Monday, May 30, 2011

Kalah atau menang pilihanraya, pemimpin UMNO sudah kaya...

Sejauhmana dan berapa lama agaknya blog2 pro kerajaan dan pro UMNO khususnya dapat bertahan untuk mempertahankan kerajaan yang diungguli UMNO.

Tidak bertahan bukan kerana pembangkang hebat, tidak juga kerana blogger pro pembangkang yang bagus2, ulasan mereka lebih banyak ****** dari logik dan rasional. Mereka juga tidak berdaya tahan, jatuh moral kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Mereka sendiri sudah patah dan lemah semangat. Yang segar dan makin galak hidup ialah blogger2 yang belot kepada UMNO atau yang mengkritik keras UMNO, mereka bersikap menentang UMNO kerana UMNO tidak berubah.

Jelasnya blogger pro UMNO yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan UMNO tanpa didbayar sesen dua pun kini mula sudah 'fed up' dengan sikap UMNO sendiri, sikap pemimpin yang masih tidah faham2, tak reti bahasa, bodoh sombong dan ada yang masih syok sendiri merasakan rakyat sokong kerajaan sekadar pemimpin pembangkang diburukkan.

Sudah tentunya 'fed up' datang dengan merujuk kepada sikap Najib sendiri sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri Malaysia yang sudah hilang hormat, hilang kuasa, hilang kawalan dan kelihatan tidak konsisten, tidak tegas dan mula 'merapu' dengan ungkapan2 yang hilang kawalan dan maksud. Najib sudah mula menampakkan gohead gostan, flip flop dalam ucapan dan janjinya. Saya sendiri malas mahu merujuk atau membuktikan apa apa sikap tersebut, memadailah kita sudah sering membacanya seperti yang terpapar di semua media sejak dahulu hingga sekarang. semuanya menyakitkan hati dari hari ke sehari.

Semak bagaimana kerajaan tangani isu Allah, isu Kristian, isu petrol, isu gula, isu harga barang, isu sensitif, isu perkauman, isu projek, isu biasiswa, isu ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi, kegagalan 1Malaysia, isu hak Melayu, isu anwar, isu rsuah, isu video seks, isu Dato T dan banyak lagi dan belum nampak sesuatu yang meyakinkan di dihadapan untuk rakyat bergantung harap melainkan kerajaan dilihat lemah dalam pengurusan dan kepimpinan, lembap, berlembut tidak kena tempat, tiada kecekapan dan ketepatan dalam isu keselamtan melainkan dilihat meleret dan tiada kesudahan menyebabkan rakyat makin gelisah dan bertanya tanya.

Ditambah pula dengan Ketua Pemuda UMNO yang hilang arah perjuangan, Menteri Dalam Negeri yang menikus dan banyak lagi kabinet yang meneruskan dasar 'separuh masak'.

Tidak ada gunanya sesiapa pun mempertahankan kerajaan hari ini kalau kerajaan sendiri dilihat sudah sukar berubah, tidak mahu berubah dan paling minimum, tidak 'mendengar' pun.

Apalah sangat blogger kecil dan individu kerdil mahu memmpertahankan UMNO, kalah atau menang dalam pilihan raya, mereka sudah kaya, anak mereka terlebih makan, rumah mereka terlebih mewah, kereta mereka terlebih menjalar.

Rakyat tetap sama, kena cari makan sendiri walau sesiapun perintah.
Dan tadi kerajaan sekali lagi hadiahkan rakyat dengan mendahulukan rakyat dengan kadar kenaikan kadar letrik sebanyak 7.12% dengan terkesan kepada penggunaan 300kw/j sebulan...tahniah pada semua blogger proumno.



5 comments:

  1. Inilah nasib rakyat Malaysia.
    Kalau diberikan pemerintahan kpd Pakatan Rakyat perkara yg serupa juga akan terlaksana. Lebih teruk lagi ada - lihat senario di Penang, Kedah, Kelantan dan Selangor.
    Orang2 politik di Malaysia ni kalau dapat kuasa akan merembat duit rakyat. Kalau tak dirembat, nanti dikatakan bodoh oleh masyarakat pula.
    Melayu mudah lupa .......

    ReplyDelete
  2. Deyyy... sedikit pembetulan, takrif elektrik naik pun tidak melibatkan 75% isi rumah.. sila semak semula la... tapi yang lain tu aku setuju laa..menang atau kalah pemimpin umno tetap gah dan kaya raya....golongan marhain macam kita ni tak dapat apa2, cuma kalau kerajaan naikkan minyak dan gula terasa panas bontotnya hahaha

    Sam

    ReplyDelete
  3. Sam, sudah dibetulkan, naik tetap naik..ia melibatkan pertambahan kos pada kilang????
    Lepas ni gas akan naik pula.
    Lepas itu diikuti barang2 lain yang bergantung kepadanya.

    Bila nak basmi miskin tegar??

    ReplyDelete
  4. Saya cadang kita semua kempen supaya PERKASA didaftarkan sebagai parti politik lepas tu kita seru semua orang-orang Melayu undi perkasa. Biarkan Najib dan barisan kabinetnya jatuh. Masalah sekarang kita tiada parti altenatif yang boleh ganti UMNO. Harapkan PAS jauh sekali la. Jika PERKASA ada dalam kabinet, saya rasa mereka faham kesusahan rakyat. Saya pun dah meluat dengan Najib sebab dia tadbir negara secara koporat (dengan mengambil Idris Jala sebagai .....). Najib sepatutnya ada jiwa rakyat. Yang saya nampak Najib ada jiwa berniaga.

    ReplyDelete
  5. Yes tuan Kasim Awang, kita lihat hari ini UMNO akan layan jika ada 'ugutan, tekanan dan desakan' tetapi jika Melayu yang menyokong UMNO lebih 'berdiam, merayu dan mahu tapi malu' macam dipinggirkan begitu sahaja.

    Sikap acuh tak acuh UMNO dengan saranan2 basi dan syok sendiri mereka sudah tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

    PERKASA wajar didaftarkan sebagai sebuah badan politik dan kita tengok apa tindakbalas atau halangan dari UMNO pula? Apakah PERKASA dibenarkan?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...