Saturday, October 24, 2015

MUHYIDDIN YASSIN DAN SHAFIE APDAL DIJEMPUT BELAJAR..


Cukupkah merayu atau mohon simpati......
Adakah sampai sekarang muhyiddin tidak pasti tentang 1MDB....
Berbanding dengan Tun Dr Mahathir yang very firm tentang wrong doing 1MDB.....

Elok bertandang ke
13 cawangan di
Teluk Kemang untuk belajar bagaimana jadi berani sedangkan ilmu lebih banyak di dada dan katanya sudah berjuang dalam umno melebihi 40 tahun...

NAJIB HARUS FIKIR 2 X...

Suara cawangan merupakan suara keramat dan yang paling dekat dengan akar umbi dan pengundi.

Boleh buat pekak dengan.Mahathir, boleh cipta fitnah kepadanya.
Boleh penjarakan Naib Ketua Bahagian dan lawyernya...

Tapi jangan main-main dengan suara cawangan.
Inilah golongan yang disembah KUB ketika bertanding diperingkat bahagian.
Inilah golongan yang dipeluk cium salam tak.lepas oleh setiap calon pilihanraya.

Jangan rasa kerusi Presiden tinggi atas sangat selamat dengan suara cawangan di bawah.

Harus rasa malu hila cawangan mula mencampuri urusan teryinggi parti dan Presiden sudah tidak dihormati dan dipercayai lagi.

Jangan ambil mudah, mencantas golongan ini, kelak makan diri.


Friday, October 23, 2015

BAJET ORANG BERSALAH !!!


Mungkin sudah boleh raikan kemenangan...

Dr M Kalah Akhirnya, Tak Mampu Singkir Najib...




Selepas ini Tun akan didakwa?
Tun akan jadi miskin?
Negara secara automatik aman dan harmoni?
PRU bukan esok ertinya UMNO masih banyak masa...
King Is Cash..ada kebenarannya
Rakyat terus dahulukan.....
semuanya, segalanya...semuanya fitnah (?)
Benarkah Najib yang menang atas kekalahan Tun ini...

Thursday, October 22, 2015

Terasa Ringan Kaki Pula Untuk Turun Dijalanan

3 kertas siasatan ke atas Tun Dr Mahathir yang dibuka oleh PDRM untuk penelitian AG dan Timbalan Pendakwaraya adalah perkara menarik sebelum dan selepas Bajet Najib.

Sebelum ini pun memang sudah ada khabar angin Tun akhirnya akan disiasat@ditangkap@didakwa jua kerana jika tidak dikekang ia boleh membawa mudarat kepada negara. (Baca: kepada Najib).

Jika mathias dan khairuddin tidak terlepas sudah tentu Tun tidak terkecuali kerana tuduhan Tun kepada najib dan kerajaan sangat vokal dan jelas.

Lebih tepat Najib saman Mahathir tetapi menggunakan PDRM merupakan satu kelebihan kepada Najib yang diistilahkan undang-undang.

Tetapi itu tidak mengecualikan Najib untuk terpaksa turun ke mahkamah juga.
Sekali lagi sejarah akan terukir dengan satu barisan peguam akan mewakili Mahathir dan berlarutan bertahun hingga bertembung PRU14....apakah Najib sudah bersedia sampai ke situ.

Akan lebih ramai juga yang ringan kaki untuk turun di jalanan jika Tun ditangkap !!!! Mungkin itu satu ilusi tetapi jangan pandang ringan...
Tun bukan pemidato hebat seperti Anwar untuk mengajak orang turun dijalanan tetapi jika lebih ramai yang turun secara sukarela - itu sangat merbahaya.

Ramai penyokong Tun bersedia untuk menerima kenyataan Tun akan didakwa kerana itu juga satu penyelesaian.
Dan lebih hebat jangan mereka salah sangka bahawa Tun sangat takut untuk ditangkap dan didakwa !!!!

Tun dan Najib sangat berbeza.

Jika bajet Najib lulus dengan bergaya...
Dakwaan ke atas Mahathir tidak dapat dielakkan (?)


TERKINI:
Mahathir percaya Najib akan terus kekal penuh tempoh kerana parti melindunginya.
Apakah mereka yang membantah Najib sanggup tolak UMNO (?)

Wednesday, October 21, 2015

OTAK GENIUS DALAM DUNIA HANYA ADA SATU..

Speaker minta senarai mereka yang akan sokong undi tidak percaya (?)

Teori ini sekaligus praktik yang paling sesuai, bijak dan punya darjat yang paling tinggi sekali.

Otak biasa tidak akan termampu memikirnya. Mesti dari otak yang ada class...
Muka yang terpikir kaedah genius ini tentunya bukan muka tipis atau muka sembarangan. Mesti dari tembok tertinggi di dunia...

Seterusnya teori dan kaedah ini boleh digunapakai dalam banyak perkara...

Contohnya di PRU...
Pembangkang perlu tunjuk dulu senarai yang tidak mahu undi BN, kalau jumlahnya cukup maka Pengerusi SPR boleh pertimbangkan, jika tidak, pengundian atau pilihanraya tidak perlu di adakan...

Boleh juga digunapakai oleh SPRM...
Kalau pelapor boleh tunjukan di mana duit rasuah atau duit penyelewengan atau duit songlap itu berada... bolehlah siasatan dimulakan...
Jika tidak NFA...

Mungkin teori inilah PDRM gunapakai...
Yang melapor disiasat...
Yang kena lapor terus sihat...

Kerajaan atau Parlimen perlu pelihara dengan baik orang berkabolehan seperti ini.

Malaysia sangat bertuah dan beruntung.

Tuesday, October 20, 2015

Warning Pada Najib...

Sebagai PM, buatlah apa yang patut buat, tak perlulah pegang jawatan tetapi bab pahit asyik nak mengeluh macam susah sangat. Kalau tak pandai, elok berhenti.

Dan jangan lupa sebagai PM, untuk berlaku adil,
 ada bab yang sedap, yang itu kenapa tak cerita...

Pendekata buatlah, planlah, laksanakanlah apa sahaja, rakyat bukan hairan dan pelik sangat dengan "Najib".

Malaslah dah nak komen, see you in court - PRU14...

Analisa bahawa Pembentangan Bajet tidak diluluskan juga satu ilusi lebih lebih lagi kalau bajet itu terkandung 1001 janji manis kepada rakyat.

Jika pun tidak lulus, tidak mungkin Najib akan berundur kerana sauh kapal bugisnya sudahpun dilabuhkan.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...