Monday, February 2, 2015

Sikap dan kerenah mereka memberi kekuatan kepada DAP..

Terima kasih kepada Ku Li yang menubuhkan Semangat 46 dan akhirnya membubarkan demi penyatuan Melayu dan Islam.

Terima kasih kepada Pak Lah kerana berundur dan melepaskan jawatan demi kestabilan parti dan penyatuan Melayu dan Islam.

Terima kasih kepada Mahathir kerana menunjukkan contoh berundur walaupun sedang berada di tampok kuasa dan masih diperlukan.

Berbeza dengan Anwar yang sudah dipecat dan dipenjara tetapi masih ingin merebut kuasa..kuasa untuk apa..untuk siapa..untuk rakyat?

Berbeza dengan Najib, walaupun tewas PRU14 lebih teruk dari Paklah dan sedang dikiritik hebat malah sudah boleh dibuat kesimpulan PM yang paling lemah..masih mahu memegang kuasa....kuasa untuk apa...kuasa untuk siapa...untuk rakyat?

Selagi dua manusia ini masih ada....mereka hanya menyumbangkan kekuatan berterusan kepada DAP untuk terus memberi ancaman kepada Melayu dan Islam.

Jangan tanya, siapa yang harus gantikan Najib.....

Mengekalkan Najib dan kabinetnya; mahal rantai dari beruk...http://aspanaliasnet.blogspot.com/2015/01/mengekalkan-najib-dan-kabinetnya-mahal.html

36 comments:

  1. blogger macam tuan juga menyumbangkan kekuatan buat dap. sepatutnya ushasa penyatuan umat melayu ditingkatkan..jika semuat umat melayu dlm umno, pas dan pkr bersatu...dap pasti mampus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Sangat2 setuju. Apa pula sumbangan blogger spt tuan KD? KD tak sudah2 menyerang kepala keretapi sampai lupa dalam keretapi ada penumpang yang ramai. Sepatutnya blogger seperti tuan KD berusaha menyatukan umat melayu yang terancam kedudukan haknya dan agamanya, bukan membakar kepala keretapi yang mendedahkan gerabak penumpang terjunam sama ke dalam gaung. Satu jari telunjuk tuan KD menunjuk kelemahan orang lain, 4 jari tuan KD menunjuk kepincangan diri sendiri.

      Delete
  2. Betultu. Aku syg semua kecuali dap. Kita patut bersatu dan membantu. Jgn jadi lebih bangang dari mereka yg bangang.

    ReplyDelete
  3. Jangan la hampa nak marah KD , dia blogger tak dibayaq duit satu sen pun, macam blogger bangang pro BN yang najib sendiri sebut. Kalau dah tak mau Dapigs dok serang jangan dok tunjjuk kelamahan kita , ini dak orang bagi nasihatx2 elok-elok tak mahu ambil peduli lngsung , dok dengaq penasihat yang di bayar 7 billion (disebut di parlimen doleh menteri) lepas tu sampai hari ini dok flip flop . la ni nak marah pulak pasai apa pi mampouih lagi bagus la..

    ReplyDelete
  4. DAP tu lebih baik dari MCA dari segi ketelusan.

    ReplyDelete
  5. Tak tahulah apa yang tak kena si Najib pada KD.Pada saya Najib telah membuktikan kepimpinannya yang berwibawa.Disebalik cabaran yang kuat masa PRU 13,UMNO pimpinan beliau telah berjaya memenangi kerusi Parlimen lebih kurang sama denan partix komponen PR dicampor tiga.Dewasa ini,walupun banyak kritikkan dan cemohan dari pihakx pembangkang dan Melayu yang konon liberal,saya lihat beliau tidak ambil pusing,beliau terus melaksanakan tugas beliau sebagai PM saperti yang rakyat amanahkan pada beliau.Kita jangan membuat spekulasi yang beliau tidak menerima nasihat TDM atau TDZ.ada kemungkinan mereka berjumpa kita mana tahu,takkan mereka nak canang,tindakan beliau menggubal belanjawan 2015 kalau diteliti betulx berkemungkinan atas nasihat mereka ini.Mengkritik oleh sebabx tertentu memang senang,tetapi biarlah berpadan,berserta bukti,fakta.Terok sangat ke keadaan negara kita sekarang?.Betulke nak bangkrup.10 tahun dah dengar negara nak bangkrup tapi tak pun.Ada ke rakyat kita sekarang mati kebuluran,dianiaya,.Yang bising ini adalah golongan urbanites yang terlalu materialistik,berlagak tak sedar diri usul asal dan golongan Liberal saperti Liberal 25,yang kepentingan mereka tak dilayan olih Kjaan sekarang.Cuba tengok muka mereka,semua teknorat yang kaya,hidup lebih daripada macam Mat Saleh.Untuk KD ,kita tidak bolih salahkan beliau sebab blog ini dia punya,suka hati dia nak tulis,tapi pada saya beliau patut bersyukur kerana cara penulisan beliau masih bolih dibaca di negara beliau yang beliau kata terok,kalau di negara selatan tu,dah lama kena sumbat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala keretapi tak boleh pakai.
      kena tukar segera...

      Delete
  6. Sdra pembaca...saya dilahirkan pada tahun 1957. I have seen PM comes, PM goes.

    1. Tunku memerdekakan negara
    2. Setelah merdeka, Razak membangunkan negara
    3. Untuk pembangunan, Hussein menyatupadukan negara
    4. Kemerdekaan membolehkan pembangunan yang dapat menyatupadukan rakyat dan negara. Berlandaskan 1 ke 4 di atas, mahathir melonjakkan negara pada satu tahap yang amat tinggi dari segi politik, ekonomi, sosial, pelajaran, agama dsbnya sehingga negara di hormati di seluruh dunia, baik kawan mahupun lawan.
    5. Malangnya kegagalan memunafaatkan hidangan di atas dulang perak, apabila mengimamkan jamaah dengan islam hadharinya, Pak Lah terus dibuai mimpi dan terus mengajak makmum tidur untuk 5 tahun berikutnya.

    6. Ingat mimpi buruk itu mainan tidur, rupa2nya realiti yang sangat mengerikan. Najib leka dengan maklumat palsu yang menyedapkan oleh pelapor terus memanggil tuan2 penasihat untuk langkah seterusnya. Malangnya tuan2 penasihat (25%) adalah sebiji macam dalam cerita madu 3 p ramlee...maka itulah apa yang rakyat dan negara alami sekarang.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  7. citer la mcm mana pun..

    aku undi umno dan bn pd pru 13 lalu kerana demi agama bangsa dan ngra.. maknanya aku yakin dgn umno dan bn tp bkn najib!!! aku tpksa undi atas sokongan kpd umno dan bn dan semestinya bkn najib!!!

    aku tgk najib lemah.. ramai org yg mcm aku kata najib lemah..

    kelemahan dlm mempertahan agama dan ketuanan melayu..

    aku hny ingin pemimpin skrg berubah ke arah perjuangan asal umno yg memartabatkan agama dan sentiasa tegas ttg ketuanan dan keistimewaan melayu tanpa meminggirkan bangsa lain dan menjejaskan kestabilan kaum..

    klu x mampu, berilah peluang kpd yg lain utk memikul tanggungjwb tsebut..

    pemimpin silih bganti.. tapi keutuhan dan kelangsungan hidup parti tdk boleh dipertaruhkan..

    aku nk umno dan bn mng pru14.. tp klu aku rasa sprti tiada perubahan dlm mendaulatkan agama dan bangsa.. utk apa lg aku keluar lagi mengundi pada pru14 nanti?

    pemimpin dan pengkritik.. anda fikir lar sndiri..

    ReplyDelete
  8. Anon 9.06....

    SAYA SANGAT BERSETUJU DENGAN ANDA. YA ALLAH YA TUHANKU, PERBANYAKKANLAH ORANG SEPERTI AGAR MELAYI ISLAM TERUS MEMERINTAH MALAYSIA.....AAMIIN

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas pandangan semua..
    Sokongan dan keyakinan kepada Najib telahpun diberi sejak hari pertama dia memegang tampuk PM, malah sebelum itupun semasa menjadi TPM dan Menteri pun pengiktirafan telah pun diberi kepadanya.

    Harapan semua rakyat Malaysia sangat tinggi kepadanya membaiki kelemahan yang ada pada Paklah ( berlaku pembelotan dan [protes undi di kalangan orang umno dan orang Melayu menyaksikan kemenangan besar pembangkang)
    Malah atas dasar memberi masa dan peluang juga, orang Melayu masih memberi undi dan kepercayaan kepada UMNO walaupun di atas kertas pada masa itu UMNO sudahpun dijangka tewas. Pilihanraya dibuat betul-betul di penghujung tempoh 5 tahun menandakan Najib begitu tertekan sekali.

    Selepas menjadi kerajaan semula tanpa majoriti apakah Najib lebih banyak membaiki kelemahan atau lebih banyak membuiat kesilapan?
    Apa terjadi kepada nasib ISA...pemansuhan itu menyebabkan Perlembagaan begitu diperlekehkan.
    Rengkasnya - orang yang lebih rapat dengannya pun, Mahathir telah menarik balik sokongan - satu situasi menunjukkan Najib memang sudah tidak boleh pakai..
    Dengan perkembangan 1MDB - negara berada dihujung tanduk, sedikit sahaja salah percaturan - negara ini akan tergadai.
    Najib wajar berundur kalau mahu melihat Melayu kembali bersatu. Siapa sahaja yang menggantikannya akan diberi peluang untuk membuktikan sepertimana rakyat memberi peluang kepadanya dulu....

    ReplyDelete
  10. Jangan jadi bodoh untuk menghukum diri sendiri,Kita mesti rasional bukan emosional dalam mengambil satu satu keputusan yang melibatkan masa depan anakx dan cucux kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi bodoh juga menyokong sepanjang masa..

      kena rasional dan bukan emosional..

      yang betul kita sokong.. yang salah kita tegur..

      Delete
    2. Saya bersetuju dengan anda

      Delete
  11. Saya marah bukan untuk kepentingan saya yang dah berumur ini. Saya lakukan ini demi anak cucu saya dan untuk anda dan keturunan anda.

    Sememangnya kita mahu melayu, islam terus berkuasa kerana ini negara kita.

    Kalau PM 1 hingga 4 kuat dan ada visi...kita sokong sepenuh hati.

    Kalau PM 5 kita kuat tidur dibuai mimpi hadhari, kita kejutkan dia dan mintak dia turun takhta tanpa ditangisi.

    Kita ganti dengan PM 6 untuk kerja pemulihan supaya anak cucu kita tidak ketinggalan. Malangnya penghinaan demi penghinaan yang kita disajikan. Maka nipislah kepercayaan. Hati yang mana boleh tahan. Islam dan ketuanan melayu jangan harap dipertahankan.

    Adakah kita harus duduk diam tanpa tindakan?

    Hari2 dengar penghinaan
    Hari2 diperkudakan
    Hari2 ditipu tanpa segan dan silu
    Sabar kata pemimpin no satu

    Kita kena bertoleransi
    Undi bukan melayu akan kita perolehI
    Kita akan menang dengan majoriti
    Begitu mudah kita dapati

    Itulah harapan pemimpin no satu
    Jangan gundah dan ragu
    Anda tak akan ditipu
    Jangan segan jangan malu

    KALAU BEGITU HALA TUJUNYA,
    KITA PROTES BERSAMA
    AGAR NO SATU TAHU BAGAIMANA RASANYA
    BAGAIMANA ANAK CUCU MENYUMPAH HIDUPNYA

    ReplyDelete
  12. Perjuangan lapok UMNO yang harus dipersalahkan.

    Tak kan recipe sama sahaja digunakan setiap kali masalah parti sendiri tak dapat diselesaikan.

    Ni, tuduh ni lah, tu lah dll buang masa sahaja.

    Secara ringkas, diperlukan seorang diktator kuku besi dalam parti. Akta Hasutan kan ada. Tunggu apa lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Perjuangan tak pernah lapuk. Dasar tak berubah

      2. Setuju cara penyelesaian berlainan tapi the net result should be the same.

      3. factual criticisms bukan fitnah.....untuk corrections for the better

      4. You dont have to be a hitler. The like of mahathir is very good enough

      5. Nasib ada orang macam mahathir, daim, tun hami etc yg menentang abolishment of akta hasutan....kalau tidak macam ISA jadinya

      6. Tunggu what? Kalau saya 2 perkara

      A) najob listens to good advice and the path will be corrected
      B) step down n get muhyiddin to lead

      wallahuaklam

      Delete
  13. Zaman Mahathir. Rakyat tak cukup maklumat.

    Kalau nak ikut cara zaman tu sekarang, lagi cepat bee end bungkus.

    Tapi bagus jugak tu sebab dalam amano mana ada yang baik dah skarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. read more and learn more.
      tak cukup lagi knowledge tuu

      Delete
  14. Agreed anon 2.20.Perception,presumtion,heresay evidences are the orders of the day.Lazy bumps to read and do research to get real facts.Do you think reasonable people will telan bulatx Negara akan tergadai dalam case 1 MDB.Kalau disumbat ke mulut Cai KETUM mungkin ditelan sekali gulp,tapi bagi kumpulan yang ada kewarasan mereka membuat penelitian sebelum menerimanya.Perkataan negara tergadai,bangkrup,muflis dah lebih sepuloh tahun didengar tapi tak berlaku pun malah negara ekonomi negara konsisten berkembang di antara 4-5 % setiap tahun.Sebagai individu rakyat Malaysia kita berhak menyuruh Najiob letak jawatan,tapi melalak macam mana pun lah kita kalau anggota UMNO esp MT sokong dia,tak payahlah nak meyimbok.Saya lihat Najib relak aja,tak ada nak menggelabah sebab dia tahu apa yang dia buat,agenda untuk orang Melayu diteruskan juga.Yang kaki sebok ini adalah kumpulan yang mengankat diri mereka sebagai cerdik pandai dan kecewa apabila pendapat mereka tidak bolih diguna pakai lagi olih sebab perubahan situasi dan scenario.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3.00....i do not know your inclination

      1. as far as i could recall, the big issues (or factual criticisms were/are as follows:

      i) ISA repealed. Najib was wrong on this
      ii) Akta Hasutan almost abolished. Najib has to retract his earlier intention after much pressure
      iii) 1MDB - proven not wise based on latest devrlopment. Najib keeping mum other than an appearance in TV
      iv) BRIM - very fragile and yet to be seen its execution on najib's intended impact

      It has nothing to do with economic growth, or country getting bankcrupt etc. Perhaps these were trumped up by the oppositions......certainly not rational thinking umno members moreso tdm, tdz, tun hamid etc etc

      Yes you may see najib being cool, relax when inside information is he is very stressful. With inexperienced advisors around it becomes worse. Personal attacks on tdm, tdz etc is a clear manifestation of najib getting jittery each day.

      No onr is claiming to be an expett but mere expounding their thoughts do that najib could come on back on right track.

      I do agree some issues are outdated but the four issues above is critical for you and me.

      Remember, if we make mistake now, we will all regret if we lose in coming pru14.

      Sir, i am no opposition man but love my race malay, muslim and malaysia

      Wallahuaklam




      Delete
  15. Salam,Iam also deeply concern with the future of my nation and also esp love my religion and a totok Melayu.But all these criticsm against Najib some were not fair.I am apolitical like you and no apple polisher for Najib,but we must be fair to him.Most of his decisions made were collective decisions through discussion at MT UMNO level or for that matter Cabinet level.For the sake of healthy discussion ,below are my opinions on the four salient points you pointed out.
    1. ISA....It is fair to put the blame solely on Najib on this subject.It was a collective decisions by BNs MPs and I am sure he had discussed it with relevent authourities and AGs Chamber.So far until now did we had any racial riots or lost of lives after ISA is repelled.
    2..AKTA HASUTAN...It was from collective decision that this AKTA remained.Who said he did not listen to other people opinion.
    3..1 MDB, ..He had explained the situation,what more he can do when the destractors refused to accept simple explainations.Investment is a long term project and if we care to check most of the creditors are our local Finance Institutions.Negara kita tidak akan terggadai ke pihak lain.I still remember the KHAZANAH National project,they were the punching bag when making investment overseas and locally.I wonder where are the armchair critics missing now KHAZANAH produced result.
    4..BRIM...It did give large impact to the semi urban and rural people.It is only the ungrateful and arrogant urbanites who called the rural folks BODOH for supporting BN really feel the pain.They are so materialistic and love luxuries,spendthrifts as a result they unconsiously raised the cost of living.Their habit of buying what they want rather than what they need are contrastly different from the attitude adopted by the rural folks.To the rural folks the direct subsidies given to them were so helpful as for RM 500/ they can maintain their for half a month or more.By the way may I ask who consisted of the rural folks.
    On the subject of personal attack on TDM and TDZ.If in the armed Forces there exist terms as Direct Command and InDirect Command.Najib can controlled the first group but the latter group is the real batu api alongside the frustrated liberal Melayu such as Gp 25 ,Oppo cybertroopers and those Bangang fingerthumb warriors mentioned by him .So far I did see any jittery on Najib part,business as usual of governing the nation,as he knows he had the full backing of the men behind him.If you think so much of comments and critism by destractors and start retaliating,nothing can be done,too much politicking habok pun tak ada,good example yang sebelah sana,gadoh sama sendiri,berceramok,tikam menikam dari belakang.Ada kah pemerintah sebegini yang kita mahu dan idamkan.Najib can sedar bila dia tidak diperlukan lagi dan akan berundur secara hormat saperti TDM apabila tiba masa dan waktunya,tetapi untuk memaksa beliau berundur di dalam jangkamasa dekat ini di mana misi beliau belom selesai adalah dirasakan kurang bijak.InshALLAH negara kita belum hancor lagi dan Najib memang tidak berniat untuk menghancorkannya selagi beliau beragama Islam dan berbangsa Melayu.Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sir, based on your response/comments above, I observe the following:

      1. At least on ISA you agreed it was najib's blunder. Compounding is "najib's yes Prime Minister cabinet members" who like rhetorics in the likes of "flip flop" zahid, "non corroborated" hishamuddin, ineffective nazri, SIL of hadharical ex 5th PM khairy and the list goes on. On AG, being an east malaysian, i dare say patail is the most weakest malaysia has so far. Sure there is no riots now but because of ISA repealed, lots of sparks, insulting race and religion unprecedented before this. Do you need a racial riot to happen to prove a point or you would rather prevent it from happening?

      2. On Akta Hasutan, only after so intense pressure from many corners from party veterans including some brave current ministers, ex and current KPN did najib withdrew his earlier stand to repeal the act. What does it show? Had he truly listened to good advice, there is no need for the pressure with polemics in the public? It only gives the opposition the bullet to shoot at him.

      3. Yes, najib came out to explain even appearing on TV but not only he scratched the surface of the problem but invited more suspicion. A lot of contradictions. It is now proven money being repatriated nowhere to be seen, now seeking 3rd rescheduling of loan payment, ananda krishnan to give loan etc etc etc. What are these if not unhealthy state of confused investment strategy. His simple explanation is nothing but worthless.You are not comparing apple to apple when comparing khazanah and 1MDB.....lots of different. Hope you understand real meaning of "investment". To many, it is proven that 1MDB is a failure......

      4. On BRIM, its useless to argue on your basis. Its not the issue of rural and urban folks. Its about cash handout and long term impact. Surely impact on govt coffer when oil price crashed........Najob has to buget, rebudget etc etc....when it ends, only ALLAH knows.

      5. Some people are good at hiding their feelings. You can hardly see. MEMANG NAJIB TAK NAK HANCURKAN MELAYU DAN ISLAM. TOLONG LAH DENGAR NASIHAT LIKE WITHDRAWING THE INTENTION TO REPEAL AKTA HASUTAN. Kalau nak berundur, buat sekarang sebelum nasi jadi bubur. ALLAHUMINZALIK.

      Wallahuaklam


      Delete
  16. Correction.....before the word see pse insert the word no,the sentence should read so far I did not see any jittery on Najib part, Thank you.

    ReplyDelete
  17. Mengkritik tak semestinya pembangkang..
    Jangan lenakan Ah Jib Gor dengan pujian dan ampu2..

    ReplyDelete
  18. Tidak siapa yang mengatakan mengkritik mesti pembangkang.Apa yang saya perhatikan konsep ini hanya digunakan olih pihak mereka jika kita tak bersefahaman dengan mereka.Tak nampak pun ada pujian nak lenakan Najib,hemtam adalah.....ish...ish...ish.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemuji dan pujian

      1. All umno heads less those who are reasonable in their comments.

      2. The MCA, MIC who are actually devil advocates

      3. The oppositions who loves weak leaders

      4. The Economist

      5. The Wall Street Journals

      And many other local apple polishers.

      najib lena..........

      Delete
  19. aku sayang UMNO..sokong UMNO..keturunan penyokong UMNO..ahli UMNO..

    1 Malaysia tak faham so kena baham..
    Bubar MECD ganti TERAJU=jahanam
    Pendidikan PBS,PT3 =Pelajar sekolah keliru=Hancur generasi baru
    Ada khazanah pastu wujud 1MDB=Kontroversi

    Isk isk banyak lagi...

    Teruslah ampu..sokong sampai rebah..

    ReplyDelete
  20. Aku sayang amano asalkan pemimpinnya/kroni kaya raya.

    Aku sayang amano walau Melayu paling ramai kat Pusat Serenti

    Aku sayang amano walau nilai duit makin jatuh sehingga nilai duit Thailand makin besar.

    Aku sayang amano walau nilai RM50 pun rasa mcm RM10 dulu

    Aku sayang amano walau kroni mereka boleh pinjam berjuta2, sedangkan aku sendiri susah nak dapat pinjam RM1000

    Aku sayang amano walau Melayu x mampu beli rumah besar skarang. Taraf flat pun x ramai.

    Aku sayang amano walau ramai Melayu x de kerja. Kalau kerja pun jadi guard, mcm kata ustaz amano(Bukan hina guard kerana mereka terpaksa bekerja begitu).

    Aku sayang amano walau kena boikot barang demi untuk bangun kembali.

    Aku sayang amano walau duit negara hilang tapi tak jumpa pesalahnya.

    Aku sayang amano walau perangai anak muda sekarang ramai mcm hantu.

    Aku sayang amano walau kat kl tu penuh pati. Negara senang bolos

    Aku sayang amano walau kes gro tak sudah2.

    Aku sayang amano walau pemimpin bercuti ke luar ngeri time negara masalah.

    Aku sayang amano walau pemimpinnya boros.

    Aku sayang amano walau pemimpin bertukar dari satu keturunan ke seterusnya dengan perangai 2x5.

    Aku sayang amano walau rasuah berleluasa.

    Aku sayang amano walauuuuu....

    Aku sayang amano dulu sebab aku tak cerdik. Asyik bangga nampak pemimpin mereka berjaya/hebat.

    Lupa!!!!!!

    Akulah yang undi mereka. Akulah yang mengkayakan mereka.

    Skarang aku dah ubah ke Pakatan untuk mencari pemimpin baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra anon 6.11 pm, dengarlah pantun di bawah

      Ku alih rasa ubah ke pakatan
      Pemimpin baru sebagai gantinya
      Sesal dahulu berpendapatan
      Sesal kemudian tidak berguna

      Pemimpin pkr kononnya pembela
      Ingatkan pejuang yang amat disegani
      Alangkah rugi jika sebaliknya
      Pejuang bangsa rupanya pesalah sodomi

      bau yang kuat dalam kelas
      Buah nangka buah cempedak
      kalau pemimpin kalangan parti pas
      bangsa dan agama dilelong kelak

      pendatang jadi penduduk tetap
      Tanah dak negara diajak berkongsi
      kalau nak harap pemimpim dap
      elok gali kubur tanamlah sendiri

      Ingatlah.....sejahat2 umno, sejijik2 umno....kita melayu islam wajib bersyukur dab berterima kasih di atas kurniaan kesejahteraan dan keamanan di bumi malaysia. Sebab itu pemimpin perlu mendengar nasihat yang baik, bukan dengar nasihat orang sekeliling yang tidak berpengalaman mentadbir negara.

      Delete
    2. bila kecam umno...suruh kita bezakan dng parti lain.
      bila kecam najib suruh undur...kata kita dengki..
      peeraaaahhhhh

      Delete
  21. Anonymous 11.00 pm..

    Masa aku marah aku tetap undi umno..
    Cadang nak tengok PR ok ke tak? Klu ok aku pun tukar angin..

    Last2 tgk PR lagi teruk..Betul2 hamPAS dan hampeh...

    Dulu ada Pak Kadok..Skrg Lebai Kadok..

    Menang sorak,kampung tergadai..

    Hancussss

    ReplyDelete
  22. "melayu islam wajib bersyukur" pada Allah. So, kena ikut hukum Allah sepenuhnya atau setidak2nya bercita2 ikut hukum Allah sepenuhnya. Hukum Allah x suruh ikut pemimpin buta tuli.

    Pemimpin boros dan dah perintah lebih 50 tahun memang confirm x reti perintah. Klau tunggu 50 tahun lagi pun lagi teruk. Apatah 100 tahun lagi.

    "kesejahteraan dan keamanan" ????????? Ko mungkin aman. Orang yg kena rompak/bunuh/rogol dgn PATI atau mat gian ramai yang tak aman.


    Lihat kat kl dah le... bersepah orang asing sampai naik pening.


    Anon 1016. Baguslah cadang nak tengok PR. Cuma bila tengok tu, tengok dengan akal. Jangan tengok berita utusan meloya atau tv tiga suku dengan cerita fitnahnya.

    Lapangkan dada. Cuba berkawan sama dengan penyokong PR.

    Mereka ni baik2. Kadang2 suara kuat sikit sebab dah lama ditindas. Biasalah tuuuuuu..

    ReplyDelete
  23. Anon1.21
    Thank you for your reply and explainations and I think there is no necessary that I rebutt them.It is clear that we have different pespectives and ways we appreciate things in order to derive to a good assessments and deductions.Nevertheless it was a good discussion and interactions.You cannot say I am wrong,neither do I ,only time will tell.Both of us are matured enough to be emotional about it but I am dead sure that both of us wish dearly that our nation flourished and developed into a better place to live for our future generations.Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.

      1. I do enjoy exchange of views with you, sir
      2. Whilst we have differing views, one thing in common, we desire to see leadership in this country to be strong and resilient to changes in current environment not appearing to be strong but in actual fact weak and a failure.
      3. As an east malaysian having stayed in peninsula malaysia for almost 40 years, i think i am qualified to comment on the mentality of urban and rural malays and muslims Based on my interaction with them.
      4. Having worked with at least 4 GLCs throughout my professional career, there were and are tendencies of top malay executives to depend on "consultants" when developing policies of their respective organisations. In the event a policy failed, the normal respond was to blame the consultants.
      5. As a political leader, only TDM possessed strength and belief in his capability. Yes, he may have advisors around him but he made decisions convincingly with commitment.
      6. Unfortunately, i have not seen that characteristics "oozing out" from current PM.

      MAY ALLAH SAVES US MALAYS AND MUSLIMS IN MALAYSIA. I AM A POLITICAL BUT DEEP DOWN IN MY HEART, I WISH UMNO AND UMNO MEMBERS HAVE CHANGED OF HEART NOT ONLY FOR THE BETTER BUT TI REGAIN WHAT HAD AND HAVE BEEN LOST SINCE THE DAY WHEN ABDULLAH BADAWI AND LATER NAJIB TAKES OVER. WALLAHUAKLAM

      Delete
  24. sebagai Melayu dan Islam, bila aku nak pilih BN dan Pakatan,aku kaji berikut:


    Jika pilih BN, terasnya ada kat UMNO..
    Jika aku pilih PR,terasnya DAP..


    Pikir punya pikir..aku pilih BN lah...

    He he..

    Masa pilihanraya 2008 aku tgk poster DAP pd Cina2..

    "Jika pilih BN maknanya pilih UMNO dan pilih Melayu"

    Akhirnya majoriti kwsn Cina di Ipoh pilih DAP..

    So akupun nak berfikir mcm Cina..

    Tapi aku nak jadi Melayu Islam

    ReplyDelete

6ANGKA