Friday, February 6, 2015

Isu Harga Barang Tidak Turun... Menteri Cakap Tak Serupa Bikin...


Kita sebok meminta harga barang diturunkan oleh peniaga majoritinya cina atas dasar harga minyak sudah turun. Sebagai pengguna kita sokong dan kita kena ingat peniaga juga adalah pengguna pada masa yang sama.

Bagi produk yang berasaskan sepenuh atau sebahagiannya diimpot, ia tidak dapat diturunkan kerana nilai RM yang rendah menjunam.

Pengguna disaran menggunakan kuasa pengguna  !!!!
Bagaimana dengan kuasa kerajaan ??? Bila nak guna.....

Sebagai kerajaan jika ada moral seharusnya menunjukkan contoh yang baik...
Kenapa kerajaan sendiri tidak mulakan...
Turunkan kadar caj letrik yang begitu membebankan...
Turunkan harga barang kawalan seperti gas memasak...
Banyak lagi yang boleh diturunkan....

Mungkin PM juga boleh memikirkan untuk turun dan lepaskan jawatan !!
Berilah sedikit kelegaan kepada rakyat....

Wednesday, February 4, 2015

1 Malaysia Dok Bengang

Dalam posting terbaru Tun Mahathir chedet - DEMONISING
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.

Persaolan kepada rakyat kenapa Najib tidak muncul di media utama seperti TV3 untuk menjawab dan menyerang balik segala persepsi buruk ke atasnya.

Pecacai janganlah pula menuduh blog ini cuba melagakan Tun dan Najib tetapi tidak mengapa kalau mahu menuduh blog ini mahu penjalasan telus dari Najib.
Kalau "keberanian" pun Najib sudah tiada, sukar untuk melihat ada "kebenarannya".

Penjelasan yang baik boleh membantu blog ini menjadikannya alasan untuk menyokong Najib tetapi sebahagian blogger yang pada awalnya menentang 1MDB kini mula menyokong - apakah mereka sudah mendapat jawapan pasti  (?) atau sebenarnya mereka sekadar copy paste..untuk membebaskan diri dari dicop "bangang".

Adakah boleh sekadar beralasan "percaya" sahaja kepada Najib !!!

1. I am surprised at the report in The Star that some bloggers are attacking the critics of 1MDB. I am surprised not at the bloggers doing this. I have known about their activities for some time now.

2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.

ADA SESIAPA YANG TAHU APA KOMEN MUHYIDDIN DALAM ISU INI (?) 



Wajib bela diri jika difitnah

MUGHIRAH bin Syu'bah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal sangat cerdik. Beliau selalu menemukan jalan keluar setiap kali berdepan dengan permasalahan yang berat.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberinya jawatan amir di Bahrain. Namun kerana rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah, Umar memecat beliau daripada jawatan tersebut, lalu menyuruhnya kembali ke Madinah.

Meskipun keinginan mereka dituruti, namun rakyat bimbang Umar akan berubah fikiran di masa hadapan. Mereka takut Mughirah akan ditugaskan kembali di Bahrain. Justeru, rakyat yang tak berbudi ini membuat rancangan jahat. Mereka berniat memfitnah Mughirah agar imejnya rosak di mata Khalifah Umar.
Ahli Bahrain mengumpulkan wang 100,000 dirham lalu diserahkan kepada seorang laki-laki. Orang ini lalu pergi ke Madinah untuk berjumpa sendiri dengan Khalifah Umar.

Di hadapan Umar, laki-laki dari Bahrain itu berkata: “Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya Mughirah telah berkhianat. Ia mencuri wang negara sebanyak 100,000 dirham lalu menitipkannya kepadaku."
Lalu dia memperlihatkan wang yang dibawanya dan berkata: “Inilah buktinya."

Sebagai pemimpin yang adil, Umar segera memanggil Mughirah. Setelah menceritakan tuduhan tersebut, Umar bertanya kepadanya: “Apa pembelaanmu?"
Mughirah menjawab: “Wahai Amirul mukminin, orang ini telah berdusta. Aku tidak menitipkan wang 100,000 dirham kepadanya, akan tetapi 200,000 dirham."
Umar bertanya lagi: “Mengapa engkau melakukan perbuatan khianat?" Mughirah menjawab: “Aku terdesak kerana hajat keluargaku, wahai Amirul mukminin."

Orang yang membawa cerita dusta itu menjadi ketakutan. Bagaimana tidak, pada saat ini ia malah dituduh mencuri wang 100,000 dirham. Jika tidak dapat menghadirkannya, maka ia pasti dihukum. Tentu sahaja ia tidak memiliki wang sebanyak itu.

Orang ini segera berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Amirul mukminin. Ia tidak menitipkan sedikitpun wang kepadaku. Sebenarnya aku hanya membuat cerita palsu. Kami rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah dan kami bimbang tuan akan mengembalikannya menjadi amir di negeri kami."
Umar bertanya kepada Mughirah: “Apakah yang membuat kamu membuat pengakuan palsu seperti tadi?"
Mughirah menjawab: “Orang jahat ini telah berdusta untuk menjatuhkan aku. Maka aku ingin menghinakannya."

Kisah ini terdapat dalam beberapa kitab sejarah antaranya, Siyar A’lam al-Nubala karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi.

Bela diri
Seorang Muslim memang penyabar, namun bukan bermakna dia mesti berdiam diri apabila difitnah. Dia wajib membela dirinya dan menjelaskan hakikat yang berlaku.
Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran. Apabila isteri majikannya menuduh baginda merayu beliau, Nabi Yusuf segera menafikan tuduhan tersebut. Dengan tegas beliau menceritakan perkara yang sebenar: Dialah yang merayu diriku! (Yusuf: 26)
Seorang mukmin tidak boleh membiarkan dirinya menjadi mangsa fitnah dan kekeliruan. Malah ia mesti menutup segala kemungkinan yang boleh berlaku. Jelaskan duduk perkara yang sebenar sebelum sesiapa tersalah faham.

Pernah satu malam Safiyah mendatangi Rasulullah SAW yang tengah beriktikaf di masjid. Setelah berbincang beberapa saat, isteri Nabi SAW ini bangkit untuk beredar. Baginda turut berjalan untuk mengiringi beliau keluar.

Kebetulan dua orang laki-laki berlalu di tempat itu. Melihat Rasulullah SAW tengah berjalan dengan seorang perempuan, mereka mempercepat langkah untuk menjauh.
Rasulullah SAW segera memanggil mereka. Baginda ingin menutup kemungkinan berlaku salah faham di hati mereka. Baginda bersabda: “Ini isteriku Safiyyah binti Huyai."

Baginda bersabda: Sesungguhnya Syaitan mengalir di tubuh manusia seperti aliran darah. Aku bimbang ia akan membisikkan perkara buruk kepadamu. (riwayat al-Bukhari)
Semoga Allah menjaga kita daripada fitnah dan tuduhan palsu. Amin ya rabbal ‘alamin.

Monday, February 2, 2015

Sikap dan kerenah mereka memberi kekuatan kepada DAP..

Terima kasih kepada Ku Li yang menubuhkan Semangat 46 dan akhirnya membubarkan demi penyatuan Melayu dan Islam.

Terima kasih kepada Pak Lah kerana berundur dan melepaskan jawatan demi kestabilan parti dan penyatuan Melayu dan Islam.

Terima kasih kepada Mahathir kerana menunjukkan contoh berundur walaupun sedang berada di tampok kuasa dan masih diperlukan.

Berbeza dengan Anwar yang sudah dipecat dan dipenjara tetapi masih ingin merebut kuasa..kuasa untuk apa..untuk siapa..untuk rakyat?

Berbeza dengan Najib, walaupun tewas PRU14 lebih teruk dari Paklah dan sedang dikiritik hebat malah sudah boleh dibuat kesimpulan PM yang paling lemah..masih mahu memegang kuasa....kuasa untuk apa...kuasa untuk siapa...untuk rakyat?

Selagi dua manusia ini masih ada....mereka hanya menyumbangkan kekuatan berterusan kepada DAP untuk terus memberi ancaman kepada Melayu dan Islam.

Jangan tanya, siapa yang harus gantikan Najib.....

Mengekalkan Najib dan kabinetnya; mahal rantai dari beruk...http://aspanaliasnet.blogspot.com/2015/01/mengekalkan-najib-dan-kabinetnya-mahal.html

Dangkalnya Ketua pemuda MCA...

Menteri minta boikot peniaga yang tidak turunkan harga barang, dia pula suruh Menteri itu melepaskan jawatan...Bodoh ke bangang tu..

Patutlah DAP boleh menang mudah kalau pemimpin MCA seteruk tu..

Kj mungkin boleh menyelamatkannya...minta maaf bagi pihak Ismail Sabri !!!

Sunday, February 1, 2015

Apa yang saya faham tentang GST takkan sama dengan orang lain..yang mana satu betul ni.. NAK DENGAR RAFIZI@AHMAD MASLAN

GST adalah satu sistem percukaian terbaharu yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecekapan pemungutan cukai dan menambah hasil cukai kerajaan - rasanya itu satu kesimpulan yang dipersetujui ramai..

Ditokok tambah atau dilogikan - apabila hasil cukai bertambah pembangunan kepada rakyat dapat dibuat - ye ke?

GST akan meningkatkan majoriti harga barangan - setuju tak !!!

Sesetengah harga barang akan turun apabila GST diperkenalkan - itu teori atas kertas...secara realitinya mustahil berlaku ...setuju tak?

Dalam soal pencerahan tentang GST - kerajaan dan pembangkang berlumba-lumba untuk menerangkannya kepada rakyat....
Majoriti pemimpin pembangkang lebih faham isu ini berbanding dengan pemimpin kerajaan yang masih blur dan mereka sendiri pun tak faham - lebih berperanan sebagai burung kakak tua....setuju tak

Mana satu yang lebih betul - cakap pembangkang (Rafizi) lebih praktikal, logik dan sekurang-kurangnya mengajak otak kita lebih berfikir dan membuat analisa.. kita kena lihat GST dari sudut rakyat, sudut yang telus dan bukannya dari sudut kerajaan semata-mata.

Mendengar cakap pembangkang bagi topik GST...kalau buruk dan bohong pun tidak memberi apa kesan buruk kepada rakyat....
Mendengar cakap kerajaan bagi topik GST...jika buruk dan bohong...rakyat yang merana.

( Hakikatnya: Kita kena dengar lihat analisa isi percakapan dan bukannya siapa yang bercakap.. )

Rakyat yang berpendapatan RM2500 sebulan dan kebawah sebelum ini tidak dikenakan cukai pendapatan tetapi selepas ini, mereka akan berhadapan dengan cukai GST !!! best ke tak best !!!

Apa yang anda faham (?)



# Kecekapan hasil kerajaan bukan sekadar pertambahan cukai tetapi lebih kepada pengurusan kewangan yang berhemah, penjimatan, elakan ketirisan dan pemborosan serta  jangan terlebih mudah sangat "jetting".


Peniaga Cina beri alasan kenapa harga tak turun...

Pelanggan: Hello apek, minyak sudah turun, apasal harga barang tak turun...
Peniaga: Ringgit sudah jatuh maa...

Ada kebenarannya...
Pokoknya...kerajaan juga yang salah atau disalahkan..

Berbeza dengan peniaga Melayu..mereka lebih beralasan kepada harga yang ditentukan oleh pemborong.


April nanti, harga barang akan naik lagi, alasan terbaik....gst..
Kerajaan kena lagi.....

Kita boleh salahkan sikap perniaga, sikap rakyat..tetapi sikap kerajaan yang lemah akan dimbil kesempatan oleh mana-mana pihak.

Perhatikan "body langguage" Najib...beban dan asakan terhadapnya sangat ketara...serba tak kena

Saturday, January 31, 2015

Kalau MIC nak lingkup..perlu ke UMNO sebok sangat.

Dalam pilihanraya, calon MIC bertanding di majoriti Melayu, UMNO juga lah jadi pecacai haprak ke hulu ke hilir berkempen..untuk menangkan.

Di kawasan calonnya UMNO, Melayu jugalah layan minoriti puak ini, bagi itu ini atas dasar mengemis undi.

Hari ini kalau MIC nak lingkup, perlu sangat ke UMNO nak pecahkan kepala hotak nak fikir cara nak selamatkan..di akhirnya dua puak ini tetap tidak boleh bersatu, mabuk mereka bukan sekole dua..mana ada kepuasan mutlak. akhirnya UMNO juga disalahkan...

Ingat lagi tuduhan  ketika mereka hancus di PRU14....MCA dan MIC kata kekalahan disebabkan pemimpin UMNO bongkak !!!

Dan akhirnya UMNO sendiri dengan kepimpinan sekarang belum pasti survivenya, dan setakat manalah MIC dan MCA serta komponen lain akan setia dan hormat dengan Najib, kalau adapun hanya di depan, bermuka-muka.


Politik sekarang..politik yang perlu menunjukkan kekuatan untuk mereka yang lemah berteduh....Kalaupun Mahathir itu dicop ultra Melayu  di eranya dan secara terbuka menyokong Melayu, tetapi kenapa cina berkerumun...sebab kekuatan Mahathir diperlukan untuk mereka aman berurus niaga.

Dalam ketika Najib kononnya liberal dan terbuka..apakah cina menderu di belakangnya, mereka tidak lebih dari menunggu masa dan peluang untuk memijak kepala..

Contoh terbaik ialah PAS, walaupun dilayan seperti anjing kurap, masih nak bersekedudukan lagi dengan DAP.....sebab apa...sebab kemaruk undi cina, masih berangan..

Ketika masih ada masa..Nik Aziz elok betulkan kesilapan dengan tindakan bukan sekadar minta maaf secara umum...

6ANGKA