Bontot tiba2 panas, peloh mengalir walaupun aircond sedang membeku, bilik terasa cukup berbahang.
Tanah rasa tinggal seinci untuk berlari, lubang cacing pun kalau terjumpa dah sanggup nyorok kepala.
Kalau masa berpatah balik, lidah mahu diikat dan mulut dibisukan - dah tak mahu tabur janji.
Paling tidak passpot mesti cukup tempoh, tiket kapalterbang mesti ditempah awal, bukan satu , bukan dua, tapi banyak.
Semuanya gara-gara kenyataan dibawah, celupar sungguh mulut doktor ni, bukan apa sebab doktor ni kalau menyebut tentulah berisi...tu yang tak berapa sedap sebelah sana nak dengar !!! Masa untuk mereka mengucapkan selamat tinggal, hukuman rakyat. ABAI (Asal Bukan Anwar Ibrahim)
SINTOK - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam
masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang
berada pada tahap yang baik.
Faktor kesepakatan yang lancar dalam pemilihan calon dan
pembahagian kerusi adalah faktor yang tiada dalam pakatan pembangkang
yang bakal disaksikan menjelang PRU13.
(Jika
DUN PP, Selangor dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan
Persekutuan - itu petanda malapetaka yang lebih dasyat akan melanda
pembangkang yang kononnya sudah bersedia, sentiasa kuat dan disokong
rakyat seperti yang mereka laung-laungkan. )
DAP
cukup selesa tanpa gangguan PKR dan PAS di kawasan majoriti kaum cina
tetapi dalam masa yang sama DAP akan ganggu, ugut dan mahu beberapa
kawasan PKR dan PAS untuk meletakkan calon Melayunya dengan matlamat dan
agenda tersendiri.
PAS dan PKR akan
terus bertikam lidah merebut kawasan dan akan kedapatan beberapa
bantahan, pulau memulau terutamanya dari penyokong PAS yang membantah
calon PKR di kawasan mereka.
Menjelang tarikh sebenar mengundi, jom kita tengok mereka bergusti.
Anwar
dijangka bertandinng di salah satu kerusi dewan undangan negeri di
Perlis untuk perancangan sebagai Menteri Besar Perlis selepas harapannya
untuk menjadi PM di Putrajaya dijangka tidak kesampaian ???? Apa kata
oghang Perlih??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
No comments:
Post a Comment