Sunday, July 12, 2009

Jom Demonstrasi Halal - kita perlu 100 ribu orang










"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI. Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," kata Datuk A Samad Said.

Di blog che det, setakat 9.52 pagi 12/07/09 - 65,740 tidak bersetuju keputusan kerajaan memansuh PPSMI dan hanya 10,778 bersetuju dalam ratio 86%-14%....lebih kurang 34,260 undian lagi diperlukan untuk genapkan ke angka 100 ribu dan membolehkan satu cadangan demonstrasi halal (saranan A Samad Said) di adakan.

Jika Najib menyatakan rakyat didahulukan - kenapa dia tunduk kepada suara minoriti??? kenapa berselindung disebalik kajian saintifik? kenapa pandangan ibubapa tidak dijadikan sebagai kajian?
Apakah ia sebagai satu tekanan dan meletakkan Muhyiddin dalam politik sukar dan keadaan dibenci oleh majoriti!!!


Secara moralnya mungkin Tun boleh mengetuai demonstrasi ini.

Mukhriz telah bersuara, di mana KJ - sepatutnya kerja perjuangan ini, kerja anak muda dan KJ patut menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk mendapat tempat semula di hati majoriti.

Atau KJ berharap Mukhriz disisihkan kerana pandangan dan suara tersebut lalu dia mendapat tempat - sampai bila nak main politik selamat!!!

3 comments:

  1. NI ANAK MAHADEY CAKAP SEMACAM PEMBANGKANG KAH KAH KAH. BAGUS BAGUS SAYA SOKONG, SUKA SANGAT KERAJAAN BARUA NI BERGOLAK

    ReplyDelete
  2. Di blog che det, setakat 9.52 pagi 12/07/09 - 65,740 tidak bersetuju keputusan kerajaan memansuh PPSMI dan hanya 10,778 bersetuju dalam ratio 86%-14%....lebih kurang 34,260 undian lagi diperlukan untuk genapkan ke angka 100 ribu dan membolehkan satu cadangan demonstrasi halal (saranan A Samad Ismail) di adakan.

    Tolong perbetul tuan empunya Blog. A Samad Ismail telah meninggal dunia! Sebenarnya bukan A Samad Ismail tapi A Samad Said.

    ReplyDelete
  3. Telah diperbetulkan, terima kasih kerana prihatin.

    ReplyDelete

6ANGKA