Friday, May 21, 2010

Judi - apahal kita sebok


Kalau judi itu dipercayai tidak pernah kayakan orang malah memberi kepapaan atau kemiskinan kepada penjudinya.

Kenapa harus kita menyekat hasrat Kerajaan Malaysia untuk 'memiskinkan' penjudi - yang kelak akan miskin dan papa ialah Cina dan India (why worry!?!)

Kalau kita takut orang Islam berjudi, kenapa tidak sahaja menggesa kerajaan mengetatkan lagi undang2 dengan mengenakan hukuman yang lebih berat jika terdapat orang Islam berjudi.

Kita sebok membantah seolah olah macam kitalah (Orang Islam) yang nak main?? Kenapa perlu buruksangka kepada orang kita sendiri..

37 comments:

  1. Memang betul, saudara.
    Saya Muslim. Judi itu haram.
    Jadi saya tak main.
    So no problem. Lesen ke tak lesen, apa orang Islam susah.
    If you are Muslim, don't gamble. Haram.
    Ini untuk yg bukan Islam.
    Senang cerita.

    ReplyDelete
  2. setuju amat setuju......yang bising2 pasal judi ni pa hal gi tengok anak tu gi mana ni dah pukul 11pm nanti ada kena tembak ngan polis bising satu malaysia....salahkan polis siang malam......amin

    ReplyDelete
  3. Org yg dah biasa main judi tak kira melayu/ bukan melayu ( tahi judi) bila nak menang mulalah buat perkara syirik spt jumpa dukun, sembah pokok, busut dll. Org melayu makin jauh dari Islam sebab Islam baka , malu kat orang bukan Islam kata negara Islam.

    Sekarang ni sibuk anjur forum ekonomi Islam pd masa sama lulus lesen judi piala dunia, tak cukup lagi ke? jenis2 judi yg ada. Kesian kat org yg tahi judi ada RM10 utk makan pun beli judi harap2 boleh kaya tetapi yg kaya taukey judi dan cukai judi kerajaan. Kita kena beritahu negara Islam lain kalau nak kembangkan ekonomi kena luluskan lesen judi dan kutip cukai judi!!!

    Makin ramailah kena kejar dek Along kerana hutang main judi. Semakin teruklah masalah jenayah & sosial negara kita. Dari kajian yg dibuat 60% terlibat dgn judi org melayu!!!

    Menurut kata pakar motivasi Datuk Dr.Fadilah Kamsah, 80% org Islam tak tunaikan fardu solat 5 waktu sehari semalam. Fikir-fikirkan lah....Islamkah aku???

    ReplyDelete
  4. Betul la cakap ngko.. Kalau ada orang Islam yg berjudi.. kasi hukum bunuh aje.. mesti tak ade yg pegi lagi.. pasal kaki judi Islam semuanya dah mati...

    Lepas tu Kerajaan bole la halalkan pelacuran pulak.. kasi lesen.. Bukak operation opis kat sebelah rumah ngko pun tak pe.. tak kan ngko nak join.. Islam haram berzina.. Lepas tu kita suruh pulak bukak PUB, Disco, Karaoke kat depan rumah ngko pulak.. bole jual arak sesuka hati.. tak kan ngko anak bini nak join.. Islam haram ape minum arak.. pegi joget, nyanyi karaoke bole.. riadah ape.. lagi pun pasti akan jadi tumpuan ramai.. baru meriah masyarakat setempat..

    Inilah yg ditunggu oleh musuh kafir.. apabila orang Islam mula berfikiran macam mereka.. agama hanyalah untuk diri sendiri aje, bukan untuk ummah atau masyarakat...Lagi pun apa punya bodoh org dulu sibuk nak letak Islam sebagai agama rasmi negara dalam perlembagaan kita...Freedom... itu yg mereka mahu supaya Islam jadi semakin lemah... Ingatan yg Allah turunkan melalui AlQuran.. itu jangan kita kesahkan...Kita harus berfikiran praktikal.. dengan mengalakkan semua kegiatan tadi, maka kerajaan juga akan mendapat hasilnya melalui cukai.. bole la betul jalan, mesjid-mesjid yg rosak seperti yg MB mintak dulu..dan kenaikan gaji kakitangan awam pun bole buat jugak.. pasal kerajaan banyak hasil..Pelancong pun suka.. tak payah le pegi Bangkok atau Batam lagi...

    ReplyDelete
  5. Nampaknya di Malaysia, masalahnya bukan pada orang bukan Islam tetapi masalah pada orang Islam yang tidak ada kualiti.

    Islam berkembang di tengah tengah jahiliah yang bermaharajalela tetapi orang Islam pada masa itu ciput je tapi kuat imannya. Hari ini di Malaysia, orang Islam mahu beriman tetapi akan menyalahkan orang lain jika mereka tidak beriman ???

    ReplyDelete
  6. "Kalau judi itu dipercayai tidak pernah kayakan orang malah memberi kepapaan atau kemiskinan kepada penjudinya.

    Kenapa harus kita menyekat hasrat Kerajaan Malaysia untuk 'memiskinkan' penjudi - yang kelak akan miskin dan papa ialah Cina dan India (why worry!?!)"

    pe ke bodonye ko nie???
    Rasulluah x prnah pulak halalkn judi untuk memusnahkn bangsa lain...

    "Kalau kita takut orang Islam berjudi, kenapa tidak sahaja menggesa kerajaan mengetatkan lagi undang2 dengan mengenakan hukuman yang lebih berat jika terdapat orang Islam berjudi."

    *kerajaan munafik ko tu nak ke dengo gesaan org??ISA la peginye...

    "Kita sebok membantah seolah olah macam kitalah (Orang Islam) yang nak main?? Kenapa perlu buruksangka kepada orang kita sendiri.."

    *nasib baek ade yg bantah, kalau x dtmpa bala la malaysia nie sbb kemungkaran dbiarkn brleluasa..kerajaan ko tu pelopor kepada dosa,dosanya sama je dgn org yg buat...

    wei suda la rasis bongek...poooraaahhhh.....

    ReplyDelete
  7. Kalau judi bola dibatalkan apakah ada jaminan meningkatnya iman umat islam di Malaysia?
    .............
    "Kalau kita takut orang Islam berjudi, kenapa tidak sahaja menggesa kerajaan mengetatkan lagi undang2 dengan mengenakan hukuman yang lebih berat jika terdapat orang Islam berjudi."

    *kerajaan munafik ko tu nak ke dengo gesaan org??ISA la peginye.
    ...................
    Kalau dah buat prejudge kerajaan tak dengar gesaan orang...jadi kenapa buat demo?

    ReplyDelete
  8. Sambil tu, jom kita sama2 perhati dan buat kajian dan semakan terhadap orang Melayu di Singapura yang ada macam2 judi.

    Apakah kesannya? apakah akibatnya? Ramai ke orang Melayu sana buang bayi akibat terdedah kepada judi? Apakah masjid mereka kosong kerana orang Melayu Singapura asyik amin judi? Berapa kes pecah rumah di Singapura dalam setahun melibatkan orang Melayu?

    ReplyDelete
  9. Dan abca ni untuk buka minda: http://mesintaipburuk.blogspot.com/2010/05/antara-lesen-judi-piala-dunia-lesen.html

    Aku tak pernah tikam nombor ekor walaupun opis aku depan kedai 4D, aku tak pernah pertaruh race kuda walaupun nak balik rumah aku mesti lalu ikut tempat racing kuda dan aku tak pernah pun masuk kasino walaupun kerap juga aku naik Genting. Sebabnya aku orang Islam dan haram bagi aku berjudi....
    .......................

    Apakah kalau ada tokong dan kuil depan rumah, anda akan jadi sesat dan munafik??

    ReplyDelete
  10. Bagus betul pegangan ngko.. umat Islam dulu duduk zaman jahilliah bole kuat iman.. org Islam malaysia sekarang tak kuat iman.. kalu buat aje maksiat mesti nak ikut.. oleh itu marilah kita suburkan amalan jahilliah kat malaysia ni.. baru iman bole kuat...

    Kalu kita tak tahu sejarah jgn guna otak yg bebal untuk buat andaian.. Otak yg bebal selalunya akan dihasut oleh syaitan ..Org Islam pada zaman Rasullulah saw.. betul duduk zaman jahilliah dan kegelapan.. itu sebab diutus Allah swt seorang Rasullulah sebagai penyelamat masyarakat..hayati dan kenangilah keperitan Rasullulah saw berdakwah untuk menyeru Agama Allah swt untuk menyelamatkan umat... diancam bunuh, sahabat diseksa dan dibunuh kejam.. Itu sebab ulama benarkan sambutan maulidurrasul yg tiada dizaman rasullulah.. semoga kamu boleh memahami sejarah perjuangan Rasullulah saw.. bukannya suruh ngko berarak macam keling sawan..bukan senang untuk Islam berkembang masa tu.. namun dengan berkat perjuangan Rasullulah dan pertolongan dari Allah swt, maka jahilliah semakin terhapus zaman itu, dan terus dikembangkan seluruh dunia... Rasullulah juga terpaksa berperang dengan org-org jahilliah yg penuh dengan nafsu, bergadai nyawa untuk mempertahankan dan mengembangkan Islam..

    yang ngko pulak nak hidupkan balik zaman jahilliah ni kenapa?? Aku ingat pejuang-pejuang Islam dizaman Rasullulah sendiri pun akan memerangi ngko kalu ngko hidup di zaman mereka..Dah tak takut bala Allah swt?? Zaman Rasullulah dulu bukan dia yg kasi lesen atau sokong benda itu diadakan..benda itu telah ujud.. malah Rasullulah memerangi bangsa yg jahilliah.. untuk memartabatkan Islam.. Yang ngko nak kerajaan buat dan ngko sokong benda jahilliah ni kenapa?? Adakah ngko tau semua agama didunia asalnya ini menyeru kepada kebaikan...dan hanya Islam yg diterima Allah swt.. tak tau la kalau agama ngko yang menggalakkan Judi, pelacuran, zina, arak, dan lain-lain lagi.. Brader kalu rajin mengaji.. cuba-cubalah hayati tafsirannya... nescaya ngko faham apa yg org perkatakan.. Agama Islam adalah agama yg menyeru kepada amalan makruf dan menghindar amalan mungkar...Islam mengeluarkan masyarakat dari amalan jahilliah.. Setiap amalan dan perbuatan kita akan dipersoalkan di hari akhirat kelak..

    Mungkin ngko rasa bangga dan takabur.. kununnya ngko iman teguh.. cuba ngko fikirkan apa akan jadi pada nasib generasi akan datang?? Ngko galakan amalan jahilliah bertapak semula dan Syaitan sentiasa menggoda dan akan menyesatkan umat sehingga akhir zaman... itu perjanjiannya dgn Allah swt.. Kalu Islam untuk diri sendiri.. aku ingat Rasullulah tak yah sibuk-sibuk membahayakan diri beliau untuk menyeru umat.. Dia dan keluarga beliau telah dijanjikan syurga oleh Allah swt.. kalu dia dia fikir macam otak ngko yg bebal tu.. lebih baik dia biarkan org lain jahanam.. bagus la.. syurga pun tak sempit.. Apa la ngko ni.. Brader cuba ingatkan kembali disaat Rasullulah swt diambang wafat.. apakah wasiat beliau.. kenapakah Rasullulah menangis... Bertaubat la kawan.. Otak kita tanpa pedoman memang selalu akan dipesongkan oleh Syaitan dan Iblis yg durjana... Kadang kala ngko ingat ngko cerdik.. tapi sebenarnya lebih hina dari bahalol..

    ReplyDelete
  11. jgn pandang diri bro,, pndang diri tak nampak la org melayu yg berduyun dok beli no ekor tu,,,
    ak xbeli,,tp ak xpndg diri je

    ReplyDelete
  12. Brader.. aku tunggu jawapan ngko.. sebab ngko kuat mempertahankan hujah.. aku pun masih mempelajari untuk mendalami Islam... Dan kalu ngko nak bandingkan dengan Islam disingapura.. aku cuma nak tanya ngko... berapa kerap ngko ke sana?.. selalu ke ngko perhatikan Islam disana... Kalu kurang arif jangan cuba perkatakan... lihat dengan teliti...aku malas nak ulas.. sebab dia org pun tak ada say dalam govt... apa ngko nak kita jadi macam sana???

    ReplyDelete
  13. yang ngko pulak nak hidupkan balik zaman jahilliah ni kenapa??
    ..........................
    Lesen judi diluluskan je, orang Islam macam engkau dah panik, kononnya macamana generasi akan datang. Generasi panik macam kau ni memanglah antara yang akan menghidupkan zaman jahiliyah semula.

    Selangor membenarkan jual arak di kedai runcit, tak pula kau loncat macam beruk makye, sebab apa? sebab itu parti yang kau sokong...

    Brader, Islam itu indah dan mudah, kehidupan sebenar kita selepas mati, kalau kau nak yang terbaik, janganlah kau pi main judi dan langgan pelacur walaupun ada di depan rumah. Engkau nasib baik lahir di Malaysia, nasib baik lahir sebagai Islam baka, jadi jagalah dengan baik baik dan jangan salahkan sana sini kalau iman goyah.

    Cakap tentang Islam kau macam bagus sangat, macam malaikat tapi bila undi, DAP juga yang kau pangkah, Peliwat juga yang engkau sokong. Kalau kau sokong UMNO, kau tentu faham apa yang tersirat??? di sebalik lesen judi.

    Tapi jenis mengkarong, baca ayat selapis, mana kau faham. Pergi main jauh jauh. Orang demo kau demo..pakturut.

    ReplyDelete
  14. jgn pandang diri bro,, pndang diri tak nampak la org melayu yg berduyun dok beli no ekor tu,,,
    ak xbeli,,tp ak xpndg diri je
    ..............

    Sebab tu elok kita gesa kenakan hukuman yang lebih berat kepada orang Islam yang main judi, dan hukuman yang lebih berat kepada kedai yang menawarkan judi kepada orang Islam, itu yang patut kita perjuangkan.

    ReplyDelete
  15. Apa la ngko ni.. bila aku cakap otak ngko bebal ngko marah.. aku ni org johor.. UMNO aku lebih lama dari ngko.. aku bukan marah UMNO.. aku marah ketua yg membawa kearah kemurkaan Allah swt dan kehancuran.. UMNO ni memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.. kalu lulus lesen judi.. mana agamanya.. betul ngko tak berjudi.. tapi membawa bil kepada perbincangan kabinet kira subahat, meluluskan lesen subahat.. menyokong tindakan punkira subahat.. malah berdiam diri tanpa menegur pun subahat juga.. dosa subahat sama macam sipelakunya..

    aku cerita pasal agama ngko songel pasal parti. apa da.. esok dalam kubur tak ada soalan pasal parti la..

    Kalu setakat ngko nak kata untuk sekat duit haram jatuh ketangan DAP.. nampak sangat ngko ni dah kena lembu dengan menteri tu.. dia ni tak da keja.. duduk kat finance dapat akses bank negara sudah dapat idea buat duit bila tengok duit juta-juta masuk dalam akaun personal pasal judi haram.. itu yg pakat dgn berjaya group.. pasal berjaya ade lesen ni under ascot dulu.. nak bil lesen baru memang masalah besar.. jadi cuma tablekan reissue..alasan untuk tambah pendapatan negara.. yg ngko sokong buta-buta buat ape.. dia kasi share sama masuk neraka nanti..

    Betul ke semua toke judi haram org DAP?? ke pasal tak masyukk?? Banyak cara lain kalu betul nak sekat.. polis kan ade jabatan khas D9 ke apa ke..banyak tangkapan dah buat, undang-undang pun jelas.. kalu hukuman tak keras table le kat parlimen..kenapa pilih jalan yg salah..

    di sini aku sertakan petikan ayat suci AlQuran untuk tatapan ngko..

    يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ
    وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
    وَإِثْمُهُمَآ
    أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

    ...Ertinya
    : Mereka
    bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya
    itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi
    dosa
    keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

    Apa nas atau dalil yg menyokong hujah ngko??

    ReplyDelete
  16. Bodoh memang tak boleh di ajar.

    Dari segi PERBUATAN, judi samada yang berlesen atau yang tidak dilesenkan (dua dua haram di sisi Islam) ujud dan berleluasa di Malaysia, malah boleh dikatakan semua maksiat seangkatan dan yang berangkaian dengannya pun terus hidup di Malaysia.

    Dari segi perjudian, kalau dikumpulkan semua yang berkaitan dengan judi. secara gelap dan haram ia telah berjalan begitu lama dan melibatkan ribuan juta dan billion bertukar tangan. Aktiviti ini tidak dapat di kekang oleh pihak berkuasa.

    Apa yang kerajaan dapat? Rampasan terlalu kecil angkanya berbanding dengan jumlah yang terlibat? Malah dari segi logistik dan penggunaan tenaga penjawat awam, kerajaan menanggung kos yang tinggi dan tidak berbaloi.

    Dengan mengadakan lesen atas aktiviti yang sudahpun berjalan, sebahagian aktiviti tersebut dapatlah kerajaan kenalpasti dan kawal dan seterusnya kerajaan dapat mengenakan cukai ke atas aktiviti tersebut. Hasil percukaian dpatlah membuat pembangunan.

    Jangan pula ko kata cukai judi tidak boleh buat pembangunan? Dalam Islam diharuskan, cari sendiri nas dan dalilnya. Aku tak buat kerja dakwah copy and paste kat sini untuk tunjuk pandai.

    Mentadbir negara kena buat secara bijak bukan secara emosi dan menampakkan orang Islam itu tidak universal. Islam itu bukan kerjanya menyekat kebebasan penganut ugama lain itu dan ini. Islam menasihati dan mengawal umatnya sendiri dan memberi contoh tauladan yang baik kepada semua masayarakat.

    Contoh kehidupan yang baik adalah gerakan dakwah terbesar di abad ini.

    ReplyDelete
  17. Ni konon ualamak tahap tertinggi puak2 HIJAU pernah cakap:

    "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kpd golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya" Nika Aziz, 19 November 1992.

    ni lagi satu:

    Nik Aziz juga berkata "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen aning dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk jaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" 26 November 1994

    ada sapa2 ka overlook benda ni?

    ReplyDelete
  18. Apa la ngko ni.. tu yg aku cakap.. bila nampak billion,juta.. mata dan hati mula ditutup syaitan..yg kita nak sibuk sama nak amik saham neraka tu buat apa??

    Rampasan kecil?.. Kos mengawal mahal??.. kalu ada lesen kerajaan bole kenalpasti?? nak kenalpasti ape?? Lepas tu bernafsu pulak untuk amik keuntungan untuk pembangunan??.. Adooaiii.. memang sah la dah kena lembu... Bila berkata kita perlu fakta.. fakta pula mestilah sahih.. baru bole terima..

    Yg aku buang masa dalam blog ngko ni hanya membawa kebenaran.. sesama Islam kena menegur.. Islam tiada duanya..Al-Quran dan Hadis panduan kita.. hayatila bro.. Kalau ngko nak temebrang kata tak ada masa nak check pasal dalil yg boleh menyokong hujah ngko.. kat sini aku nak kasi tau.. TAK ADA!! tak ada nas atau dalil yg mampu bantu hujah ngko tu.. Jangan samakan kes darurat dgn makan daging babi sudah la... Kalau ada pun mungkin ijtimak Ulama..ini harus diteliti setiap hujahnya, bukan amik babi buta... Dan ada pulak lagi satu baghal yg keluarkan kenyataan Nik Aziz.. itu kenyataan.. bukan ijtimak ulamak.. Nik Aziz tu ulamak kelas apa?? aku dah lama tak iktiraf cakap dia.. yg ngko dah la UMNO.. nak dengar cakap dia buat apa.. dia bukannya pegang lesen masuk syurga.. cakap pun merapu.. itu sebab Islam di Malaysia sekarang tengah bergolak..

    Kalau kerajaan betul bijak dan pemimpinnya beragama Islam.. tak payah la bersusah payah nak fikirkan saham neraka ni..banyak lagi sumber yang Allah swt turunkan kepada kita untuk kita bangunkan negara ni.. Carilah keredhaan Allah swt..Hayatilah cara pemimpin Islam yg teragung seperti sahabat-sahabat nabi..Kalau pun ada sumber yg diragui halal haramnya.. gunakanlah untuk perkara yg tidak langsung melibatkan kepentingan rakyat.. jangan dicari..kalau ada jangan redha penggunaanya..

    Kalu ngko nak gunakan nas harta rampasan..ianya sesuai kalu ianya harta rampasan yg ngko kata kecil tu..sebab tiada keredhaan, kita juga memerangi kegiatan tersebut.. jadi kalau ada rampasan baru la gunakan nas tersebut.. bukannya redha, kasi lesen, lepas tu berebut amik untung.. lepas tu bohong rakyat untuk pembangunan... Jangan buat benda yg menjadi kemurkaan Allah swt..

    Ingatlah wahai sahabat... sesungguhnya akan turun sesuatu bala itu kepada sesuatu kaum apabila mereka mula ingkar akan suruhan Allah swt..Dan apabila diberi ingatan.. mereka malah mencemuhnya.. dan ingatlah sesungguhnya azab dari Allah swt itu amat berat siksaannya...

    ReplyDelete
  19. sng kte x de jln langsung kte boleh mnyokong bnde yg dh tntu2 haram...

    ko nie tngk hadis palsu agaknye...
    sbb tu ko ckp pkai cukai judi diharuskn dlm islam...

    x yah la ko nak mnyesatkn org dgn hujah yg dibuat2 tu...sdgkn dalilnye langsung x de...

    DENGAN INI AKU MENSIFATKAN KO SEBAGAI MUNAFIK BESAR,WAJIB DIPERANGI.

    ReplyDelete
  20. Aku kutip satu komen je dah cukup:

    ko nie tngk hadis palsu agaknye...
    sbb tu ko ckp pkai cukai judi diharuskn dlm islam...
    ......................

    Laaa...tahap pemahaman kau terhadap Islam rendah rupanya, penat aku nak terangkan rupanya hati kau dah tak dapat petunjuk, dah kelabu asap.

    Kau tolong mengaji bab haram, halal, sunat, harus, makruh, subahat.

    Dah confirm kau tak habis buat kajian, baca Quran tapi tak faham.

    ReplyDelete
  21. Apa la ngko, komen org tu betul.. mana nas @ dalil ngko kutip untuk kuatkan hujah ngko?? aku ingat setan pun tak nak kasi ngko.. pasal dia dah bergolek ketawakan ngko yg dah sesat.. Ada hati suruh orang ngaji balik pulak??..lepas tu kata baca Quran tapi tak faham.. bab mana yg kami semua tak faham dan ngko lebih faham?? Tolong tunjukkan..Tunjukkan kpd kami walaupun sepotong ayat samada dari Al Quran, Hadis Nabi saw atau Ijtimak Ulamak yg mengatakan halal bagi kita menggunakan wang maksiat untuk pembangunan...Dah tu ngko tuduh pulak org tu buta hati, tak dapat petunjuk.. mak aii.. ngko ni dah gila ke??? Petunjuk apa yg ngko dapat nak halalkan benda yg haram?? Bagilah Nasnya.. aku bole tolong confirmkan samada betul atau palsu.. kita sesama Islam.. kalu ada yg tersimpang kita kena perbetulkan.. kalau nas yg aku berikan salah.. ngko buktikanlah.. sampai sekarang aku masih menunggu nas @ dalil ngko.. Ngko tanyalah Imam besar ngko awang adek tu.. apa nas yg dia pakai?? Dia pun tengah sembunyi kepala.. ngko pulak menyalak untuk dia.. ketawa member tu pasal berjaya lembukan org macam ngko ni..

    Brader.. tak hina kalu kita mengaku kesilapan.. jangan ditegakkan kepalsuan.. sesat lagi menyesatkan...TPM TSMY pun dah sedar kesalahan bos dia.. cuma cakap dia berlapik.. Janji nak revised keputusan.. DS Najib pun amat tau kesilapannya.. itu sebab dia terus membisu.. dia tak sangka benda yg cuba disembunyikan dah diketahui umum.. cuma ngko aje yg masih belum sedar..

    Brader,.. bila ngko bukak blog dan berbicara untuk tatapan umum.. ngko kena pastikan setiap hujah dan perkataan adalah benar dan sahih.. terutama tentang bab hukum-hakam agama.. jangan dipermainkan..kalu kurang arif.. buat kajian dulu atau sekurang-kurangnya bertanya pada yg arif..baru ada sandarannya..jadilah insan yg bertanggungjawab..aku tau ngko pro BN @UMNO.. aku pun pro jugak.. tapi jangan sampai benda yg salah pun ngko nak betulkan.. itu munafik namanya.. Kalu nak sokong, sokonglah benda yg benar.. yg khilaf kita sama-sama perbetulkan..jgn ikut membabi buta..

    Tak tahu la kalu ngko ni disponsor..tu yg jadi lembu cucuk hidung.. ngko singkap kembali perjuangan asal org-org melayu dalam UMNO..mereka tak akan menjadi si kitol yg sanggup menjual maruah agama bangsa dan negara hanya semata-mata dibuai dengan wang ringgit.. kalu tak, tak merdeka negara ni dulu.. kalulah Dato Onn Jaafar bole dibeli oleh British dulu... tak senang sebegini kita..

    ReplyDelete
  22. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yg benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubahnya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain... hanyalah berdusta (terhadap Allah) (Al-An'aam:115 & 116)

    ReplyDelete
  23. Ini adalah petikan dari Laman Web Pemuda UMNO Malaysia mengenai sokongan atas lesen judi dan arak:-

    "...Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini.

    Lesen arak adalah sebagai �ikatan� antara mereka dengan pihak kerajaan.

    b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.

    c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.

    d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.

    Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung. "

    Hujah yg cukup lemah dan daif... ada ke duit nak sama dgn air.. duit bole diasingkan kalaupun bercampur.. air apabila bercampur ianya sebati bersama...

    Bukan sumber utama???... RM1.199billion dikutip 2009 sikit ke? Dah tu siap congkil judi baru pulak pasal nak hasil.. sukan pun nak disahkan judi.. dengar bole kutip sampai RM2.37 billion.. Kalu nak layan cina kafir harbi ni.. esok tarikh bila mak bapak dia nak mampos pun dia nak judikan jugak..

    ReplyDelete
  24. Hahaha... "Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya."...

    Duit judi pakai kias ini???.. Lepas ni bole la keluarkan fatwa dihalalkan makan babi dan minum arak sebulan sekali.. sebab 29 hari yg lain kita minum air dan makan benda halal dan mutlak.. bercampur dalam perut maka hilang sifat najisnya...

    Nilah kalu cuba nak menegakkan benda yg salah...

    ReplyDelete
  25. Kias aje bro.. tanpa ada sandaran nas @ dalil yg sahih.. Hujah pun lemah dan daif... tak ada kekuatan langsung.. cuma bagi kitab alkharaj untuk dirujuk... Kitab Al-kharaj ni lebih pada cukai tanah dan hasil pertanian dan lain-lain yg halal.. Bab Jizyah pun tak leh nak disamakan dengan kes ini..ia bukan cukai langsung atas benda haram...

    Apa da...masih nak pertahankan lagi ke??? Brader lain yg pro BN macam ngko pun banyak yg bantah kes judi sukan ni.. hujah pun bole tahan...Ngko cakap kosong aje...

    ReplyDelete
  26. nilah sifat umno karat. Udah haram dikata halai, dah di tujai-tunjai tak kesai-kesai

    ReplyDelete
  27. Perenggan terakhir dalam laman web Pemuda UMNO Malaysia...(Fakta agama> Malaysia sebuah Negara Islam)...

    "Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu."

    Kahkahkah.... apa bangang la si pembuat cerita kelakor ni... Bila masa pulak kerajaan boleh berdosa??? Kerajaan tu apa??? macammana kerajaan nak masuk neraka??? Yg melakukan kesilapan adalah pemimpin...Pemimpin la yg berdosa.. Pemimpin la yg punya kuasa untuk menentukan samada nak buat benda baik atau mungkar...

    Apa da...

    ReplyDelete
  28. Ayuh Bro!!.... TSMY perlukan sokongan penuh sekarang... Jangan biarkan anak koling menjatuhkan martabat melayu... Sudah ada momentum UMNO mula berani semula... kita harus pastikan ianya diberi sokongan penuh dan berterusan..

    Ini perkara baik...Jangan biarkan pemimpin kita terlalu taksub dgn si cina dan koling tu.. tak bole ditegur.. sikit-sikit ugut keluar BN... DS Najib terlalu desperate mahukan undi cina sampaikan melutut kepada kehendak mereka.. tapi masih tak dapat juga... TSMY dah mulakan kebangkitan sepertimana dia memaksa Tun Lah dahulu....

    Jangan biarkan UMNO dijadikan sebagai parti bacul lagi... Kalu kamu benar-benar Pro BN....

    Segalanya bermula di Johor, oleh org-org Johor...

    ReplyDelete
  29. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia
    akan mengadakan baginya
    jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada
    disangka-sangkanya.
    Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan
    ...mencukupkan
    (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
    dikehendaki) Nya.
    Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (
    At-Talaq : 2-3)

    ReplyDelete
  30. ape yg korang susah.kerajan yg but keputusan hanya di dunia.nt dia jawab la sendiri di akhirat nt,

    ReplyDelete
  31. Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.

    “Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.

    Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,

    “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

    Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

    Jadi kenapakah parti PAS dan parti-parti politik pembangkang ikut bersama segelintir anggota parti komponen BN menentang pemberian lesen Judi Pertaruhan Bolasepak?

    Apakah kerana pemberian lesen itu akan menggugat pendapat beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’.

    Dan sekiranya pendapatan beberapa orang penting di dalam ‘Dunia Gelap’ ini tergugat maka akan ada beberapa parti politik yang tergugat ‘derma’ yang mereka terima dari hasil mahsul ‘Dunia Gelap’?

    Kalau kita ambik iktibar dari Membangun Bersama Islam dan Nik Aziz, sudah tentu tidak salah bagi seorang pemimpin Islam memberi lesen untuk membenarkan aktiviti ‘dosa’ asalkan ia tidak dibenarkan kepada orang-orang Islam. Jika masalah sosial juga menjadi alasan, arak juga adalah satu punca yang sering membawa kepada maksiat dan jenayah yang besar.

    ReplyDelete
  32. Kepada anon anon, komen anda dibaca tetapi amat malas sekali untuk diberi ulasan, bercakap dengan hantu yang ada nama seperti hantu kubur, langsuir, hantu pocot lebih mudah berkomunikasi daripada anon anon yang cukup hebat berhujah tetapi cukup dayus untuk mengidentitikan diri walaupun dengan nama samaran.

    ReplyDelete
  33. Apa la ngko ni.. kata org pro umno.. tapi balik-balik amik kenyataan Nik Ajis...Org tanya, mana hujah ngko berdasarkan Nas @ dalil??? dah tau dia bukan ulama.. kenapa nak ikut cakap dia.. Cakap dia bukannya Nas @ dalil yg sahih..Dia amik duit tu pun pasal khilaf seperti kes tajaan umrah...Islam dia hanya berpaksi di kepala hotak dia aje...

    Dan kalu ngko kata pasal org penting dalam dunia gelap tu.. kalau tak dilesenkan pun, polis boleh bertindak... yg penting maklumat kena sampai...Duit haram tu tak payah la nak direbutkan.. saham neraka.. Dalam PRU atau PRK, duit bukan menentukan kemenangan... Najib tabur juta-juta.. kalah jugak..dekat hulu selangor pun undi cina tak berganjak jugak... so tak payah la nak fikir soal duit tu...

    Lagi satu, pasal nama samaran dgn anon.. tu kan sama aje... yg penting kita kena faham apa yg cuba diulaskan...

    ReplyDelete
  34. Ramai yang memberi pendapat di sini tersasar kepada tajuk, mereka terlebih emosi dan begitu yakin lebih patriotik dan Islamik.

    Apa yang di utarakan bukan sama sekali mempertikaikan tentang hukum judi, itu haram bagi umat Islam tetapi apa yang disyorkan kenapa kita terlalu terlampau mempertikaikan lesen yang mahu dikeluarkan kepada judi bola yang tentunya untuk yang bukan Islam, malahan lesen itu bertujuan mengawal perjudian sambil ada percukaian yang boleh digunakan semula untuk pembangunan.

    Tidak ada yang membahaskan mana satu yang lebih baik: Membiarkan judi bola haram berterusan atau mengawal judi bola itu dengan perlesenan sambil percukaian.

    Takut orang Islam turut berjudi bola adalah subjektif seperti juga judi judi lain yang sudah dilesenkan. Telahpn dicadangkan langkah pencegahan ialah kita minta penguatkuasaan dipertingkatkan dengan hukuman yang lebih berat bukan sahaja kepada judi bola tetapi kepada semua judi termasuk pelacuran, sumbang mahram, rempit dan lain lain maksiat dan larangan.

    Islam berkembang di celah celah jahiliyah, berkembang bukan kerana melarang orang bukan Islam itu dan ini dengan hukum Islam, tetapi berkembang dengan dakwah dan peraturan hidup yang lebih sempurna tanpa judi, pelacuran dan sebagainya. Mereka tertarik lalu masuk Islam, bukan kerana pedang atau hukum larangan.

    Ada yang copy and paste petikan AlQuran menyentuh dan menyebut tentang hukum perjudian yang haram. Untuk apa? Tiada sesiapapun megnatakan judi itu halal, kerajaan pun apabila memberi lesen tidaklah sampai ke tahap mengata judi itu halal sebaliknya bertujuan mengawal.

    Malang sekali tidak ada pula yang dapat menunjukkan bukti dalil dan nas bahawa cukai yang diambil atas perjudian dan aktiviti larangan islam lain tidak boleh digunakan semula. Mereka lebih asyik bertanya mana dalil dan nas yang Islam membenarkan cukai tersebut digunakan. Bukankah dua perkara itu adalah benda yang sama secara kasarnya.

    Jika kita terus mendalami Islam, nyata 'percukaian' di dalam Islam sangat luas, adil dan lengkap sehingga tidak ada satupun tertinggal termasuklah segala aktiviti bukan Islam yang akan dikenakan cukai dalam rangkuman Pengambilan harta (dari orang Islam) yang disebut sebagai dharibah dan rangkuman pengambilan harta dari orang bukan Islam sebagai Jizyah dan Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran. Allah S.W.T. berfirman :

    "Sampai mereka membayar jizyah dengan patuh, sedang mereka dalam keadaan tunduk." (Surah At-Taubah:29)

    Terima kasih.

    ...bersambung(jika perlu)

    ReplyDelete
  35. Apa la ngko...lama betul nak kasi dalil...berpusing-pusing ayat ngko guna nak betulkan jugak hujah ngko.. Last-last, ngko keluarkan bab jizyah???.. Alamak.. ngko ngaji betul-betul bab jizyah ni.. kenapa dikenakan jizyah keatas org kafir... Orang-orang Islam dituntut membayar zakat.. ianya sebahagian daripada cukai dalam Islam.. org Islam dengan zakat fitrahnya.. maka Islam itu adil.. sekiranya Orang Islam wajib membayar zakat, maka org kafir yg bersetuju berada didalam naungan pemerintahan Islam diwajibkan membayar jizyah..cukai kepala sebagai bukti mereka tunduk dan patuh dengan pemerintahan Islam.

    Dan kalu ngko sebut bab Dhariba pulak.. ianya lebih kurang cukai pajak.

    Syariat Islam juga mengenal pembayaran yang mirip dengan dharibah, yaitu jizyah dan kharraj. Perbedaan ketiganya terletak pada objek yang dikenakan beban. Dharibah adalah pajak yang dikenakan atas al-tnal atau harta benda; jizyah adalah pembayaran yang dibebankan kepada orang non-Muslim untuk menjamin keselamatan jiwa yang bersangkutan; sedangkan kharraj merupakan kewajiban pembayaran atas tanah atau hasil bumi.

    Eh.. mana dalil judi haram ngko tu?? Ngko pusing pulak suruh orang cari dalil kata tak bole guna pakai cukai judi dan benda haram?? Dalam Islam ianya jelas bukan macam mulut ngko kaki pusing.. dalam Islam kalu benda haram.. ianya tetap haram.. melainkan darurat.. itu pun untuk sekadarnya bukan berlebih-lebihan.. bukan dicari.. seperti Kerajaan sekarang, yg mula mencari hasil haram baru...

    Yg paling hampir cukai untuk menegakkan hujah ngko hanyalah cukai ushr.. Ushr adalah bir import yang dikenakan kepada semua pedagang yang melintasi perbatasan Negara, yang wajib dibayar hanya sekali dalam setahun dan hanya berlaku bagi barang yang nilainya lebih dari 200 Dirham;

    Cukai ini pun dikutip dahulu atas dasar, apabila pedagang bir tesebut melalui jalan-jalan perdagangan yg selamat iaitu kawsan yg dinaungi oleh pemerintahan Islam untuk tujuan penghantaran.. mereka mengangkut dalam kuantiti besar..selalunya merosakkan jalan.. Oleh itu pemerintah Islam (selepas wafatnya Nabi saw)mengenakan sedikit cukai sebagai jaminan keselamatan dan hanya digunakan cukai tersebut untuk membaiki jalan tersebut dan bukan untuk yg lain...Jumlahnya amat sedikit.. malah tidak memadai untuk menampung keseluruhan kos pembaikan jalan tersebut.. Pmerintahan Islam ketika itu pun tidak terlalu memfokus atas cukai tersebut, tidak seperti apa yg kerajaan kita buat sekarang.. menutip cukai sampai berbillion.. dah tu siap kasi lesen judi baru untuk tambahkan cukai...

    Memang macam koling sawan la ngko ni.. kalu budak-budak.. mungkin la ngko bole kelentong.. ada hati nak sambung.. apa lagi kasi sambungla kelentong ngko tu.. teringin jugak aku nak baca... baru tahu siapa yg bahalol.. siapa yg betul-betul tak faham bila ngaji Al Quran..

    Bole marah pulak orang cut and paste ayat AlQuran.. apasal.. setan ngko marah.. pasal apa yg org bawak tu kebenaran....Org kat & paste tu bagus.. dia bawak bukti nyata untuk sokong hujah.. bukan macam ngko cakap pusing-pusing macam koling sawan... Lepas ni ngko nak cerita pasal cukai Islam yg mana pulak? Kharajj dah, Jizyah dah.. Dharibah dah.. Ushr pun dah... Ada cukai Islam yg baru ke??? Setan mana ajar ngko??? Nak jugak aku dengar... Kalu setakat keluar ayat AtTaubah untuk kuatkan hujah ngko.. hidup mampus ngko tak jumpa kekuatan hujah ngko tu...

    ReplyDelete
  36. Sengal betul engkau ni. bab 'cukai' pun kau baca maksud atas sahaja, kupasan berdasarkan buku (nasib baik kau tak main copy and paste).

    Nak bagi tahu, belajar ugama di sekolah Ugama Negeri Johor setakat rukun Iman dan Rukun Islam takkan sama dengan belajar ugama di pondok Kelantan dan Kedah. Dan samasekali dilarang belajar ugama melalui buku dan internet tanpa guru.

    Jangan pula kau sesat dan percaya bahawa dlam Islam, bab cukai judi ini tidak ada, itu seolah kau menggambarkan Islam itu sempit dan tidak sempurna sedangkan segala bapak judi dan segala bapak maksiat sudah ada sejak dahulu lagi dan Islam itu lengkap dan sempurna dan telah menyelesaikan semua isu terdahulu, sekarang dan akan datang.

    Penjelasan Perlesenan Judi oleh Awang Adik sangat dangkal sebab dia tak mengaji pondok, dia berorientasikan kredit dan debit serta percukaian, sebab itulah penjelasan cukaian perjudian oleh Nik Aziz adalah lebih tepat.

    ReplyDelete
  37. Ada pepetah mengatakan, anda boleh membawa kuda ke tepi sungai untuk minum air, anda boleh tekan kepalanya sehingga mulutnya mencecah permukaan air, tetapi samada dia nak minum atau tidak, itu diluar kemampuan anda.

    Dalam sejarah dakwah Nabi Muhamad s.a.w pun, bapa saudara yang dikasihinya pun tidak memeluk Islam berdasarkan hidayah itu hanya datang dari Allah s.w.a sahaja, tiada kuasa pada nabi.

    Anggaplah kuda itu anda.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...