Saturday, December 14, 2013

master plan political mileage zahed.. kj tak terasa terancam ke?

bukti gred b, ada juga bukti gred a dalam isu tuduhan 'hearsay' syiah ke atas mat sabu? bahasa politik yg selalu di dengar...boleh percaya ke ada bukti gred a yg masih disimpan? kalau bukti gred c, d, e mungkin...

pihak kdn nak berpolitik? main wayang atau benarkah serius untuk menghapuskan syiah di malaysia?

jika di pihak kerajaan umno tidak mampu mendakwa mat sabu, kenapa pula kecaman ke atas pas kerana tidak ambil tindakan? pas hanya wajar mengambil tindakan ke atas mat sabu jika dia didapati bersalah oleh mahkamah, seseorang itu belum bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah !

jika mat sabu tewas dalam pertandingan timbalan presiden, kemungkinan besar tuduhan ini tidak akan dikeluarkan? kenapa tunggu sampai perhimpunan agung umno? untuk sebahagian 'master plan' political mileage zahed? kalau di pentas umno  tuduhan itu dibuat bukankah itu sesuatu yg janggal, hilang akal dan tidak kena pada tempat dan masanya.

tuduhan ke atas mat sabu untuk maksud meleyapkan syiah jauh tersasar, penganjur dan pengamal syiah sebenar tersenyum bangga kerana walaupun ada mereka yg terang2an mengaku syiah kini tidak dapat disentuh oleh pihak berkuasa sebaliknya yg bayang2 spt mat sabu jadi bahan politik sandiwara umno.

selepas umno memperalatkankan 'melayu' akan terancam jika anwar dan dap memerintah, kini umno ada bahan baru iaitu 'ancaman syiah' jika sokong pas - apakah pakej ini masih mampu dijual oleh umno di pru14?

umno sangat berharap beberapa perkara?
- rakyat takut mendekati pas sekaligus menolaknya?
- pas tidak dilabel lagi sebagai parti yg memperjuangkan Islam?
- pas akan berpecah apabila mat sabu dipecat atau dikenakan tindakan oleh parti?
- perpecahan akan melemahkan pas, sebahagiannya akan menyokong mat sabu yg rapat dng anwar dan sebahagian lagi balik kpd asal tetapi sudah menjadi kecil?

perkara2 di atas adalah gred b, saya ada lagi perkara2 gred a yg akan dikeluarkan jika perlu!!!?? - maksudnya saya sudah ketandusan perkara, bukti dan idea...

2 comments:

  1. Syiah adalah sesuatu serius...tahniah zahid atas ketegasan beliau.

    ReplyDelete
  2. Syiah ni sama bahaya dengan kebebalan menteri,rasuah yg berleluasa,dan macam2 salah laku lagi,kenaikan harga barang dan macam yg naik juga bahaya wehhh

    ReplyDelete

6ANGKA