Friday, March 8, 2013

anwar sudah tidak jijik lagi....

aku baca sepintas lalu pengakuan bapa saiful dan kenyataan balas saiful dan atas kedua-dua pernyataan tersebut maka anwar ibrahim dengan sendirinya gugurlah ia dari manusia paling jijik di dunia ini.

kini yg paling hina dan paling jijik adalah bapa saiful.

dan saiful masih kekal paling unggul dan benar....

Thursday, March 7, 2013

kdn dan kpn berundurlah jika masih ada maruah...

menteri kdn dan kpn adalah individu yg sepatutnya bertanggungjawab dan wajar mengundurkan diri jika masih ada maruah dan juga sebagai tanda penghormatan kpd wira negara yg gugur.

pengunduran hishammuddin mampu memberi kemenangan besar kpd bn di pru13 dan pengunduran kpn akan mengembalikan kewibawaan pdrm di dalam dan luar negara.

hingga ke saat ini, kpn masih ketara dlm dunia yg tidak menentu dan terawang dng operasi keselamatan di lahat datu dalam sidang akhbar yg dibuat, nasib baik dibantu oleh panglima atm

hishammudin juga tenggelam di belakang zahid hamidi

keduanya kena ingat sejarah musa hitam dalam kes mamali yg akhirnya musa hitam juga kehilangan anak yg dikasihinya dlm runtuhan kondo...

Wednesday, March 6, 2013

Cacing lahad datu masuk ke jubuq anuaq...kepanasan beb

aku copy and paste...
http://klboyzwangsa.blogspot.com/2013/03/bukti-anwar-berbohong-isu-lahad-datu.html

Manusia sebegini yang bakal dilantik oleh Pakatan Haram Jadah PR untuk dijadikan PM Malaysia kelak..?? Cukup sifat kurang ajar, biadap dan kurang sopan apabila menjawap soalan yang diajukan oleh wartawan.

Beginikah ciri-ciri manusia terpilih oleh Pakatan PR untuk dijadikan peneraju dan pemimpin bakal memimpin Malaysia..??

Nasib baik bukan KBC yang bertanyakan soalan, jika sayalah Anwar haram jadah ni buat macam tu, akan aku ludah muka dia terang-terang depan semua wartawan. Tak cukup dengan itu, nak KBC baling kasut tepat kearah muka Haram Jadah bangsat bergelar Anwar ni..!!!

Apabila di soal oleh wartawan, sepatutnya jawaplah dengan jelas dengan sikap bertanggung jawab memberikan penerangan kepada setiap rakyat Malaysia agar semuanya tahu hal yang sebenarnya.

Tahulah kau kaya Anwar, sikit-sikit nak saman apabila diajukan soalan..!!! Kata orang tua-tua apabila manusia sebegini mampos nanti janganlah bunga yang diletakkan dikuburnya tetapi siramlah air kencing biar hancing busuk dihidu orang ramai.

Manusia paling jijik di Malaysia ni adalah Anwar yang terserlah dengan sikap biadap dan kurang ajar...!!!

Gambar Mayat Penceroboh - Benar atau Palsu?

Kita tunggu apa kata pakar2 pembangkang tentang beberapa gambar mayat penceroboh dan lain-lain gambar berhubung pencerobohan orang sulu.



Mereka ini memang pakar pusing... Bukankah apa sahaja yang kerajaan buat semuanya salah, mereka sahaja yang betul dan benarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

Sunday, March 3, 2013

tingkatkan ekonomi org sabah dlm isu penceroboh

kerajaan elok tawarkan satu kepala penceroboh akan dibayar dng nilai rm50ribu kpd penduduk tempatan sabah yg boleh membawa kepala penceroboh yg dipancung. cara ini lebih menjimat masa,mengelakkan ramai lagi anggota keselamatan terbunuh, keselamatan org awam dan sekaligus meningkatkan ekonomi org sabah.

bagaimanapun sesiapa yg tersalah memancung kepala bukan penceroboh maka kepala si pembawanya pula akan dipancung.

org tempatan lebih tahu siapa penceroboh dan talibarut mereka. dan jangan lupa kepala dalangnya juga !

mudin oh mudin...lancau

hishamuddin, kpn, najib mewarisi paklah.....

sampai ketahap wira negara terkorban pun mereka masih syg dng kerusi empuk...

elok sangat kalau mereka diturunkan dng kertas undi dan pencenkan segera kpn lembab...

siapa anak jantan - lahad datu

peristiwa berdarah akibat 'sikap' yg tidak betul dan menunjukkan kelemahan 'otak' dlm membuat perancangan dan keputusan telah mengorbankan nyawa anggota bawahan.


yang patut terkorban sewajarnya najib kalau tidak pun hishammudin, atau ketua polis negara kalau tidak pun panglima angkatan tentera.

tidak terkorban bererti maruah mereka belum terhapus - apakahmereka sanggup letak jawatan??

chaiittt...tak mungkin puak ni sanggup meletak jawatan, mengacah atau berpura pura nak letak jawatan pun jangan haraplah...

alasan untuk menyalahkan 'anwar' sebagai dalang bukanlah alasan kukuh, itu alasan cari makan politik, benda ni pun gomen dah tahu awal tapi apa tindakan yg telah dibuat...

apakah kerajaan mengharapkan ini semua berlaku untuk modal politik?memang banyak dah kebaikan yg dilakukan oleh kerajaan tetapi oefistiwa menunjukkan kerajaan kemah dalam isu keselamatan

Wednesday, February 27, 2013

syarikat air johor cekik darah

aku minta pas dan dap mengkaji beberapa charge yg sewenang-wenangnya dikenakan kepada pengguna rumah dan perniagaan olej saj, tahap melampau.

aku akan detailkan perkara ini sedikit masa lagi, perkara rakyat tidak diutamakan ini patut jadi perjuangan pembangkang untuk nampak relevan dan meraih sedikit undi.

Saturday, February 23, 2013

Nik Aziz ajar haiwan jadi binatang



"Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno," - Nik Aziz

Itulah penjelasan nik aziz berhubung kenyataannya yang menyamakan penerima brim1 sebagai haiwan yang akan menyerbu makanan yang dihulurkan pusat.

Kerajaan sekarang kerajaan BN didominasi UMNO. Kerajaan BN yang sudah berkebajikan puluhan tahun tapi baru sekarang PAS nak mulakan.

Friday, February 22, 2013

ku li takkan tak mau jadi pm kot - percuma

ura-ura ku li mahu di angkat secara 'percuma' oleh majlis syura pas menjadi 'pm' kalau pakatan haram jadah menang masih lagi di peringkat angan2 kerana presiden pas yg tidak tercalon sebagai pm pun masih membisu. tukang karut nik ajis lebih berminat untuk tegur ahli pas yg jadi 'nate' dok terima brim1.

apakah ku li juga dok berangan sama, ahli umno dan parlimen atas tiket bn tapi nak 'percuma' jadi pm - kemaruk sungguh.

walaupun khabar angin - elok buat pendirian.

sekurang-kurangnya ia membolehkan calon pm yg terkecewa, anwar ibrahim membuat strategi baru.

orang UMNO juga yang layak jadi PM - pembangkang iktiraf

semua org tahu Anwar akan diangkat menjadi pm jika pakatan haram menang, malangnya 'syok' tersebut tersedak bila tiba2 nama ku li disebut pula lebih sesuai akibat permainan tikam belakang pas semata-mata kerana nama hadi awang tidak disebut langsung oleh geng pakatan. dari berputih mata lebih baik berputih tulang.

jika benarlah itu sikap pas, nyata sangat dikesalkan kerana yg bertungkus lumus selama ini adalah anwar dan sangat tidak senonoh jika pas tidak mengiktiraf penat lelah, tenaga dan wang ringgit yang telah anwar hulurkan dengan ikhlas untuk membebaskan malaysia dari kezaliman melampau bn.

PAS kena ingat, anwar berasal dari umno, kini dia dilihat yang terbaik, kalau pilih ku li, dia pun berasal dari umno - tapi dalam ceramah selalu kutuk pemimpin umno,bila bab jadi pm nampaknya memang dah rezeki orang umno - dalam pas tak ada siapa yang layak, dalam pkr ramai terlebih layak.

Jika pkr dan pas bertelagah terus pasal kerusi pm - apakata ambik sahaja melayu dalam dap - mampukah mereka jadi pm yang terbaik tidak perlu dirisaukan kerana Guan Eng dan Kit Siang boleh jadi pensihat mereka, terbaik dan adil.

Wednesday, February 20, 2013

nik aziz pun haiwan juga

konsep 'ambik' atau rembat apa yg dihulurkan oleh pusat kepada rakyat kelantan tapi undi bagi pada pas amalan nik aziz masa lampau nampaknya sudah tidak berkesan, menyedari jika amalan itu diteruskan akan 'memakan diri' maka nik aziz membuat andaian yg menerima huluran lebih bersifat haiwan.

andaian tersebut sangat tepat tetapi jika dianggap tidak islamic, nyatalah taraf ulama yg diberi kpd nik aziz nyata sangat malang, rupanya nik aziz ini elok kekal jadi juruteknik parit dan saliran atau sekurang-kurangnya jadi pegawai haiwan.

memang sudah menjadi sifat haiwan untuk menyerbu makanan yg dihulurkan, rezeki jangan ditolak dan bukankah tangan yg memberi itu lebih mulia dari tangan yg menerima
dan jika nik aziz anggap dipentas pas mereka hulurkan ilmu, kebanyakkannya ilmu sesat dan fitnah - dilaknat Allah.

nik aziz juga bersifat haiwan sekarang - jadi cacing kepanasan kerana menyedari rakyat kelantan sudah bertekad menghalau pas daribumi kelantan pada pru13 - itulah kenyataan yg menghantui nik aziz dan pas kelantan.

Melayu Mudah Lupa..



Monday, February 18, 2013

majlis syura jadi kuasa 3rd class

sebahagian rakyat tak sabar nak benamkan pembangkang dan tunjuk jalan ke liang lahat dan sebahagian lagi rakyat nak sangat kerajaan sekarang digantikan....cuma tak jelas apa sangat mereka nak ganti, sesuatu yg lebih baik dari segi aa?

adil? apa nilai adil yg mereka maksudkan...kebebasan mengaut kekayaan? kebebasan mengembangkan ugama? kebebasan kahwin sejenis? - itu tak pernah kerajaan bn buat dan mungkin itulah yg mereka nak buat sebagai ganti?

majlis syura pas kelak jadi kuasa kelas tiga, terpakai untuk grassroot..tidak terkesan kepada pemimpin pas kerana mereka hanya patuh pada pm?

dan terbaru ada beberapa saranan ' undi pas sebagai haram ' tentunya membawa maksud undi dap dan pkr membawa ke neraka jahanam?

jika benar majlis syura adalah kuasa tertinggi, kenapa nik aziz dan hadi  tidak dipecat kerana mendahului dan membelakangi majlis syura dalam isu kalimah Allah sepertimana hassan ali dan nasha dipecat dengan alasan yg lebih keil.

jika benar majlis syura kuasa tertinggi, kenapa sekadar kecam karpal, kenapa tidak keluar shj dari pakatan haram?

Thursday, January 31, 2013

samseng warning anggota polis

beberapa hari yg lalu semasa menonton tv3...dalam serbuan pdrm ke kelab hiburan yg mengujudkan pelacuran terdiri dari rakyat cina...beberapa pelanggan terdiri dua lelaki cina tempatan terpaksa digari kerana cuba melawan, cuba bertindak kasar dan umumnya cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas...

tetapi yg menariknya, dlm ungkapan bahasa inggeris...lebih kurang maksudnya, sambil menjerit..dia mengingatkan anggota pdrm bahawa nasib mereka akan 'berubah' selepas pru nanti, dalam lain perkataan anggota pdrm yg menjalankan tugas berkenaan akan 'diajar' jika pembangkang menang kelak, sungguh yakin mangkuk hayun itu memberi warning kpd anggota pdrm yg tidak melayan kerenah tongong bengong...

begitulah agaknya mentaliti yg terajar dan disematkan oleh pembangkang untuk rakyat termasuk yg melanggar undang2 supaya terus membenci pdrm dan kerajaan yg menjalankan tugas negara...

akan lahirlah samseng hasil kacukan pas + pkr + dap

Monday, January 28, 2013

nik aziz lebih berani dari najib...

dalam ketika najib membuat lawatan berani ke gaza untuk dibanggakan rakyat yg masih sokong bn, nik aziz jauh lebih berani dan bijak dari najib, apabila berjaya menembusi hingga ke rumah karpal untuk bersalam mesra tanda masih kasih dan setia - adalah satu kebodohan kalau ahli pas tak bangga dng tindakan kamikaze nik aziz.

antara israel dan karpal - tentulah karpal lebih merbahaya.
antara najib dan nik aziz - tentulah nik aziz lebih berani
antara umno dan pas - tentulah pas lebih .... ?

Friday, January 25, 2013

Najib Tak tunduk Kepada Kapitalis..

PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik,” tegas beliau kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa kurang senang dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang berlengah dalam rundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Malaysia, sejak 2010.


“Sepatutnya tidak ada isu (sebab) untuk ia dilengahkan. Mengikut tempoh masa, seawalnya dalam tempoh dua tahun. Kami merasa sangat kurang gembira.

“Rundingan kebiasaannya mengambil dua tahun. Ini disebabkan rundingan kompleks dibandingkan dengan negara yang lebih mesra di rantau ini atau di rantau lain.

“Kami berharap dapat melanjutkan rundingan dalam masa terdekat. Kami akan meneruskan perkara yang membawa manfaat, kerana Malaysia ialah rakan FTA dengan Kesatuan Eropah,” katanya

Beliau terdahulu bersama delegasi mengadakan mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Biro Perdagangan, Wong Chen.

Anwar berkata, antara perkara dibincangkan termasuk sokongan EU terhadap integrasi ASEAN yang positif dalam pembinaan blok EU-ASEAN-FTA.

“Malaysia ialah negara dagang dan memerlukan tindakan efektif untuk dilaksana bagi meningkatkan perdagangan.

“Falsafah kami berhubung perkara ini adalah mengangkat prinsip keadilan dalam perdagangan bebas dan persaingan sama rata,” kata Anwar.


PERHATIKAN: Bagaimana Najib mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi Malaysia daripada memenuhi cita-cita sesetengah pihak.

Dan demi sokongan dan kuasa, sesetengah pihak pula akan tunduk kepada desakan satu kuasa luar.

Undi luar penentu pas dan umno di kelantan.

Sehari di Kelantan: 25hb Januari 2013

Kajian dalaman menunjukkan UMNO mampu menang tipis di Kelantan jika berdasarkan undi yang menetap di Kelantan tetapi menjadi tidak menentu bagi kedua dua pihak (pas dan umno) dengan undi luar yang akan balik mengundi dan sejumklah pengundi pertama yang pertama kali akan mengundi kali ini.

UMNO lebih terbuka kepada ancaman dari dalam akibat kedegilan beberapa pemimpin lama yang masih mahu bertanding, mereka terus melobi di peringkat atasan tetapi malas turun padang, kalau ada pun, hanya kebelakangan ini, tidak mulakan dari dahulu lagi.

Ramai tokoh muda UMNO Kelantan mahukan lebih banyak kepimpinan muda yang kuat bekerja diberi peluang sebagai calon untuk PRU13 kali ini.

Isu-isu di saat akhir mampu mempengaruhi corak undian.


Monday, January 21, 2013

Ku Li - siapa yang boleh baca fikirannya...

Apa perjuangannya terhadap Melayu dan Islam? P****** dan penyokong Ku Li tolong jawab...
( saolan yang tiba-tiba menerjah akal ku bila terfikir 'tokoh' (?) ini...)
Apa agaknya pendekatan Ku Li dalam menghadapi Anwar... Kita dah tahu cara dan pendekatan Mahathir, Paklah dan Najib..

Najib langkah kiri...tak ada rezeki

Apakah 7 janji projek Najib kepada Kelantan boleh membantu UMNO menang di Kelantan?
Apakah itu sebenarnya yang rakyat Kelantan mahu?
Atau Najib tersalah langkah lagi...

Kenapa tidak Najib janjikan 'Hukum Hudud' akan dilaksanakan di Kelantan sebagai permulaan jika UMNO menang untuk melenyapkan terus harapan PAS sekaligus ianya menjadi tamparan hebat yang mengunci mulut Nik Aziz..

Tawaran Najib sangat kecil jika dibandingkan apa yang Kelantan boleh dapat jika PAS pegang Putrajaya.

Anwar-Utusan: Belum menang mutlak...

Utusan akan kemuka rayuan keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah berhubung penerbitan artikel 'Tolak Anwar - Hasan' pada tahun lalu.
Hakim Datuk V. T Singham memutuskan demikian dengan kos RM45,000 setelah mendapati kedua-dua artikel berkaitan berunsur fitnah terhadap Anwar.
Bagaimanapun taksiran ganti rugi akan ditentukan kemudian.
Mahkamah turut menetapkan pengurusan kes pada 15 Februari ini untuk menentukan sama ada terdapat permohonan untuk menggantung prosiding kes itu atau menetapkan tarikh berhubung taksiran ganti rugi.
Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta pada 20 Januari tahun lalu ekoran penerbitan artikel-artikel bertajuk ` Tolak Anwar-Hasan' dan `Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak' berkaitan transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012.
Dalam pernyataan tuntutannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selaku plaintif mendakwa, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, BBC. - UTUSAN

Friday, January 18, 2013

2 perkara yang tak perlu pelik tapi pelik...

Pertama soal pengedaran bible kepada murid sekolah rendah di pulau pinang.
Kenapa nak pelik - desakan puak kristian penggunaan kalimah suci Allah adalah perkara pokok, perkara akidah -  tetapi sudah ada kompromi parti pembangkang ia boleh digunakan.
Jika isu utama boleh dikompromi - maka pengedaran adalah isu kecil.

Kedua, Nik aziz minta parti komponen pembangkang menerima keputusan majlis syura berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam terjemahan Bible kedalam Bahasa Melayu.
Siapa Nik Aziz? Siapa Majlis Syura yang perlu dipatuhi oleh komponen pembangkang sedangkan sebelum ini sudah ada persetujuan rasmi dari ketiga-tiga parti yang diwakili oleh Presiden dan Penasihat parti.
Majlis Syura hanya terpakai untuk ahli PAS dan bukan untuk komponen pembangkang - Apa wayang yang dimainkan Nik Aziz atau satu lagi kedangkalan syok sendiri.

menolak isu politik di atas - bilakah? bolehkah? fisabilillah diistiharkan sekarang.....atau nak tunggu putrajaya milik dap?

Wednesday, January 16, 2013

kj musa anwar - apa kaitan mereka

penyelesaian di luar mahkamah antara musa-anwar, kj-anwar sesuatu yg bersifat peribadi tetapi cukup signifikan sedangkan hakikatnya sebelum ini mereka adalah musuh ketat.

kedua-duanya seolah lebih memberi muka kpd anwar untuk dilihat menang secara moralnya.

apa 'faktor, yg mendorong penyelesaian tersebut....

kelibat mahathir...

attacking berterusan pembangkang terhadap mahathir nyata kerana mahathir sendiri tidak pernah diam untuk menghadiahkan tumbukan kiri bertubi dan sesekali japenumbuk kanan muhammad ali ke sisi rusuk pembangkang dan sesekali tepat ke muka pembangkang, tersungkur menggelupur.

bukan sedit panglima perang yg dihantar untuk memburukkan mahathir, tak kurang penulis upahan yg menghentam mahathir kini sudah tumpul pena, muflis fikiran dan separuh gila serta fobia dengan mahathir

kit siang sendiri siang malam seolah diberi tugas khas oleh anwar dan anaknya utk membelasah mahathir, tapi malang kit siang sendiri  tak ada pengaruh kecuali kepada penyokong tegarnya yg mcm ikan talapia kebulur, apa yg disumbat, tak ada tapis, semua telan.

faktor mahathir adalah antara halangan besar untuk pembangkang menuju ke putrajaya sekepas imej najib berjaya diburukkan dengan rekayasa altantuya dan scorpene, rosmah juga digemburkan dengan berlian permata, deepak yg dibawa masuk kini dah lepak.

apa yg nak dikaitkan dng mahathir???, tutuh p----- cinadoll, rasuah billion juta, dllllll...kalau ada dah lama depa meroyan terjerit jerit atas pentas.cia bush sendiri cuba mencari kesilapan besar mahathir, nyata tak jumpa.

Secara strategi dengan memburukkan imej najib dan melabelkan kerajaan rasuah untuk dibenci rakyat, hampir berjaya tetapi laluan mudah ke putrajaya yang dijangka mudah nyata tersadung dengan kelibat mahathir yang masih relevan.

Usaha terbaharu ialah melagakan najib dengan muhyiddin yang kononnya disokong oleh mahathir. Setakat ini usaha itu tidak 'dilayan' dan apalagi agaknya strategi pembangkang yang sudah kecut perut dengan tarikh pilihanraya yang bakal menjelma pada bila-bila masa.

Perhimpunan #KL112 gagal sama sekali menyebabkan nik aziz uturn 360 darjah dalam isu kalimah Allah !!! Walaupun perhimpunan itu didominasi oleh ahli PAS tetapi Nik Aziz akur, sambutan majoriti ahli PAS sudah merosot... 1juta mimpi ngeri saban malam berada dalam otak PAS yang sudah terlanjur dengan DAP !!!

Tuesday, January 15, 2013

nik aziz di astro 18jan

ulama pas - ulama maharaja lawak - elok turut masuk final maharahaja lawak mega astro 18jan djohor

Sunday, January 13, 2013

angka syok sendiri

jumlah #kl yg pastinya tidak sampai sejuta...

kalau jumlahnya 80ribu, 30% adalah remaja dan kanak-kanak.

di blog pro bn - jumlahnya dikecutkan...

di blog pro pakatan haram - digelembungkan..

apakah penting sangat kuantitinya....sedangkan kualiti...matlamat perhimpunan pun remeh dan ada yg tak tahu?


Saturday, January 12, 2013

Penangan DAP - Dari Lawyer handal jadi tikus mondok...

Tunku Abdul Aziz turut membidas sikap Karpal yang meminta beliau berhenti mengkritik DAP.
"Nampaknya Karpal terlupa, saya sudah meninggalkan parti tersebut. Antara saya dan DAP sudah tidak ada sebarang pertalian. Saya bukan lagi 'boneka' untuk menurut sebarang perintah mereka.


"Saya nasihatkan DAP untuk lebih bersikap terbuka dengan kritikan yang saya buat. Sudah semestinya saya bebas untuk mengeluarkan sebarang pendapat," ujarnya.

Dari 'lawyer' yang dikatakan handal kenapa menikus jadi 'boneka' kepada orang cina.
Itulah yang aku fahamkan dari maksud Tunku Abdul Aziz  kepada Karpal yang semakin 'tenat'? 


DAP wajar menghentikan sebarang penderaan ke atas si tua itu.

Berbeza dengan Nik Aziz yang masih diberi layanan taraf lima bintang oleh partinya dan komponen pakatan haram, Karpal tidak mendapat layanan sebegitu sebaliknya selalu disurong dan disurung ke depan apabila DAP tersepit.


Friday, January 11, 2013

#katak kalau mati pun lebih mulia..

Kawan2 aku yang segelintirnya mengalami kemurungan dan masalah rumahtangga mengambil pendekatan yang lebih untung, dari menjadi tidak beruang lebih baik jadi beruang apabila diperdaya untuk menyertai satu perhimpunan untuk mensucikan penzinaan dari seseorang yang melakukan zina tetapi tidak berani tampil ke depan untuk akui atau nafikan sebaliknya mengupah golongan jahil untuk bercakap bagi pihaknya.

Apakah benar tuduhan zina itu berlaku, bukankah salah menuduh tanpa bukti, apakah ada 4 saksi? Semua persaolan ini sebenarnya sedang disalurkan melalui undang2 untuk mengesahkan samada berlaku atau tidak. Tetapi empunya diri (tentulah penzinaan takkan berlaku sorang-sorang) sedang berusaha menafikannya di luar kotak undang2 dengan menggunakan perhimpunan jahanam !!!

Aku tidak mahu berhujah panjang dengan kawan2 aku ini, cuma sekadar mengingatkan, bermula dari niat mereka untuk pergi dan sehinggalah mereka pulang..ingatlah..jika itu satu perjalanan yang sah di sisi Islam, insyaallah mereka akan dapat pahala berganda-ganda tetapi jika itu satu yang salah di sisi Islam, mereka akan dapat bala. Bagaimana kalau dalam perjalalanan itu, pergi dan balik, mereka termati....aku rasa katak kalau mati pun lebih mulia.

Dan jika perhimpunan itu diselitkan dengan perjuangan kalimah "Allah" untuk digunapakai oleh puak musuh Islam..apapula status perjalanan, perhimpunan dan perjuangan itu? Jika nama "Allah" tidak mahu disalahguna oleh musuh Islam kenapa mereka tidak memeluk sahaja ugama Islam supaya lebih mudah menemui Allah Ya Rabbul A'alamin yang sebenar. Kalau mereka tidak berniat salahguna kenapa mereka begitu terdesak mahu menggunakannya !!!





Sunday, January 6, 2013

takkan umno terlepas kali ni... salah kira undi dan mca sokong dap.

kredibiliti partti dan pemimpin pembangkang satu demi satu, peristiwa demi peristiwa, perkara demi perkara mula terdedah dan terbongkar. terakhir dap yg dilihat bertahan dengan semua masalah rupanya begitu resah dan tertekan hingga membuat percaturan yg salah atas kesilapan kecil, isu tanpa melayu dalam jawatankuasanya cukup buat guan eng tak lena tidor hingga percaturan semula yg dijangka dapat memadam 'racialnya' kini bertambah malang dengan persepsi atau realiti yg lebih parah.

Yang diselamat dan dibawa masuk pun 'melayu' yang terus dipertikai benihnya datang dari mana?

dalam meredakan isu yg sangat terkutuk dan memalukan ini karpal sing disurong kedepan untuk menjawab, jika di dalam mahkamah pun karpal disanggah apatah lagi jawapannya di luar mahkamah' bercakap tanpa perlu dibayar. sesuatu yang menarik, jawapan karpal lebih menjurus kepada ' i dont think so...' ertinya dia pun tak berapa pasti, tak berapa tahu dan memang tak tahupun perancangan guan eng. Singh terus sing lagu guan eng.

isu ini pasti akan dialihkan segera ke suatu isu lain yg lebih hebat semata mata untuk melalaikan umno supaya sentiasa syok dan konfiden akan menang di pru13. Apapun yang berlaku pada pakatan, mca tak akan banyak untung, mca tetap akan ditolak oleh orang melayu dan cina, mca berhak ditolak kerana parti tu memang tak buat kerja, tak buat kerja bererti sokong dap.

Satu lagi isu kini ialah:

Anwar's coordinator allegedly nabbed in Pakatan's latest scandalhttp://www.rockybru.com.my/2013/01/anwars-coordinator-allegedly-nabbed-in.html


Dalam isu menjijikkan pengiraan semula undi oleh dap, adalah dinasihatkan pecacai pembangkang cubalah cari apa-apa teori untuk menyalahkan umno, selamat berjaya !!!

Saturday, January 5, 2013

selepas racial kini penipu kemudian jadi pembohong besar

anak aku tanya, kalau ada yg mengaku tak tau kira, silap kira dan masih tak tahu bagaimana kesilapan itu berlaku - aku jawab itu adalah bangang dan baghal.

anak aku tanya adakah boleh kita percaya pada org spt itu. aku jawab jangan sesekali percaya kepada penipu dan kemudian pembohong besar.

Friday, January 4, 2013

Wayang tongkoi di penang

Di PP parti yang telus mulus suci mengaku ada kesilapan dalam kiraan undi menyebabkan semua melayu tersingkir...dan atas kesilapan itu membolehkan seko melayu berada dalam jawatankuasanya. Cukup membanggakan kan!

Untuk menambahkan hebat jalan cerita, pengarah pengiraan undinya...meletak jawatan dengan 'sukarela' le kot...

Apakah pengakuan, pembetulan ini mengembalikan maruah dap sebagai tidak perkauman...hahaha mati hidup balik pun aku tak percaya.

Jangan sampai dalam cubaannya untuk dilihat tidak perkauman, secara tidak sengaja mencipta pula pembohong dan penipu paling besar !!!!!! Perkauman dan Penipu - tuduhan yg dasyat yang patut dap elakkan. Punah integriti yang selama ini pun tak berapa integriti.

agaknya berpuluh tahun dah kesilapan sebegini berulang dalam pilihanraya dap tetapi dipenyapkan? Tu pun kena siasat juga ! jangan kali ni je siasat semata-mata nak masukkan melayu.

Agaknya kalaulah dalam PRU13, tiba-tiba SPR umumkan ada kesilapan - agak2nya apa reaksi pembangkang !!! Jawapannya dah tahu sangat...

Kepada dap...tahniah atas skrip yang bagus sangat..

Tuesday, January 1, 2013

tahun baru bermaksiat

pelbagai program tahun baru anjuran kerajaan persekutuan, kerajaan negeri bn atau/dan kerajaan negeri pembangkatan jelas banyak menyusahkan pdrm dan pelbagai agensi penguatkuasaan dlm menghadapi salahguna, maksiat dan jenayah yg meningkat.

perlukah sambutan tahun baru yg langsung tidak menunjukkan tamadun manusia diteruskan di tahun2 mendatang?

Monday, December 31, 2012

pas ada makan duit haram tak?

ada sesiapa yg boleh sahkan ( cer citer cer citer ) sejak pas bersekongkol dengan pkr dan dap yg tampak begitu mewah, ada ke tidak pemimpin2 pas yg tertelan duit haram atau parti menerima sumbangan haram?

kalau sah sumbernya harap dedahkan...rakyat perlu dimaklumkan salah laku semua pihak termasuk BN, rakyat wajar tidak lagi bersikap tak apa dengan pemimpin yg bertopeng baik dan alim sebaliknya penyamun dan pengkhianat negara dan bangsa.

Friday, December 28, 2012

nik aziz vs azhar idrus

di mesia hari ini hanya dua ulama yg tersohor dan betul belaka, ulama yg lain tak leh pakai, mcm2 gelaran pula diberi, ulama bisu etcs

ulama dua org ini bukan sekadar berceramah bab ugama tapi diselit juga dng kritikan keras bukan sahaja ke atas ulama lain tetapi juga terhadap ulil amri. rasanya kalau bukan alim ulama ini dah ramai rakyat islam mesia jadi jahil bab ugama. mereka bukan sahaja jadi penyuluh malah dah bertambah ramai peminat dan penyokong - jadi tidak hairanlah ulama ini makin besar kepala-

kalau di ambil contoh arqam yg diharamkan, jumlah penyokong yg taksub mampu menjadikan pemimpin lupa daratan dan akibat syok sendiri mulalah mereka mabuk kuasa untuk terus bertapak. yang mabuk kuasa memang sukarnak letak jawatan, yg mabuk kuasa juga sangat teruja kalau cakap2 mereka mula disanjung.

Bagaimanapun sudah pasti azhar idrus dari ganu dan nik aziz dari kelante tentunya tidak dapat duduk semeja dalam beberapa perkara dan isu. bagi org biasa seperti saya agak keliru untuk memilih satu antara dua ini sebagai idola..

mungkin anda boleh membantu saya membuat pilihanmana satu yg sesuai bagi saya untuk ikuti?

Thursday, December 27, 2012

Jumpa Ulama Politik - belum tentu undi PAS


Pertemuan artis dengan ulama politikus..

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing"

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Artis selalu pandai berderama - kita tidak tahu apakah ini sebahagian dari drama atau kesah benar - siapa penerbitnya? siapa pengarahnya? siapa yang dapat untung?

lagi..http://theunspinners.blogspot.com/2012/12/artis-artis-masuk-pas-jumpa-yang-dicari.html

Tuesday, December 25, 2012

dap ada tak agenda untuk mantapkan ekonomi melayu?

pelbagai kajian, bancian, kaedah dan segala mak nenek telahpun dibuat dan hasilnya BN tidak mampu menang duapertiga majoriti...di ulang semula segala kemungkinan hasilnya memang BN tak boleh menang duapertiga,  sekadar menang majoriti mudah untuk tubuh kerajaan. kalau dicongak untuk beli calon sekalipun BN sangat sukar untuk mendapat duapertiga.

kegagalan BN 2/3 juga bererti sekali lagi hasrat pembangkang menguasai putrajaya juga gagal malah dijangka mereka saling tuduh menuduh selepas keputusan pilihanraya. amat mudah dap untuk menuduh kegagalan adalah disebabkan pas  yang terus bertegas mahu melaksanakan hudud walunpun secara olok-olok

pas pula akan menyalahkan dap kerana terlalu vokal berkaitan dengan hudud olok-oloknya

tetapi akhirnya mereka sepakat untuk mnyalahkan spr dan umno dengan pengundi hanturaya dan bantuan jentera kerajaan, lagu yg sama setiap pilihanraya

apakah akan ada satu demonstrasi jalanan?

situasi akan menyebabkan negara tidak aman, menyusahkan rakyat gara-gara cita-cita politik sang pemimpin musang berbulu ayam

walaupun saya antara yg berhasrat menukar kerajaan tetapi perkembangan terkini hanya memperlihatkan pakatan pembangkang tidak berada dalam satu ikatan dan pemahaman yg baik

dan lebih teruk saya tidak nampak ada pemimpin melayu dan islam yang berkarisma untuk memimpin pembangkang lebih-lebih lagi untuk berhati hati dengan pemimpin dap yang banyak muslihat dan tipu daya, apakah mereka ikhlas dengan orang melayu yg masih ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan. pernahkah mereka ada agenda mantap untuk majukan org melayu?

anwar ibrahim bukanlah pemimpin melayu islam yg boleh digantung harap, hutangnya pada dap, barat, yahudi (?) sangat besar, kita takut dia jadi pemimpin yg dicucuk hidung

kepada rakan2 yg sama hasrat dengan saya, ayuh kita berfikir...berbaloikah undi kepada pembangkang yg dari kajian menunjukkan akan gagal menguasai putrajaya atau lebih baik undi kpd bn untuk terus menang dengan duapertiga yg lebih besar.

najib belum teruji, wajar dia diberi peluang...

Lihat angan2 pecacai dap yang cuba memperlekehkan mahathir - sesuatu yang kontra kerana masih ramai rakyat yang dahagakan kepimpinan mahathir.


Mahathir jangan lupa, Pak Lah dalam tahun 2004 mendapat mandate dan jumlah undi yang paling besar. Pencapaian itu tidak pernah perolehi oleh Mahathir pun. Mahathir jangan lupa bahawa mandate yang besar tersebut bukan diperolehi kerana orang sukakan Pak Lah- tapi mandate tersebut diberi kerana rakyat meraikan pengunduran Mahathir. jadi, kalau Mahathir menghulurkan hidung dia dalam PRU yang akan datang, rakyat akan sekali lagi meraikan pengenyahan Mahathir - Pecacai Melayu dalam DAP



kassim dani - tumpat.

Monday, December 24, 2012

penunggang motorsikal berkuasa tinggi mcm pelesit...

pengalaman aku samada di lebuhraya, jalan persekutuan atau negeri dan dibandar - bila berkumpulan, sah aku setuju majoritinya pelesit dan bapa pelesitnya ialah marshal.

seperti mat rempit, mereja juga sampah masyarakat jika berlagak 'police traffic' dan tidak mengikut undang2 jalanraya - jangan besar kepala !

samy vellu semasa menjadi menteri pernah memberi amaran untuk mengharamkan motorsikal berkuasa tinggi dari menggunakan lebuhraya kerana gagal mematuhi undang2 seperti berada di lorong motorsikal dan mengganggu kelancaran kenderaan lain dari marshal cabuk.

kepada mereja - jadilah warganegara biasa spt orang lain.

Tuesday, December 18, 2012

'Ustazah" Arbaiyah..

Mungkin perkahwinan boleh menyelamatkan dirinya dari gedik politik yang berterusan...

Pemimpin2 PAS yang berkemampuan harus mengambil tanggungjawab...
Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.

Sunday, December 16, 2012

Sinar Harian tak lulus dari segi telus dan tulus...

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.SH
Husammuddin patut memberi penjelasan kenapa hanya sebahagian kenyataan ibrahim disiarkan dan tidaklah perlu dia lari tajuk dan melabelkan ibrahim tidak relevan.
Dalam politik Ibrahim masih ahli parlimen, Presiden Perkasa yang mempunyai jumlah ahli yang boleh dibanggakan. Sinar Harian sekadar harakah kedua untuk pembangkang, tumpang tuah untuk lariskan akhbar. 

2009 sinar harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan sudah basi, sekarang 2012..jangan syok sendiri.

DAP memberi Amaran kepada Melayu di PKR dan PAS..

Perkauman yang kuat dalam DAP dengan menolak Melayu dengan kuasa undi di dalam parti menunjukkan DAP bakal tanpa calon Melayu dalam PRU13.

Melayu gagal dapat undi dalam parti mana mungkin Melayu dapat undi dalam PRU 13 sebagai calon DAP !

Bukan sahaja DAP tolak UMNO, kini mereka tolak Melayu dalam parti sendiri dan mana mungkin mereka boleh terima Melayu dari PKR dan PAS ?

Jika Melayu dan Islam ditolak DAP, atas dasar apakah mereka masih terima Anwar, Hadi dan Nik Aziz ???

Wednesday, December 12, 2012

Kalau Tak rasuah...Bukan UMNO Namanya...

Cuba kaitkan dengan ini pula (aku copy and paste)..

" Dengan melakukan berbagai onar...fitnah tu jangan cakaplah..bukan pembangkang kalau tak fitnah...pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyampaikan ucapan siang semalam semuanya fitnah belaka... "

Jadilah fahamlah aku bahawa rasuah yang dikaitkan dengan UMNO itu adalah fitnah siang malam puak pembangkang. 

Rasuah tidak pernah kenal parti politik..ia akan berlaku bila ada keperluan dua pihak. cuma kebetulan segelintir yang berkuasa dan berpengaruh dalam kuasa politik masakini adalah UMNO.  Tapi lu orang ingat dalam MCA, MIC, dan BN tak ada rasuah ke? Tak ada atau kurang sebab tak kena tangkap..

Dalam PKR, DAP dan PAS tak ada rasuah ke? 
Lu ingat pemimpin mereka tu bukan manusia ke ? apa yang mereka kejar siang malam sekarang?
Kuasa untuk apa?







Pembangkang sedang kebulor, kuasa untuk mengaut..

Monday, December 10, 2012

Pembangkang Dapat Peluru Hidup..

Bersiapa sedialah puak umno di bawah sana - tahan belakang - pembangkang dapat peluru hidup nak tembak hampa...

1001 cerita akan keluar dari kesah ini...

Menteri Mentor Pertama Malaysia

Kemungkinan Lim Guan Eng akan menjadi Menteri Mentor dalam usia yang awal kerana ketidakmampuan PM selepas Putrajaya ditawan Pembangkang.

Samada Anwar atau Hadi jadi PM - ada aku kesah !!!

Saturday, December 1, 2012

satu undi untuk siapa?

kalau tak ada nilai, otak dah beku, kufur nikmat, bagilah pada pembangkang...

Sunday, November 25, 2012

Nik Aziz / Karpal - standard kain buruk dah..

Nampaknya ad sahaja yang berniat jahat apabila cuba mereka-reka cerita Karpal ingin dijatuhkan gara-gara namanya pernah dicadangkan Tun M sebagai bakal PM selepas PRU13.

Rekaan itu memang betul - standard karpal sama macam nik aziz - memang dah tak logik, orang tak sebut pun nama mereka sebagai PM, sekadar jadi kain buruk, buat lap meja akibat teh kopi yang tertumpah kerana orang berpolitik menepuk meja.


GEORGE TOWN 25 Nov — Pengerusi DAP Karpal Singh berkata dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan hanya satu rekaan semata-mata Beliau berkata dakwaan seumpama itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya “Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum balas kepada perkara seperti ini ” katanya pada sidang media di sini hari ini “Tidak ada masalah di dalam parti ini semua rekaan Ini adalah salah satu daripada demokrasi Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini “Tiada masalah macam-macam akan berlaku walaupun pilihan raya umum pilihan raya satu parti politik ini biasa Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu yang penting ” Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini memetik kenyataan bekas pemimpin parti DAP Tan Tuan Tat yang mendakwa terdapat konspirasi untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti itu — Bernama.

Saturday, November 24, 2012

Doa PAS itu hanya permulaan

Apakah UMNO sudah gundah gelana dengan doa k.o pas tu? Kata mereka, yes umno sedang bercelaru, bimbang dan resah. Almaklum doa itu datang dari keluarga ulama yang pergi haji dan umrah atas sponsor.

UMNO kena ingat, doa itu hanya satu permulaan, doa-doa t.k.o akan menyusul malah jangan terkejut jka selepas ini nik aziz akan minta jin syaitan polong hantu raya untuk menakut-nakut dan memusnahkan umno.

Semuanya, kerana pas sangat terdesak !!! Kekecewaan mereka (diikat tangan dan kaki, diplaster mulut) oleh sekutu mereka di pakatan haram diluahkan kepada UMNO.

Sementara kita menunggu saat dan ketika anwar 'meratap' dengan sumpah laknat saiful kini pas pula join untuk 'meratap' doa yang berbalik kepada mereka.

Mahathir masih sihat, perut Najib masih ok..

KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...