Pemulangan wang tersebut akan dibuat sebanyak dua kali: (a) USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (selesai), (b) USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

    2. Mengadakan perbincangan mengenai deposit USD3.5 bilion yang dimasukkan 1MDB ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC) sepanjang 2012-2014. Perbincangan akan dimulakan pada awal 2018 dan mesti diselesaikankan sebelum atau pada akhir 2020.

    3. Pada perjanjian awal pertukaran aset-liabiliti, deposit USD3.5 bilion akan dipulangkan oleh IPIC kepada 1MDB setelah bon-bon mencapai tempoh matang pada 2022. IPIC akur untuk mengekalkan jaminan sehingga persetujuan dicapai pada akhir 2020.

    4. Kedua-dua pihak memberi persetujuan untuk menghormati keputusan perbincangan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tentunya hutang botingket tingket!

      Delete
    2. Ye la...

      Kalau dalam masa 22 tahun tu tak memanjang rugi ke, curi dalam rugi ke, pasti hutang negara tak sebanyak ini.

      Baru dikira 5 saja skandal-skandal (BNM Forex, BMF, Perwaja, Maminco-Makuwasa, IPP) nilaian pada masa kini pun hampir mencecah RM300 bilion. Belum dikira perjanjian konsesi2 lain yang berat sebelah dan segala bailout. Jumlah tersebut lagi la besar, mungkin menyamai hutang negara sekarang.

      Agaknya kalau bekas PM tu bersih, cekap dan amanah. Wang tersebut boleh digunakan untuk bayar hutang yang ada sekarang. Pastinya Malaysia akan menjadi antara negara pertama yang hutang luarnya sifar.

      Cer citer, berapa GDP dan rizab kita? Amalan kerajaan sekarang hutang hanya 55% daripada GDP. Kalau hutang RM1.0 trilion, maknanya GDP RM1.818 trilion.

      Tak gitu?

      Delete
  11. PAS kena bina semula team baru pilihanraya memandangkan 90% jentera pilihanraya dan hardcorenya selama ini telahpun berhijrah ke AMANAH yang membawa bersama legasi nik aziz.

    Team pilihanraya baru PAS sudah tiada lagi sukarelawan seperti dulu kerana mereka sedar pemimpin sudah tiba tiba mewah sekarang, rumah mewah, kereta mewah, bini mewah, makan mewah, hotel mewah...
    No pay..setiap kerja, bayar.

    Kalau jentera pilihanraya umno berguni duit, atas kerjasama natang takkan jentera pilihanraya pas sekadar roti canai kosong..nak juga chicken chop.

    Jentera pilihanraya umno saban masa memang jadi barua pada calon mca dan mic untuk menagih undi melayu. Banggakan???

    Yang buat kerja sudah tentu akar umbi, arahan dari pemimpin.

    Kenapa aku tahu..kan dulu aku umno, lari masuk pas..rupanya akhlak pemimpin memang hancur...cakap isle warak, nampak duit nampak betina terbeliak biji maTa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:34

      Siapa yang mewah dalam PAS dulu? Golongan Ulama ka golongan Profesional?

      Delete
    2. Golongan profesional memanglah berpendapatan tinggi bermewah..

      Golongan ugama usung tin milo boleh pula pakai alphard..
      Sekarang ni hadiah bini Q7...

      Jual ketum orang umno perlih, tanya shahidan..hutang periuk lum bayar. Malu wehhh

      Delete
    3. 'Nampak duit nampak betina terbeliak biji mata'

      Bukan ke mamat yang kau maksudkan tu dah masuk PAN?

      Delete
  12. Aku yakin kerjasama matang antara PAS dengan UMNO akan berjaya dan ambil alih Selangor.....apa khabo Khalid gereja?????Shah alam pun lingkup....hahaha..,potonglah jebeng mu tu,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong lantik Dato Jamal jadi exco jaga PBT...

      Delete
    2. Jamal takkan exco pbt..kurang kurang Menteri Van Jenazah.

      Delete
    3. Pilihanraya kecil Sg Besar boleh dijadikan sandaran atau rujukan pola pengundian untuk PRU-14 sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan 45-55% majoriti Melayu.

      Perlu diingat juga, trend peralihan pengundi India kepada MIC dan BN semakin bertambah.

      Delete
  13. Ari ni lalu kat pintu gerbang federal hiway... kimak dah la harga cat 10 juta... lampu pun tak mampu nak dipasang waktu malam....

    SELAMAT DATANG KE SELANGOR DARUL PLURALISMA MURTAD..

    ReplyDelete
  14. PH - Pakatan luar tabie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan!

      PH - Perompak Haprak, Penyamun Halimunan, Pencuri Harta atau Pakatan Hasad.

      Delete
  15. Replies
    1. Pakatan Haram
      Pakatan Haramjadah

      Mana yg lebih sesuai?

      Delete
  16. PAN - Pemimpin 35 orang, pej parti 6, penyokong 5 orang.

    BERSATU - Nothing to hide, budak berhingus tanya 2 soalan, majlis jd high chapparal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik budak berhingus je yg tanya, kalau otai reformasi yg tanya, 1 soalan pun cukup, jd arang lah dewan tu.

      Delete
    2. Kalau nak tanya kena datang..
      Jangan sembunyi jangan lari..

      Jangan upah budak rempit baling kerusi..
      Belajar dengan PAS, POLITIK NATANG.

      Delete
    3. 1MDB
      CEO Arul
      Kerani 1 orang Normah
      Modal Billion

      Delete
  17. Jangan layan sangat mereka yang kecewa RCI forex BNM tidak dapat menjerat Tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan layan sgt tun tu. Selekoh yg bahaya pun dia boleh u-turn dgn tetiba.

      Delete
    2. Kalau menang kes forex..esok istihar cuti.

      Delete
  18. Replies
    1. Budak berhingus mcm kau mmg tak tau.

      Delete
    2. High charparal tu cowboy sheriff menyamun duit di keretapi penumpang..

      Tu sebab nak buat rail keretapi, senang nak menyamun lagi..

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...