Tuesday, April 20, 2010

Sistem Permohonan Online Kementerian Pelajaran Matrikulasi bersifat durjana..

Hari ini hati terbakar di Putrajaya, terbakar kepada Pengawal Keselamatan, kepada Bahagian, Jabatan, Kementerian, bekas Menteri dan Menteri sekarang.


Hati terbakar dengan jawapan mereka dan perlaksanaan tugas dan kerja.

Putrajaya adalah petempatan baru Jabatan Kerajaan, dan sebegitu besar dan canggih perancangan, masalah parking cukup sedih. Tidak membenarkan kenderaan parking di sepanjang jalan yang direntang tali sekeliling bangunan sedangkan tempat parking tidak disediakan dan tidak cukup, adalah tindakan yang tidak berhati perut.

Cerita sebenar: Saya ke Putrajaya, Parcel E, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk membuat rayuan di atas kegagalan penempatan anak saya (SPM 2009) ke mana mana Matrikulasi. Sampai di sana jam 11.30 pagi selepas berjalan lebih 1KM dari tempat parking (Alamanda) dan kami kesana dari Johor (250KM)

Sampai di sana saya hulurkan semua dokumen yang diperlukan termasuk cetakan komputer keputusan gagal penempatan. Tak sampai satu minit (cekapnya) kerani tersebut memaklumkan anak saya tidak pernah memohon masuk matrikulasi secara online, tidak ada nama dalam database mereka. Saya katakan kepadanya mustahil anak saya tidak memohon sebab bukan sahaja memohon melalui online, malah kami (saya dan anak) sama sama update beberapa kali secara online (internet).
Keputusan yang dicetak (dibawa bersama) juga menyatakan 'tidak berjaya' dan bukannya 'nama tidak ada dalam database'.


Seterusnya dia meminta saya salinan permohonan online sebagai satu bukti. Jawapan saya kepadanya berbentuk pertanyaan, apakah 'salinan print permohonan menjadi satu yang diwajibkan'? Katanya tidak, tetapi digalakkan... Dan saya kata lagi, sistem 'gila' apa yang kementerian pakai kalau untuk membuat permohonan, dikenakan bayaran (beli pin RM10 di Bank Simpanan Nasional) dan selepas itu dengan mudah dikatakan, permohonan tidak dibuat dan jika ada, mana bukti.

Hendak atau tidak, saya kena isi semula borang dengan makian dalam hati......pu..)*&^^&%$%$#@cela..**7lan..**&6

Ketika dan dalam masa yang sama, ramai lagi mangsa yang senasib dengan anak saya, malah ada yang 8A termasuklah anak saya (7A)tidak ada dalam database.. dan bayangkanlah kalau mereka tidak datang, sekadar surat rayuan kerana tinggal lebih jauh dari saya atau tidak berkemampuan (kos) untuk datang tetapi ingatkan semuanya ok, tentulah mudah untuk jabatan membakulsampahkan rayuan mereka ini. Celaka sungguh kakitangan kerajaan Kementerian ini. Kalau tak dapat kerana tak layak, cukup adil, tapi kalau tak dapat kerana 'celaka' mereka ini, memanglah zalim.

Bagi saya tidak mungkin sistem silap, yang mungkin adalah kecuaian dan kedurjanaan kakitangan bahagian ini (Matrikulasi). Siapa mereka? - Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha, Timbalan Menteri, Bekas Menteri dan Menteri sekarang. Mereka golongan yang di amanahkan tetapi bertindak zalim kepada rakyat dengan cara ini secara langsung atau tidak.

Malam ini saya akan email kepada Ketua Pengarah dan hantar ke media utama (Utusan Malaysia) - mereka yang malang diluar sana mungkin ramai dan perlukan pembelaan yang sewajarnya.

20 comments:

  1. Saya pernah menerima nasib yang sama ketika sistem UPU mula2 diperkenalkan.

    Kata kerani tersebut, saya salah isi borang hingga menyebabkan sistem UPU tidak menerima saya. Waktu itu, tiada satu IPTA pun yang menerima saya walaupun saya mendapat agregat 6 dengan semua subjek mendapat A1.

    Ayah saya sungguh berang dan terus melaporkan kepada Utusan Malaysia. Kami terus ke pejabat Menteri ketika itu, Datuk Najib untuk mendapatkan penjelasan. Hanya selepas itu barulah saya mendapat tempat di IPTA.

    ReplyDelete
  2. Sistem yang ada sekarang begitu cukup baik.Malangnya didalam pentadbiran kerajaan sekarang terdapat ramai duri dalam daging!!!..lebih2 lagi yang berasal dari negeri sebelah ?????...kerja ngan kerajaan ,tapi taksub tok guru...mereka2 inilah yang selalu memberi imej yng buruk...termasuk ngan masalah saudara ini.Pendedahan melalui media massa adalah yang cukup baik!!Ada masa terus pergi ke TV3...Bandar Utama....biar semua terangkat!!!

    ReplyDelete
  3. Inilah apa yg dibanggakan oleh tun haprak yg menjadi pujaan anda sejak dulu & selamanya. Putrajaya bandar tercanggih di dunialah!!! tempat parking kereta pun tak ada ? parking helikopter adalah. Lain kali dtg naik heli ye.

    E-gov. semua online konon, abuk pun tarak semua kena kelentong umngok. Anak pemimpin umngok spm tak ada A pun boleh belajar kat luar negeri siap ditanggung kerajaan lagi. Ahli umngok berguna pada masa mengundi sahaja.

    Teruslah anda sokong umngok selamanya....
    kena kelentong....ha.ha.ha

    ReplyDelete
  4. Sebabnya ada perancangan LRT pusing Putrajaya di batalkan olah TunLaH tu lah sbb gangguan yang berlaku sekarang, E-Gov tu bagus cuma kadang-kadang orang yang nak guna tak tau/malas nak uji sepenuhnya sistem sebelum dilaksanakan, jadi ada lah bug-bug kat mana-mana tu

    ReplyDelete
  5. Saya tidak begitu bimbang dengan anak saya kerana dengan gred kelulusannya, banyak lagi cabang yang dia boleh pergi dan banyak lagi permohonan yang lebih bagus sedang diusahakan.

    Tetapi bagaimana yang mereka yang lulus cukup makan dan ada yang amat berharap. Paling geram, mereka tidak layak bukan kerana mereka tidak layak tetapi kerana 'jawapan kegagalan dan bodoh sombong seperti di atas'.

    Kemungkinan sabotaj berdasarkan kenegerian terutama di sebelah sana, bukan satu yang asing apalagi kalau sesuatu jabatan atau kementerian itu banyak orang dia. Satu bahasa dan satu loghat diberi keutamaan apalagi mereka cukupkan kuota mereka untuk menafikan kuota orang lain. Ini petualang. Tetapi ini satu tanggapan umum yang kadangkala tidak baik tetapi nyata sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

    Abu Amir - Tun Mahathir hanyalah pencetus dan pengasas Putrajaya tetapi takkan lubang tandas pun dia yang nak cucikan. Bercakap biarlah bersandarkan kepada fakta di atas.

    LRT pusing Putrajaya adalah satu kaedah yang boleh membantu kesesakan parking di sesetengah jabatan penting di Putrajaya.

    ReplyDelete
  6. Salah tuan juga. Semasa memohon kenapa tak cetak borang permohonan. Di situ siap ada no rujukan jika tuan menghadapi masalah. jangan salahkan orang lain jika tuan sendiri tidak membaca semua arahan. Bukan anak saja yang memohon, malahan ratusan ribu..harap tuan berhati-hati ketika buat permohonan..jgn salahkan org lain jika kita tidak berhati-hati

    ReplyDelete
  7. salam,
    memang dah termaktub sejak dulu lagi karenah birokrasi dlm jabatan2 kerajaan begitu menyakitkan hati. inilah yg dato najib baru ingatkan dari jepun semalam, contohi budaya kerja teliti orang di jepun...jgn kerja lebihkurang tapi kerjalah dgn jujur, amanah dan bersungguh2 supaya masa depan negara terus terjamin. kepada yg terkena tu, sabarlah & bertindak dgn bijak kerana kita diberi akal oleh Allah SWT...

    ReplyDelete
  8. Sistem cangih dan terkini, permohonan hilang kat tengah jalan {tak ada dalam system} tercicir kat Pagoh kot, tak ke pelik bunyinya !.
    Pekara sebagini memang kerap belaku apabila berurusan dengan jabatan kerajaan, kekadang tu alasan yang pelik diberikan saperti,"enche pergi tempat lain dulu kerana nak semak dalam komputer ni lambat", menasabah ke.
    Rata-rata jabatan persektuan sekarang ni dipelupori orang negeri sebelah ,dan tidak mustahil niat mendahulukan kerabat belaku, kenyatannya lihat sekeliling ,dari pengambilan pelajar , pelatih tajaan kerajaan bolih dikatakan 90% dipenohi mereka paling menyerlah kolej kendalian kementerian kesihatan dan berbagai ipta lain.bukan tudohan tetapi kenyatan.
    pengaroh negeri sebelah telah bagitu menular diseluroh semananjong dan sistem kerejeen perkestueen.

    ReplyDelete
  9. Heran... bukan ke the whole purpose guna komputer adalah supaya lebih efficient dan paperless ? Kalau dah kena pakai print belaka, baik pakai cara lama je...isi borang dan pos.

    Slogan bertukar silih ganti... tapi cara kerja gomen tetap sama. Dan sistem komputer pun boleh dijangkit sama... komputer gomen !!

    Sabar bro.... buatlah apapun tapi jangan dalam keadaan marah :)

    ReplyDelete
  10. Ybhg Tun Mahathir memang berpandangan jauh apabila mewujudkan cyberjaya dan meningkatkan penggunaan IT dalam sistem pentadbiran kerajaan.

    Biasalah kalau ada berlaku kekurangan. Faktor manusia memang menjadi elemen penting dalam menjayakan sesuatu dasar atau sistem.

    Eloklah dipanjangkan kes ini untuk pengetahuan kerajaan supaya dapat dibaiki kelemahan.

    Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan adalah hasrat murni yang melibatkan diri kita sebagai rakyat yang semakin bertamadun.

    ReplyDelete
  11. salam,

    utk semua urusan online yg penting2, selalulah buat back up (just in case) spt dlm kes ini, so kita ada solid evidence utk tunjuk it's not our kecuaian/or tipu, tapi it's their system and they are responsible to settle the problem.

    buat copy and reference no. kdg2, technical error mmg berlaku dlm system komputer. berhati2lah

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas semua pandangan yang berbeza tetapi cukup membina. Jangan lupa cetak selepas menulis di sini untuk rujukan akan datang kalau kalau diperlukan oleh pihak berkuasa. :)

    Kes ini (hilang dalam sistem) kalau satu atau dua, di anggap manasabah tetapi kalau dah mencapai puluh dan ratus atau ribu tentulah tidak logik dan 'something wrong'.
    Dalam sistem perbankan saya rasa dah beribu kali kita masukkan wang dalam akaun melalui mesin atau kaunter tetapi rasanya belum pernah sekali pun, duit tidak ada dalam akaun walaupun dalam masa yang sama kita dah buang beribu slip..

    Saya juga pernah mentadbir sebuah syarikat yang menjalankan pendaftaran secara 'online' dan belum terjadi jawapan ..tiada dalam database..saya masih yakin, ada kecuaian di pihak manusia di kemenetrian ini dengan jawapan langsung tidak bertanggungjawab.
    Kalau tidak ada dalam sistem, bagaimana anak saya selepas beberapa minggu boleh update dua kali.

    ReplyDelete
  13. Salam,

    Sistem pembangunan dan dasar yang diperkenalkan oleh pemimpin kita sebenarnya merupakan satu faedah jangka panjang untuk rakyat Malaysia keseluruhannya. Walaupun begitu, kadangkala berlaku error di dalam sistem tersebut disebabkan oleh masalah sistem itu sendiri ataupun disebabkan oleh 'human error'. Dalam hal ini, semua pihak tidak seharusnya menuding kesilapan kepada sesiapa pun, seharusnya aduan dilakukan dengan cara yang betul.

    Samada bekerja di sektor kerajaan atau swasta, pekerja yang datang dari sebelah sini atau sana, kedua-duanya memerlukan individu yang terlibat mempunyai etika dalam melaksanakan tanggungjawab. Saya sendiri telah melalui pengalaman pahit manis dalam berurusan dengan kerajaan dan swasta. Tetapi kita harus ingat, apabila berlaku sesuatu insiden seperti di atas sbg cth, usahlah diarahkan kekesalan tersebut dengan kata2 dan tindakan yang kurang enak. Usah kerana setitik nila rosak susu sebelanga, saya bersetuju dengan pandangan untuk membawa aduan tersebut ke peringkat lebih tinggi,tetapi biarlah secara beretika. Sekiranya kita bertindak dengan melulu, apakah bezanya kita dengan mereka? Slogan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan haruslah dilihat secara halus dan mendalam. Adakah kerana yang mencipta slogan tersebut merupakan Perdana Menteri kita, secara automatiknya ianya hanya untuk kakitangan kerajaan? Sektor swasta juga harus sama-sama berganding bahu dalam usaha menerapkannya di dalam budaya kerja.

    Apa-apa pun, berbincanglah, pandangan yang negatif tidak akan menguntungkan sesiapa pun.

    Just my 2 cents :)

    ReplyDelete
  14. ABU AMIR TU TAK SEKOLAH KE ? BODOH SUMBONG BETUL DIA TU.

    ReplyDelete
  15. bak mai sini saya uruskan..
    kita jangan marah manusia yang gajinya 1500
    bagi saya buatkan..0175900000

    salam

    ReplyDelete
  16. Tuan zainal abidin awang kechik - terima kasih atas kesanggupan. Saya dah uruskan,. sudah terbiasa dengan menguruskan dari yang kecik sampai ke yang besar.

    Yang tak boleh tahan 'jawapan mereka' yang cukup 'mengkagumkan'seperti di atas dan ini melibatkan nasib belasan atau ratusan atau ribuan pelajar lain di sana. Dan paling malang kalau perkara ini boleh dibereskan semata mata kerana 'ada orang dalam'.

    Samada tidak bergaji (Macam Anwar Ibrahim yang bergaji '0' sebagai Penasihat Ekonomi Selangor) atau bergaji RM1,500 atau RM15,000.00, tugas dan amanah adalah ikrar dan akujanji.

    *Saya telah berusaha melalui email, poslaju, fax dan bercakap dengan pihak kementerian atas perkara berbangkit.

    ReplyDelete
  17. Bismillahhirrohmanirrahimmm,

    Salam En Kluang,

    Harap kemarahan En. dah beransur turun.Saya adalah juga k/tangan awam (orang gomen). Kami dari kumpulan sokongan ni hanya layak dipanggil "kaki tangan" kerajaan saja.Yang bos-bos atau yang bergred 41 ke atas tu di panggil "pegawai" kerajaan.

    Kaki tangan kerajaan nilah yang banyak menjalankan tugas-tugas terutamanya dalam kerja-kerja pentadbiran terutamanya mereka yang berjawatan Pembantu Tadbir, PT (dulu kita panggil kerani), manakala bos-bos kerap mengahadiri mesyuarat2, attend seminar, persidangan, bengkel dll.Kebanyakan 'pegawai' muda kini selalunya berharap kepada PT untuk menjalankan tugas. Sebelum sign surat, "pegawai" akan tanya PT..'dah semak ke?' (kan ke sepatutnya bos yang semak?)Ada "pegawai" yang kata 'saya sign saja'
    Kadangkala, sorang bos bagi arahan begini, sorang lagi bagi arahan begitu. Yang nak menjalankan tugas yang pening mana satu nak ikut.
    Ada masa "pegawai" pergi meeting, hangkut juga PT...sebab senang nak tanya, kalau ada soalan berkaitan nanti.

    Walau bagaimana pun, BUKAN semua "pegawai" yang bersikap begini...ada yang sangat perihatin dan bertanggungjawab.

    Bagi kami orang bawahan ni, umpama timun dengan durianlah...dengan public kami kena hamun, dengan bos kami kena herdik.

    Apa yang saudara Kluang alami sangat dikesalkan.

    Segala peraturan & procedure yang dibuat sebenarnya adalah baik, cuma pelaksanaannya saja yang membuatkan ianya pincang...semuanya disebabkan human error.

    ReplyDelete
  18. pukimak ko...

    Ko baru tahu ke? baru kena batang idung ko baru la ko maki-maki kerajaan dengan kata2 kesat...padan muka ko..

    Itu sikit je tu... banyak lagi rakyat marhain yang kena lebih teruk dari ko...

    Kerajaan ko jugak... sekarang bila terkena, baru ko terlolong..

    tak yah la anak ko belajar tinggi2, sok2 jadi macam ko gak..

    Orang melayu tak pernah nak maju..
    Berlagak pandai tapi habuk tarak... harap bantuan sampai mati...bila tak dapat bising..

    Semua nak kena dengan sedap jer... kalu tak kena marah berapi-api..

    ReplyDelete
  19. Anon pukimak.

    Kekosongan masih ada di Tanjong Rambutan dan Tampoi untuk orang macam anda. Hak kebebasan kalau nak marah pun, berilah fakta untuk dikongsi bersama.

    Jangan terlolong macam pelesit tak tahu tuan.

    ReplyDelete
  20. AuntieYan terima kasih atas pandangan.

    Dari segi perancangan, di atas kertas dan di bilik taklimat, Malaysia adalah no.1, terpegun seluruh dunia melihat perancangan kita tetapi bila sampai ke tahap perlaksanaan, kadangkala hancus atau ketidaksampaian.

    Sepanjang pengalaman saya, satu perkara yang menarik ialah kadangkala Menteri telah mengumumkan sesuatu perkara atau peruntukkan, tetapi di tahap jabatan, kakitangan kerajaan terpinga pinga, tidak tahu hujung pangkal kerana Menteri mahu dilihat 'bekerja dan popular' sedangkan di peringkat perlaksanaan masih di peringkat ibu pejabat.

    ReplyDelete

6ANGKA