Monday, May 10, 2010

Di mana keadilan untuk keluarga dan anggota polis..

Terkini: 12/5/10 8.00ml
Polis Selangor tubuh pasukan khas siasat insiden lelaki terkena peluru sesat

Elok siasat, betul ke peluru sesat, atau ada insiden lain sebelum ini.
Dalam agenda 'memburukkan' PDRM oleh sesetengah pihak, segala kemungkinan boleh terjadi.


PDRM kena dedahkan kepada umum apakah terma dan syarat serta procedure yang kena dibuat oleh seorang anggota polis sebelum melepaskan tembakan ke udara dan sebelum melepaskan ke arah sasaran.

Situasi juga harus adil kepada keluarga dan anggota polis yang didakwa, keadilan bukan setakat kepada keluarga mangsa yang kena tembak.

Keadilan harus lebih kepada anggota polis dan keluarganya kerana lazimnya polis tidak menembak seseorang atau sekumpulan manusia yang patuh kepada undang2.


Apabila sesoerang anggota polis didakwa, dia juga digantung pekerjaan, semua ini memberi kesan besar sosial dan ekonomi kepada keluarganya. Proses mahkamah yang makan masa bertahun menambah perit dan sengsara.

Kecuali terkena peluru sesat, sesiapa sahaja yang menjadi sasaran buruan dan tembakan polis adalah kerana 'ada sebab' .
Mangsa lari dan mengelak dari polis kerana menyedari mereka melakukan kesalahan undang2.


Apakah rakyat sedang menyokong kepada mereka yang tidak mematuhi undang2 ini.
???? Terpengaruh dengan provokasi media...

Adalah tidak logik polis perlu bertanyakan umur si mangsa, jenayah si mangsa, bawa senjata ke tidak atau terlalu berprasangka baik kepada si mangsa dalam keadaan diri mereka sendiri terdedah dan berisiko kepada penjenayah.


Dalam lain perkataan apakah penjenayah akan mengamalkan procedure yang sama sebelum menembak polis.
Apakah penjenayah akan bertanya polis, pangkat mereka, berapa isteri ada, berapa gaji dapat, berapa anak ada sebelum membuat tembakan amaran diikuti dengan tembakan membunuh.


Apakah ada laungan penubuhan siasatan Suruhanjaya Diraja atau campurtangan Suhakam apabila ada polis yang mati ditembak, atau cedera ditembak. atau kemalangan jalanraya ketika mengejar penjenayah dan menjalankan tugas.

Apa yang berlaku lewat kebelakangan ini akan menimbulkan kesan moral dan semangat kepada semua anggota polis lain untuk 'bersabung nyawa' dalam mencegah jenayah dan secara langsung semua ini akan memberi ruang kepada penjenayah untuk terus bermaharajalela apabila polis sudah tawar hati.


Jika suatu masa anda terserempak dengan penjenayah, mungkin dalam bank ketika berlaku rompakan, cuba cubalah beramah mesra dengan penjenayah2 ini.

16 comments:

  1. You said it Man! tepat dan adil!

    JJ Aimes

    ReplyDelete
  2. APAKAH SELEPAS INI PIHAK POLIS HANYA DIBERI KUASA MENEMBAK SETELAH MEREKA DITEMBAK DAHULU ATAU SETELAH ADA YANG MATI ATAU CEDERA ATAU PIHAK POLIS HANYA DIBEKALKAN DENGAN PELURU KAPUR SUPAYA MASYARAKAT SENANG DAN SESUKA HATI MELANGGAR PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA DEMI MENJAGA HATI PIHAK-PIHAK TERTENTU.PIHAK POLIS BUKAN LAH BODOH DAN GILA UNTUK MENEMBAK SESUKA HATI SEKIRANYA TIDAK ADA SITUASI YANG MEMUNGKINKAN TINDAKAN MENEMBAK DILAKUKAN.KENAPA SEKIRANYA PIHAK POLIS YANG DITEMBAK TIDAK ADA PULA TINDAKAN BESAR-BESARAN UNTUK MEMBELA PIHAK POLIS.APAKAH DEWASA INI DIMALAYSIA,PIHAK YANG MELANGGAR PERATURAN HARUS DISANJUNG DAN DIBELA MANAKALA PIHAK POLIS HARUS DIMUSUHI OLEH MASYARAKAT.MOHON DIADAKAN SATU AKTA ATAU DITUBUHKAN SATU BADAN YANG AKAN MEMBELA PIHAK POLIS DARI TERUS DIKECAM DAN DIKEJI OLEH MASYARAKAT KERANA CUBAAN MEREKA MEMBELA DAN MENJAGA KEAMANAN NEGARA DAN MASYARAKAT.JANGAN SAMPAI SATU HARI NANTI KERJAYA POLIS TERPAKSA MENGGEMIS SIMPATI DARI ORANG RAMAI UNTUK MENAMBAH AHLI DARI MASYARAKAT AGAR MEWAKILI PIHAK POLIS ATAU KITA TERPAKSA MENJADI NEGARA PERTAMA DI DUNIA MENGIMPORT TENAGA KERJA ASING MENJADI POLIS.-ASP-Z-

    ReplyDelete
  3. Salam buat semua yang membaca. Aku bukan menyokong polis atau mangsa yang kena tembak. Aku juga bukan seorang anggota polis tetapi Juruterbang.

    Kepada keluarga mangsa, aku ucapkan takziah bagaimanapun persoalan aku ialah bagaimana seorang anak yg berumor 15 tahun di biarkan memandu kereta sedangkan keluarganya tahu yg mangsa tidak berlesen, takkan itu kali pertama mangsa memandu? tentu sudah berkali-kali. Kalau tidak masakan dia boleh memandu begitu cekap. Apakah tindakan kita sebagai seorang Ibu, Bapa atau kakak bila menyedari adik keluar dengan memandu tanpa lesen? kurang tidak menaliponya memanggil balik kerana itu sudahpun melanggar undang2.

    Semasa memandu pulang daripada menonton bola, mangsa dikatakan merempuh beberapa buah motosikal dan ini tentunya menyebabkan pemilik kenderaan tersebut naik marah dan mula mengejar bersama rakan-rakan mereka. Tanyalah orang-orang yang mengejar kereta tersebut adakah mereka menyedari pemandunya seorang kanak-kanak berumur 15 tahun yang dikatakan berdisiplin, peramah dan berbudi bahasa? tentu mereka tidak peduli itu semua. Tentu jugalah mereka yang memanggil bantuan polis dan apabila di kejar Polis, mangsa terus memecut laju sambil merempoh kenderaan lain serta melanggar 4 lampu trafik dan tidak mengendahkan amaran Polis, adakah di masa itu anggota polis yang terlibat tahu yang di kejar adalah anak yg berusia 15 tahun? adakah anggota Polis tersebut tahu yang anak itu seorang yang baik dan peramah seperti yang di katakan oleh keluarganya? bagi aku, kalau anak yang peramah dan baik, tentu perkara memandu tanpa lesen tidak akan berlaku dan keluarga yang mematuhi undang-undang tentu akan melarangnya sejak awal dan semasa kejadian tersebut, tentu keluarganya akan meminta angota keluarga yang lain mencari si mangsa dan membawa kereta tersebut balik sebelum apa-apa terjadi.

    Bagi pandangan aku, pihak berkuasa sebenarnya harus mengambil tindakan kepada tuan punya kereta tersebut yang membiarkan mangsa memandu tanpa sebarang dokumen yang sah dan tuan punya kereta tersebut jugalah di persalahkan dengan kejadian yang membawa maut tersebut

    Apabila keadaan sebegini berlaku, para ibu bapa tidak boleh menuntut bahawa anak mereka seorang yang berdisiplin, patuh kepada keluarga sebab anggota polis tersebut juga punya keluarga dan beliau menjalankan tugasnya. Mengejar kenderaan yang bergerak laju, melanggar kenderaan lain dan tidak berhenti di 4 lampu isyarat adalah orang-orang yang tidak mematuhi undang-undang dan sesuatu tindakan perlu dilakukan untuk memberhentikan kereta tersebut sebelum bencana yang lebih besar berlaku semasa kejar mengejar tersebut. Adakah kita akan menyekat kereta tersebut di hadapannya? sedangkan sudah berapa kenderaan lain dan lampu isyarat di langgarnya.

    Saya ingin bertanya kepada orang-orang yang menyalahkan anggota polis tersebut untuk memberi alasan apakah tindakan yang beliau akan buat jika ketika sedang menjamu selera di warung tepi jalan jalan bersama ramai rakan2nya, tiba-tiba sebuah kenderan melanggar keretanya dan beberapa kenderaan lain dan cabut lari? tentu orang tersebut akan mengejar menggunakan kenderaan rakannya dan meminta bantuan polis. Dimasa kejar mengejar tersebut kita hanya ada satu matlamat, iaitu untuk mendapatkan semula kenderaan tersebut tanpa peduli siapa yang melanggarnya. Dan kalau polis bertindak menembak, mereka tentu setuju kerana yang terlibat adalah kenderaan mereka dan apabila di sedari pemandu di dalamnya adalah seorang kanak2, adakah dimasa itu mereka akan beralih menyalahkan polis, tentu tidak, mereka tentunya akan menyalahkan keluarga yang membiarkan kanak2 tersebut memandu tanpa layak. Renung2kan. Jangan hanya menyalahkan Polis apabila kejadian sebegini berlaku.

    Aku amat sedih apabila pelbagai pihak asyik menyalahkan polis Malaysia yang aku kira antara terbaik di dunia.

    stingmalaysia

    ReplyDelete
  4. aku setuju ngan stingmalaysia sepatutnya yang pertama didakwa empunya kereta kedua ibubapa....kenapa?...pakat2 pikir le ramai2..............sepatuitnya polis dan masyarakat saling memerlu antara satu sama lain

    ReplyDelete
  5. Terima kasih pada semua:

    Pertama tamanya
    1) kereta itu disita
    2) saman kepada si mati atas dakwaan
    a) tidak berhenti atas arahan polis
    b) melanggar lampu isyarat
    c) melanggar motorsikal awam
    d) melanggar kereta awam
    e) memandu tanpa lesen
    f) memandu secara merbahaya
    g) membawa senjata merbahaya
    h) cubaan mendatangkan kecederaan
    kepada polis/penjawat awam
    3) saman kepada pemilik kereta
    4) saman keatas kedua ibubapa
    5) saman ke atas saksi yang berbohong (jika ada)

    Tindakan ke atas polis tersebut juga wajar seperti dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman turun pangkat, diberhentikan kerja atau ditahan kenaikan gaji dan lain lain yang lebih wajar.

    PALING PENTING: POLIS TERSEBUT TIDAK SENGAJA UNTUK MENEMBAK JIKA TIDAK ADA TANDA TANDA MERBAHAYA YANG DITERBITKAN OLEH SI MANGSA ATAU SI MANGSA MASIH TEGAR ENGKAR.

    ReplyDelete
  6. If Cikgu Jenain Subi is charged,
    The parents of the child should also be charged.

    Toing!

    ReplyDelete
  7. Nak pesan dekat pak polis, lain kali kalau nak tembak tanya umor dulu dan lebih baik kalau dapat tanya pahaman politik mereka,nanti susah keraja'an nak jawab.
    Kalau yang mendatangkan kemudaratan itu dari parti pembangkang tak apa,tak payah tuboh apa-apa surohanjaya, macam angota tentera yang mati dilangar Tian chua juga budak UITM yang dilangar olih adun Skinchan,THAT ONE OK surohanjaya kampong pon tak payah tuboh.

    Tak pasal-pasal kopral tu pulak kena gari!.


    1sekolah >1bahasa >1Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Media Perdana yang digembargemburkan oleh pembangkang sebagai berat sebelah dan di kongkong kerajaan juga tidak memainkan peranan yang adil kepada kedua dua pihak, lebih banyak provokasi awam ditonjolkan mengikut rentak pembangkang dan awam yang tidak rasional semata mata untuk melariskan akhbar mereka.

    Di mana NGO's dan Suhakam yang patutnya adil pada semua termasuk membela hak polis dan keluarganya.

    Di masa akan datang, jika PDRM berhasrat menangkap mat rempit atau memburu penjenayah, elok bawa bersama pemimpin pembangkang dan sebahagian lawyer murahan pariah.

    ReplyDelete
  9. sabar je PDRM..koje pembangkang memang macam tu..kalu deme merintah ( kalu dpt merintah le )deme nk guna sape..unit amal kut..

    ReplyDelete
  10. Hello, Neat post. There is an issue with your site in internet explorer, could check this?

    IE nonetheless is the marketplace leader and a large section of people will
    leave out your excellent writing because of this problem.
    Here is my site ; cigarettes online

    ReplyDelete
  11. We stumbled over here by a different page and thought I should check things out.
    I like what I see so now i am following you. Look forward
    to finding out about your web page for a second time.
    Also see my webpage > diablo 3 gold farming

    ReplyDelete
  12. Hi, Neat post. There's a problem together with your website in web explorer, would check this? IE still is the marketplace chief and a big component of folks will pass over your excellent writing because of this problem.
    Also visit my page : tattoo removal

    ReplyDelete
  13. Terrific article! This is the type of info that are meant to be
    shared around the net. Shame on Google for now not positioning
    this submit higher! Come on over and seek advice from my site .
    Thank you =)
    my webpage :: skin whitening pills

    ReplyDelete
  14. You could definitely see your skills within the work you write.

    The world hopes for even more passionate writers such as you who are not afraid to mention how they believe.
    Always follow your heart.
    Also visit my homepage ... acne spot removal

    ReplyDelete
  15. This information is worth everyone's attention. When can I find out more?
    Here is my site ; acne remedy

    ReplyDelete
  16. Thanks for your marvelous posting! I seriously enjoyed reading it, you will be a great author.
    I will always bookmark your blog and definitely
    will come back in the future. I want to encourage you to ultimately continue your great job,
    have a nice weekend!
    Also visit my web-site - cure for acne overnight

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...