Monday, September 5, 2016

MELAYU DISERU BERSATU, ADA YANG HALAL ADA YANG HARAM

Jom kita tengok perangai satu kaum.. Persepsi mereka:

Najib bekerjasama dengan Hadi - halal dan bagus., Islamik.

Anwar dan Mahathir berdamai - moron dan haram, yahudi le kot (?)

Mana datang kaum ini (?)

Apa yang ditulis oleh zamkata hampir menepati keseluruhannya. Apapun Anwar pasti akan salam sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya termasuklah Mahathir tetapi apa "penerimaannya" belum lagi dikenalpasti.
Adalah lebih menguntungkan jika Anwar bekerjasama dengan Najib (!)

Lebih lebih lagi Najib pun dah pinjam ungkapan Anwar - LAWAN TETAP LAWAN





Blogger taik unta sakit jiwa.. 


Sunday, September 4, 2016

LAWAN TETAP LAWAN, SETAKAT MANA AUTA NAK LAWAN FAKTA


Penulisan blog tidak menyelesaikan masalah negara.  Bohong dan fitnah lebih banyak dari betul dan benar.

Yang memberi komen jauh dan sangat teruk dengan mengusung master of makihamun dan sarjana ampu bodek dari satu blog ke satu blog.

Dedak makanan ruji mereka,  negaraku terus aman makmur kerana dijaga bangla dan myanmar.
Agensi keselamatan sudah ada biro politik.

Islam kini menjadi alasan waktu tersepit,  terdesak.
Pandai ugama kekadang pegang kayu tongkat kutbah kekadang kayu tongkat golf.
Islam The Way Of Life kekal jadi sticker cermin belakang kereta.

Semua adudomba,  hilang akhlak,  waras dan iman kerana politik ganas.

Mereka mereka yang membeli masa akan sampai juga ke satu masa and the rest of life akan menanggung segala dosa.

Seperti kertas yang tidak dapat membungkus api, begitulah juga bau busuk bangkai bangkai gajah yang ditiup angin  tidak dapat ditutup sekadar say no dengan air lior basi.
Pokok tidak bergoyang jika tidak ada beruk jantan dan betina yang buat angkara.

Fakta atau auta.

MB JOHOR TERTEKAN DITEKAN...



DARI SESI DIALOG BERSAMA TMJ:
APA PERANCANGAN TMJ MENGENAI BANGSA JOHOR DAN  PANDANGAN BELIAU MENGENAI KEMERDEKAAN MALAYSIA

• Dalam masa terdekat, tak kisah tahun ini ke, tahun depan atau tahun akan datang, Kerajaan Johor sendiri akan beri modul pelajaran kepada anak-anak Johor.

• Ada persoalkan kita ada Bangsa Johor dan Malaysia pun sudah ada 1 Malaysia. Awak beri saya 1 jawapan, dimana dia 1 Malaysia. Awak ada sekolah India, awak ada sekolah Cina, awak ada sekolah Melayu. Daripada kecik awak dah ajar mereka jangan bersatu. Lepastu dah besar awak nak suruh dia bersatu?  Pada masa akan datang, kita takde lagi sekolah India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama ada lagilah untuk agama kita. Kita ada Sekolah Bangsa Johor.

• Sekolah Bangsa Johor ni, daripada kecil awak akan diajar macamana bersatu, menghormati agama, menghormati kaum-kaum lain. Bagaimana kita nak mendidik dia dari kecil supaya jangan bersatu tetapi kita suruh dia bersatu bila nak pilihanraya. Mana boleh jalan? Di Negeri Johor lain. Pendidikan akan dijaga kerajaan negeri Johor. Yang mana belajar bagus-bagus, kita hantar luar Negara. Saya ada perancangan lebih besar untuk negeri Johor.

• Ada bertanya, kenapa page JST tak letak apa-apa pasal Merdeka? Nak buat apa? Takde kena mengena dengan sejarah kita. Takde kena mengena dengan asal-usul kita. Kita sentiasa merdeka. Kita tak pernah dijajah. Kenapa Johor nak sambut merdeka? Kita menghormati boleh. Kita wish boleh. Tetapi tiada motif untuk menyambut.

• Macam tu juga saya cakap kepada Menteri Besar. Tapi Menteri Besar cakap dengan saya, “tapi macam ni patik ni tertekan sikit.” Awak cakap jelah saya yang suruh. Awak nak risau apa. Kita ada sejarah kita. Kita patut menghormati sejarah dan asal-usul kita. Negeri lain terpaksa banggakan bendera tu pasal mereka takde apa-apa nak dibanggakan pasal negeri dia.

• Sini kekuatannya, adalah kerana raja dan rakyat berpisah tiada. Raja negeri lain, tak duduk KL, London, KL, London. Saya pun tak tau apa motif ada Mesyuarat Raja-Raja. Tak pernah dalam tu awak bincang isu-isu semasa, menegaskan kepada kerajaan apa mereka patut buat untuk rakyat.


#
Agak agak siapa pemimpin Johor yang akan ulas,  takkan nak suruh si pondan tu ulas.
Adakah Najib akan ulas... Lebih baik tunggu kucing bertanduk.

Akhirnya suruhlah wartawan tanya Tun Dr Mahathir,  pahit atau manis,  Tun akan ulas...
Lepastu barulah berpusu pusu pemimpin bangsat akan jadikan modal politik  kritik Tun Dr Mahathir yang dimurkai Sultan.

Saturday, September 3, 2016

APA ADA BEZA DAP DAN UMNO (?)




Awal pagi ini  (4/9/16) ada kawan whatsapp mempertikaikan kenapa blog ini tidak fokus juga kepada isu rasuah DAP.

Bagi aku,  jawapannya di sini..
1) Isu 1MDB lebih besar, tuduhan skandal ke atasnya tidak dapat dijawab,  tidak dijawab,  jawapan berbelit...
Kalau isu sebesar itupun masih ada segelintir puak yang tahu tapi pura pura bengong kerana dedak punya pasal..
Apalah sangat isu rasuah DAP, celah gigi ...

Bagi aku bukan sahaja rasuah DAP yang perlu ditentang, tetapi kerakusan DAP itu sendiri yang perlu dilenyapkan terlebih dahulu...

Malangnya ada segelintir pemimpin umno yang memelihara DAP supaya kekal racist..
Mereka memerlukan DAP untuk menakut nakutkan segelintir Melayu dan memang ada puak Melayu buta kayu yang termakan hasutan itu..

DAP tidak ada kekuatan jika pemimpin Melayu umno mengamalkan Islam Al Quran,  Sunnah dan Hadith (bukan Islam ulama politik cari makan)   takut Allah bukan sikit sikit tetapi 100% bererti amanah dan akhlak yang baik..

Kalau akhlak pemimpin umno hancus,  apakah ada beza dengan DAP (?)

Jadi kalau ada yang menuduh aku dapigs, lebih baik yang menuduh itu main air longkang... Tidak ada bezanya dia dengan air longkang.  !!!

Heh...




#tulisan yg di luar tajuk akan dihapuskan.

PERLU KE KITA TAKUT MAHATHIR (?)







Cerita Najib nak mempertahankan jawatan tanpa takut kepada Mahathir bukan cerita baru.

Jika ada kritikan ke atasnya sudah tentu ada sebab, bukan saja saja nak buang current.

Konon Mahathir mahu usahakan Mukhriz sebagai PM adalah dongeng desperado,  yang rosak mental sahaja akan bersetuju.

KITA TAHU SANGAT KENAPA DIA PERLU BERTAHAN DAN KEKAL....

Tiada nilai berita pun.

Kita lebih tertarik dengan berita tentang Husam Musa yang diberi sambutan hangat sebaik sahaja sampai di Airport Pengkalan Chepa dan seterusnya merasmikan 17 cawangan AMANAH di Kelantan.

AMANAH Kelantan akan bekerjasama sepenuhnya dengan BERSATU,  PKR dan PAS.

Tidak ada sesiapapun perlu takut dengan Mahathir, takut dan kasihanlah pada diri sendiri jika tidak amanah.



NAJIB BERUCAP,  BURUNG TERBANG PUN BOLEH JATUH... 



Friday, September 2, 2016

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Jawapan Dato Johari Ghani, MK2 terhadap fitnah terkini berhubung ekonomi Malaysia

Fakta ekonomi negara pada 31 Julai 2016:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Salam.

Dato' Johari Ghani
Menteri Kewangan 2


# Mengikut laporan semuanya baik,  semalam aku di Pasir Tumbuh,  Kelantan,  KFC sesak dengan manusia, PAS juga hebat di Kelantan.

Tetapi semua itu tidak bermakna,  perasuah perlu dikekalkan.

NO WONDER MUSUH BERSATU PANIK... KUBU KUAT UMNO BOCOR

Sangkaan BERSATU tidak mendapat tempat di Johor nyata meleset, teguran Sultan Johor ke atas Tun Dr Mahathir sedikit pun tidak terjejas.

Yang lebih sudu dari kuah hanyalah pemimpin umno yang panik dengan pengaruh BERSATU,  no wonder keputusan permohonan masih pending...

Kemunculan whatsaap group bagi setiap DUN dan Parlimen di Johor termasuk pro tem committee petanda kegigihan dan keazaman mereka mereka yang menyokong BERSATU, dari pemerhatian tidak dinafikan mereka majoritinya kumpulan yang tewas dalam pertandingan Bahagian.

Mekanisme menang menang semua dan kalah kalah semua menjadikan umno bermusuhan dengan ahli sendiri.

Pada asasnya mereka masih ahli umno tetapi jiwa dan raga sudah diserah pada BERSATU, mungkin sebab umno tidak sediakan borang PERMOHONAN MEMBATALKAN KEAHLIAN, mereka tidak berbuat demikian.

Dalam group group whatsaap ini nyata mereka sudah berpatah arang dengan umno,  tanpa segan silu mereka membuka pekung budaya pemimpin umno satu demi satu. Permusuhan yang nyata dengan umno.

Adalah sangat penting BERSATU tidak diluluskan sebaliknya pengunduran Najib perlu dipercepatkan bagi membolehkan pemimpin dan penyokong BERSATU dibawa balik semula ke pangkuan umno sebelum nasi menjafi bubur.

Semua ini hanya mampu dilakukan oleh Zahid Hamidi.

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...