Wednesday, July 13, 2016

KALAU BUKAN ORANG INI, PAS SUDAH JADI NASI TAMBAH ATAU KAILAN IKAN MASIN..

PAS yang keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak sebulu dengan DAP dan kemudiannya berpecah (PAN) memilih untuk mesra UMNO yang sudi menerima kerana sedang lemah dan bermasalah.

Kepimpinan Hadi Awang kurang bertulang belakang, tidak stabil dan keliru, lebih lebih lagi mesra najib yang sedang dilanda isu besar ala skandal menjadikan PAS dilihat goyah dan tiada pendirian yang jelas atau berubah ubah dalam halatuju lebih lebih lagi Hadi mengistiharkan untuk sekadar menjadi penasihat najib dan tidak bercita cita untuk sama-sama tawan Puterajaya.

Imej ulamanya hancur lebur apabila memilih untuk menyokong najib yang masih belum dapat mensucikan namanya walaupun sedang berkuasa.

Tetapi harapan untuk PAS sebagai parti alternatif terbaik masih ada kerana Timbalan Presidennya dilihat masih rasional dan mewarisi siasah Nik Aziz.


Terbaik Dari Tuan Ibrahim Tuan Man Mengenai Pembangkang!


Satu kenyataan yang cukup rasional dari Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mengembeleng kekuatan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 nanti..

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.



"Parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.

Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.

Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.

Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.

Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?

"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.

Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.

Bagi Pas, kata Tuan Ibrahim, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

"Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini," katanya.

Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada, tegasnya.

"Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

"Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

"Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN," katanya lapor MalaysiaDateline

http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2016/07/terbaik-dari-tuan-ibrahim-tuan-man.html#more


# Gencatan senjata atau tempoh bertenang berdamai cadangan Tuan Ibrahim mencerminkan kematangan,  berilmu dan progresif dalam memberi fokus kpd masalah utama dan sebenar negara.

# Seperti yang dijangkakan Tuan Ibrahim akan diserang puak pendedak...


Tuesday, July 12, 2016

"PARTI NEGARA"

Terlalu awal untuk ulas cadangan penubuhan parti baru oleh Tun Dr Mahathir seperti yang diberitakan bahawa ia bersumber dari Dato'Khairuddin.

Pertama,  benarkah berita tersebut (?)

Kedua,  ia sesuatu yang ada baik dan buruknya.

Kenapa tidak dihidupkan semula Parti Negara (baru) pimpinan Allahyarham Dato'Onn (?)

Ketiga. Jika benar, sebahagian besar yang sokong Tun akan menjadi ahli,  berapa ramai (?)

Jumlah tersebut mesti reasonable untuk mencapai tahap pertama iaitu semangat.

Jika jumlahnya terlalu kecil sudah tentu mencerminkan perjuangan Tun,  terlalu minoriti.

Jika keahlian mencapai 500 ribu,  sebahagian dari yang tandatangan Deklarasi Rakyat, itu sudah mencakupi.

Jika di peringkat awal, boleh mencecah 200 ribu pun sudah dikira bagus.

Penubuhan parti baru menjadikan missi mengundurkan Najib sudah bertukar kepada tumbangkan UMNO.

Perubahan missi itu tepat pada masanya (sekarang) apabila umno jika dilihat keseluruhannya bukan sahaja sudah terpesong perjuangannya tetapi majoriti pemimpin menyokong dan menghalalkan "rasuah dan salahguna kuasa".

Pemimpin umno tidak menggunakan kesempatan perundangan untuk membersihkan nama pemimpin dan parti.

Mempergunakan perundangan untuk memberi tekanan "politik" akan menambah lagi simpati dan sokongan kepada si mangsa.

Kesan penubuhan parti baru menjadikan umno dilihat sudah hilang integriti,  cakap pemimpin hanya disokong sesama sendiri sahaja yang berkepentingan.

Penubuhan parti baru ini sama sekali berbeza "faktornya" dengan penubuhan Semangat46 dan PKR...

Kalaupun tidak ada pemimpin umno yang mahu sertai, memadailah sokongan akar umbi...
Apabila akar umbi sudah mereput,  lemah dan tercabut, yang di atas pasti tumbang.



Bersambung...



Sunday, July 10, 2016

KEMASKINI: KENAPA UMNO TOLAK BUBAR DUN PP (?) ASAL: MCA abang DAP adik.. PAP sepupu

KEMASKINI:

Siapa yang lebih perkauman?  MCA atau DAP (?)
DAP lebih mirip kepada GERAKAN.


KEMASKINI:

Sebelum ini dikatakan pentadbiran lim guan eng sangat bobrok dan menzalimi orang Melayu dan miskin di PP,  apakah ini sekadar rekaan belaka (?)

UMNO/BN PP sepatutnya menyahut cabaran pembubaran DUN dan menuntut supaya lim guan eng lakukan segera...


KEMASKINI:

Perkembangan terbaru DAP Pulau Pinang cadang bubar DUN... Peluang terbaik BN sapu bersih kerusi dan tawan PP

ASAL:
Rengkas sahaja kali ini untuk difikirkan...

Kalau BN ada parti kapir seperti MCA dan MIC untuk mencermin persepakatan dan perpaduan.
Apa bezanya,  peliknya untuk DAP jadi sebahagian Pakatan Harapan.

Ada beza ke MCA,  MIC dan DAP dari segi kapirnya...
Ada beza ke lim guan eng, lim kit siang,  wee ka siong samy vellu,  lee kim sai, chua soi lek...

Mereka mesra Islam(?) sokong Islam(?)

Sebahagiannya sudah tiada, semua tidak kekal...

Lebih penting pemimpin bertunjangkan Melayu yang mahu menerajui parti dan negaranya adalah orang Islam beriman,  tidak munafik.

Jika Islamnya bagus... MCA, DAP atau musuh Islam boleh ditanganinya.

Jika Islamnya tidak bagus... bukan sahaja musuh,  Missi dan vissi serts ahli partinya sendiri boleh rosak..


# Pemimpin dan parti PAS adalah contoh kelemahan pemimpin untuk tangani DAP dalam persepakatan mereka, kurang bijaksana dalam bersiasah.
Akhirnya ditelan DAP dan PAS mengambil pendekatan "lari" untuk menutup kelemahan...

# Negara jiran  Singapura diterajui PAP,  apakah kita sedang berperang dengan mereka(?) Kita hanya perlu sentiasa dan tingkatkan waspada.

MCA abang DAP adik.. PAP sepupu

Rengkas sahaja kali ini untuk difikirkan...

Kalau BN ada parti kapir seperti MCA dan MIC untuk mencermin persepakatan dan perpaduan.
Apa bezanya,  peliknya untuk DAP jadi sebahagian Pakatan Harapan.

Ada beza ke MCA,  MIC dan DAP dari segi kapirnya...
Ada beza ke lim guan eng, lim kit siang,  wee ka siong samy vellu,  lee kim sai, chua soi lek...

Mereka mesra Islam(?) sokong Islam(?)

Sebahagiannya sudah tiada, semua tidak kekal...

Lebih penting pemimpin bertunjangkan Melayu yang mahu menerajui parti dan negaranya adalah orang Islam beriman,  tidak munafik.

Jika Islamnya bagus... MCA, DAP atau musuh Islam boleh ditanganinya.

Jika Islamnya tidak bagus... bukan sahaja musuh,  Missi dan vissi serts ahli partinya sendiri boleh rosak..


Pemimpin dan parti PAS adalah contoh kelemahan pemimpin untuk tangani DAP dalan persepakatan mereka,  kurang bijaksana dalam bersiasah. Akhirnya ditelan DAP dan mengambil pendekatan "lari" untuk menutup kelemahan...

SAOLAN UNTUK FLY KITE@LANGAU

Saolan

1) Adalah Laporan Audit Negara (LAN)  dibentangkan pada kabinet dan kabinet bersetuju di OSA kan.

2) Di OSA kan atas sebab apa (?) sedangkan LAN dijanjikan semasa rakyat mahu tahu status 1MDB.

3) Bolehkah Majlis Raja Raja dan Sultan Melayu memanggil Ketua Audit Negara untuk memberi penjelasan.

4) Bolehkah rakyat memohon kepada mahkamah supaya LAN dibentangkan di Parlimen dan dibuka kepada awam.

5) Statement siapa yang lebih berintegriti,  Sarawak Report atau Ahli Parlimen Kota Belud.






# INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK KERAJAAN MEMBUKTIKAN BAHAWA SARAWAK REPORTS MEMANG KAKI KENCING..  BUKA LAN UNTUK UMUM !

Saturday, July 9, 2016

PAS TAK PROTUN TAPI JANGANLAH JADI KARTUN

Tegas Ketua Dewan Ulama PAS, deklarasi hanyalah sekadar agenda peribadi pihak tertentu dan bukannya untuk rakyat. Sebaliknya misi PAS adalah mahu menukar kerajaan sekaligus mengubah polisi dan dasar sedia ada. 

 "Dalilnya kerana mereka nak tumbangkan Datuk Seri Najib tapi dia nak kekalkan Umno, sedangkan kita berpendirian bahawa nak buat perubahan ini bukan ubah pemimpin sahaja. 
 "Kena ubah dasar parti itu juga, jadi maknanya tak ada manfaat sangatlah. Dia tukar (nanti) sama sajalah sebab dasar tu sama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual.

 "Komponen Deklarasi Rakyat ni orang-orang yang kecewa jadi PAS bukan seperti itu, cuma kita bersendirian sebab itulah kita tak bersama mereka. Deklarasi tu lebih kepada nak selamatkan Umno, kita bukan nak selamatkan Umno tapi negara," katanya.

Kena pastikan samada Ketua Dewan Ulama ini Bercakap Masa Berjalan Dalam Mimpi atau terlebih makan ubat batuk.

Apa yang dicakapnya betul, kaedah dan perlaksanaannya bagaimana (?) Sedang diri sendiri (parti) sudah berpecah dan untuk lawan PAN pun belum tentu menang, bermimpi pula nak kalahkan UMNO.
Sebab itu tindakan Hadi adalah betul, realitinya, kalau dipelawa jadi PenASihat pun dah kira untung badan.

NO MORE

Blog ini bercadang untuk tidak lagi menyentuh tentang Mahathir dan Najib secara langsung kerana secara rengkas telah disentuh tentang negatif dan positifnya.

Kita sudah sudah tahu perbezaan mereka, dan sungguh tidak sesuai untuk dibandingkan, seperti langit dengan bumi.

Berapa banyak pun untuk kita bercerita atau untuk berbohong atau untuk kaberap, sejarah tidak dapat dipadamkan.

Apa yang terjadi kepada Anwar, antara contoh nyata dan nukilan sejarah yang sudah lewat dan sukar untuk dipadamkan.




# Yang nak ulas dan komen,  biarlah sopan.  
Jangan jadi pariah setakat nak kata go fly kite.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...