Saturday, April 21, 2012

Sanggup kena pijak asal jangan dijentik...

"Isu ini langsung tidak mengganggu saya. Saya tidak hirau dengan sebarang desakan berkaitan isu pelantikan jawatan Yang Dipertua MAIPP dan sebagainya. "Semua kerja pentadbiran urusan agama di Pulau Pinang berjalan seperti biasa dan seperti apa yang diputuskan. Saya berkhidmat macam biasa," - Malik

Wajar sangat Malik tidak lepaskan  jawatan YDP kerana itu melibatkan soal maruah dan menghormati SPB Agong tetapi jawatan Exco Ugama patut boleh dilepaskan kerana ia hanya melibatkan pentabdiran negeri sahaja.

Situasi ini hanya mencerminkan PAS Negeri bukan sahaja tidak dihormati malah dianggap tidak penting dan tidak berpengaruh pun di Pualau Pinang. Undian orang Melayu kepada pembangkang untuk terus DAP berkuasa di PP sekadar mncukupi dengan pengaruh PKR.

Ini juga merupakan satu titik tolak atau petanda PAS tidak akan mendapat agihan kerusi yang adil di PP dan tanpa PAS dalam pentadbiran negeri adalah sesuatu yang bagus untuk DAP.

Hingga sekarang pun PAS Negeri masih 'backing' DAP/PKR dalam isu YDP sambil mengharap jawatan tersebut akhirnya diserahkan kepada mereka. Persaolannya bila? Selepas PRU13? atau seperti menunggu buah masak tak gugur.

Atau sengaja jika SPB Agong tidak perkenan maka mudah untuk mereka menuduh dalangnya 'UMNO'?

Apapun permainan DAP dan PKR dan sejauhmana pun setia dan sabarnya PAS Negeri akhirnya yang rugi tetap PAS.

Kenapa PAS Negeri tidak berani 'berkasar' seperti DAP berkasar dengan Ostat Zizan dalam beberapa isu sebelum ini sedangkan DAP di Kedah sangat kecil tetapi mereka cukup berani dengan hak mereka??????

Apapun cap parti mereka samada UMNO atau PAS, memang sudah dasar orang Melayu mereka rela dipijak pijak dihina hina oleh bangsa lain tapi cukup melenting walaupun sekadar dijentik oleh sebangsa dan seugama sendiri.

2 comments:

  1. Alah kat Johor negeri gapura selatan apa bedzanya..kawan dengan cerita yang MB zapin siGhani Othman nak berpacak bumi nak jadi MB sampai 4 terms ..macam lah Johor atau UMNO ketandusan pemimpin!!!!Kawan tak suka lah parti lain dari UMNO/BN jadi Kjaan diJohor ni tapi kalau kawan diberi pilihan si Ghani tu baik retire dan jaga anak cucu Mat Salleh tu aje lah

    ReplyDelete
  2. Alahai nik ajih 20 tahun kat kelantan, no hal pun ???

    Apapun kena sabar, kalau rentap merugikan tak guna juga

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...