Tuesday, September 5, 2017

SPRM AKAN BERTINDAK KE ATAS LGE


Setiap masa dan di mana sahaja jika ianya bukan motif politif, tanpa pilih kasih atau lain lain motif peribadi dan agenda pihak lain, rakyat akan


sentiasa menyokong dan mengangkat integriti SPRM.

Tidak perlu sangat berperingatan, berlengah sebaliknya segera dan menepati kehendak undang² tanpa gentar.

# Tetapi apa khabar agak²nya kes terdahulu, bertahun, berbulan..siasat gah..dakwa elek, bagi info sikit.
Tersangkut di meja ag?

17 comments:

  1. Tak perlu risau kalau di pihak yg benar. Bukankah ustaz john doe percaya kpd hukum karma?

    ReplyDelete
  2. Ye la...

    Skandal BNM Forex pun dah 25 tahun berlaku yang melibatkan RM34.5 billion, 24 tahun Lim Kit Siang berjuang untuk penubuhan RCI dan sempat juga dia terbitkan sebuah buku khas untuk skandal itu.

    DS Anwar pun berpenat-lelah menjelajah ke seluruh negara membicarakan skandal ini dan peri perlunya sebuah RCI ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan skandal tersebut samada rugi atau ada kes curi berselindung rugi.

    Kenapa RCI bukannya ke mahkamah?

    Sebab bila penubuhan RCI diperkenankan oleh YDP Agong, ia menjadi titahnya. Perlaksanaan dibuat dalam rangka masa yang ditetapkan. Tidak boleh ditangguh2 macam di mahkamah. Tak boleh elak2 macam tertuduh di mahkamah yang boleh bagi keterangan di luar kandang saksi yang tidak boleh disoal oleh pendakwa/peguam.

    Akhirnya penat lelah Lim Kit Siang dan DS Anwar berbalas. RCI dah ditubuhkan dan sedang berjalan.

    Harap2 dapatlah kembali duit tu. Bolehlah digunakan untuk subsidi minyak. Boleh la juga beberapa tahun minyak percuma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa perkara lama yg tak perlu diungkit lagi.
      1. Kerugian urusniaga forex
      2. Tragedi memali
      3. Kes liwat Anwar Ibrahim
      4. Skandal perwaja oleh eric tan
      5. Bilik 121 hotel perdana
      6. Kerajaan bawah pokok nizar lambai

      Delete
    2. 7.1MDB
      8.2.6B
      9.kapal selam
      10.felda dan lain2 lg.
      Jgn dilupa pula..

      Delete
    3. Betul... mari kita pakat ramai2 menyokong penubuhan RCI-RCI supaya keadilan dapat ditegakkan.

      Delete
  3. Ohhh... boleh pulak pilih2 yang mana boleh ungkit yang mana tak boleh ikut sesuka hati.

    Jika benar ada kecurian di sebalik kerugian pasti jumlah wang yang besar itu tak boleh dihabiskan dalam masa yang singkat saja. Pastinya wang tersebut disimpan dalam akaun2 tertentu dan pastinya ada kadar faedah yang diperolehi.

    Kadar faedah daripada wang tersebut saja boleh membuat ramai orang kaya-raya apatah lagi pokoknya. Mampu memberi kemewahan untuk lebih 7 generasi!

    Tak boleh dibiarkan begitu saja. Begitu juga dengan skandal-skandal yang lain. Keadilan mesti ditegakkan.

    ReplyDelete
  4. Najib umno nak tubuhkan rci forex? Rci perwaja? Rci bmf? Rci memali?

    Dipersilakan.

    Kenapa pula penyamunan penyelewengan dilakukan terhadap 1mdb tidak ada sebarang dakwaan di mahkamah? Jangan lupa, Ghani patail telah diberhentikan kerana ingin memulakan pendakwaan terhadap si penyamun.

    Rompakan terhadap 1mdb telah disahkan oleh amarika kafir harbi, swiss, singapork dan lain2 negara.

    Pihak berkuasa singapork sudahpun mendakwa dan menjatuhkan hukuman terhadap mereka yg terbabit dlm skandal rompakan terbesar di dunia.

    Najib umno di Malaysia pula masih tidak nampak kesalahan dan songlapan di lakukan, kita sedia maklum BNM, JAN dan PAC turut mengesahkam terdapatnya penyelewengan 1mdb.

    Jika SPRM benar2 ingin menegak keadilan dan melakukan tindakan terhadap pertuduhan fitnah oleh Lim Guan Eng, maka, ayuh SPRM! dipersilakan.

    Tetapi

    Adakah SPRM berlaku adil dan tidak bertindak? tiada kuasa? terhadap fitnah yg dilemparkan terhadap 1mdb? Bukankah 1mdb suci murni? Sebenarnya tiada penyelewengan 1mdb?

    Kenapa SPRM tiada tindakan terhadap fitnah yg dilontarkan terhadap 1mdb?

    Adakah SPRM punyai keluarga? berpelajaran? maruah? Harga diri? Bapa kepada anak2? bukankah kamu mempunyai pegangan agama bahawasanya fitnah itu lebih besar dajalnya dari segala kemaksiatan?

    Ayuh SPRM! Lakukan proses tindakan undang2 fitnah sehingga mencemarkan nama baik rakyat dan negara malaysia berhubung konon2nya, terdapatnya skandal 1mdb ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau DS Khir Toyo boleh didakwa dan dipenjara, kenapa tidak Lim Guan Eng? Kes yang sama! Adakah kerana DS Khir itu ahli UMNO/BN, maka beliau boleh didakwa dan dipenjara; manakala Lim Guan Eng DAP/Pakatan Harapan, maka dia kebal daripada undang2!

      Delete
    2. Betul betul semua betul! Kita x nak sesiapa yg melakukan kesalahan terlepas. Khir toyo dikenakan hukuman kerana membeli hartanah dibawah nilai kerana menggunakan kedudukan dia. Lge juga patut dihukum kalau bersalah! Yg menjadi topik perbincangan ialah pendakwaan terpilih! Kalau x silap 1mdb juga membeli aset atau hartanah dgn harga yg terlampau rendah tetapi tidak ada tindakan. Mana keadilan?

      Delete
    3. Mari la sama2 kita perjuangkan penubuhan RCI-RCI untuk setiap satu isu agar terungkai segala persoalan bersandarkan berani kerana benar, takut kerana salah.

      Sokong?

      Delete
    4. Rasanya tak salah 1MDB membeli aset2 atau hartanah dengan harga yg rendah selagi aset2 dan hartanah2 itu untuk manafaat awam/rakyat.

      Delete
    5. Apa kaitan 1mdb dengan rakyat?

      Sejak bila pula 1mdb ditubuhkan untuk rakyat?

      Yang sedang dipertikaikan sekarang adalah kerugian?
      Mana ada 1mdb pernah buat untung pun?
      Atas sebab rugi dan hutang, kerajaan jadi penjamin dan beban hutang rakyat tanggung melalui beberapa bentuk percukaian termasuk gst, pengurangan bajet kementerian, penarikan subsidi, kenaikan kos barang dan semua ini membebankan rakyat.

      Jika 1mdb tidak diujudkan, rakyat tidaklah akan mengalami sebegini teruknya kos sara hidup

      Delete
    6. Dengan tertubuhnya 5 IPP pada tahun 1993 yang membekalkan 30.99% elektrik untuk Grid kebangsaan. Petronas terpaksa membeli LNG import pada harga pasaran yang tinggi dan membekal/menjual kepada IPP-IPP dengan harga yang lebih rendah (pemberian subsidi kepada IPP-IPP). Manakala TNB pula terpaksa membeli tenaga ini kesemuanya samada diperlukan atau tidak daripada IPP-IPP dengan kadar tarif yang tinggi.

      Ringkasnya IPP-IPP beli LNG daripada Petronas di bawah harga pasaran dan menjual tenaga kepada TNB dengan kadar tarif yang tinggi. Padahal TNB sendiri mampu menghasilkan sendiri tenaga elektrik tersebut. Konsesi IPP generasi pertama ini adalah untuk tempoh 21 tahun.

      Dikatakan Petronas dan TNB telah kerugian sebanyak RM100 billion untuk tempoh tersebut.

      DS Najib dan Suruhanjaya Tenaga telah menghentikan perjanjian konsesi yang berat sebelah ini. Pada Tahun 2012, 2 IPP telah dibeli oleh kerajaan melalui 1MDB manakala 3 lagi IPP kena mematuhi perjanjian konsesi baru yang mengurangkan keuntungan berlebihan IPP-IPP. Ekoran daripada itu, keuntungan TNB dan Petronas telah meningkat.

      Perlu diingat Petronas adalah antara penyumbang terbesar pendapatan negara yang memberi manafaat kepada rakyat.

      Seeloknya ditubuhkan RCI untuk menyiasat perkara ini dan membongkar rasional di sebalik perjanjian konsesi yang berat sebelah ini.


      Delete
    7. Jika najib nak tubuh RCI IPP dipersilakan, malahan jika nak tubuh RCI untuk "Macai najib diupah secara haram" lebih baik.

      Delete
  5. Kafir Harbi Guan END mesti disumbat ke penjara sebelum GE14

    ReplyDelete
  6. Kafir harbi guan eng tidak pernah rompak dan samun wang rakyat.

    ReplyDelete
  7. Ya ka? Aku panggil dia Kafir Harbi sebab dia hina undang2 Islam!
    ...kau puak secular memang tak rasa apa sebab macam MahaKUTTY, memang jenis tentang undang2 Shariah!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...