Tuesday, March 8, 2016

Hadi dan Najib Sekapal...

Krisis integriti Presiden UMNO kini menular kepada Presideng PAS apabila sudah ada kedengaran suara meminta Hadi digantikan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun ianya datang dari suara bekas Naib Presiden tetapi dalam keadaan PAS ysng lemah sekarang, suara tersebut masih berpengaruh, tepat pada masa dan tempat.

Jika pendirian dan gaya kepimpinan Hadi sekarang ujud sebelum ini, sudah tentu Hadi akan mudah tewas dengan Mat Sabu. Nasib baik Hadi pada masa itu mungkin tidak selamanya.

Suara ini mungkin tidak terhenti di sini sahaja, jika berlaku kesinambungan dari pihak pihak lain, Hadi akan menghadapi situasi pertentangan yang lebih parah.

Atas dasar akrab Hadi dengan Najib yang sangat menghormatinya, tidak salah jika Hadi cuba tawarkan dirinya sebagai Timbalan Presiden yang sedang kosong.


Monday, March 7, 2016

RM7,000.00 x 91 KPB = RM1,337,000.00 AL KISAH KJ



AJAIBNYA NEGARA KU INI

Luahan hati Sabtu 5.3.2016

Ajaibnya negara ku ini,
Segala2 nya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.

Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.

Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah pula gaji menteri dan yang berhormat.

Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.

Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.

Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...

                  Prof. Hamza al-Qola'ie

Sunday, March 6, 2016

ADA AHLI UMNO TERLIBAT SOKONG DEKLARASI...

http://goo.gl/forms/klwIJrXZ9m

Link sokongan kepada Deklarasi Mendesak Najib undur secara aman dan mengikut undang-undang sedang beterbangan.

Kunan elok pantau bagaimana link tersebut juga berpindah dari satu tangan ke satu tangan ahli ahli UMNO melalui media IT dan secara terangan disebarkan oleh sebahagian Ketua Cawangan.

Tidak tolak kemungkinan disebarkan juga oleh Jawatankuasa Bahagian (?)

Elok kunan siasat dan pecat seramai mungkin.

Deklarasi pada mulanya diperlekehkan, dipandang ringan dan Najib pun kata tak ada impak tetapi akhirnya sekadar menyedapkan hati sendiri.
Hakikatnya Putrajaya cemas dan tergesa gesa mengadakan perjumpaan dengan komponen BN.

Blogger pemakan dedak, pengomen anon separuh masak wajar tingkatkan usaha setimpal dengan upah.


Saturday, March 5, 2016

3 "Abdul" perlu disingkirkan...

Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie perlu disingkirkan dari UMNO.

UMNO perlu mengadakan semula pertandingan tahun ini bagi mentukan samada Najib akan dipilih semula sebagai Presiden.

Ini sahaja cara untuk UMNO menunjukkan penyatuan, muafakat, pendirian dan kekuatan dalaman mereka kepada rakyat, negara dan dunia.

Kalau inipun UMNO tak boleh buat, apa yang ada lagi pada UMNO (?)

BERUNDUR JUGA SATU TANGGUNGJAWAB

Tun Abdullah dan Tun Dr Mahathir telah menunjukkan contoh yang terbaik, berundur secara sukarela.

Tidak perlu tunggu PRU, tidak perlu tunggu mati, tidak perlu hilangupaya kekal, tidak perlu disabitkan kesalahan jenayah.

Terpaksa atau ikhlas, ia tetap sesuatu yang lebih terhormat. Lebih penting ia untuk kepentingan dan kesinambungan parti.




Friday, March 4, 2016

Mahathir tak relevan...tapi awat semua dok pakat meroyan..

Mahathir keluar UMNO tidak memberi impak....

Tapi sejak keluar UMNO, proJib dan proDak (Dedak) lebih fokus untuk spin, belit, auta, putar apa sahaja yang dilakukan oleh Tun dan apa sahaja ucapannya...

Saham dan nilai Tun mendadak naik tiba tiba....
Tugas mereka membelasah Azmin dan DAP jadi gangguan dan perlahan...

Lebih bengang, PAS turut sokong melalui Ketua Penerangannya..

Bagi mereka, boss mereka yang kaki temberang, penipu dan pembohong lebih mulia dari Tun yang mengetuai sekumpulan rakyat yang mahu Najib berundur....


Thursday, March 3, 2016

MUHYIDDIN NI MASIH BOLEH PAKAI KE...




Ketika rakyat dikhianati dengan segala bentuk penyelewengan...Muhyiddin masih memilih "play safe" untuk tidak mendedahkan senarai pemimpin yang dulunya kritik Najib di belakang...

Apa tujuan (?)
Apakah dengan harapan mereka kembali menyokongnya (?)
Atau ia sekadar tembak angin...gempaq

Tun Dr Mahathir juga tidak dedahkan siapa Timbalan Menteri yang berjumpanya dengan mencerca Najib (?)

Ikhlas kah mereka demi rakyat jika masih berteka teki...

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...