Wednesday, September 6, 2017

TULIS TAJUK PUN BUKAN BINCANG IKUT TAJUK..


KEMASKINI 06:19PM
# Ombak kecil yang sedang berlaku di kalangan pemimpin PH kini adalah satu proses demokrasi dan meraikan peebezaan strategi tanpa merosak pendirian dan dasar PH.

Peranan media batuapi sudah dijangka tetapi pasti ia tidak berjaya meroboh ikatan dan missi bersama yang telah terbina malah mereka sendiri bingung dan terpwrangkap dengan andaian, persepsi dan spin mereka sendiri.
PAS juga nampaknya seakan membuat tarian tarik tali surung papan yang boleh mencemaskan umno apa sebenarnya pendirian PAS. Tanyalah 10 pemimpin PAS berhubung kerjasama paspkr atau pasumno, anda anda dapat 10 jawapan yang berbeza.

Hari ini Tun jumpa Anwar (?)



Apakah mungkin Anwar Ibrahim akan ditolak oleh partinya sendiri, PKR apabila didapati sudah lari dari perjuangan PH.

Itu tidak mustahil.

Kemungkinan juga Tun akan ditolak oleh BERSATU.

Sudah ada tanda tanda lim kit siang dan lim guan eng akhirnya disingkir dari DAP.

Jika itu lebih baik untuk perjuangan PH, kenapa tidak, perjuangan bukan berlandas dan taksub kepada pemimpin, individu boleh masuk dan keluar tetapi parti dan pakatan perlu kekal.
Patah tumbuh hilang berganti, masih ada pelapis baru yang bertenaga dan berwawasan untuk meneruskan perjuangan.
Hakikat yang perlu diterima.

Jangan jadikan parti tempat bersembunyi, berlindung, mengumpul segala kesesatan, melampau dan jenayah kemungkaran. Jangan korbankan parti untuk memuja dan mempertahan pemimpin yang qarun lagi korup.

Berbaloi ke sekadar pangkat jawatan pengaruh kuasa dedak yang ciput bersifat sementara untuk bersekongkol, itukah bekalannya ..

40 comments:

  1. Malaysia memerlukan sistem demokrasi yg baru, cukup2lah rakyat memberi mandat kepada umno najib.

    Perbuatan segelintir pemimpin umno, menyebabkan nama umno itu busuk.

    Hari ini mereka yg menyertai umno hanya inginkan habuan dan projek, dan kesannya adalah rakyat teranaiya

    Terbaru, Najib memecahkan rekodnya sendiri dengan kenaikan 6x berturut turut harga minyak.

    Apabila kuasa ekslusif mutlak diberikan kepada umno najib, mereka merompak dan menyamun.

    Harta aset negara dijual dengan sewenang wenangnya.

    Pembohongan berterusan dilakukan untuk rakyat mempercayainya.

    Sudah tiba rakyat negara ini mencari wakil mereka yg ikhlas memperjuangkan nasib mereka.

    Wakil rakyat yg prihatin nasib mereka.

    Wakil rakyat yg bekerja 24 jam.

    Wakil rakyat yg muda usianya dicadangkan.

    Jangan pula wakil rakyat umno kerana mereka hanya timbul diwaktu hanya pilihanraya

    Wakil rakyat umno hanya beri habuan berbentuk seperti periuk nasi hanya diwaktu pilihanraya.

    Wakil rakyat umno buat kerja gotong royong, berbasikal menemui rakyat hanya di waktu pilihanraya.

    Carilah wakil rakyat pakatan harapan yg muda2 belaka dan undilah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak minyak murah boleh beli di Thailand, Singapura atau Indonesia.

      Delete
    2. Dan mb pkr juga nampak dah tak masuk longkang lagi. Masa bulan pertama jd mb, amboi bukan main. Indon dan bangla siap menangis takut hilang kerja.

      Delete
  2. Dalam PEMBANGKANG, semuanya mungkin.
    UMNO bertepok tangan bila pemimpin-pemimpin pembangkang bertelagah.
    Bagi mereka kesetiaan 10000000000000000000% diperlukan untuk seorang pemimpin.
    Dalam PEMBANGKANG, mana-mana TROJAN HORSE nak keluar kerana tak puas hati tidak terpilih untuk sesuatu jawatan, U are welcome. Keluarlah, who are Uuuuuuussssss.......hehehe.
    Anwar, Tun Mahadir, Lim Kit Siang & Lim Guan Eng, Husam, Mat Sabon, Azmin, Rafizi atau Latifah berkoyan pun boleh keluar bila-bila masa.
    Yang penting, NAJIB MESTI OUTTTTTtttttttttttt.

    ReplyDelete
  3. Nama cina Cik minah apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Anon 12.06........Najib memang Boo Lan Ciau.
      Lembik, takda kuasa.
      Minyak naik setiap minggu, dia takda kuasa nak kontrol.

      Delete
    3. Bukan ke kuasa mengawal harga minyak ada pd cik minah?

      Delete
    4. Yessssss.............alangkah baiknya kalau aku PM.
      Aku akan kawal harga minyak ni.
      Sebagai PM, aku akan buat apa sahaja untuk kesejahteraan rakyat.
      Bukan mintak RAKYAT BERKORBAN untuk aku.

      Delete
    5. Pondan pun nak jd pm jugak ke?

      Delete
    6. Dengan jawapan macam 1.52 ni, terasa macam aku masih
      duduk di TADIKA KEMAS.......mental taraf Wak Maslan cgp3.85.
      Kesiannnn........

      Delete
    7. Takpa, aku jawab juga.
      Kalau si kepot belajar tak habis macm Najib, boleh
      jadi PM, apa lagi orang yang tamat belajar, Yessss Sir, I can!

      Delete
    8. Dah, malas nak layan kau lagi.
      Better go to blog-blog yang menjana minda.
      I like Din Merican, best.
      See U there.

      Delete
    9. Kita mari sini
      Untuk berbahas mencari kebenaran
      Memasing ada fakta-fakta yang dinukil
      Memasing ada pendapat yang ingin diluahkannya
      Bukan mencari siapa menang dan siapa kalah

      Delete
    10. Kamu bukan 'MENCARI KEBENARAN'
      Kamu PERSONAL ATTACK ORANG.
      Kamu tuduh saya CINA dan PONDAN.
      Kalau nak argue, arguelah.
      Apa kes personal attack........?????
      Kamu bukan kenal saya pun.
      Masing-masing ada pendapat. Bila kamu personal attack orang, ini
      menunjukkan kamu KALAH.

      Delete
    11. Bila kalah berbicara
      Sehingga keluar kata-kata kesat
      Caci-maki dan sumpah-seranah
      Menuduh orang yang terlibat tak tentu pasal
      Sebenarnya dia sudah kalah
      Yang pastinya ia kalah dengan sifat mahmudah
      Yang pastinya ia kalah dengan nafsunya sendiri

      Delete
    12. apa nak heran cik minah oiii
      itu saja yang mereka boleh buat,bila da tak boleh angkat buat personal attack je la.
      hihihi kat posting yang dulu pun mereka panggil saya ni keling la keturunan keling la ha kau sekali saya tunjuk bukti terus senyap depa.

      Delete
  4. Alamak KD.. Telajak pelahu bule kasi undur ma telajak ckp tokong guan eng kit sial blh kena pecat.. Ayoyo abis lu KD.. Bilani gigit tgn kasi mkn ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD, 12:16 ni adalah pengikut ajaran sesat PH. Selama ni kau tuduh penyokong umno yg suka memaki mencarut.
      KD, payah PH nak menang selagi pengikut PH majoriti mcm 12;06. Aku tak suka umno, tapi aku benci orang PH mcm 12:06.

      Delete
  5. Melayu dah dibangsat oleh najib. Period

    ReplyDelete
  6. Sekurangnya diBlog KD, perbezaan pendapat diraikan.
    Jgn harap ini berlaku diblog2 pro gumen,media purdahna,sekolah,universiti.
    1way traffic,Parlimen yg suci pun ada soalan boleh, ada tak boleh.
    Sama la mcm Lobai dapat genggam mike.
    Demukrasi.. U Must Mot Object.
    Islam Pas.. bising mcm Tin Milo.
    Sedih dan Benar
    Akur tidak saja....


    ReplyDelete
  7. Ha…ha…ha… begitulah kitaran hidup manusia ada masanya di atas dan ada masanya di bawah. Bila berkuasa janganlah mendabik dada, bila sudah tidak berkuasa janganlah sibuk membuat fitnah dan tohmahan yang akhirnya memakan diri sendiri dan keluarga.

    Adakah DS Anwar Ibrahim dipinggirkan oleh PKR?

    Adakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan disingkirkan DAP?

    Adakah Tun akan ditolak oleh PPBM?

    Mereka-mereka adalah umpama racun-racun dan beban dalam parti masing-masing. Dulu-dulu dua daripada empat orang ini berada di dalam UMNO. UMNO sakit sebab mereka ini adalah ibu racun. Sekarang bila mereka sudah keluar daripada UMNO, UMNO dah kembali sihat, kuat dan mantap untuk menerajui BN menghadapi PRU-14 dan seterusnya dengan perkenan Allah swt UMNO dan BN menang majoriti 2/3.

    Baru kini PH sedar yang mereka berempat adalah racun.

    Biarkan, biarkan dan biarkan… si Luncai terjun dengan labu-labunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:26
      Kikikiki
      Umno sihat?
      Kikikiki
      Simpan penyamun dalam rumah boleh sihat ke?
      Kikikikiki

      Delete
    2. Kikiki
      UMNO sihat dn kuat
      Bapak Penyamun dh Yilek
      Nika Gee pun dh Boo Liau
      Peliwat ke Bamboo River melekat
      Boboi Touch n Go dh go away
      Pie Bedal sudah Bebal Bah
      Kikiki
      UMNO pasti SIHAT dn TEGAP

      Delete
  8. Aku pernah tidak lama dulu di blog ini, Madey umpama racun. Keluarnya dia daripada UMNO membawa seribu satu rahmat. Dia keluar bersama-sama macai-macainya dan racun tersebut. Kini racun tersebut nampaknya telah menjalar ke segala urat saraf PH.

    Tunggu masa saja PH mati beragan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai 3.49,

      Ko dah pekena ketom ke blum?

      Delete
    2. Macai 3.49

      Ko keje shift malam ker? Nak tanya skit bleh? Duit ko sumbat tu halal ke haram?

      Delete
    3. Macai 3:55

      Tentu la Halal

      Aku sokong PH = Pasti Halal

      Asal Halal je semua kelaku PH
      Asal PH je semua jd HALAL

      Delete
  9. Sindiran maksima.. itu kekuatan budaya melayu dulu-dulu.. tajuk lain , tulisan lain, video lain. Saya suka kreativiti ini.. teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  10. Aku lebih suka UMNO tidak bekerjasama dengan PAS kerana ia hanyalah merugikan UMNO sahaja. UMNO lebih baik bersama-sama dengan parti-parti komponen BN sahaja. Jika membuat kerjasama dengan PAS, pasti ada kerusi-kerusi parlimen yang terpaksa diserahkan kepada PAS yang akhirnya akan memakan diri UMNO balik.

    Apatah lagi dengan pertambahan ahli-ahli baru yang ketara jumlahnya hasil usaha berterusan Wanita, Pemuda dan Puteri, bekerjasama politik dengan PAS adalah sesuatu yang amat merugikan. Ibarat UMNO yang penat-penat bekerja, PAS yang akhirnya menuai hasilnya.

    Lagipun sokongan orang India kepada MIC dan BN telah bertambah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Orang India sedar diri bahawa mereka di dalam DAP dan PKR hanyalah melukut de tepi gantang. Sokongan mereka ditagih tetapi kebajikan mereka tidak dijaga. Hanya BN yang boleh diharap.

    Undi orang Cina yang dikatakan bertambah kepada PH, bolehlah dinilai semula. Kata-kata yang mengatakan MCA dan Gerakan hampir pupus, bolehlah dikaji semula. Sebahagian orang Cina sudah mula buka mata siapa PH yang sebenarnya. Taktik ugutan RBA dengan memalukan orang Cina yang menyokong BN nampaknya sudah tak ampuh lagi.

    Cheers.


    ReplyDelete
  11. Beberapa sifat mazmumah pembangkang adalah bersangka buruk dan melakukan fitnah. Semua perkara daripada UMNO dan BN adalah tidak berguna. Tetapi itu sebenarnya merupakan senjata pasif yang bagus untuk UMNO dan BN. Teruskan...




    ReplyDelete
    Replies
    1. 4,33
      dalam mengatakan sesuatu lebih2 yang diklasifikasi sebagai fitnah, sebaik nye perlu dijelaskan apa yang fitnah tu. biar terang. ini seumpama baling batu, sembunyi tangan. apa yang fitnah? biar org tahu

      Delete
    2. Betul apa yg 5.27 komen tuh, biar terang dan jelas

      Delete
  12. Ptg tadi ada seorang (sekor) penyokong PH yg hantar komen lucah dan mencarut. Demi utk menjaga kemaluan, KD telah remove.
    Maklumlah, sebelum ni sedap mulut je KD tuduh penyokong umno suka hantar komen memaki hamun.
    Baguslah KD, jagalah kemaluan tu.

    ReplyDelete
  13. Aku hanya berkelulusan SPM saja. Kerjapun biasa2 saja yang bergaji RM3,500 sebulan bukan macam professional dalam PAN, PPBM dan PKR yang kebanyakannya lulusan universiti di dalam dan juga luarnegeri yang pendapatan mereka puluh2 ribu sebulan.

    Walaupun bergaji besar mereka tetap tak berpuashati dan mengata kerajaan BN itu zalim terutama dengan pelaksanaan GST yang mereka tak boleh mengelak daripada membayar cukai sebab semua transaksi ada rekod hitam putihnya.

    Untuk orang seperti aku yang hanya bergaji RM3,500 yang setelah ditolak KWSP, Zakat, PCB dan Socso berbakilah sekitar RM2,900 saja. Untuk menanggung seorang isteri dan lima orang anak dengan jumlah itu pastinya perit terutama hidup di bandar. Tetapi tidak bagi aku. Dengan perbelanjaan berhemah dan bijak, memanafaatkan ruang tanah yang ada untuk bercucuk tanam, menggunakan kemahiran isteri yang pandai memasak dan menjahit, dan menabung sejak mula kerja dulu walau masa itu gaji permulaan 25 tahun lepas hanyalah RM1,000 saja.

    Kini aku ada sebuah rumah lot penjuru, sebuah MPV Exora dan sebuah Myvi yang sudah langsai pinjamannya. Bukan itu saja...

    Di kala kawan-kawan yang lain membuat pinjaman peribadi untuk membesarkan rumah atau melancong, aku pula berkongsi dengan dua orang adik beradik aku membeli sebidang tanah berkeluasan 11 ekar 12 tahun lepas dengan masing-masing membuat pinjaman peribadi yang kini pinjaman tersebut sudah langsai.

    Tanah tersebut ditanam pokok kelapa sawit, ada berpuluh ekor lembu dan juga berpuluh ayam ternakan. Baru-baru ini sebelum Hari Raya AidilAdha, 23 ekor lembu terjual dengan purata seekor berharga RM3,500. Harga sawit pun boleh tahan lumayannya.

    Di kampung, ada sebuah warung yang menjadi tempat orang-orang kampung menjamu selera dan sebahagian kecil melepak dari pagi hingga malam. Kebanyakan mereka yang melepak adalah orang-orang PPBM yang saban masa bersembang politik mengutuk DS Najib, UMNO dan BN terutama tentang peri zalimnya GST yang menindas rakyat. Padahal kebanyakan mereka itu punya tanah-tanah yang agak luas yang terbiar dan boleh diusahakan untuk meraih pendapatan yang lumayan.

    Tetapi sebenarnya apa yang mereka buat melepak dan mengutuk itu ada hikmahnya pada aku dan adik beradik aku. Kerana kemalasan mereka itu, mereka biasanya akan menjual tanah untuk meraih kemewahan sementara. Aku dan adik beradik aku hanya menunggu detik itu dengan wang yang sudah tersedia.

    Sebenarnya dalam hidup ini terutama di bumi bertuah ini, banyak benda yang boleh kita lakukan untuk hidup senang. Pilihan itu ada di tangan kita sendiri.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 634, buatlah tulisan sendiri, jangan copy paste propaganda dah basi..

      Delete
    2. Copy daripada mana?

      Bersangka buruk adalah satu sifat yang ada pada macai2 Madey.

      Delete
    3. Anon701. Apa contoh prasangka buruk pro Tun..
      Engkau mengata orang, kau sendiri prasangka buruk pada penyokong Tun..

      Aku tak prasangka buruk pada kau sebab kau memang dilahirkan vangang sejak kecil, bukan salah kau, aku dah maafkan kau.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...