Isu PTPTN walaupun gambarannya berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa dan kurang mendapat sambutan rakyat ia sewajarnya tidak dianggap selesai kerana masih ada ruang yang perlu dibaiki.
Pada setiap bekas mahasiswa yang masih berhutang, walaupun harapan mereka tidaklah mengharapkan kerajaan membatalkan segala dan semua hutang itu tetapi masih ada keperluan untuk kerajaan menyemak semula perlaksaanaan terutama dalam tindakan senarai hitam dan tindakan undang2 yang dilihat dibuat begitu pantas sedangkan jalan penyelesaian lain masih ada.
Kaedah mengutip semula hutang mestilah rasional dengan memberi perhatian kepada yang sudah bekerja (rujuk kepada EPF, SSM, JPJ dan Perkeso dll untuk pengesahan) tetapi kepada yang belum berpendapatan apa kejadahnya tindakan keras di ambil kepada mereka, bukankah itu menambah beban sedangkan peluang pekerjaan begitu bersaing untuk mendapatkannya.
Kaedah kutipan juga hendaklah sederhana termasuk meminta beberapa agensi kerajaan membantu membuat potongan termasuk majikan, kebenaran kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan semula hutang ini dengan pelbagai cara selepas beberapa tempoh. Kelulusan dan kebenaran untuk potongan gaji misalnya dan lain lain kaedah boleh didapatkan dari  pelajar semasa memohon dan menandatangani borang permohonan PTPTN di peringkat awal lagi.
Jika isu ini tidak dimabilkira, diberi perhatian, ditangani dengan baik ia tetap menjadi duri dalam daging bagi kerajaan sekarang mahupun kerajaan akan datang. Untuk menjadi kerajaan, pilihanraya adalah penentunya dan bukankah mereka ini juga sebahagian dari golongan yang akan mengundi? Bukankah mereka juga rakyat yang perlu dibela?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
 
 
 
No comments:
Post a Comment