Saturday, July 9, 2016

MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS LAPORAN AUDIT NEGARA YANG DIBOCORKAN PERLU LETAK JAWATAN

Tindakan ssk (siapa lagi kalau bukan saleh said keruak) meminta pdrm menyiasat bagaimana laporan audit negara (LAN) dibocorkan kepada SR merupalan tindakan yang tepat dan betul.

Sangat membimbangkan jika sebuah laporan yang sangat penting dijaga di OSAkan tetapi boleh bocor sewenang wenangnya. Siapa orang dalam yang terbabit (?) Berapa pula derma yang dalang ini dapat hasil kerja kotor.

Kalau KDN dibawah Hishamuddin,  sudah tentu dalang ini akan dicari sampai ke lubang cacing.

Keresahan ssk petanda awal laporan SR adalah betul (?) Jangan ada pula yang berlawok kata itu laporan palsu (!) Jangan sesama sendiri bertelagah pendapat dan kantoi !!!

Adalah lebih baik LAN dibuka kepada umum supaya kerajaan boleh menjawabnya satu persatu.
Apa guna Menteri Kabinet yang baru dilantik kalau mereka gagal menjalankan tugas.


Friday, July 8, 2016

KITA TURUT SEDIH UMNO DIPERLEKEHKAN...

Walaupun secara tidak langsung ia menyentuh kepada segala bangsa dan yang berugama Islam tetapi secara direct ia dituju kepada UMNO.
Jadi biarlah parti yang hebat ini selesaikan tentang maruah mereka !!!
UMNO sedang diterajui bangsa bugis.

Mereka miliki semuanya untuk bertindak.


,,Yang ini dah selesai belum >>>>>>>

MELIHAT MAHATHIR SECARA NEGATIF

Melihat Mahathir secara negatif memerlukan fakta untuk berhujah dengannya.

Menghormatinya dan meletakannya di tempat yang paling tinggi tidak akan mengurangkan sedikitpun keberkesanan kerajaan untuk mengurus negara.

Nasihat dan teguran awalnya jika diterima,  ditangani secara berhemah tidak akan menjadi kudis api yang merebak seperti sekarang.

Suara Mahathir awalnya tidak lebih dari seekor nyamuk pencen tetapi apabila tidak dirawat umpama aedes membawa denggi yang mampu membunuh seekor gajah.

Memerangi Mahathir dengan sekadar berlandaskan 3.85 CGPA hingus meleleh dan Menteri yang dilantik sekadar Yang Kuat Bodek (YKB)  tidak akan sampai ke mana berbanding dengan Mahathir,  22 tahun sebagai PM bukan kecik anak.
Serangan semborono sekadar meningkatkan pengaruh dan kebenaran Mahathir.

Ketika Mahathir PM,  di kabinetnya belasan dan puuhan Menteri yang handal seperti Samy Vellu,  lee liong sik, Anwar ibrahim,  musa hitam,  lim kheng yaik termasuk paklah dan termasuk Najib yang pada masa itu masih mentah.

Negatifnya Mahathir bukan sahaja dia tidak mesra barat,  tidak pandai main golf,  tidak pandai bisnes tetapi masih dapat memajukan negara dengan pelbagai projek mega yang kini menjadi landmark dan keuntungan negara.

Negatifnya Mahathir dia mendahului laporan Audit Negara dan Laporan PAC.

Hari ini,  sesiapa yang boleh acces Sarawak Report Akan mengetahui apa yang ditulis dalam Laporan Audit Negara yang dulunya secara sombong dan angkuh rakyat disuruh tunggu untuk penjelasan 1MDB, sampai masa di OSA... pariah punya janji.

Samada Sarawak Report berbohong atau tidak, saman memanglah sudah tiada keberanian...jadi buka sajalah laporan tersebut kepada public untuk dinilai dan dibandingkan.

Jadi janganlah pecacai asyik terjerit terpekik melolong pasal bukti, bapa segala bukti dah terlopong dibaca satu dunia.

Apa yang negatif kepada Mahathir,  dia kehilangan segalanya tetapi kebenarannya, keikhlasannya kepada bangsa Malaysia tidak boleh "dibeli", negatifnya itu "yang mahal".









Thursday, July 7, 2016

MELIHAT NAJIB SECARA POSITIF

DI PAGI Jumaat yang mulia ini,  masih Syawal,  jom kita berfikiran positif.

Mahathir bagus,  Najib bagus dan lebih bagus dari Mahathir kalau Najib berundur atas moral. Untuk kebaikan ugama,  bangsa,  negara dan parti.

Berundur ketika berkuasa,  sebelum pilihanraya bukanlah sesuatu yang tidak biasa.
Tiada kemudaratan jika berundur secara sukarela. 

Berundur sebelum terlewat. Berundur bukanlah negatif,  ia juga satu hijrah.
Berundur bukan bererti salah dan kalah tetapi bererti kemenangan jati diri untuk meletak status sebagai negarawan.

Lebih penting,  berundur adalah positif, untuk kebaikan.

Tuntut dan desak juga,  lim guan eng letak jawatan,  bercuti atau berundur untuk kebaikan pentadbiran negeri !!!!

SUDAH TERTUTUPKAH PINTU HIDAYAH UNTUK MEREKA..

Angin syaitan dari London serba tahu membayangkan Tun Dr Mahathir sedang ketakutan kehilangan Tun untuk menjadi orang biasa.

Silap,  salah dan dosa Tun hanya kerana bertanya saolan dan minta Najib berundur secara terhormat (!)

Satu dongeng yang memang mengerikan bagi orang yang mengagungkan dunia dan dedak dalam kehidupan mereka.

Dalam ketika Tun hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup,  ada tukang kira yang cuba menghitung bagaimana untuk memburukan Mahathir dalam keadaan yang paling buruk.

Adakah memburukan Mahathir menjadikan orang lain bersih dan suci? Apakah memburukan Mahathir akan dapat ganjaran pahala berganda,  jauh lebih baik dari berumrah setiap minggu.

Seronok juga melihat sebahagian kaum yang ketakutan sedang memikir dan mencari jalan untuk memburukan Mahathir tetapi yang mereka buntu bagaimana menghilangkan pengaruhnya.

Bertindak atas dendam dan jahat sekadar meneruskan jalan sesat dan inilah petanda orang zalim serta munafik yang sudah ditutup hidayah.

Astarghfirullah...

Wednesday, July 6, 2016

BOLEH TOLONG TAK (?)

Diharap semua pemimpin dan cai mereka berhenti melalak sakan macam anjing kurap terhadap lim guan eng,  nak ulas pun berpada padalah., agak-agaklah sikit.

Jangan lebih dari mahkamah yang sudah menghukum sedangkan kes masih dalam proses sebutan dan perbicaraan.

Kita tidak sokong rasuah dan salahguna kuasa,  kita tidak sokong DAP dan lim guan eng.  Tetapi dia sudah didakwa... Padan muka!!!  Jadi biarlah mahkamah nak padan muka siapa akhirnya...

DAP diterajui oleh orang kapir!  What do you expect from them(?)
Tetapi apakah mereka tidak waras realiti di Malaysia untuk berperang dan zalim dengan orang Islam dan jika ada bukti, mana?
Memang mereka kurang ajar,  why?
ISA siapa yang batalkan?
Jadi jangan terlalu provoke untuk political mileage,  jangan menghasut semata mata direstui.

Yang patut dibising dan melalak ialah kes yang lebih besar tetapi tiada tindakan,  pendakwaan terpilih!!!
Kuman seberang laut nampak, bangkai gajah depan mata tak nampak?
Busuk di 7 negara...

Heh...





# lebih baik jadi orang biasa biasa daripada berstatus ulama dan mufti seperti tikus membaiki labu.



# Nak beraya dengan PM,  kawalan keselamatan ditingkatkan dan yang tidak dijemput,  dihalau (?).
Satu kemajuan.



Tuesday, July 5, 2016

Taqabbalallahu minna waminkum

taqabballallahu


Segala puji bagi Allah salawat serta salam semoga tercurah kepada Rasulullah keluarganya, para sahabatnya dan yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.Amma ba’du





Taqabbalallahu minna waminkum - semoga Allah menerima amal kami dan
kalian








Di dalam berposting tidak
dapat dielakan ada perbezaan pendapat dan semoga itu tidak menjadikan permusuhan dan dosa berpanjangan sesama kita. 

Sempena hari mulia, Aidilfitri saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas sebarang keterlanjuran bahasa dan sedia juga memaafkan pihak yang lain.

Semoga perjuangan mencari kebenaran diteruskan.




# Lebih baik jadi orang biasa-biasa dari menjadi ulama dan mufti seperti tikus membaiki labu. 

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...