Hari ini saya baru sedar (padan muka aku) kenapa ada sebahagian orang Melayu sanggup menyokong anwar dan segelintir bunuh diri dengan masuk dap - semuanya semata-mata mereka sangat berbulu di mata dan bersembilu di hati melihat gelagat dan sikap pemimpin umno dari peringkat cawangan, bahagian sampailah kpd presiden termasuk yang berjawatan timbalan dan menteri.
mereka sokong anwar bukan kerana dia bagus sangat, bukan semata-mata atas nama anwar tetapi lebih kpd tindakbalas bertentangan untuk kepuasan hati yg sakit.
Begitu juga bagi mereka yang melihat anwar dan pemimpin umno sama sahaja, 2 x 5 - lalu pilihan hati yg marah ialah DAP demi kelansungan politik mereka.
Sebahagiannya tersesat mencari damai di PAS dan sebahagiannya sekadar menjadi pemerhati yg berdendam kpd umno.
Jumlah menentang umno makin lama makin bertambah apalagi pemimpin umno makin angkuh dan tidak sedarkan diri.
Pemilihan baru-baru ini memberi gambaran yg cukup jelas tentang sikap talam dua muka, tentang wang membeli segala-galanya, tentang kroni yg dipertahankan, tentang hipokrik dan pendusta dan banyak lagi perkara yg dihalalkan demi kerakusan kuasa.
Jelaslah juga, kenapa keseluruhan cina bersatu menentang melayu yang bernama umno + kebangsatan yg sudah ada pada diri mereka + di ambil kesempatan oleh DAP.
Kesimpulannya UMNO tidak berani ubah baik pemimpin mahupun majoriti ahli umno, keberanian ubah sudah menjadi musuh yg perlu ditakuti. Majoriti ahli umno dan melayu tidak terdedah atau ambil tahu tentang ancaman dan merbahaya politik semasa sebaliknya lebih kpd sosial, hiburan dan dan sedikit tentang jenayah keganasan
mereka lebih kenal peserta maharaja lawak, mak janda artis, ustaz kazim dari mengenali watak hitam lim guan eng, lim kit siang, karpal dan sebagainya. Mereka tahu negara selamat di tangan najib-rosmah-muhyiddin. Persepsi indah?
Kesimpulannya melayu makin lemah kerana berpecah dan tidak tahu musuh sebenar yg sudah cukup dekat dengan kita. israel lebih dekat dengan kita, rakyat palestine mungkin lebih selamat dari nasib
orang melayu dan Islam di Malaysi, cuma mungkin 'masanya' yg belum sampai.
Reformasi Najib lebih kpd " do what i say don't do what i do " lebih menyeru kpd rakyat untuk berubah sedangkan diri sendiri dan kepimpinan mereka liat dan takut sangat nak berubah
No comments:
Post a Comment