Thursday, October 18, 2012

Putrajaya terbelah dua... dua kontraktor berbalah

UMNO dikatakan terpesong dari perjuangan asal untuk membangunkan orang Melayu berugama Islam kerana pemimpin leka dengan kekayaan, kuasa dan kroni mereka. Mereka juga lalai hingga memberi ruang dan muka kepada bangsa lain yang mewakili parti kaum masing-masing. Semuanya beralasan 'tolak ansur dan menghormati kaum lain'.

Berasal sebagai pelarian dan pendatang, mereka diberi kerakyatan dengan harapan mereka berterima kasih untuk hidup menumpang secara harmoni. Malah kejayaan ekonomi mereka petanda mereka mendapat layanan yang adil.  Pada mulanya ya...tetapi akhirnya sudah naik kepala hingga lupa asal usul mereka sedangkan mereka tetap diberi layanan yang sewajarnya. Hari ini mereka sudah tidak terkawal, perangai lebih dari belanda, Belum berkuasa sepenuhnya mereka bukan sahaja menggugat bangsa tetapi sudah berani menghina ugama.

Hari ini Melayu dan Islam bukan sahaja menghadapi masalah dengan kaum lain tetapi bermasalah sesama sendiri, berpecah kerana perbezaan pendapat tetapi sebenarnya di satu pihak ingin mengekalkan kuasa bererti mengekalkan kekayaan dan pangkat mereka dan di satu pihak lagi berjuang merebut kuasa bererti 'berilah peluang pada aku pula untuk kaut kekayaan, pangkat tertinggi untuk memakmurkan kroni aku pula'. Kedua-dua pihak berbohong kepada rakyat bahawa perjuangan mereka demi Melayu dan Islam.

Adalah perlu rakyat memilih salah satunya, walaupun kedua-duanya sudah rosak, rakyat sudah tidak ada pilihan, itu sahaja yang ada, yang terbaik dari yang busuk lagi bernanah.
                                                                                                           Dalam ketika UMNO dikatakan melakukan kesilapan demi kesilapan kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC kenapa pula PAS mahu ikut tauladan itu, mahu turut bersekongkol dengan DAP??? Apa jaminan PAS boleh mengawal DAP sedangkan belum ada seorang pun pemimpin PAS yang mempunyai karisma untuk berdepan dengan pemimpin DAP...Nik Aziz sudah tua..Hadi Awang setakat mana dia berilmu....Mat Sabu ? Jangan buat lawak...

Tolong jangan cakap DAP itu lebih baik dari MCA atau MCA itu lebih baik dari DAP..kedua-duanya adalah musuh Allah yang nyata, kenapa kamu mahu mengambilnya sebagai sahabat dan kawan untuk tidur dalam satu selimut???

Malulah sikit dengan bangsa Moro..selepas 40 tahun mereka kembali ke landasan yang betul sedangkan PAS dan UMNO makin matang makin lintang pukang !!!

Bagaiamana pula kalau harapan diberi kepada Anwar... maaf itu satu cadangan yang langsung tidak waras !

Menteri cabar dan main2 dengan rakyat..nak mampus agaknya

Ada Menteri BN cabar rakyat???

Dalam apa jua isu...cabaran kena dibuat dengan cara yang positif dan betul bukannya mencabar ketika rakyat sedang marah !!!@!

Wednesday, October 17, 2012

Krisis Identiti Rakyat Malaysia

Kj (mewakili UMNO ke?) kata bangsa Malaysia dulu baru Melayu
Sakmongkol (mewakili DAP ke?) kata bangsa Melayu dulu baru Malaysia
Muhyiddin (mewakili UMNO juga ke?) kata bangsa Melayu dulu baru Malaysia
Nik Aziz (mewakili PAS ke?) agaknya akan kata Muslim dulu baru ? saya menyesal jadi Melayu

Tak nak tanya India dan Cina ke apa yang mereka kata dulu bila di soal pasal bangsa...
Kenapa mahu dipertikaikan bangsa Melayu yang mendahului Melayu sebelum Malaysia..rasis kah untuk mengaku 'melayu' mendahului malaysia.

Lazimnya..jika di luar negara kita akan kata 'saya dari malaysia' tetapi di dalam negeri kita akan kata 'saya berasal dari kelantan' atau 'saya melayu'


AES dalam tahap sensitif kepada rakyat..

AES perlaksanaannya seperti nasi sudah jadi bubur, niat baik tapi cara 'tak kena'

Kewajaran saman hendaklah dibuat pada asas yang betul:

1) Di lebuhraya, had kelajuan 110 km, tetapi jika ada melebihi 140 km itu dah kira melampau, wajar disaman...jika lebih 110 atau kurang 140 saman dikeluarkan dalam operasi perangkap laju yang lazim digunakan polis tetapi bukan secara AES.
Begitu juga di jalan bukan lebuhraya yang menghadkan 90 km tetapi jika ada yang melebihi 120 km itu dah kira merbahaya dan wajar disaman melalui AES, jika lebih 90 tetapi kurang 120 saman wajar dikeluarkan dalam operasi polis biasa.

2) Begitu juga melanggar lampu isyarat, ia bukan dikenakan saman sertamerta bagi  kenderaan yang melepasi antara lampu orange dan lampu merah tetapi ia hanya wajar dikenakan kepada yang betul-betul sengaja melanggar lampu merah.

3) Perlaksaan harus mengambilkira beberapa faktor lain seperti cuaca, keadaan jalan, kemudahan frasana. termasuk cadangan notis dan papantanda setiap 5 km dan setiap 1 km sebelum AES. Jika kita melihat sistem PLUS, mereka membuat papantanda dan notis setiap 5 km dan 1 km sebelum susur keluar supaya pengguna bersedia untuk memperlahankan kenderaan atau membuat keputusan keluar susur.

penangguhan aes:pembangkang mendahului kerajaan

syabas dan tahniah kepada keadilan yang secara rasminya membantah perlaksanaan aes dan tahniah kpd kerajaan pp yng enggan melaksanakan aes serta merta sehinggalah satu kajian menyeluruh dibuat

adalah terlalu dangkal apabila menteri pengangkutan cuba meneruskan perlaksanaan aes dengan alasan  kadar kemalangan telah menurun sejak perlaksanaan aes...kalau tetiba naik suatu masa nanti apa pula alasan yg keluar, semuanya nak salahkan rakyat sedangkan mereka hanya mementingkan keuntungan semata mata


bagaimanapun pembangkang tidak boleh menyalahkan kerajaan semata mata kerana mereka juga menyokong semasa dibentangkan di parlimen

dan paling penting jangan ada si bangsat bangsat cuba salahkan umno dalam hal ini.

Tuesday, October 16, 2012

nik aziz akui nasha mampu gugat

Serangan tanpa berselindung ke atas nasha oleh nik aziz sebagai petanda nik bukanlah ulama  tulin apabila memberi gelaran 'lidah panjang' kepada muslim lain sedangkan islam amat larang berbuat demikian

nyata juga nik aziz kepanasan dan amat bimbang harapan pas merasa kuasa persekutuan akan gagal dan musnah jika nasha tidak disangkal

sayang sekali nik aziz mungkin sudah terlambat utk menhalang nasha kerana kini sudah suara2 lain yg senada dng nasha setidak tidaknya sudah ada suara tidak yakin lagi kemampuan sebenarnya untuk terus memegang jawatan mb dan menerajui majlis ulama

Serangan dari luar akan terus bertalu menghilangkan kredibiliti nik aziz sebagai ulama tulin bertukar menjadi ulama emosi malah semakin kerap nik aziz melatah, melenting dan menjawab makin banyaklah ruang untuk nik aziz mempamerkan kekurangan dan kelemahan dan apabila imej islam dan ulama sejatinya terhakis maka pas akan jadi kulit tanpa isi, kalaupun ada isi, isinya sudah robek dimakan ulat

Pergeseran nasha dan nik aziz akan berterusan dengan lebih dramtik lagi dan yang untungnya political mileage nasha bertambah sedangkan nik aziz semakin mudah dipertikaikan (hilang kewibawaan seperti sebelumnya) dan pandangan2nya mula dinilai oleh ahli pas samada masih relevan atau terus menyimpang.

Walaupun PAS pernah kehilangan tokoh2 utama sebelum ini hakikatnya PAS masih terus mara tetapi pergeseran menjelang pilihanraya sangat berisiko dan sensitif terutama untuk mengekalkan kuasa di Kelantan.

pas nak ganti umno

PAS mengaku dirinya sendiri sebuah parti yg memperjuangkan islam dan dalam masa yg sama memecat ahlinya seperti hassan ali yg memperjuangkan islam ?????

dalam masa yg sama membuat pengakuan akan terus memperjuangkan islam dng bantuan kapir?????

itulah faktanya setakat ini

pas merasakan dia lebih islamik dari umno dan sekarang mereka juga beranggapan lebih bijak dari dap, pas berpendapat apabila menang pru13 dap akan terperangkap, akan tunduk kpd mereka spt mca tunduk pada umno. pas ingin mengganti umno


3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...