Thursday, April 15, 2010

Calon Hulu Selangor berbaloi baloi juga untuk UMNO

Orang Melayu selain cukup mudah lupa, mereka juga cepat merajuk, tetapi cepat dapat dipujuk. Gula gula atau upahnya pun tak perlu mahal mahal, kadang kadang secara psikologi pun dah dapat pujuk Melayu.

Orang Melayu cukup 'berbesar hati', dapat duduk main table pengantin pun dah kembang, dijemput beri ceramah 'sedunia' pun dah canang kat blog, tunjuk penting, tunjuk ilmuan, tapi kalau dipanggil ke mahkamah, lintang pukang bagi alasan, balut dari kaki sampai ke kepala, berkerusi roda, di jemput naik pentas renjis pengantin pun dah bangga, apalagi kalau dapat jumpa Oabama.

Berbalik di Hulu Selangor, perjuangan UMNO berbaloi, dapat juga separuh calon Melayu, namanya Kamal tetapi terpaksa berkongsi dengan MIC, calonnya Anathan.

Orang India dan Melayu memang mudah dipujuk - cuma Palani sahaja yang jenis merajuk panjang.

6 comments:

  1. Memang betul tapi siapa yang takut datang ke mahkamah asik minta tangguh sampai ke kiamat agak nya dan siapa yang lari tinggal anak bini sampai keLondon sampai anak nak bunuh diri, kita fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Anak Dedap: Tutup mata, mimpi pun dah tahu jawapannya - tu pasti Melayu.

    Ada lagi mamat Melayu lari keluar negara masa kes Baling, merayu balik semula ke Malaysia - sekarang jadi blogger komunis.

    ReplyDelete
  3. MINTAK SATU DAPAT TIGA !
    SIAPA YANG BIJAK SIAPA YANG BENGAP!

    Dalam drama yang dimainkan si Vello, terperangkap Najib dan Mahyudin, siapa yang rugi,? UMNO juga yang rugi dan orang melayu dapat apa ?.
    Orang melayu mendapat arahan bagi menerima dan menghalalkan calon yang dipilih atas dasar persepahaman dan semangat kerjasama bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia kononya.
    Ditakdirkan Kamalmatan menang (harap kalah), bermakna MIC dapat saorang MP, saorang senator, dan saorang timbalan menteri,kalau kalah, masih lagi mendapat saorang senator dan timbalan menteri,dan UMNO dan orang Melayu yang menjadi penyumbang undi majority terpaksa berkorban satu jawatan senator dan timbalan menteri,sudah pasti.
    Melayu dan UMNO sentiasa dalam keadaan kerugian!
    Yang pasti jawatan-jawatan itu akan diambil dari UMNO dan yang pasti tidak akan ada parti India atau Cina lain dalam klompok BN yang akan sangop berkompromi,Rugilah lagi Melayu.
    Bagitulah jikalau tiada keberanian, kebijaksanan dan berpandangan jauh didalam didalam menjaga kepentingan bangsa, PATAH dengan drama tamil yang dimainkan olih siVello, MAKA BERTEPOKLAH SEMUA MELAYU MENYAHUT PENGUMUMAN YANG DIBUAT.


    1 SEKOLAH> 1 BAHASA> 1 MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. tebing tinggi...apalah sangat jawatan senator dan timbalan menteri...sekadar tukang buat air dan kerani cabok - itu sajalah standard yang dipungut oleh MIC sekarang ini.
    Tidak perlu dihairankan sangat, sebelum inipun pernah sebuah pulau dijual murah murah, perindustrian motor dilelong sakan. Saham bertukar tangan macam jual ayam di pasar borong, Banyak lagi contoh bagaimana 'UMNO' cukup menjaga kepentingan bangsa, ugama dan tanahairnya.
    Orang Melayu boleh tidor lena, mimpi, tidak perlu gusar, bukankah Sultan kita Melayu, askar kita Melayu dan PM kita Melayu, tidak cukupkah itu jaminannya.
    Hang Tuah pun sudah berpesan takkan Melayu hilang di dunia malah perlembagaan menjamin semua hak Melayu.
    Tidorlah wahai Melayu, pemimpin Melayu PAS, PKR dan pemimpin Melayu UMNO adalah orang2 yang 'amanah' dan 'beriman' untuk menjaga Melayu dan Islam !!!

    ReplyDelete
  5. Tuan zainal: Pengasas atau hero Melayu Baru penyap dan tenggelam bersama pengasas dan heronya Mike Tyson.

    ReplyDelete

6ANGKA