Thursday, April 5, 2012

"BERSIH" "SAMPAH"


KUALA LUMPUR 4 April: Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) mensasarkan 500,000 warganegara akan turun ke Dataran Merdeka 28 April ini, untuk menyertai demonstrasi Bersih 3.0, bertemakan ‘Duduk Bantah’.

Bersih dalam kenyataannya berkata berkata, semua rakyat dan ahli-ahli parti politik yang cintakan negara dijemput hadir bersama-sama menyertai himpunan itu.

“Ini adalah saat untuk semua warga, terutamanya yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang bakal ditinggalkan kepada generasi akan datang.

“Rakyat akan terus menyuarakan bantahan terhadap penipuan dan manipulasi yang berterusan dalam sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan Umno BN,” kata Bersih dalam kenyataannya.

Himpunan kali ini adalah yang ketiga selepas Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Dijangka berlangsung serentak di beberapa lokasi lain dalam negara dan seluruh dunia, himpunan ini dibuat ekoran Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan Raya (PSC) dan kerajaan Umno BN tidak mengambil serius tuduhan penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.

Selain daripada pengumuman itu, Bersih juga menuntut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan kerana masih gagal membersihkan daftar pengundi yang meragukan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga gagal mendapatkan keyakinan rakyat. Justeru, kami mendesak pemimpin-pemimpin tertinggi SPR untuk meletakkan jawatan,” ujarnya.



Katanya lagi, Bersih juga menuntut reformasi pilihan raya mesti dilaksanakan sebelum PRU akan datang, dan kehadiran pemerhati antarabangsa diterima untuk memerhati perjalanan pilihan raya.Keadilandaily

No comments:

Post a Comment

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...