Wednesday, February 4, 2015

1 Malaysia Dok Bengang

Dalam posting terbaru Tun Mahathir chedet - DEMONISING
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.

Persaolan kepada rakyat kenapa Najib tidak muncul di media utama seperti TV3 untuk menjawab dan menyerang balik segala persepsi buruk ke atasnya.

Pecacai janganlah pula menuduh blog ini cuba melagakan Tun dan Najib tetapi tidak mengapa kalau mahu menuduh blog ini mahu penjalasan telus dari Najib.
Kalau "keberanian" pun Najib sudah tiada, sukar untuk melihat ada "kebenarannya".

Penjelasan yang baik boleh membantu blog ini menjadikannya alasan untuk menyokong Najib tetapi sebahagian blogger yang pada awalnya menentang 1MDB kini mula menyokong - apakah mereka sudah mendapat jawapan pasti  (?) atau sebenarnya mereka sekadar copy paste..untuk membebaskan diri dari dicop "bangang".

Adakah boleh sekadar beralasan "percaya" sahaja kepada Najib !!!

1. I am surprised at the report in The Star that some bloggers are attacking the critics of 1MDB. I am surprised not at the bloggers doing this. I have known about their activities for some time now.

2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.

ADA SESIAPA YANG TAHU APA KOMEN MUHYIDDIN DALAM ISU INI (?) 



Wajib bela diri jika difitnah

MUGHIRAH bin Syu'bah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal sangat cerdik. Beliau selalu menemukan jalan keluar setiap kali berdepan dengan permasalahan yang berat.
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberinya jawatan amir di Bahrain. Namun kerana rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah, Umar memecat beliau daripada jawatan tersebut, lalu menyuruhnya kembali ke Madinah.

Meskipun keinginan mereka dituruti, namun rakyat bimbang Umar akan berubah fikiran di masa hadapan. Mereka takut Mughirah akan ditugaskan kembali di Bahrain. Justeru, rakyat yang tak berbudi ini membuat rancangan jahat. Mereka berniat memfitnah Mughirah agar imejnya rosak di mata Khalifah Umar.
Ahli Bahrain mengumpulkan wang 100,000 dirham lalu diserahkan kepada seorang laki-laki. Orang ini lalu pergi ke Madinah untuk berjumpa sendiri dengan Khalifah Umar.

Di hadapan Umar, laki-laki dari Bahrain itu berkata: “Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya Mughirah telah berkhianat. Ia mencuri wang negara sebanyak 100,000 dirham lalu menitipkannya kepadaku."
Lalu dia memperlihatkan wang yang dibawanya dan berkata: “Inilah buktinya."

Sebagai pemimpin yang adil, Umar segera memanggil Mughirah. Setelah menceritakan tuduhan tersebut, Umar bertanya kepadanya: “Apa pembelaanmu?"
Mughirah menjawab: “Wahai Amirul mukminin, orang ini telah berdusta. Aku tidak menitipkan wang 100,000 dirham kepadanya, akan tetapi 200,000 dirham."
Umar bertanya lagi: “Mengapa engkau melakukan perbuatan khianat?" Mughirah menjawab: “Aku terdesak kerana hajat keluargaku, wahai Amirul mukminin."

Orang yang membawa cerita dusta itu menjadi ketakutan. Bagaimana tidak, pada saat ini ia malah dituduh mencuri wang 100,000 dirham. Jika tidak dapat menghadirkannya, maka ia pasti dihukum. Tentu sahaja ia tidak memiliki wang sebanyak itu.

Orang ini segera berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Amirul mukminin. Ia tidak menitipkan sedikitpun wang kepadaku. Sebenarnya aku hanya membuat cerita palsu. Kami rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah dan kami bimbang tuan akan mengembalikannya menjadi amir di negeri kami."
Umar bertanya kepada Mughirah: “Apakah yang membuat kamu membuat pengakuan palsu seperti tadi?"
Mughirah menjawab: “Orang jahat ini telah berdusta untuk menjatuhkan aku. Maka aku ingin menghinakannya."

Kisah ini terdapat dalam beberapa kitab sejarah antaranya, Siyar A’lam al-Nubala karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi.

Bela diri
Seorang Muslim memang penyabar, namun bukan bermakna dia mesti berdiam diri apabila difitnah. Dia wajib membela dirinya dan menjelaskan hakikat yang berlaku.
Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran. Apabila isteri majikannya menuduh baginda merayu beliau, Nabi Yusuf segera menafikan tuduhan tersebut. Dengan tegas beliau menceritakan perkara yang sebenar: Dialah yang merayu diriku! (Yusuf: 26)
Seorang mukmin tidak boleh membiarkan dirinya menjadi mangsa fitnah dan kekeliruan. Malah ia mesti menutup segala kemungkinan yang boleh berlaku. Jelaskan duduk perkara yang sebenar sebelum sesiapa tersalah faham.

Pernah satu malam Safiyah mendatangi Rasulullah SAW yang tengah beriktikaf di masjid. Setelah berbincang beberapa saat, isteri Nabi SAW ini bangkit untuk beredar. Baginda turut berjalan untuk mengiringi beliau keluar.

Kebetulan dua orang laki-laki berlalu di tempat itu. Melihat Rasulullah SAW tengah berjalan dengan seorang perempuan, mereka mempercepat langkah untuk menjauh.
Rasulullah SAW segera memanggil mereka. Baginda ingin menutup kemungkinan berlaku salah faham di hati mereka. Baginda bersabda: “Ini isteriku Safiyyah binti Huyai."

Baginda bersabda: Sesungguhnya Syaitan mengalir di tubuh manusia seperti aliran darah. Aku bimbang ia akan membisikkan perkara buruk kepadamu. (riwayat al-Bukhari)
Semoga Allah menjaga kita daripada fitnah dan tuduhan palsu. Amin ya rabbal ‘alamin.

34 comments:

  1. Errr...bukan isu ini saja...isu spenda..isu jam omega...isu aiskrim...isu kaunseling 3 pagi dan banyak lagi....Takde yang berani menentang 'fitnah' tersebut...hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB dijadikan isu kegagalan sedang pakar ekonomi mengatakan sebaliknya....persoalanya kenapa isu cayman dibangkitkan sedangkan umum tahu bukan semua rahsia syarikat boleh diketengahkan kpd masyarakat?????

      1MDB bergerak dalam bidang perniagaan skala besar yg bakal melonjak ekonomi negara....Insyaallah bakal menjadi pesaing petronas dalam memberi hasil cukai kpd kerajaan...

      Delete
    2. 1. It depends who the pakar ekonomi are...hihihi....punahsihat

      2. Betu secrrt sykt but this one has state implication....tengok issue AES where 1 bil wasted

      3. Naturak resources and funds hedging are 2 worlds apart....amazing u cannot distinguish

      All the best u as najib ball carrier

      Delete
  2. What have been proven so far on TDM's concern?

    1. ISA. Repeal of ISA had caused jittery, fear, anger. All these are right ingredients for a SPARK. Well you no longer have ISA...........sabar ajelah. when it happens janfan menyesal

    2. 1MDB is a failure. Many questions unanswered as posed in above article.

    3. Akta Hasutan. It was withdrawn after much pressure and endless polemics.

    4. BRIM payout. It wil be disastrous.....only time will tell.

    5. TPPA. If we proceed, do not blame people who have spoken against If things do not go as planned.

    With regard to muhyiddin....well if he refuses to act now....blame himself.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. walaupun ISA takda masih takda rusuhan dan bom..kes lahad datu buktikan sosma masih berguna..
      2.1MDB akan menjalankan projek TRX yg bakal masuk Trillion ringgit.
      3.Akta hasutan membuktikan UMNO super power.
      4.BRIM berjaya menggerakkan ekonomi pekedai2 kecil dan membantu rakyat miskin...kajian oleh Uitm membuktikan setiap sen dibelanjakan berputar2 dikawasan skala ekonomi rendah.
      5.TPPA sehingga sekarang malaysia masih tidak dapat dipengaruhi berbanding negara2 jiran.

      Muhiydeen bukan timbalan yg tidak setia dan akan membuktikan kpd TDM bagaimana PM dan TPM bekerjasama...

      Delete
  3. relax la bro. najib memang jenis malas jawab. nak jawab pakai apa, pakai mulut mat maslan? dah guna dah, tak jalan. dia sentiasa sahaja cool dan 'blur' sokmo. aku fikir, dalam dok sibuk negara jadi miskin, rakyat sengsara dan segala bagai, rasanya itu propa sahaja. di mana rakyat yang sedang kebuluran? rakyat yang susah dan makin miskin, makan minumnya tak berkurangpun. smartphone kaki-kaki propa saling bertukar model. per citer ni bro!! aku rasa eloklah mulai sekarang ini, kita memperkasakan diri sendiri, keluarga dan komuniti.yang mana rajib, yang mana kuat berusaha, inshaAllah akan dapat kesenangan dan kekayaan. aku sampai kini masih tak percaya ada kes rakyat mati kebuluran sebab miskin papa kedana. kalaupun ada yang teramat miskin, pastinya ada jiran tetangga yang agak senang datang membantu. bukan seperti di setengah negara afrika, satu kampung semua papa kedana! kalau negara kita ni miskin, mana mungkin pendatang asing berpusu2 mencari kerja di sini? sebab rakyat malaysia masih mempunyai berkepok-kepok duit untuk membayar 'servis' merekalah, betul? kita kena bersyukur bahawa kita sebenarnya masih jauh lebih senang berbanding rakyat banyak negara lain. jangan kufur nikmat dengan menipu kononnya kita susah dan miskin sedangkan rezeki yang Allah beri melimpah ruah. (sekadar memberi contoh - berapa banyak makanan yang kita buang setiap hari kerana tidak habis di makan). soal najib yang tak peka tu, kita sebagai rakyat ada kuasa untuk mensejukbekukannya dalam pru yang akan datang. tak perlulah berpolitik 24/7 sampai tak cukup masa untuk mencari rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If you cannot argue intelligently.......watch doraemon je atau power rangers......kan bagus

      Delete
    2. I think you should fly kite....

      Delete
    3. We do not fly kites. We read bloombergs, we rationalise issues......haha. If you wish to indulge in intelligent discourse, write properly you thoughts On the issues.....huhu

      Delete
    4. 1. Dizaman TDM ....Anwar hanya bergerak tidak sampai setahun apa yg terjadi....Majoriti orang2 melayu menolak UMNO .Kalau tidak krn undi cina UMNO sudah berkubur....baca sejarah woii UMNO mampus masa itu...

      2. Di zaman Pak Lah Anwar dibebaskan dan Pak Lah bungkus.

      3.Di Zaman Najib.......... Anwar dah bebas brape tahun? protes demo berlaku dgn kerap apa yg terjadi? Najib buat tak tahu? atau Najib hebat?
      Anwar bebas melakukan apa sahaja tapi mampukah gugat Najib?..zaman TDM tiada pakatan tapi masih mampu dapatkan beberapa negeri. Najib dapat merampas perak dan menang beberapa PRU kecil...
      Kekuatan dan kebijaksanaan Najib tidak pernah diperkatakan tetapi sikap beliau terus mendekati rakyat berjaya sehingga kini....Berbeza dgn pemimpin UMNO dahulu yg asyik dgn kroni2 kaya sehingga semua msalah negara terbeban kpd Najib..

      1.Ada orang kata hutan gondol pasal najib tak pandai jaga hutan? betul ke atau itu hadiah TDM kpd rakyat malaysia..
      2.Masalah pendatang meruncing najib salah ke? atau kehebatan agensi yg dilahirkan TDM??
      3.Agensi keselamatan kerap ditangkap rasuah zaman Najib sedangkan zaman TDM hanya slogan???

      Kalau nak cari salah ya kita boleh cari salah zaman TDM memang hebat tetapi melahirkan melayu yg menolak UMNO.Hanya tak dapat makan KFC setiap hari sudah menolak umno itulah nipisnya jatidiri yg dilahirkan oleh TDM.

      INI zaman Najib kalau melayu masih suka memberontak dengan mengikut perangai jatidiri ala TDM sampai bila melayu merempat...Ingat ya zaman TDM peratus tanah melayu jatuh mendadak sehingga tinga belas percent sahaja....kenapa isu tanah melayu tinggal sekangkang kera tidak dijadikan isu...sekurang2mya Najib masih sayang pada TDM..

      Kenapa isu jatidiri melayu yg ditinggalkan TDM yg hanya suka melantak dan bergaya tidak dijadikan isu...sekurang2nya Najib masih ada sifat menghormati pemimpin Lama..

      kepada kluang masalah jatuh menjatuhkan adalah sifat yg dilahirkan zaman TDM..apa nak buat generasi TDM masih ramai di dalam UMNO..UMNO tak mampu menolak sifat rakus dengki mendengki..atas slogan menjaga rakyat generasi yg rasa hebat mengatakan kamilah menjaga rakyat...

      OIII 1MDB baru niaga la ..rugi ke untung?? kau ingat 1mdb niaGa pakai buku 555 ke? bangang la...sabarla bg la 5 tahun tahula nanti berapa banyak wang masuk kat Rakyat...kat Rakyat tau bkn KRONI.

      Delete
    5. Bro,

      1. If u nak apple polish don quixote najib, go ahead....wish you all the best

      2. If u wish to condemn TDM, continue doing so and let see the end result.

      3. I hv seen pm comes and pm goes.As a sarawakian i hv known lots of rural and urban folks. I m no great fan of TDM but will readily accept the fact that MELAYU MUDAH LUPA.

      Janganlah menang sorak, kampung tergadai. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tak berguna

      Wallahuaklam

      Delete
    6. 2. Result TDM hanya berkisar pada melayu yg berkereta dan berumah besar pada hakikatnya hutang...ingat ya Bank Negara hutang terbesar adalah hutang tidak produktif. Zaman TDM melayu banyak berhutang dan menjual tanah...Melayu yang lahir zaman TDM..1970 DEB..majoriti menolak UMNO...sokongan yg kuat adalah zaman sebelum TDM. BRIM idea Najib telah membantu UMNO mendapat sokongan kukuh diluar bandar.

      3. Melayu mudah lupa kerana itulah tanah sudah menjadi sekangkang kera...dan sudah pun kampung tergadai...salah siapa ???

      4.Zaman Najib hanya TEKUN sudah mampu melahirkan ratusan ribu peniaga melayu....zaman TDM MARA lahirkan jutawan tapi tak sampai 10 orang...itulah yg dibanggakan...

      Delete
    7. Bro,

      1. If u nak apple polish don quixote najib, go ahead....wish you all the best

      2. If u wish to condemn TDM, continue doing so and let see the end result.

      3. I hv seen pm comes and pm goes.As a sarawakian i hv known lots of rural and urban folks. I m no great fan of TDM but will readily accept the fact that MELAYU MUDAH LUPA.

      Janganlah menang sorak, kampung tergadai. Sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tak berguna

      Wallahuaklam

      Delete
  4. Malaysia boleh bangkrap ke pasal 1MDB? Ni la perangai kita bisnes baru mula dah bising pasal nak untung banyak dan segera. Nampak hutang banyak kata tak cekap mengurus. Teruk sangat ke 1MDB hingga ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerja, asset dilelong sebab berhutang? Cer ceriter sket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. When you have no knowledge, its easy to deal with you. When things gets worst.....baru ngelabah. Nasi dah jadi bubur.......sesal kemudian tidak berguna

      Delete
  5. Malaysia maju.

    Pelabur banyak melabur.

    2020.

    Pendapatan per kapita rakyat meningkat.

    Gaji minimum

    Bla..bla..

    Macai be end jangan bangkang nanti jadi pembangkang. Ikut ja. Be endlah yang membawa kemakmuran.

    Be end end end.

    Ha2 cepatlah bee end bungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama yg dah hampir bungkus PAKATAN..
      BN semenjak merdeka masih jadi pemerintah dan kerajaan...kadang2 bengong gak pakatan ni.

      Berkenaan 1MDB dah banyak penjelasan diber pengarahnya cuma apahal Najib pulak nak jawab...

      Yang marah sangat bukan psal saham dan cayman la...zaman TDM lagi kuat main saham la..kalau korang nak tahu zaman TDM setiap bahagian juta2 dapat saham apa citer?

      Ini semua cerita kekayaan hasil mahsul 1MDB sudah sapu la...mana tak menjerit puak2 kapitalis..agak2 la 1 MDB siapa punya ya..???

      Semenjak geoge soros serang saham kita semua kroni TDM mampus nasib baik la TDM bantu balik klau tak bungkus dah..ni lah hakikatnya..cuma zaman najib soros dalam bentuk lain la...permainan jatuhkan duit masih berlaku dan lagi hebat di zaman Najib ...cuma depa berhati2 takut ditambat balik...

      Delete
    2. 1. We all support BN.

      2. Pengarah did not respond to the key issues.....still waiting for answer. Assuming najib tak nak jawab tak per at least the so called pengarah answers the questions. Cakap money repatriated tapi senyap simpan kat mana. Kata bawa balik berbilion2 tapi naper tak bayar loan. Worst still had to ask for 3rd rescheduled date. Why borrow 2 bil from outside bank? why sell to ananda? Why ananda bagi loan? where is good governance n transparency?

      3. Why play hedge funds in caymen island exposing the state?

      4. Your last para tu incorrect....i was in the system i know whats going on....

      Harap najib sedar dari kelenaan di kipas his advisors. Remember you and me are malaysians and we di not want to go to the dogs

      Delete
    3. berkenaan 1 mdb najib ada jawab.....(Bernama) – The government will not be liable to 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) debts if the company goes bankrupt, Najib Tun Razak said.

      Seperti saya katakan tadi la semua berkata kami didalam system sedangkan pada hakikatnya perubahan yg dibawa masih dalam rangka TDM...

      Agensi yg ditinggalkan TDM yg masih bekerja dibawah Najib cuma berlaku pertukaran kepimpiinan sahaja...Masalah TPPA bkn msalah hari ni tetapi perancangan kuasa besar mengusai dunia....Bukan mudah melawan supoer power tetapi sekurang2 sehingga Najib masih mempertahankan Malaysia.

      Sebagai rakyat sepatutnya ada sikap taat pada pemerintah.Kalau anda sebagai pakar sudah tentu andalah pemberi nasihat bukan mengadu domba seolah-olah anda pakar dan sepatutnya jadi PM..

      Delete
    4. 1. 1MDB is a state-owned entity and the Chairman is ??????. To say that the government will not be liable in the event of the company goes bankcrupt is most irresponsible.......think its far reaching consequences to the nation....allahuma'fina minkullilbal

      2. Dalam rangka TDM ke apa ke.....yang betul tetap betul yang salah tetap salah

      3. Isu TPPA rancangan besar ke apa ke....kita mesti tahu implikasinya...if just submit like that wr lose our souvereignity

      4, Saya setuju kita taat pada pemerintah...tapi pemerintah macsm mana? We do not want to go to the dogs because of reckless and weak leader!!!! As a rakyat we have no intention hendak mengadu domba. Hanya mahu terbaik untuk rakyat semua bukan atas kehendak peribadi pemimpin

      Delete
    5. setuju..simple tapi padat.

      Delete
    6. 1.Bab 1MDB mudah je tunggu 3 tahun kalau gagal najib comfirm turun tetapi kalau berjaya gigit jari la engkorang ada faham? lepas ni confirm korang minta Petronas kena telus akaunnya...biasa la mula2 serang 1 MDB atas dasar nak jadi tuan rakyat lepas ni korang tengok perangai puak2 ni ...Petronas bila nak serang wei akaunya telus tak???

      2.TDM memang berjaya dari sudut infrastruktur tapi hak siapa melayu ke cina...setakat melayu pakai alphard tapi berhutang buat apa? kenapa tanah tinggal sekankang kera?

      3.TPPA kau ingat macam sembang kedai kopi ke? bacalah sejarah penjajah ...kau ingat USA baik sangat ke ...nak bantu ke? Masalah rakyat malaysia bodoh bab konspirasi Yahudi..semua ingat kat dunia yg berkuasa USA bkn yahudi...bila suruh baca buku perancangan zionis malas.

      4.TAAT pada pemerintah mudah je jgn bagi kecoh la...kalau pandai dan pakar nasihat la ..Faham apa itu nasihat ...malaysia ada pakar semua keputusan musyawarah ada faham...Kau kalau pandai sangat buat la artikel 5 muka surat aku nak baca...setakat 2-3 patah perkataan lepas itu bgtahu aku duduk kat system malaysia dalam bahaya...woii sudahla Najib ambil Malaysia kau ingat dalam kedaan ok ke? Semua tido ada la...

      Bab bahaya ni utk pengetahuan kau adalah yg berhutang alphard tapi niaga tak tentu arah...kau ingat 1 MDB niaga macam kau ke???

      Delete
    7. Bro anon 9.00 pm,

      1. Please read Din Turtle blog today about 1MDB......perhaps you can learn something from the write up......1MDB is a time bomb......hihihi

      2. Please do not divert on the issues debated. Alphard has nothing to do with mahathir etc etc. Stay focus....jgn ikut resam najib yang selalu carried away with false perceptions

      3. Rakyat malaysia tak bodoh on TPPA. Only our pm is so gullible and will say yes to appease outsiders. Puji......puji......puji......pas tu lena dibuai mimpi

      4. You have to get your definition of loyal to pemerintah RIGHTin the first place!!!! I can write a thesis for 20000 words but what is good to you who do not understand the issues debated and always veered away from the topics.

      It is true condition of the country was bad when najib took over from sleeping paklah. We thought najib could turn it around but to our big disappointment, he made it worst and need to be advised but not heeded by him.......why should we kowtow to this leader who is bringing us to the dogs???????

      Renong renong dan selamat bermuhasabah diri

      Delete
    8. Bro anon 1132
      1.saya sudah baca din turtle..cuma utk pengetahuan Din turtle paling penakut semua komen saya tidak akan disiarkan atas alasan Din terasa jadi PM la kot. Belum ada jawatan Din Turle dah tolak jawapan saya.Din Turle seorang lone ranger merasakan diri hebat.... tiada ketua dan tiada pedoman.hanya mengharapkan isu panas utk diulas.Malah sudah menjadi kebiasaan Pemimpin Utama UMNO akan dikecam.


      Din Turle hanya blogger tiada jawatan dalam mana2 UMNO jadi macam biasa la jenis kuat kritik tetapi tiada agenda walaupun cawangan UMNO. Kesimpulanya Din Turle mengharapkan the edges..malaysiakini...washington post dan apa sahaja berita negetif utk dijadikan ketakutan kpd ahli UMNO akan menolak kepimpinan Utama UMNO.

      2.1MDB bukan time bomb la...baru2 ni kita diberi bala oleh Allah kelantan musnah billion ringgit musnah..Najib sempoi je bagi rumah percuma tahu?Tiada istilah time bomb itu engkau punya persepsi. 1MDB ada TRX tunggu je la 3 tahun tahu la apa itu time bomb.

      2.Isu alphard ada kena mengena dgn TDM la...Ingat ya zaman TDM jadi PM pada masa itu generasi dari kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Sekarang Najib menjadi PM yang mana agensi yang ada adalah lahir dari TDM..harap faham la...Kalau tak faham macam ini...ZamanTDM dikatakan hebat teknologi internet tetapi UMNO bahagian email pun takda tahu..agensi masih pakai kertas la...Zaman Najib baru buat transformasi. Zaman Najib pelan pendidikan diubah secara radikal maka tunggulah 20 tahun itulah generasi yang dibentuk Najib ada faham...Maka zaman TDM melayu dah takda harta dan tanah.

      3.TPPA siapa yg tahu perjanjianya? bagi la link blog baru boleh sembang..

      4.Tak payah buat tesis la TAAT generasi TDM sekarang semua dah bertukar undi ke PAKATAN..ingat ya semua yang berumur 20-45 adalah generasi TDM...semua dah undi pembangkang walaupun DAP jelas anti Islam..PAS tak buat kerja..Anwar macam2 kes tetapi generasi TDM la masih mempertahankan PAKATAN..Jadi jgn cerita bab TAAT ...

      Bab najib teruk itu persepsi engkau yang pasti rakyat bawahan semakin selesa...bila dapat BRIM apa mereka kata? yeeeehaa kau tahu tak? Undi di luar bandar tetap kukuh.

      Pelan Pendidikan sudah masuk ke tahun3.

      Ekonomi malas nak sembang Malaysia no berapa dunia..Dagangan meningkat ke merosot...bagaimana pakar ekonomi memberi penarafan kdp MAlaysia.

      I

      Delete
    9. Dan akhir sekali terlupa nak bagitahu apa yang berlaku sekarang merupakan gerakan utk menjatuhkan Najib sudah tersusun semenjak langkah kajang..kejatuhan nilai ringgit merupakan fasa pertama.Kita tunggu dan lihat seterusnya..cuma aku yakin kluang bkn salah seorang pengempurnya cuma waktu akan menentukan..tunggu je la duit banyak masuk woii sodap la...

      Delete
    10. Bro 2.02,

      1. No wonder Din tak publish yr comments....simply empty with no substance. I do not blame him....i will say the same....huhu. Typical bangang supporters of najib. Always diverting issues.

      2. Kalau tak reti time bomb...nampak sangat kebangangan anda.

      3. Again running away from issue debated

      4. At this juncture, kalau u blom baca what TPPA is about......jauh sangat terkebelakang

      5. I beg to differ on the issue of those born after merdeka supporting the opposition. This situation was because damage was done by paklah znd further fueled by kebangangan of najib and his supporter who are actuslly bringing the rakyat to the dogs.

      IF U WANT HEALTHY DEBATE, DO NOT RUN AWAY FROM ISSUES DISCUSSED I.E ISA, BRIM, 1MDB AND SEDITION ACT.

      I INDERSTAND NAJIB SUPPORTERS WERE "TOLD" TO DIVERT ISSUES WHEN THEY ARE CORNERED AND START OTHER IRRELEVANT ISSUES IN THE HOPE THAT THE CRITICS WILL FADR AWAY FROM THE SCENE.....TYPICAL YES MINISTER

      Delete
    11. 1 Yg aku cakap mudah je..... Din kata dia hebat bila aku tanya kau cawangan mana psal aku nak belajar la....nak tengok apa yg dibuatnya pada cawangan tersebut..jawapannya takda dan menolak utk dijawab ..itu la perangai generasi tegar TDM tahu kritik je buat kerja takda? Kau faham tak..kau generasi yg suka jatuh menjatuhkan...aku nak tanya la zaman Pak lah kau jatuhkan kau naikan Najib ..lepas ni apa? jatuhkan Najib naik Muhiydeen..lepas tu apa ? Ni lah generasi mangkuk ayun yg merasakan diri hebat ..

      2...Najib kau kata time bomb ..kau ulas seolah2 1MDB akan lingkup...aku nak tanya kalau dijual asset untungnya brape? kalau rugi 10 billion lingkup ke negara?

      3.Isu Time bomb hanya 2-3 orang yg mengaku hebat..ulas sikit apa yang dikatakan akhbar dibawah kawal selia yahudi US the edges lepas tu disokong SMS orang dalam...ala oii sudahlah kau ingat macam itu ke nak sembang time bomb. Sekali lagi aku nak tanya la banjir musnah satu negeri tau ...itu bukan time bomb ke? Apasal Najib senyum je bagi rumah Free..jawab dulu la bang? Jadi kalau kau kata time bomb maksudnya negara miskin penipu la namanya...

      4.TPPA jangan cerita aku tak baca... Din pun kalau sembang TPPA macam kau la ...melalak je lebih bila minta detail mengelabah..sudah lah bang...ingat ya TPPA itu antara negara US dan Malaysia tahu bukan meeting kedai kopi boleh didedahkah perincianya...

      5 Maaf la kalau kau kata generasi DEB(paling tepat).dan TDM gagal ya DEB gagal....generasi ni kau ingat sembang pasal TPPA ke? Sembang pasal intergriti ke? sembang pasal alam sekitar ke? sah lah kau tido... generasi yang ditinggalkan TDM hanya tahu membazir..musnahkan alam sekitar...buang anak...mewah berbelanja boros dan berhutang
      Aku nak tanya la bab ISA,,bukan ke kamu semua yg mengatakan ISA perlu digubal kerana akta yg lapuk..Generasi TDM paling lantang menolak ISA..bila ISA dibuang BN menang tak?

      Kau ingat generasi TDM tolak Najib pasal IMDB ke? ketinggalan zaman la kau ni....Macam aku kata la 1 MDb adalah perniagaan orang spesis macam engkau minta gagal agar secara automatik Najib dipaksa turun..Zaman TDM la saham jatuh tak sampai setahun semua kroni TDM lingkup sapa yang support bukan duit rakyat ke?

      Bank bumiputera lingkup pasal apa? Kenapa TDM tak turun...kalau nak ulas isu TDM lagi banyak time bomb tetapi UMNO tidak jadikan isu kerana generasi yang ada adalah generasi Tuanku yang masih setia dgn UMNO...Zaman sekarang sudah berubah generasi hari ini hanya inginkan keseronokan dan kemewahan sahaja.

      Jadi BRIM adalah senjata utama Najib membantu golongan ini..tetapi adakah Najib jadikan rakyat meminta sahaja tidak...baca la banyak program2 membantu rakyat keluar dari kesusahan...

      Delete
  6. Now i realise that on one hand, anonymous that responded to my comments is a staunch pro najib man who hates pakatan and all men (some?) under tunku, razak, hussein and in particular mahathir. So far paklah's men were spared coz khairy is still around. He wants najib to prove he can lead the country.

    On the other hand are people like me and others who never hate najib but angry at his weaknesses and ill advised by his advisors. He literally becones don quixote. We want him to lead but if he strays a bit, listen to advice and get back into right track.....this is the real issue.

    Issues at hand are critical as the country's position is at stake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali lagi awak silap..

      Saya mengaku saya adalah generasi TDM dan lahir pada zaman program DEB yang gagal...generasi kami tidak diikat dengan satu parti...dikalangan kami ada yang menjadi 3 ahli parti.

      Tetapi saya bukan jenis generasi yg terikut cara TDM ..ya dahulu saya juga penyokong tegar Anwar tetapi semua sudah berubah..Kami adalah generasi yang susah hidup di negara sendiri.Walaupun jelas kami berbangsa melayu anak jati ditanah ribuan tahun ..harta apa yng ada pada kami?

      Sebagaim peniaga kami berjuang sendiri tanpa bantuan kerajaan..kenapa? kerana kami tidak kenal kroni TDM..di zaman TDM cukup menjadi ketua bahagian anda sudah kaya raya ada faham tak?

      Tetapi adakah saya menolak TDM.Tentulah tidak kerana dia adalah kepimpinan masa lepas ...bagaimana Tun Razak? tentulah saya kagumi kerana segala agensi yang ditinggalkan benteng kpd bangsa saya terutamanya Felda..Felcra ..Mara ..PNB dan sebagainya.

      Generasi yg mengucapkan Terima Kasih kepada kepimpinan UMNO lama semakin sedikit tahu tak? yang ada generasi yang tidak akan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan UMNO kerana apa? mereka membenci namanya UMNO.

      Saya baru menulis sebelum ini saya biarkan..saya merasakan keperluan menulis bila mana saya melihat bangsa saya semakin bodoh dan bangang...

      Bukan bangang ke kalau kerjanya asyik jatuh menjatuhkan?

      Time bomb dikatakan 1 MDB sedangkan isu tanah bangsa melayu tinggal sekangkang kera dinaggap apa? celaka?

      Time bomb 1 MDB ke kalau melayu sudah berpecah kepada 3 golongan..apa usahakan kamu? pecahkan UMNO pulak...bangang ke bodoh?

      Time Bomb ? kalau ratusan ribu usahawan melayu disokong Najib dgn bantuan terus tekun..Tekun membantu peniaga2 kecil melayu yang mana TDM lupakan? ada faham? salah ke saya kritik kerja TDM yang gagal sedangkan TDM bukan lagi PM..Najib bantu tak usahawan kecil? Tekun berapa peruntukan ratus juta atau billion?

      Kaedah TDM yang suka jatuh menjatuhkan sudah tidak sesuai diamalkan UMNO.UMNO perlu berubah kalau hendak Bangsa Melayu bermaruah.

      Kepada sahabat saya anda berhak ikut jalan anda tetapi saya sudah melihat gagalnya TDM dalam menjaga harta melayu...dari satu sudut ya TDM berjaya melahirkan ramai melayu cerdik pandai tetapi Ingat itu adalah agensi yang ditinggal Tun Razak..UITM berjaya melahirkan ramai melayu pertengahan tetapi sikap tidak berterima kasih menjadi pegangan mereka.....siapa yang bersalah?

      Masa akan terus berjalan..anda dan beberapa sahaba anda terus melakukan serangan dalaman atas tiket UMNO..sekali lagi atas tiket UMNO..

      Anda faham apa itu UMNO? Saya cabar kluang dan Din Turtle istihar keluar UMNO anda akan lihat beliau bakal terkeluar dari senarai blogger UMNO yg hebat dan merundum jatuh...Ingat itulah UMNO...Anda kuat kerana atas tiket UMNO bukan atas peribadi.


      Saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana berbincang untuk memahamkan saya...saya tahu ada ketika saya cuba keluar dari topik pada sangkaan anda tetapi semuanya berkait.TDM hebat orangnya dan saya yakin beliau sudah berusaha sedaya upaya memajukan bangsa melayu.

      Mana mungkin ketika saya mempertahankan Najib saya membuang jauh kepimpinan Tun Dr Mahathir.Saya akan terus kagumi beliau dan sentiasa menceritakan kepada anak2 saya betapa bangganya kita mempunyai kepimpinan dizaman beliau. Cuma kegagalan kita sebagai bangsa melayu adalah kerana terlampau seronok bermain demokrasi ala yahudi yang suka jatuh menjatuhkan..kuasa dan wang memang menjadi nanah dan cubaab didunia yang fana ini.

      Gerakaan taat pada kepimpinan yang menjadi ketakutan kepada DAP sudah bermula.Blogger2 dibarisan hadapan sudah diuji dengan berbagai ujian tetapi tetap mempertahan kepimpinan Najib yabg SAH menjadi Ketua UMNO.

      Selagi blogger barisan hadapan tetap mengacu senjata kepada musuh percayalah sahabatku anda susah menjatuhkan Najib.Maaf kan saya Isu 1 MDB hanya sekadar dipinggiran .Isu 1 MDB adalah masalah dalamam.

      Blogger barisan hadapan mempunyai iltizam yang tinggi dan matlamat yang jelas..hanya Ingin MEMPERTAHAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

      TUGAS UTAMA KAMI HANYA SATU PERTAHAN KEPIMNAN SAH UMNO.

      Delete
    2. Hello anon 6:15... Bila TEKUN ditubuhkan untuk mendakwa TDM lupa kepada peniaga kecil (?) Paklah jadi PM 2003..Najib baru sekarang..tu pun dah goyang

      TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Sejarah penubuhan TEKUN Nasional bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. TEKUN menjadi lebih luas apabila pada tahun 1995, Universiti Sains Malaysia menjalankan projek perintis Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Pulau Pinang dan seterusnya projek tersebut dilaksanakan pula di daerah Jeli di Kelantan pada 1996 dan Besut Terengganu pada 1997. Melihat kepada kejayaan TEKUN dalam projek-projek yang dijalankan, maka pihak kerajaan telah sebulat suara memutuskan bahawa TEKUN akan diperluaskan di seluruh negara atas tujuan membantu usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Bagi memastikan usaha TEKUN dapat diteruskan, Yayasan TEKUN Nasional telah ditubuhkan lantas diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada 9 November 1998 dan mula menjalankan operasi seawal 1 Febuari 1999.

      Bermula daripada tarikh ini, TEKUN dapat berdiri dengan teguh dan mendapat sokongan penuh daripada pihak kerajaan. Penambahbaikkan TEKUN terus dilakukan apabila pada 12 Febuari 2008, Yayasan TEKUN telah diberi nama baru iaitu TEKUN Nasional yang berfungsi dalam aspek pembangunan keusahawanan dan memberi perkhidmatan sokongan selain terus menjadi agensi yang memberi pembiayaan kepada usahawan-usahawan kecil Bumiputera. Akhir sekali, tanggal 1 April 2009 kerajaan telah meletakkan TEKUN Nasional di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian & Asas Tani. Apa yang pasti, sehingga kini TEKUN telah banyak membantu mana-mana usahawan Bumiputera yang ingin membina perniagaan masing-masing.

      Delete
  7. Anon 2.11,

    1. Saya nak tanya betulkah ada gerakan nak jatuh najib?

    2. Adakah pengkritik najib nak jatuhkan najib?

    3. Saya tercari2 sapa yang hendak jatuh najib namun gagal.

    4. Yang ada segelintir ex umno veterans, ex chief justice, ex KPN, ex ministers, some branch heads and ordinary folks who have created a debate on the 4 big issues earlier.

    5. Cricisms were met with personal attacks.

    6. najib and his men become legendary don quixotes

    7. Pro najib become very defensive though issues are clear cut and proven right by those who have provided criticisms

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  8. KD terima kasih kerana menjawab dan terima kasih kerana anda tahu saya melakukan kesilapan.....Benarkah saya melakukan kesilapan atau sengaja untuk melihat sejauhmana kehebatan gerakan menjatuhkan Najib???

    Semuanya segala kemungkinan...KD saya menghormati anda sebagai pejuang barisan hadapan.Anda menulis bukan kerana nama dan wang. Anda menulis berdasarkan tahap ilmu dan semangat yang berputar dalam kotak.

    Kotak yang bergantung samada membawa UMNO berjaya atau berputar semula ke belakang...

    KD sebagai pejuang apa yang kita mahu?
    UMNO perlu menjadi pelindung kepada agama dan bangsa.
    KD perjuangan kita suci ..Inilah perjuangan para Nabi dan pengasas UMNO.
    KD samada anda sedar atau tidak anda sebahagian dalam sistem demokrasi yang menentukan UMNO kalah atau tidak dalam PRU 14.
    KD ketika anda berjaya memecahkan kod kesilapan TEKUN..membuktikan anda serius dan fokus dalam perjuangan..
    Kenapa Tekun ? KD tekun akan merubah bangsa melayu kepada usahawan...TDM tidak nampak Tekun sbg alat Utama kerana apa? Hanya sekadar 5 ribu mana mungkin menawan DUNIA.

    TDM ingin kejayaan yang cepat dan menakluk secara keseluruhan...Banyak projek2 mega diberi kepada kroni dgn harapan menjadi kebanggan bangsa melayu.Apa kesudahanya ..hancur dan duit rakyat menjadi jaminan.Kroni tidak pernah miskin walaupun hutang billion ringgit..KD kroni2 TDM kebanyakan tangkai jering..jagan harap utk menderma ikhlas melaiankan atas nama politik jatuh menjatuhkan..

    Maaf kan aku KD salah seorang ketua gerakan jatuhkan Najib adalah billionaire Usahawaan Bank.Daim dianggap hebat kerana perananya dalam membangunkan ekonomi. Hebatkah beliau dibandingkan bukhari?
    KD meniaga bank seperti along je bagi pinjam tak bayar kebas balik..nampak tak?
    Bagaimana meniaga buka kilang? Buatlah perbandingan..

    Siapakah Daim?Beliau mempunyai akses besar kpd politik..Faham tak apa maksudnya KD? Beliau boleh menjatuhkan sesiapa sekiranya keinginan beliau dan gengnya tidak dituruti...

    ReplyDelete
  9. DAIM diangap terkaya tetapi nama beliau TIADA dalam senarai Kenapa? Bank adalah perniagaan teras bangsa Yahudi.Didunia yang kita hidup Bank dikawal oleh Individu bukan kerajaan.Setiap Bank perlu ada penama.
    Daim mempunyai berbelas bank seantero dunia....persoalannya bagaimana beliau menjalankan perniagaan tersebut..

    KD beliau hanya penama sahaja..tetapi apakah tugas beliau? Memastikan golongan kapitalis terus mencengkam politik malaysia?
    KD tahukah anda kenapa IPP diberi keistimewaan kepada geng kapitalis paling berkuasa dimalaysia?
    KD tahukah kamu PM tidak berkuasa tetapi kapitalis lah paling berkuasa?
    Siapakah kapitalis? Melayu India Cina Kadazan atau apa?

    Kalau PM tidak berkuasa bagaimana pula? PM memang berkuasa tetapi perlu tunduk kepada keinginan Tamak golongan kapitalis.
    KD tahukah anda Pak Lah dijatuhkan bukan kerana PRU tetapi kapitalis baru tin tingkat 4?
    Golongan kapitalis akan melaungkan gerakan rakyat tetapi hakikatnya ialah wang dan wang..
    Geng Tingkat 4 terlampau rakus ingin mengusai kekayaan secara tamak nilah sebab utama perang antara kapitalis.

    KD perjuangan kita bersumberkan mata hati bukan mata kasar..lihat dan hidu secara keseluruhan...peperangan semakin hampir..Tidak mudah dikalahkan dan tidak mudah mengalah.

    ReplyDelete
  10. KD ada masa lagi akan bersambung ..insyaallah Aku melihat kau sudah mula nampak permainan politik rakus ini.

    KD kita perlu sedar kita hanya bidak2 catur dan akan dimatikan bila checkmate.

    Selepas Anwar masuk penjara ..TDM diangkat malah kejutan berlaku demo dihadapan pejabat PKR..Cukup menarik permainan politik yang semestinya PERMAINAN GOLONGAN KAPITALIS....

    Sekali lagi Tanah hak melayu masih jauh diperjuangkan..Ingat Selagi golongan kapitalis menguasai Malaysia..Hak2 orang melayu semakin hilang dibumi bertuah...

    ReplyDelete

6ANGKA