Sunday, April 18, 2010

..berani,pintar.tebal.licik untuk menggantikan Anwar.

Kemaskini 19April

HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya.

Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. - Bernama

Asal 18April
Anwar Ibrahim mungkir janji untuk menjadi PM selepas 16Sept dan makin pudar dengan kesnya yang masih belum selesai di mahkamah samada dia 'balik kampung' atau 'bercuti panjang keluar negara'.
Tidak ada watak lain dalam Pembangkang yang sebegitu sempurna, berani, pintar, liat, tebal,licik untuk menggantikan Anwar selain Zaid. Boleh diterima oleh DAP dan masih boleh di'slowtalk' dengan Nik Aziz.
Pengundi Hulu Selangor boleh mengambil risiko ini untuk memilih Zaid kerana dia bakal menggantikan Anwar sebagai PM dalam harapan yang boleh diterima semua sesuai dengan 1Malaysia - Beliau dilihat sebagai liberal dan lebih Barat dari Barat.


Serangan peribadi yang melampau ke atasnya tidak masuk akal, bagaimana kalau dia sudah bertaubat.
Apa status orang yang sudah taubat? Apapula status orang yang membuat fitnah?

No comments:

Post a Comment

6ANGKA