Wednesday, May 12, 2010

Usia Emas...


UMNO
sudah
tua..

64thn

Bila nak pencen
....

kemaskini 13/5/10


posted by null at Malaysiakini - 2 hours ago
Huge losses associated with the Bakun hydroelectric dam project have led to Ahmad Zubir Murshid being asked to go to on leave immediately.

Kenapa Najib tak ikut cara pentadbiran Sime Darby, tendang keluar Menteri yang bertanggungjawab jika agensi dibawahnya rugi akibat cuai, rasuah, menyeleweng atau apa sahaja. Mulakan dengan Nazri, Nor Yaacob.....

Najib juga dijangka bertemu dengan Susilo dalam masa yang terdekat untuk membincangkan pelbagai isu.
Perhatikan ada tak lagi, pulau, batu, blok atau apa sahaja takut takut tergadai ketika menandatangani apa apa dokumen kononnya atas nama 'win win situation'.
Lewat kebelakangan ini pemimpin yang diberi peluang sementara menjadi PM mudah lupa daratan, mudah melelong hak negara macam negara ni 'mak bapak depa' punya.

Di darat, di bumi Malaysia sekarang, judi sukan sudah dikeluarkan untuk syarikat Cina mengaut keuntungan ke atas 'pemain' yang rata2nya Melayu.

Tetapi dalam masa yang sama 'sistem kutu' dan 'skim cepat kaya' kegemaran orang Melayu sedang di kekang sakan sedangkan kedua dua skim tersebut jika diberi lesen secara 'bersyarat' boleh menjana ekonomi orang Melayu.

4 comments:

  1. Salam Kluangman
    Eew.. buroknya org tua kat berfdae party. Kalau budak2 0 - 12thn sambut manis sikit. Lain kali ada berfdae party, nak duduk one cornerlah.

    ReplyDelete
  2. PR baru usia 2 tahun. bila nak baligh. bila nak sunat. nanti kalau degil kena rotan. kat punggung kena rotan cakit tau.. auww!!
    lagi pegang budak budak tak batal air sembahyang.
    budak kecik, pi main jauh jauh.. shoo!

    p/s org tua pencen, kluang kene duduk gua. tak boleh cari makan, maklum la budak budak kan suka sapu semua...

    ReplyDelete
  3. Apakah UMNO terus matang dalam pengisian membina Malaysia, atau bergerak secara mengundur ke belakang.

    Tidak ada gunanya sinis untuk membanding UMNO dengan parti lain, tetapi bandingkan UMNO dengan dirinya sendirinya, bandingkan dengan perjuangannya sendiri, bandingkan dengan pemimpinnya yang ada sekarang dengan yang dahulu...

    Berapa banyak tanah rezab Melayu yang dibangunkan menjadi hartanah termahal di Malaysia? atau sebenarnya sudah banyak terlelong, terpinggir, mundur dan tiada nilai..

    Berapa jumlah anak Melayu yang dihantar saban tahun keluar negara secara biasiswa atas kesedaran Melayu masih ketinggalan, berapa jumlah tahun 2009? Berapa jumlah anak Melayu 1989? Peningkatan?? jatuh merudum !!! sedar ke tidak...

    Di mana Islam sekarang ini? Judi bertambah atau sudah dihapuskan, sifar???

    Banyak lagi persaolan 'pengisian' apabila umur sudah sampai maghrib?

    ReplyDelete
  4. Dalam ketika MCA DAP dan Gerakan serta MIC memperjuangkan kepentingan bangsa masing2 sehingga sanggup mengenepikan Perlembagaan dengan mempertikai hak keistimewaan Melayu , Islam dan Sultan kenapa pula UMNO sebok memperjuangkan bangsa Malaysia hingga sanggup 'mendengar kata, mengambil hati' bangsa lain dan mengorbankan kepentingan Melayu????

    Tolong jawab.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...