Friday, September 1, 2017

JANGAN SEKADAR SEBOK DENGAN MEMALI

Perutusan Eidul Adha Dewan Ulamak PAS Kedah

1. Sambutan Hari Raya Eidul Adha tahun ini dicemari oleh kezaliman junta tentera Myanmar, pelampau buddha dan Arakan Army yang sedang membunuh ribuan umat Islam Rohingya di Arakan (Rakhine State). Rumah dan harta benda di bakar,  sebahagiannya turut merentungkan jasad dan nyawa kanak-kanak, orang tua dan wanita yang dikurung dalam kediaman mereka yang dijilat api.  Berpuluh ribu pula sedang lari menyelamatkan diri,  menjadi pelarian di hutan dan bukit bukau. Mereka sangat memerlukan makanan, ubat ubatan dan tempat perlindungan. 
Bantuan antarabangsa yang diusahakan diteruskan dengan meminta sumbangan bagi tabung kemanusiaan yang diwujudkan oleh PASRelief - Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
(Maybank) 5640 7061 1352. Marilah kita melaksanakan kewajipan kita
membantu mereka dengan menderma ke tabung ini. 

2. Hari Raya Qurban, kita disunatkan menyembelih binatang korban dengan mengorbankan harta dan ketamakan kita pada dunia. Sama ada membeli sebahagian atau seekor binatang untuk dikorbankan adalah bergantung kemampuan dan keikhlasan. Kita juga disunatkan memperbanyakkan takbir, tasbih, solawat dan sedekah disamping ibadat sunat yang lain. 

3. Janganlah kesibukan melaksanakan korban dan amalan amalan sunat ini, melupakan kita, nasib yang ditanggung saudara seIslam kita di Rohingya dan di seluruh dunia. Bantulah mereka, kerana membantu muslim yang ditindas adalah tuntutan yang diajar oleh Islam. 

4. Sepertimana Islam menyuruh membantu mangsa yang dizalimi, Islam juga mencegah umatnya daripada melakukan kezaliman. Kezaliman sesama manusia, seperti menindas rakyat yang miskin dengan cukai, menipu dalam perniagaan dan pentadbiran, muamalah secara riba, dan sebagainya. Kezaliman terhadap Allah pula seperti meninggalkan perintahnya atau berhukum selain apa yang disyariatkanNya. 

5. Sepertimana Nabi Ibrahim AS sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana perintah Allah, Siti Hajar bersama anak kecilnya Ismail sanggup ditinggalkan suaminya di tempat yang kering kontang kerana perintah Allah, Nabi Ismail yang masih kecil juga, sanggup disembelih ayahnya juga kerana perintah Allah. Akhirnya, semua mereka selamat, kerana Allah yang maha pengasih menyelamatkan mereka. 

6. Kita yang hidup diakhir zaman ini, banyak jenayah yang berlaku, masalah sosial, bencana dan kegawatan hidup akibat dari kelalaian dan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan tangan manusia juga. Sepatutnya, keselamatan dan penyelesaian yang dicari, hanya kembali kepada jalan Allah. 

7. Marilah kita semua sama sama muhasabah diri  dan masyarakat kita seluruhnya, apa yang pernah kita lakukan untuk memartabatkan Islam. Sedangkan peluang hidup di dunia hanya sekali yang Allah beri. Amat rugi jika kita hanya fikirkan dunia, tetapi tempat kembali kita yang abadi adalah akhirat sana. 

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Tuan Guru Ustaz Md Rejab bin Md Akhir
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.
1 September 2017
10 Zulhijjah 1438 H

18 comments:

  1. Kd..kalau nk bantu pun jgn bawa mereka kesini..yg ada sekarang pun dh tk terkawal..dekat selayang dh macham tempat mereka..mereka suka2 berniaga tanpa apa2 tindakan dari pbt..kad unhcr dijadikan sandaran utk buat sesuka hati mereka..kenapa islam myanmar hidup aman saja disana berbanding puak rohinya nii..lebih teruk ada yg dpt ic sini menjelang pru..mereka hanya jadii beban kepada rakyat malaysia.. Jgn terlalu mudah simpati kalau tk tau cerita sebenarnya..puak nii cepat membiak..😡😡😣😖😫😩😤😿😿😿😽👎🏾

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah ted, kerajaan Malaysia patut tiru apa yg Thailand lakukan.
      Biarkan mereka terapung di tengah laut
      Halang mereka memasuki sempadan negara, spt Bangladesh
      Tenggelamkan kapal mereka

      Ted rasa mana yg sesuai. Jgn kita persoal agama mereka dan kita anggap kedatangan mereka ke sini akan menyusahkan kita.

      Tolong sdr ted beri cadangan

      Delete
    2. Cadangan..?dh berbuih aku ckp dkt fb pasal puak nii..bantulah mereka tapii jgn bawa mereka kesini..demi kebAikan generasi ank cucu kita nanti..ada manusia yg lahir hanya menjadii ujian kepada manusia yg lain seperti puak rohinya nii..pusing sana pusing sini semuanya wajah pendatang..mereka sendiri yg cari masalah..negara lain pun xmau mereka cuba tgk sekitar kl nii meniaga xpayah permit..minta sedekah konon nk buat madrasah..kalau org kita meniaga xpayah permit diusir oleh pbt..mereka akn jadi beban utk generasi malaysia.. Percayalah..📐

      Delete
    3. Rohingya ni dah banyak timbulkan masalah pada masyarakat kita. Orang atasan mana tau sebab bukan dia orang pergi ke pasar, kedai-kedai biasa.

      Rohingya ni ramai yg suka menipu, minta sedekah siap bagi folder konon nak buat sekolah agama dia orang tapi sebenarnya tipu.

      Sekarang dia orang dah berani angkat muka dengan kita. Dia orang berani marahkan orang kita. Ini semua orang atasan tak tau.

      Dah dibagi bantuan mereka buat suka-suka hati macam tenpat nenek moyang mereka. Patutlah Myanmar ni tak suka dengan orang Rohingya ni.

      Delete
  2. Bukan salah ibu mengandung..
    Tetapi salah pengurusan..

    ReplyDelete
  3. Kenapa alih-alih pihak tentera Mayanmar serang
    kampong dan pendudk Rohingya..............???
    Bukankah serangan ini berpunca dari Rohingya sendiri........????
    Apasal pemberontaknyan gi serang post tentera Mayangmar...???
    Dah tentulah mereka akan diserangbalas.
    Sebab itu,payah nak simpatim kat bangsa Rohingya ni.
    Diberi betis, nak peha.
    Mereka macam unta. Mula-mula masuk kepala, lepas tu masuk badan
    dan akhirnya seluruh kemah jadi dia punya!!!
    Beri mereka masuk Malaysia ramai-ramai, nanti mereka akan
    tuntut otonomi dan hak sebagai BANGASA MALAYSIA macam apa yg mereka
    buat di Myangmar. Tak beri, mereka merusuh dan buat tunjuk perasaan.
    Nak halau atau serang mereka dah tak boleh lagi, seluruh dunia akan kutuk kita.
    Masa ni baru nak menyesal.
    Elok jangan terlalu mulia.
    Orang tua-tua kata, buat baik berpada-pada.
    Jadi, berpada-padalah dalam menunjukkan kemuliaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Kau ni Buddha Myanmar pembunuh umat Islam Rohingya ke Minah?

      Delete
  4. VIRGO: BERALASAN SEPERTI NASRANI (siri 1/3)

    Mohon izin tuan blog dan di atas tanggungan peribadi saya sendiri.

    Selepas membuktikan melampaui apa-apa keraguan bahawa VIRGO mempunyai lidah Yahudi yang menukar maksud sesuatu kalimah daripada tajuk dan penggunaannya yang dimaksudkan (mengatakan KD dan saya mengakui ajaran kelahiran semula di dalam agama Hindu apabila menggunakan kalimah 'karma' padahal amat jelas kami tidak bermaksud sedemikian melainkan maksud kami ialah Qada dan Qadar yang disebut khizyun di dalam nas dan disebut juga di dalam kamus Dewan), mari kita lihat pula ciri-ciri 'beralasan seperti Nasrani' yang terdapat pada Virgo.
    Untuk tujuan itu saya akan terlebih dahulu memetik komen-komen saya dan komen-komen balas VIRGO sebagai bukti. Ulasan akan datang kemudian.

    john doeWednesday, August 30, 2017 9:26:00 AM

    Saya telah menjawab dengan detail di belakang sana. 

    Hanya tikus yang masih tidak berpuas hati kerana sedar pengataannya telah memakan diri. 

    Saya tidak ada masalah untuk terus berhujah tetapi ia hanya akan menjadi siaran ulangan dan saya tidak berminat dengan siaran ulangan. 

    Kalau masih tidak berpuas hati mari kita bawa ke hadapan dengan bersumpah laknat sekiranya jawapan saya salah dan spin laknat Allah ke atas saya dab sekiranya jawapan tikus yang salah dan spin maka laknat Allah ke atas tikus

    Bagaimana katamu tikus?

    Delete

    AnonymousWednesday, August 30, 2017 9:36:00 AM

    Sumpah laknat ada dlm syariat Islam ke ustaz Doe?

    john doeWednesday, August 30, 2017 9:49:00 AM

    Anon 9:36

    Ya ada. Malah di dalam undang-undang keterangan mahkamah syariah di Malaysia juga ada peruntukan mengenainya. 

    اعوذ بالله من الشيطان الرجيم 

    افَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ 

    Dan barangsiapa yang masih mahu berhujah denganmu ketika telah datang kepadamu ilmu (berkenaan perkara itu); maka katakanlah kepada mereka; marilah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, dan kita bermubahalah agar laknat Allah jatuh ke atas orang yang sebenarnya berdusta".

    (Aali-Imran :61)

    VIRGO LARAWednesday, August 30, 2017 8:20:00 PM

    Ustaz Doe 7:12.

    Ustaz mempermainkn Islam berkali kali dn sekali lg mempermainkn Dalil SUMPAH LAKNAT mengikut akal ACUAN SINGKAT ustaz.

    Bersumpah Laknat adalah sesuatu yg tidak boleh dibuktikn dn kembali MENYERAHKKAN KEPADA ALLAH HAK MENENTUKN KEBENARAN.

    VIRGO LARAThursday, August 31, 2017 5:25:00 PM

    Ustazah Doe 4:20

    Tikus datang mencuit lg..

    Orang yg selalu bersumpah dn mengatakn:-

    JOM BERSUMPAH
    MARI BERSUMPAH
    TAKUT KE BERSUMPAH
    AKU TELAH BERSUMPAH
    TAK BERSUMPAH ITU SALAH

    Adalah KESESATAN yg nyata wahai ustazah..

    Tak perlukn akal, bukti dn saksi..
    SUMPAH menjadi tradisi MUNAFIKUN

    Sebenarnya ada banyak lagi tapi memadailah dengan petikan-petikan di atas sebagai bukti VIRGO bukan sahaja mempunyai lidah berbelit seperti Yahudi, malah juga mempunyai lidah beralasan seperti Nasrani.

    Ulasan kepada petikan-petikan ini akan datang kemudian.

    ReplyDelete
  5. VIRGO; BERALASAN SEPERTI NASRANI (siri 2/3).

    Apabila VIRGO yang mengasak saya tentang sama ada karma ada di dalam Islam sekalipun ia telah saya jawab (bahawa karma di dalam kamus dewan dan kefahaman bangsa Melayu yang bermaksud 'balasan buruk ke atas perbuatan jahat' memang ada di dalam Islam dan di dalam Bahasa Arab ia disebut khizyun) saya telah meminta ia melihat semula jawapan saya yang sememangnya telah jelas.

    Walaubagaimanapun VIRGO tetap tak berpuas hati sebab ia mahu saya jawab karma ada atau tidak di dalam Islam tanpa memberikan definisi karma; Adakah mengikut tradisi bangsa Melayu atau doktrin agama Hindu. (Sama macam Yahudi tukar maksud 'ro'ina).

    Ciri2 pemutar belitnya sangat jelas, maka untuk tidak mengulangi perkara yang telah jelas dan hanya bersifat putar belit saya telah mengajaknya bersumpah laknat. Ini kaedah yang AlQuran sendiri ajar.
    VIRGO mula-mula buat-buat tanya sama ada sumpah laknat ada di dalam Islam. Ia cuba imply bahawa sumpah laknat tiada di dalam Islam. Bila ditunjukkan ia ada di dalam Islam VIRGO beralasan sumpah laknat tidak boleh membuktikan kebenaran. Kemudian ia berkata pula bersumpah adalah kaedah orang sesat dan orang munafik. Astaghfirullahala'zim.

    Habis tu Allah turunkan syariat sumpah laknat, sebagai hiasan sajakah? Innalilah.

    Alasan-alasan VIRGO mengelak bersumpah laknat sebenarnya sama dengan alasan-alasan orang Nasrani.

    Mereka telah berjumpa Nabi saw dan berkata bahawa 'Isa anak Allah' di dalam kitab mereka berdasarkan definisi Kristian adalah sebenar-benar maksud kalimah 'anak' tetapi Nabi saw menjawab tidak benar. Di dalam Islam Isa adalah seorang Rasul. Apa-apa definisi 'anak' mestilah dibuat berdasarkan fakta ini.

    Orang-orang Nasrani tetap tidak berpuas hati. Berulangkali mereka meminta Nabi saw mengakui status Nabi Isa 'anak Tuhan' mengikut definisi mereka (sama macam VIRGO mahu saya jawab ikut definisi hukum karma menurut agama Hindu sedangkan di dalam tradisi Melayu takrifnya berbeza; malah kamus dewan juga menyebutnya).

    Akhirnya Allah turunkan ayat meminta Nabi saw agar mengajak orang-orang Nasrani bersumpah laknat untuk menyelesaikan pertikaian itu.

    Orang Nasrani yang mula-mula mahu bertekak dengan Nabi saw kemudianya beralasan di antara lain bahawa mereka tidak boleh bersumpah laknat disebabkan sumpah laknat tiada dalam agama mereka dan bahawa sumpah laknat tidak boleh membuktikan kebenaran.

    Saya mengatakan alasan kaum Nasrani ini diulang semula oleh VIRGO. Asalnya ia mahu mengatakan bahawa sumpah laknat tiada di dalam Islam. Apabila ditunjukkan ada ia mendakwa pula bahawa sumpah laknat adalah keadah orang munafik, kaedah orang sesat dan kaedah yang tidak boleh membuktikan kebenaran. (Saya berlindung daripada Allah daripada menjadi durhaka kepada ayat-ayat Allah).

    Di dalam Islam, kebenaran hakiki adalah milik Allah dan Allah juga adalah Hakim Yang Maha Adil. Apabila kita bersumpah laknat kita telah menyerahkan 'penghakiman' kepada Allah agar yang berdusta ditimpa laknat. Apakah Allah bukan hakim yang Maha Adil? Sekiranya ya, kenapa enggan melakukannya?

    ReplyDelete
  6. .
    VIRGO; BERALASAN SEPERTI NASRANI (siri 3/3)

    Bagi orang-orang yang percaya bahawa Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui segala apa yang di dalam dada tetapi enggan bersumpah laknat untuk membuktikan kebenaran mereka, hanya ada satu saja sebab yang benar iaitu mereka tahu mereka menipu dan mereka takut ditimpa laknat itu.

    Di dalam mengelak untuk bersumpah laknat pada perkara yang ia sendiri yang mulanya beria-ia sama seperti kaum Nasrani telah beria-ia mahu Nabi saw mengaku maksud 'anak Tuhan' di dalam kitab mereka adalah seperti definisi mereka, VIRGO telah beralasan sama seperti kaum Nasrani telah beralasan iaitu:

    1. Ia kaedah yang tidak sah (VIRGO menyebutnya sbg kaedah orang munafik dan sesat manakala Nasrani menyebutnya sebagai kaedah yang tiada asal usul dalam agama mereka).

    2. Sumpah laknat tidak boleh membuktikan kebenaran.

    Saya kongsikan sekali lagi nas pensyariatan sumpah laknat sbg satu kaedah membuktikan kebenaran.

    اعوذ بالله من الشيطان الرجيم 

    افَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ 

    Dan barangsiapa yang masih mahu berhujah denganmu ketika telah datang kepadamu ilmu (berkenaan perkara itu); maka katakanlah kepada mereka; marilah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu, dan kita bermubahalah agar laknat Allah jatuh ke atas orang yang sebenarnya berdusta".

    (Aali-Imran :61)

    Sebab turun ayat di atas telah pun diceritakan. Tujuan ia diturunkan sebagai satu kaedah yang Allah ajar Nabi saw untuk selesaikan pertikaian dengan Nasrani yang degil dengan hujah mereka juga telah diceritakan. Ia dengan sendiri telah menjawab tuduhan VIRGO bahawa sumpah laknat adalah kaedah bagi orang munafik dan orang sesat (astaghfirullahala'zim).

    Maka berdasarkan pensyariatan ini maka saya sekali lagi beramal denganya.

    Dengan nama Allah saya mengulangi penyaksian saya bahawa VIRGO mempunyai lidah putar belit seperti Yahudi. Dengan nama Allah saya juga bersaksi bahawa apabila diajak bersumpah laknat VIRGO telah beralasan seperti Nasrani. Sekiranya penyaksian saya ini adalah tidak benar saya sedia ditimpa laknat Allah.

    Adakah VIRGO berani bersumpah laknat menafikan ia mempunyai lidah beralasan seperti Nasrani untuk menyangkal sumpah laknat saya di atas?

    In shaa Allah sekiranya berkesempatan saya akan menulis pula mengenai orang-orang yang memperolokkan, mencerca dan menghina ayat-ayat Allah.

    Di dalam kesibukan urusan korban in shaa Allah saya akan meluangkan masa menyiapkannya sebelum tamat cuti umum.

    Wallahu a'lam.

    Hamba Allah.
    John Doe.

    ReplyDelete
  7. .

    Ustazah Doe (letih la nk tulis masa sebab byk sangat)

    Tikus datang lg..

    Ape yg Ustazah merapu rapu cerita panjang2 mcm ni? Ustazah cuba bermain dgn Nas dan Hadith berkali kali..

    Letih la nk layan manusia yg sentiasa merasa dirinya benar sentiasa..

    Anda ni maksum ke?

    Tikus mempertikaikn knapa guna ISTILAH KARMA?
    Adakah dlm Islam xde ISTILAH LAIN?
    Knapa x guna KIFARAH?
    Ustazah bg ISTILAH AL KHIZYUN..
    Kenapa x guna ISTILAH tu dn masih pertahankn KARMA?
    Susah sangat ke nk selesaikn perkara mcm ni hingga terpaksa BERSUMPAH?
    Maknanya dgn BERSUMPAH maka selesai semuanya? Macam tu?? Gua mana Ustazah mengaji ni?
    Pertanyaan Tikus "SUMPAH LAKNAT ada ke DLM Islam" tu sebagai ingin memberitahu
    Jika NAJIB yg bersumpah adakah Ustazah akan menghentikan segala tuduhan Ustazah. terhadapnya dn MENYERAH KEMBALI KEPADA ALLAH SWT utk MENENTUKKANNYA..
    Tapi Ustazah RBA SONGSANG Xnk jawap pulak?
    DWI STANDARD punya pegangan tu wahai Ustazah.. Maka tu Tikus tanya lg klau mcm tu sikap DWI STANDARD Ustazah.. Kitab mane yg Ustazah gunakn? Kitab LIM KIT SIAL ke?

    Anda yg berputar putar seperti YAHUDI tanpa anda sedari.. Anda cuba pusing ligat untuk menunjukkn anda sentiasa benar dn pandai tp sebenarnya menunjukkn kebodohan dn kianat saja.

    Pertahan KARMA dengan beri penjelasan AL KHIZYUN ??
    Tikus tanya dlm Islam Ade ke Hukum Karma? Ye atau Tidak?
    Pilih xnk jawap dn merapu..
    Menggelupur ajak Bersumpah tp bila counter balik percaya tak jika NAJIB bersumpah?
    Pilih xnk jawap dn merapu lg?

    Kenapa la dgn Ustazah RBA ni ye?

    Permainan ape yg Ustazah lakukn ni?

    Tunjuk pandai atau sememangnya bodoh?

    Lepas tu karang cerita panjang2 utk spin..
    Benda ni boleh diselesaikn dgn simple je jika Ustazah x menggelupur jwp semua perkara secara tergesa gesa..

    Bodoh Ustazah ni bertingkat tingkat la.

    Nk menang dgn cara Kotor?
    Kemenangan mcm tu tiada kemanisanya Ustazah..

    Secara rasminya Tikus beri anda kemenangan bergaya..
    Anda sentiasa benar.
    Tikus x membuktikan ape ape kerana Ustazah sendiri yg telah telanjangi diri..

    Tikus x takut kalah pun sebab x pernah nk cari menang..

    Ustazah Menang dn Tikus kalah..

    Semoga kenyataan ini akan menggembirakn ada dan melenakn mimpi anda yg agak terganggu kebelakangan ini.

    Tikus mengundur diri..


    .

    ReplyDelete
  8. .

    Ustazah Doe (letih la nk tulis masa sebab byk sangat)

    Tikus datang lg..

    Ape yg Ustazah merapu rapu cerita panjang2 mcm ni? Ustazah cuba bermain dgn Nas dan Hadith berkali kali..

    Letih la nk layan manusia yg sentiasa merasa dirinya benar sentiasa..

    Anda ni maksum ke?

    Tikus mempertikaikn knapa guna ISTILAH KARMA?
    Adakah dlm Islam xde ISTILAH LAIN?
    Knapa x guna KIFARAH?
    Ustazah bg ISTILAH AL KHIZYUN..
    Kenapa x guna ISTILAH tu dn masih pertahankn KARMA?
    Susah sangat ke nk selesaikn perkara mcm ni hingga terpaksa BERSUMPAH?
    Maknanya dgn BERSUMPAH maka selesai semuanya? Macam tu?? Gua mana Ustazah mengaji ni?
    Pertanyaan Tikus "SUMPAH LAKNAT ada ke DLM Islam" tu sebagai ingin memberitahu
    Jika NAJIB yg bersumpah adakah Ustazah akan menghentikan segala tuduhan Ustazah. terhadapnya dn MENYERAH KEMBALI KEPADA ALLAH SWT utk MENENTUKKANNYA..
    Tapi Ustazah RBA SONGSANG Xnk jawap pulak?
    DWI STANDARD punya pegangan tu wahai Ustazah.. Maka tu Tikus tanya lg klau mcm tu sikap DWI STANDARD Ustazah.. Kitab mane yg Ustazah gunakn? Kitab LIM KIT SIAL ke?

    Anda yg berputar putar seperti YAHUDI tanpa anda sedari.. Anda cuba pusing ligat untuk menunjukkn anda sentiasa benar dn pandai tp sebenarnya menunjukkn kebodohan dn kianat saja.

    Pertahan KARMA dengan beri penjelasan AL KHIZYUN ??
    Tikus tanya dlm Islam Ade ke Hukum Karma? Ye atau Tidak?
    Pilih xnk jawap dn merapu..
    Menggelupur ajak Bersumpah tp bila counter balik percaya tak jika NAJIB bersumpah?
    Pilih xnk jawap dn merapu lg?

    Kenapa la dgn Ustazah RBA ni ye?

    Permainan ape yg Ustazah lakukn ni?

    Tunjuk pandai atau sememangnya bodoh?

    Lepas tu karang cerita panjang2 utk spin..
    Benda ni boleh diselesaikn dgn simple je jika Ustazah x menggelupur jwp semua perkara secara tergesa gesa..

    Bodoh Ustazah ni bertingkat tingkat la.

    Nk menang dgn cara Kotor?
    Kemenangan mcm tu tiada kemanisanya Ustazah..

    Secara rasminya Tikus beri anda kemenangan bergaya..
    Anda sentiasa benar.
    Tikus x membuktikan ape ape kerana Ustazah sendiri yg telah telanjangi diri..

    Tikus x takut kalah pun sebab x pernah nk cari menang..

    Ustazah Menang dn Tikus kalah..

    Semoga kenyataan ini akan menggembirakn ada dan melenakn mimpi anda yg agak terganggu kebelakangan ini.

    Tikus mengundur diri..


    .

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan blog dan pembaca sekelian. Cukup2lah utaz/ah Doe dan virgo dari memprovok antara satu sama lain. Setuju istilah hanya perkara ranting. Melayu dulu2 hindu.. Istilah sembahyang masih diguna pakai dengan pengertian Islam sebenar solat. Hukum Karma pun disiulkan anak2 muda Melayu sedikit masa dulu. pastinya tak merujuk maksud hindu atau budha.. Hendaklah kamu memudahkan .. janganlah kamu menyusahkan. Penganut agama lain pun banyak kat sini. Suka baca halaman kd ini. . Pengomen tak ubah macam dalam dewan .. atitud melayu patut berubah lebih maju.. tak perlu kebudak2an. Masing2 tentu saja percaya berada di pihak yg benar. seharusnya bentangkan fakta dan bukti dan berhujah berhemah.. saya tertunggu2 fakta bernas untuk jadi rujukan mengundi nanti. Teruskan kepada perkara pokok. Perbezaan pendapat dalam islam diraikan.. tak semua perkara kena sumpah laknat.. wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan..sikit saja yg saya kurang setuju..
      Pd saya, menurut akal sihat saya, Virgo Lara @ Tikus mmg berniat utk spin dan mengalih tiang gol..utk divert isu yg lebih besar..itu sbb dia bertanya berkali2 ttg isu istilah yg semua org pun paham penggunaannya dlm konteks artikel yg lepas..
      Saya setuju dgn tingkatan tindakan saudara John Doe..menerangkan secara pjg lebar tetapi masih dipersoal oleh Virgo Lara (oleh kerana niatnya yg semmgnya sonsang dari awal)..
      Setelah menyedari tiada gunanya berhujah dgn manusia yg semmgnya bertujuan utk terus mempersoal, maka akhirnya kebenaran itu diserahkan kpd Allah utk menentukanya..
      Saudara John Doe berani utk bersumpah lakhnat..kerana apa berani..kerana, berani kerana benar..

      Manakala si Virgo Lara terus beralasan dan byk konar2..mcm takut nak bersumpah..kerana apa takut..kerana, takut kerana salah..

      Jadi, saya setuju dgn tingkatan tindakan saudara John Doe..
      Ternyata sekarang siapa yg niatnya utk mencari kebenaran dan siapa pula yg ingin mengambus kebenaran tersebut..

      Delete
  10. Sdr IbnuBattutah

    Terima kasih di atas komen sdr.

    Saya tidak pernah memprovok VIRGO melainkan apa yang saya tulis adalah berdasarkan disiplin ilmu yang betul.

    VIRGO telah menuduh saya dengan berbagai-bagai tuduhan seperti munafik, penipu dan sebagainya tapi semua saya biarkan saja.

    Kalau disebut provokasi maka saya percaya dia adalah sebenarnya orang yang memprovokasi saya dan bukan sebaliknya.

    Saya pernah sebut di sini bahawa saya muncul antara lain untuk beri peringatan kepada orang-orang yang sedang memilih jalan kebinasaan supaya mereka selamat daripada jatuh ke dalam gaung kebinasaan itu.

    Walaubagaimanapun apabila VIRGO memperolok-olokkan, memperlekeh dan menghina ayat-ayat Allah maka saya perlu menjawabnya. Bagi saya ia sudah keterlaluan.

    Adakah saya mencari kemenangan? Lihat balik semua komen saya dan VIRGO hampir semuanya ia menjadi orang terakhir yang bercakap. Walaupun selepas berkata 'aku mengundur diri' ia tetap akan muncul selepas saya muncul. Inilah sikap orang yang mencari kemenangan.

    Kebiasaan saya pula kalau saya dah sampaikan apa yang saya mahu sampaikan saya tidak lagi akan muncul nak pertahankan apa yang saya cakap sebab bagi saya penyamapian itu sudah cukup. Saya tidak mencari kemenangan peribadi apatah lagi melalui "menjadi orang terakhir yang bercakap".

    Tidak lama dulu semasa VIRGO masih menjadi anon, terdapat seorang anon yang suka menyebut "Mahathir/Mamakkutty laknatullah'. Saya telah menegurnya dan ia telah mendoakan laknat utk saya. Saya langsung tidak membalas laknat itu melainkan menyambutnya sebagai cabaran siapa sebenarnya laknat akan ditimpa laknat itu.

    Melihat sifat fujur pada VIRGO saya punya segala sebab untuk percaya dia adalah anon itu.

    Lihat saja kemunculannya di atas. Sudah cukup untuk menunjukkan sikap fujurnya.

    Tak apalah kalau sdr berbeza pendapat dengan saya dan turut berpendapat saya salah dan sebagainya, kerana pada akhirnya sdr dan saya akan sama-sama bediri di hadapan hakim yang sama dan pada ketika itu kita sama-sama akan diadili olehNya. Biarlah Allah yang menghakimi saya sama ada saya ikhlas ataupun tidak di dalam usaha saya ini.

    Seperti yang saya katakan saya muncul untuk menyampaikan kebenaran dan memberikan peringatan dan bukan untuk mencari kemenangan peribadi.

    Saya tidak diberi upah dan tiada manusia lain selain isteri saya yang mengetahui tentang kewujudan saya sebagai 'John Doe' di dunia siber.

    Dan untuk menyampaikan kebenaran itu saya akan muncul sekali lagi untuk mengulas mengenai orang-orang yang menghina, memperolok-olokkan, memperlekeh (dan yang sewaktu dengannya) ayat-ayat Allah dan hukum yang datang bersamanya.

    VIRGO tak perlu mengaku kalah atau atau mengundur diri sebab seperti yang saya katakan saya bukan mencari kemenangan peribadi melainkan kemenangan kepada kebenaran dan saya akan muncul lagi untuk menyampaikan kebenaran mengenai orang-orang yang bertambah durhaka mereka daripada apa-apa yang Allah turunkan. In shaa Allah.

    Terima kasih sekali lagi sdr IbnBattutah dan tuan blog yang memberi ruang.

    ReplyDelete
  11. .

    Ustazah Doe 4:28

    Tikus datang lg..

    Ustazah bercerita lg..
    Ape lg Ustazah?
    Tikus kn dh mengaku kalah dn telah anugerahkn kemenangan bergaya kepada Ustazah.

    Ustazah x perlu la merapu rapu lg dgn mood bercerita dgn x memberi " tempat" dimana kejadian tu berlaku dgn mempersoalkn "tempat" jika orang lain bercerita..

    Tak prlu lg bercerita tentang SUMPAH bagai bila tak percaya orang lain (najib- nama fobia bg PH) bersumpah..

    Tak perlu lg nk Pertahan Karma dgn beri mcm mcm alasan dn bertaqlid serta mengaminkn keabsahannya didalam Islam.

    Tikus akui dn mengaku hanya Ustazah saja seorang manusia yg tak pernah khilaf dn melakukn kesilapan..

    Tikus akui dgn bersumpah akan selesai segalanya..

    Tikus beri kemenangan kepada Ustazah kerana Tikus akui diri ini terlalu kerdil dn tak akan takbur menghebahkn kehebatan dirinya..kepandaiannya.. sentiasa maksum.. berakhlak mulia dn seribu satu macam la hingga YAHUDI pun sanggup digelarkn kpd saudara sesama Islam yg mempertahankn Islam.. Tikus akui semua itu..

    Maafkn Tikus wahai Ustazah..
    Tikus merendah diri dn akui kesilapan Tikus.

    Terimakasih juga kpd semua pengomen PD isu ini.. Sokong atau tak itu perkara lain yg penting dapat menilai nk ambil yg mana.. Utk KD yg budiman TQ Bro sebab telus walaupun berpaksi..


    Tikus



    .

    ReplyDelete
  12. VIRGO telah memohon maaf kepada saya dengan penuh menyindir dan memperli saya. Dari ilmu psikologi ini bukan permohonan maaf yang ikhlas.

    Tapi tak apalah saya terima permohonan maaf itu.

    Tapi seperti yang telah saya terangkan beberapa kali saya bukan mencari kemenangan peribadi.

    Saya hanya bertujuan menyampaikan kebenaran dan memberikan peringatan sebelum terlewat.

    Maka kebenaran tentang orang-orang yang menghina, memperlekeh ayat-ayat Allah perlu saya sampaikan, sebagaimana saya telah sampaikan kebenaran mengenai orang-orang yang mengaku Islam, gebang diri pejuang Islam, muncul demi Islam, rela demi Islam dan sebagainya tetapi mempunyai lidah seperti Yahudi dan Nasrani.

    Ia tiada kena mengena dengan perselisihan atau perasaan peribadi. Kalau peribadi sudah lama saya berselisih dengan VIRGO ketika ia selalu memaki hamun dan melabelkan saya dengan berbagai label.

    Walau betapa fujurnya dia, saya tetap bersabar dengannya dan melayannya dengan bermain-main dengan harapan satu hari dia akan insaf.

    Walaubagaimanapun apabila ia sudah melampau batas terhadap ayat-ayat Allah, maka saya perlu menyampaikan kebenaran tentang orang-orang yang melampaui batas itu.

    Di antara VIRGO dan saya, saya maafkan dia, tapi sikap durhaka yamg amat sangat terhadap ayat-ayat Allah itu di luar kuasa saya untuk memaafkan. Itu kuasa Allah. Biar Allah tentukan.

    Daripada satu hari nanti ketika saya menghadap Allah dan Allah murka kepada saya dan bertanya 'mengapa kamu membiarkan seorang manusia menghina ayat-ayatKu dan peringatan yang datang bersamanya tanpa menyampaikan kebenaran itu?", maka saya takut saya tiada jawapan di hadapan Allah, jadi saya pilih untuk sampaikan.

    In shaa Allah saya akan sampaikannya.

    "Sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun tetapi manusialah yang menganiayai diri mereka sendiri'.

    "Dan cukuplah bagiku Allah sebagai saksi, dan cukuplah Allah sebagai wali'

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...