Tuesday, October 22, 2013

Mahathir Mohamad nak jadi apa?

secara politiknya najib telah menunjukkan kebijaksanaanya yg luar biasa, merapati mahathir untuk mendapat kuasa tetapi dalam masa yg sama tunjuk baik dan setia kpd paklah seolah-olah dalam bajunya tiada gunting atau jarum.

bila dapat kuasa, paklah jadi pemain simpanan, mahathir jadi striker untuk menyerang lawan, dalam keadaan tertentu mahathir turun jadi pemain pertahanan dan sumbangan terakhir mahathir ialah sebagai penjaga gol umno di pru13.

Selepas PRU13 mahathir hantar anaknya sebagai calon pemain tengah - kena rejek terang-terang oleh kaptain. Posisi tu pada si lembik.

sekarang? mahathir jadi apa?


Monday, October 21, 2013

DO WHAT I SAY DON'T DO WHAT I DO - SIAPA?

Hari ini saya baru sedar (padan muka aku) kenapa ada sebahagian orang Melayu sanggup menyokong anwar dan segelintir bunuh diri dengan masuk dap - semuanya semata-mata mereka sangat berbulu di mata dan bersembilu di hati melihat gelagat dan sikap pemimpin umno dari peringkat cawangan, bahagian sampailah kpd presiden termasuk yang berjawatan timbalan dan menteri.

mereka sokong anwar bukan kerana dia bagus sangat, bukan semata-mata atas nama anwar tetapi lebih kpd tindakbalas bertentangan untuk kepuasan hati yg sakit.

Begitu juga bagi mereka yang melihat anwar dan pemimpin umno sama sahaja, 2 x 5 - lalu pilihan hati yg marah ialah DAP demi kelansungan politik mereka.

Sebahagiannya tersesat mencari damai di PAS dan sebahagiannya sekadar menjadi pemerhati yg berdendam kpd umno.

Jumlah menentang umno makin lama makin bertambah apalagi pemimpin umno makin angkuh dan tidak sedarkan diri.

Pemilihan baru-baru ini memberi gambaran yg cukup jelas tentang sikap talam dua muka, tentang wang membeli segala-galanya, tentang kroni yg dipertahankan, tentang hipokrik dan pendusta dan banyak lagi perkara yg dihalalkan demi kerakusan kuasa.

Jelaslah juga, kenapa keseluruhan cina bersatu menentang melayu yang bernama umno + kebangsatan yg sudah ada pada diri mereka + di ambil kesempatan oleh DAP.

Kesimpulannya UMNO tidak berani ubah baik pemimpin mahupun majoriti ahli umno, keberanian ubah sudah menjadi musuh yg perlu ditakuti. Majoriti ahli umno dan melayu tidak terdedah atau ambil tahu tentang ancaman dan merbahaya politik semasa sebaliknya lebih kpd sosial, hiburan dan dan sedikit tentang jenayah keganasan
mereka lebih kenal peserta maharaja lawak, mak janda artis, ustaz kazim dari mengenali watak hitam lim guan eng, lim kit siang, karpal dan sebagainya. Mereka  tahu negara selamat di tangan najib-rosmah-muhyiddin. Persepsi indah?

Kesimpulannya melayu makin lemah kerana berpecah dan tidak tahu musuh sebenar yg sudah cukup dekat dengan kita. israel lebih dekat dengan kita, rakyat palestine mungkin lebih selamat dari nasib
orang melayu dan Islam di Malaysi, cuma mungkin 'masanya' yg belum sampai.

Reformasi Najib lebih kpd " do what i say don't do what i do " lebih menyeru kpd rakyat untuk berubah sedangkan diri sendiri dan kepimpinan mereka liat dan takut sangat nak berubah

Sunday, October 20, 2013

umno makin hancing - timun dan ulam untuk anwar ratah

 bagi umno, transformasi najib telah pun berlaku apabila ada cawangan umno mendapat
ketua cawangan baru.

bukankah lebih baik jika najib maklumkan transformasi tidak berlaku sepenuhnya seperti yang diharapkan dan oleh itu seluruh ahli harus bersatu memperkuat umno untuk menghadapi pilihanraya dan cabaran akan datang.

apakah najib cuba memperbodohkan ahli umno dengan mendakwa transformasi telah berlaku sekadar keluar masuk beberapa exco dan majlis kerja tertinggi - itu pun yang 'dicaikan' oleh mereka juga.

ok jugalah kalau nak perbodohkan ahli sendiri - tapi jangan ingat melayu bukan ahli umno sama bodoh dengan ahli umno.
d

kalau umno tidak mahu orang melayu bukan ahlinya masuk campur soal umno adalah wajar juga umno tidak lagi mendakwa sesuka hati bahawa umno itu melayu, melayu itu umno.

kalau dah mengaku transformasi berlaku maka adakah umno sudah kuat dalamannya untuk menghadapi luaran.

kuatkah senarai kepimpinan yg menang ini jika mereka raih undi dengan pitih? berterusteranglah...

jika inilah minda najib, politik najib dengan budak-budaknya - pasti ia jadi ulam dan timun kpd anwar dan dap.

Tunggulah....melayu dan Islam sedang dipersendakan sekarang...dan melayu akan dijajah dan Islam diperlekehkan berterusan sedikit masa lagi, setakat manalah kuatnya zahid !

Apa fatwa PAS tentang menang jawatan dlm umno..

seperti yg dijangkakan najib mengesahkan ada transformasi dalam unmo, ada perubahan keluar masuk dlm exco dan majlis kerja tertinggi termasuk cara pemilihan yg melibatkan perwakilan di peringkat bahagian.

ahli umno, bloggers umno - apa lu orang tunggu kagi - angguk le !!!

najib mungkin terlupa transformasi paling besar juga berlaku dalam parti di era kepimpinannya iaitu politik wang yang makin melekat di sanubari ahli umno sudah berjaya menular ke peringkat akar umbi untuk semua menikmatinya.

Paling hebat - semua buat2 tak tahu, tak sentuh langsung terutama dari calon yg menang.


Saturday, October 19, 2013

PEDIH SUNGGUH AYAT ITU

Mukhriz kalah bergaya - kalah bermaruah - zamkata
Hisham menang parah - zamkata
Transformasi taik kucing - din turtle
Hisham menang sorak - kampung tergadai
Semua Bahagian UMNO Pahang ikut telunjuk - fakta
Bahagian UMNO Johor sedondon - fakta
umno menang, melayu kalah - sakmongkol
Najib menjayakan pilihannya dengan membunuh transformasinya sendiri - pedih sungguh ayat tu.

JIKA NAK BACA AYAT PUJI PUJIAN YANG LEMAK MANIS BERMADU - MUNGKIN DI BLOG LAIN.
Kalau ada pun, mungkin yang ini:
Beres, transformasi UMNO dan proses peremajaan parti - Helen Ang

Tetapi itulah Melayu dalam UMNO yang dipimpin oleh Najib sekarang - Janji Najib untuk menjadikan rasuah hanya satu sejarah masa lampau yg dilafazkan di sanfransisco berlaku sebaliknya, di depan matanya, di tangannya, di dalam partinya sendiri, di negaranya sendiri - dan ini baru satu permulaan.

Jangan buat tuduhan, mesti ada bukti kata si ku nan setiausaha gong - itu kalau kena batang hidung UMNO.
Tetapi tuduhan yang semborono sama lah juga pemimpin umno bebas lemparkan kepada pembangkang. Mana dia bukti anwar dalang pencerobohan sulu di lahad datu? Mana dia bukti pembangkang dapat dana luar? - haprak juga si ku nan ni.

Persepsi politik wang yang bebas dan terbuka dalam pemilihan umno bukan satu yg boleh disembunyikan - itu fakta.

Tugas membuktikan adalah tugas SPRM dan Jawatankuasa Pemilihan jika mereka telus dan amanah - boleh diyakini ke?
Tidak ada aduan - mungkin itu alasan skima terbaik mereka.

Yang tidak kurang penting sekarang ni ialah persaolan bagaimana 3 Naib Presiden yang dipilih semula, yang disokong oleh Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Presiden dan Timbalan Presiden + Setiausaha Gong ( 7 Pemimpin Tertinggi UMNO yang paling berpengaruh dan berkuasa ) masih gagal menyekat kemaraan seekor nyamuk yang tidak direstui seperti mukhriz yg sekadar berbekalkan bayang bapanya masih mampu meraih undi popular melebihi hisham seorang menteri kanan yang dilengkapi segala kemudahan dan laluan untuk bertanding.

Adalah merbahaya mukhriz dibiarkan terus popular, popular kerana perjuangan Islamnya, popular kerana ketebalan melayunya, popular kerana keremajaannya, popular kerana bersih, popular kerana berani ubah, popular walaupun kalah, popular yang bermaruah.


Ramalan Tun Mahathir Tepat

Walaupun pengaruh Mahathir samada di dalam atau diluar umno sudah mulai hilang cengkamannya tetapi ketepatannya dalam sesuatu perkara, politik dan ekonomi nyata tidak jauh meleset.

Pandangan Tun tentang peluang Mukhriz dalam persaingan jawatan Naib Presiden ternyata tepat, peluang 50% atau kurang kini menjadi kenyataan atas faktor utama tidak direstui Presiden - bukan satu faktor dongeng lagi terutama semua bahagian di Pahang hanya memilih 3 nama yb direstui mohd najib bin abd razak, dan disokong oleh muhyiddin di Pagoh.

Selain faktor tidak restu, faktor politik wang sudah menjadi budaya dan secara terbuka.

Kalau dalam DAP, nilai Melayu hanya 50 sen menjadi bahan sindiran dan ketawa, tidaklah pula diketahui sejauhmana Perwakilan Melayu UMNO telah meletakkan harga diri mereka.

Yang menang hari ini akan menjadi barisan hadapan di PRU14 untuk mengukur tinggi rendah perjuangan sebenar. Yang kalah akan jadi pemerhati.

Sehari dua lagi, Presiden yg sama, yg bersikap pilih kasih akan menyeru kpd perpaduan dan penyatuan semula atas dasar pertandingan kekeluargaan dan keutamaan parti - alangkah hipokriknya ucapan itu - menjijikkan.

Berbalik kepada ketepatan pandangan Mahathir,  selepas ini, suka atau tidak, UMNO harus mengambilkira pandangannya terhadap nasib UMNO di PRU.

Tun sudah tidak perlu menjadi benteng UMNO, bagi anti-Tun, mereka sarankan Tun jaga cucu, aku rasa itu tepat sekali - itu lebih baik dari menjaga pengkhianat bangsa, ugama dan negara.

PAGOH (Muhyiddin) dan PAHANG (Najib) Kekal Sokong Hisham

Zahid memecut mendahului.
Shafie dalam keadaan selamat.
Isa dan Ali terkial-kial...

Tidak rasmi:
Berhati-hatilah dengan keputusan di blog dan internet. PRU13 yang lalu adalah contoh bagaimana keputusan yang dipaparkan oleh blog dan internet selain dari pengumuman rasmi tersasar jauh dari realiti.
tunggu keputusan rasmi - jangan syok sendiri !!!



Pagoh
1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham





 Padang Rengas

1- Zahid
2- Mukhriz
3- Shafei






Teluk Kemang

1- Isa
2- Zahid
3- Mukhriz







DIBERITAKAN HAMPIR SEMUA BAHAGIAN DI PAHANG NEGERI KELAHIRAN NAJIB IKUT TELUNJUK...
Atau Bahagian-Bahagian ini sudah mati pucuk atau tidak punya 'taste' politik semasa - masih dalam syok sendiri !!

Dalam DAP walaupun parti menang besar di PRU13, perwakilan CEC masih mahu perubahan dengan meletakan Lim Guan Eng di tempat kelima dan Lim Kit Siang di tempat kedua???

Dalam UMNO - ketika parti goyah dan tidak sekuat dulu bukan sahaja mereka tidak berani mengubah Presiden dan Timbalan, mereka juga tidak berani mengubah Naib Presiden - inilah yang mungkin dimaksudkan transformasi !!!

Salah percaturan - UMNO akan jadi parti cap ayam sabung - menang sorak kampung tergadai.


 Raub

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham




 Bukit Bendera

1- Zahid
2- Ali
3- Hisham

 Maran

1- Zahid
2- Shafei
3- Hisham

 Bentong

1- Shafei
2- Zahid
3- Hisham



 Ketereh

1- Zahid
2- Shafei
3- Mukhriz

 

Kubang Kerian

1- Zahid
2- Shafie
3- Mukhriz




Rehat dulu 5.41pm

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...