Monday, April 12, 2010

Parti sudah tidak waras...

Kemaskini 13/4/10 8.30mlm
Apapun kompang yang dimainkan oleh bloggers atau pemerhati politik, PKR telah menunjukkan kewarasan dengan meletakkan calon Melayu (Zaid) di Hulu Selangor.
posted by S Pathmawathy at Malaysiakini - 3 hours ago
The Pakatan Rakyat candidate for the Hulu Selangor by-election was called an "extraordinary man" by Anwar but says he is just one of the people.

Dalam hidup dan perjuangan 'waras, keras dan beras' sangat penting dan Zaid telah memenuhi ciri2 ini. BN tidak boleh mengharapkan rekod buruk Zaid akan jadi penilaian pengundi dan 'kutukan' terhadap Zaid juga bukan satu kelebihan yang ada pada BN.
Rakyat masih menanti siapa calon BN kelak, walaupun sudah hampir pasti calon MIC, pengundi Melayu masih berharap UMNO juga waras di saat saat akhir dan punya keberanian untuk meletakkan calon Melayu ataupun 'tewas' di awal awal hari penamaan calon.

posted by null at Malaysiakini - 3 hours ago
The MIC election machinery is moving in full gear now in identifying the Indian voters in Hulu Selangor said party vice-president Datuk Dr S.Subramaniam.

TULISAN ASAL
Di Hulu Selangor, pengundi Melayu akan menjadi kuasa penentu kemenangan tetapi sejauh mana parti parti politik yang akan meletakkan calon akan mengambilkira faktor ini atau mereka sedang menghitung politk dan agenda peribadi masing2 sahaja.


Adakah wajar dalam gelombang politik semasa parti politik meletakkan calon bukan Melayu dalam kawasan yang majoritinya Melayu.

1Malaysia bukan tempat dan alat untuk Melayu dikorbankan semata mata untuk survival dan porpular dua tiga pemimpin Melayu lain dan selebihnya jadi burung kakak tua.

Tunggu dan lihat siapa yang 'kena'.

8 comments:

  1. So?Apa jadi dengan 1Malaysia?Dalam TV ckp ia bukan konsep retorik, semua bangsa dilayan sama adil. Takkan sebelum 1Malaysia buleh calun MIC, lepas 1Malaysia misti calun melayu?

    ReplyDelete
  2. Cube berfikiran positif..Letak India (bukan Melayu) salah..Letak melayu salah..So,apa YG BETUL..Bukan mudah nak puaskan ati semua pihak..
    Fikrkan yang baik2 je..Mungkin ader hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
  3. Kalau Hulu Selangor majoriti pengundinya kaum India, calonnya yang layak dari kaum mana?
    Kalau Hulu Selangor majoriti pengundinya kaum Cina, calon yang layak, wajar dari kaum mana?

    Dalam kedua dua situasi di atas, ura urakanlah letak calon Melayu?

    Apa jawapannya!

    ReplyDelete
  4. maaf saya mencelah sikit.
    ini fikir di luar kotak (outsyed the box) - malah tak ada kotak pun.

    drpd 64,500 pengundi di HulSel ini, 1.7 peratus adalah bukan Melayu, Cina atau India.
    Saya pernah ke tempat itu = ada beberapa kampung Orang Asli.
    apa kata jika BN letak calon independen, seorang Orang Asli.
    gerenti menang! sebab apa?
    orang melayu tak marah sebab beliau juga bumiputera.
    orang india tak marah sebab beliau minoriti lemah seperti mereka.
    orang cina, yang masih ramai belot kepada BN, juga tak marah sebab mereka tak perlu lagi mengundi calon Umno atau MIC.
    OK SET!!!

    ReplyDelete
  5. remgold - cantik cadangan tu, Zaid pun 'mati akal' untuk 'menembak' calon tersebut.

    Tuan Zainal: Kalaulah sesuatu tempat itu majoritinya bukan melayu dan kalau ura ura ada calon melayu yang akan diletakkan di situ, mereka akan kata Melayu tamak, Melayu gelojoh, Melayu pembuli dan Melayu racist. Hakikatnya di Hulu Selangor hari ini, kaum India yang minoriti bertegang untuk kerusi tersebut atas dasar 'kuota asal' - di mana kompromi dan akal mereka.

    ReplyDelete
  6. Apakah pilihan yang ada bagi pengundi-pengundi di Hulu Selangor terutama pengundi Melayu.
    Kalau hasrat mereka hendak wakil mereka orang melayu bukan parti maka Zaid Ibrahim lah yang akan mereka pilih.
    Didalam situasi ini undi cina/india tidak perlu di telah kemana perginya kerana pilihan raya yang lepas-lepas telah membolihkan kita menelahnya walaupon berjuta ringit dijanjikan untok membantu kaum mereka ,siapa yang untong ,siapa pulak yang kerugian didalam scope pendekatan UMNO mengangap kumpulan minority itu adalah penentu dan lebih penting.
    Maka terjunlah Lunchai dengan labunya.

    ReplyDelete
  7. Well said tebing tinggi..

    Di awal kuasa, Najib kata, sikap pemimpin tahu semua harus dikikis, tetapi di Hulu Selangor semuanya berulang. Penyu dah lupa daratan. (dinturtle jangan mare....)

    ReplyDelete

6ANGKA