Saturday, September 30, 2017

BAGAIMANA PULA YANG INI PUN JAWAB TAK TAHU..

Alasan Najib tandatangan tanpa baca dokumen, bodoh – Muhyiddin

 | April 16, 2016
Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab terhadap kelulusan transaksi wang dalam 1MDB
MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun bahawa tandatangan Perdana Menteri pada dokumen 1MDB adalah semata-mata memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya justeru beliau tidak bersalah.
Muhyiddin menyifatkan alasan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam menandatangani dokumen 1MDB sebagai kenyataan ‘bodoh’.
“’Bodohnya peguam… kalau saya, saya tidak akan memilihnya jadi peguam saya, kerana akan kalah. Mana boleh kita tanda tangan dokumen transaksi penting sambil lewa?
“Najib perlu mendalami segala dokumen yang ditanda tangan dan bukannya meluluskan sesuka hati,” katanya di forum ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri 1,000 peserta di sini semalam.
Forum itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia.
“Semua dokumen dalam transaksi 1MDB perlu kelulusan Perdana Menteri (Najib). Mana poleh tandatangan sahaja seperti ‘sign’ buta?
“Najib tidak boleh terlepas kerana dia individu yang membuat kelulusan. Perkara itu juga telah disebut di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya lagi.
Terdadulu, Hafarizam berkata majlis menandatangani dokumen tidak semestinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.
Ekoran itu, Muhyiddin sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatannya berikutan tindakannya menandatangani dokumen berkaitan 1MDB tanpa membacanya.
Katanya, Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab ke atas segala tindakan itu yang telah menyebabkan syarikat di bawah kementerian kewangan itu menangung beban hutang yang banyak.
Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.

10 comments:

  1. Peguam ni punyalah bodoh dengan alasan bodoh. Kalau program PM, draf ucapan perasmian pun seminggu dah kena hantar pada JPM. Inikan pula sesuatu dokumen yang ada kepentingan negara. Peguam-peguam bodoh yang kelilingi Najib sebab itu Najib kelihatan bodoh dan bahalol.

    ReplyDelete
  2. Niat nk mencuri duit rakyat dari awal, bila kantoi susah nk cover up. Cakap pusing mcm mana pon rakyat dh tak percaya dgn kejujuran MO1. Dh ramai rakyat dan kawan2 rapat pulaukan MO1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita cakap taik yg busuk tu bau wangi, bukan stakat bodoh lagi, biol dan segalanya. Mcm tulah dgn 1mdb, kalau ada yg cakap x ada kesalahan dilakukan, mmg biol lah org yg cakap tu!

      Delete
  3. dah tak de issue lain ke. next please. KD tak boleh move on lg. merhoyan mcm org yg dh bercerai tahun2 tp x masih tergila2 bekas isteri hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu berlambak..

      Cuma nak ingatkan macai jangan raib, zikir dan meroyan isu " Tun tak tahu" kerana Najib lebih teruk dari itu.

      Boleh faham kot atau dak tak tahan lagi bila kena batang hidung...

      Delete
    2. Ala , Korang Cerita 20 tahun pun Korang korek. Kalau Kawin, anak dah habis sekolah.

      Delete
    3. Betul bro pomen.

      Perkara yang dah selesai pun lagikan deme ni korek. Ini kan pula yang disorok.

      Delete
    4. korek punya korek yang jumpa hanya taik najib....apa lagi berebut ar macai2 semua nak menjilatnya...hehehe

      Delete
  4. bukan kata dokumen je xtau ape yg dia sign, duit masuk dalam akaun pun dia xtau KD....eeehhhhh..dia terbelanja duit tu pun dia xtau...so ape yg dia tau sebenarnya nie....hahahah....dia tau kalau dia tabur dedak ke tanah maka beduyun-duyun la macai UMngok mematuk untuk memenuhkn tembolok mereka...hahhahha

    ReplyDelete
  5. Parri pas lak hatuhati ..rakyat tngok umno ni dh lebeeh pas plak jangan tumpang semankok..pencuri dlm hukum hidud potong tangan kan..hati2 jgn sampai jadi Fasik..kena petir kan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...