Sunday, January 14, 2018

MAKCIK FELDA MINTA NASIHAT


Minta kawan² Felda sama sama memberi nasihat dan panduan, parti mana yang mahu dipangkah..

1. Parti X parti orang tua

2. Parti Y Parti Penyamun Songlap Tanah Songlap Duit Super Skandal Dunia, six star

3. Parti L Parti  celaru @ penyokong parti penyamun





Tanya je..

# Saolan ini tak perlu otak cerdas sekolah tinggi, tak mengaji law pun boleh jawab, senang faham...
# Mufti Perlis pesan...memberi undi memang dipertanggungjawabkan di dunia dan juga di akhirat... 


Generasi felda sangat jelas pilihan mereka.

CADANGAN RCI MEMALI ADAKAH SATU BENTUK UGUTAN PADA HADI DAN PAS..

PAS paling terjejas jika RCI Memali diujudkan.

Tidak dapat tidak, amanat Hadi akan jadi asas punca memali dan pertikaian ke mana wang pungutan derma memali.

Lebih menarik mat sabu antara yang muungkin mendedahkan lebih banyak perkara.

Sudah pasti Tun tiada kaitan kerana dalan persediaan ke China dan dikhabarkan sudah berada dalam bilik VVIP Pelepasan di Subang Airport semasa kejadian berlaku yang dikendalikan oleh Musa Hitam sepenuhnya Sebagai Menteri kdn dan Pemangku PM.

Ada baiknya PAS jadi budak dengar cakap menjelang PRU14.

Saturday, January 13, 2018

SEKURANG KURANGNYA UMNO MESTI BUKTIKAN NIATBAIK KERJASAMA DENGAN PAS...

Atas kertas atau turun padang umno lebih mudah menang PRU jika mengambil langkah seperti harapan rakyat...

Harapan tiga penjuru dan bergantung harap dengan PAS tidak boleh dengan hanya tangan kosong..

Langkah Pertama: copy paste ikrar dan manifesto PH yang telah digarap dengan baik  dan laksanakan, jika tidak dapat dilaksanakan sekarang, ikrar dan janji sahaja selepas PRU...
Kalau PH janji GST 0%...BN boleh janji -0%

Langkah Kedua: Lantik Hadi sebagai TPM II.



















MAHATHIR CALON PM - PEMIMPIN UMNO BERTELAGAH, BERCEMPERA..


Pemimpin umno ini selalunya celupar, tetapi apabila dia bercakap benar, kena sokong...




Friday, January 12, 2018

DAP ITU KAPIR SATU PERSEPSI YANG SALAH..

KEMASKINI:

1) Pencalonan Tun sebagai PM membantu mengukuhkan nilai ringgit (RM).






POSTING ASAL:

Berhati hatilah mengkapirkan DAP..
Takut takut kapir itu kembali kepada kamu..
Kenapa perlu berhati hati (?)
Apa keperluan fardhu kifayah daripada orang Islam lain terhadap DAP khususnya dari PAS dan BERSATU...

Bagi mereka yang minat membaca, berlapang dada dan bukan dari langau.. Secara rasionalnya boleh memberi pandangan yang positif atau menyegarkan minda, jauh dari ketaksuban politik semata mata..

https://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.roketkini.com/2015/10/27/antara-persepsi-salah-dan-dilema-melayu-dalam-dap/&ved=2ahUKEwjfpN_C6dPYAhUJqY8KHaacDBAQFjAAegQIDxAB&usg=AOvVaw3DDQVi4BXJjqtNrH4xYDL5

http://ismadhl.com/2016/07/05/risalah-bertajuk-dap-kafir-harbi-atau-zimmi-bukan-milik-isma/

https://suaradarigunung.wordpress.com/2011/04/20/antara-muslim-fasik-dan-kafir-mana-lebih-baik/amp/

http://wabillahagro.blogspot.com/2018/01/mengapa-persepsi-dap-anti-melayu-anti.html

Dan banyak lagi..



Pembuka kata..
Umno sendiri diduduki ratusan ribu orang kapir di dalamnya (?)

SAMBUNGAN...

Setakat mana DAP anti Islam anti Melayu? Mana sumbernya? Sekadar jeritan umno?

Kita tidak boleh lari dari Perlembagaan Negara dan Rukun Negara sebagai asas kenegaraan. Kita biasa dengar Demokrasi Berparlimen Raja Berpelembagaan.

Anti Melayu Anti Islam bererti melanggar perlembagaan dan tindakan undang² kena diambil, setakat mana dan sudah berapa kali umno mengheret DAP ke muka pengadilan?

Umno jangan berbohong berkali kali pada semua masa dan selamanya kerana pembohongan itu mesti ditolak sekarang.

Satu contoh tentang Islam di PP...Kerajaan Negeri Johor telah senaraikan lebih dari 16 penceramah ugama Islam yang dilarang untuk berceramah di sana...
Apabila dirujuk senarai itu kepada kerajaan PP, tegas guan eng "ugama kamu adalah ugama kamu"...dan apabila dirujuk kepada Mufti PP..jawapannya tiada larangan..
Siapa sebenarnya menghalang perkembangan syiar Islam (?)

Apakah kita tidak malu situasi seperti ini, sesama umat Islam berlaku..

Tegasnya kesalahan DAP harus bersandarkan kesalahan undang² yang perlu dibuktikan dan semua pihak bebas dan dibenarkan mempunyai prinsip, dasar, objektif selagi tidak bertentangan perlembagaan.

Apakah sekadar pemimpin DAP melaungkan hak kaumnya maka wajar dia dilabel antiMelayu antiIslam.
Kalau begitu bagaimana mca, mic, umno dan gerakan?

Ahli DAP juga ada orang Melayu dan Islam, apakah mereka dipukulrata kapir? Dapigs? Anti Islam? Anti Melayu?

Bersambung...

TAJUK INI AKAN DISAMBUNG PADA MASA HADAPAN UNTUK PERBINCANGAN - SEKARANG KEKANGAN MASA.
HARAP MAAF






# komen murahan tidak akan disiarkan

BANGSA JOHOR MESRA DAP


Bangsa Johor terutama Melayu sangat rapat dikaitkan dengan umno, persepsi itu hanya tepat 10 tahun dahulu dan sebelumnya.

Perubahan perjuangan umno sekarang berasas kepentingan individu yang melampau dan ini sudah tentu diambilkira oleh semua bangsa Johor.

Umno Johor sendiri mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza dengan kepimpinan najib tetapi masih mempertahankannya secara berpada dan bersempadan.

Bagi menjaga muafakat bangsa Johor, itu yang jadi keutamaan, kerajaan negeri dilihat matang dengan tidak memberi tekanan kepada mana² pihak yang menukar dan memilih wadah lain selain umno.

Lagipun umno johor tidaklah boleh lagi berbangga sangat kerana exconya terbabit rasuah perumahan dan ada juga nama MB turut terkait.



Jika PH ambil alih johor dan pusat sudah tentu banyak lagi kes yang terdedah.

Jelas, BERSATU dan AMANAH diterima dengan baik dan meluas menembusi gugusan felda dan lubuk² umno, sekaligus mula memahami DAP dengan lebih baik. Cerita lim kit siang akan jadi PM sudah muak untuk bangsa Johor yang mendengar momokan umno tersebut sejak puluhan tahun..

Najib dan umno serta umno johor kena ingat dan patuh, johor bukan negara teleban.

Kemesraan bangsa Johor kepada DAP samada secara langsung atau tidak sedang berlaku, jika bohong, masakan umno johor sudah mula kemamar

Satu kepastian, parlimen johor baharu di PRU14 bukan lagi milik umno samada Shahrir bertanding atau tidak. Shahrir menang masa lalu bukan semata mata atas undi Melayu.

http://puteramariam.blogspot.com/

Thursday, January 11, 2018

ANDA JANGAN TERKATEGORI OTAK SELUT, BANKRAP POLITIK






Atau langau politik yang secara fitrahnya memang suka mengemuruni, menyokong mereka yang berkuasa dan korup dalam hubungan dua hala.

Ada yang terlebih sudu dari kuah, lebih fitnah, lebih ganas, lebih kaut.

Boleh dinilai melalui tindakan, ucapan atau tulisan hingga memudaratkan pihak lain.

Na'uzubillah min zalik

POLITIK RUMAHTANGGA







Wednesday, January 10, 2018

SIAPA NAK SELAMATKAN UMNO (?)

MUKADDIMAH AWAL: Jangan main main dengan Pakatan Harapan - no wonder umno takut.




Dalam keadaan umno sendiri tidak pasti mereka boleh menang atau kalah di PRU14, umno masih ada hati nak bercakap soal nak menyelamatkan Melayu dan Islam (?)

UMNO bukan pembangkang, sebagai kerajaan, tugasnya melaksana, bukan berikrar berjanji macam baru nak dapat kuasa.

Sepanjang era paklah hingga najib yang meliputi 15 tahun sepatutnya sudah banyak perkara tentang Melayu dan Islam dimartabatkan dan jika ianya benar terlaksana sudah tentu orang Melayu dan Islam akan mempertahankannya, menyanjung dan menatang seperti minyak yang penuh, tak perlu rayu.

Tetapi apabila tv3 siaran tak laku, utusan malaysia gersang pelanggan - bukankah itu antara petanda umno sekarang sedang ditolak oleh bangsanya sendiri...

Adalah lebih baik pemimpin umno bekerja keras dan fokus kepada saki baki yang masih support selamatkan umno di PRU nanti....daripada buang masa berhujah kosong nak selamat Melayu dan Islam sefangkan peluang sudah dibeti berulangkali.

Cash is king, jangan yakin sangat.




JAWAB IKUT SAOLAN

Baik Menteri atau pemimpin terutama pecacai, belajar dari Rafizi macamana menjawab saolan dengan baik dan sempurna supaya mudah difahami.

Bukan lain yang ditanya, lain dijawab..
Bila minta bukti... Habuk pun tak ada.





# Ini satu lagi pemimpin yang rakyat suka, berkata benar dan memahami persoalan.



INI JAWAPAN UNTUK MEREKA YANG FITNAH TUN


Mereka yang berjuang di atas kebenaran berusaha dan merancang kemenangan.
Samada kalah atau menang, mereka tetap mendapat ganjaran pahala dan kebaikan.

Kerajaan yang zalim, samada mereka menang atau kalah, mereka tetap dalam dosa, kerugian dan dimurkai Allah dan Rasul.

Wallahua'alam.

# Walaupun berbeza parti, musuh tetap hormati dan segani atas kebenaran...


# Bukan sekadar difitnah...



Tuesday, January 9, 2018

SEBUT DAP, MELAYU KECUT..

Tak berani puji walaupun pada perkara yang baik..
Takut berdosa kot....
Takut kena kutuk kot....
Rasa tak beriman kot..

Yang handal..
Benci 100%..semua perkara
Prasangka 100%..semua buruk semua negatif..
Sendiri takut..kemudian takut² kan orang lain..

DAP itu siapa sebenarnya..
Sekeliling kita..
Jiran kita..
Kawan kita..
Tauke kedai..
Majukan kita..
Termasuklah...
Yang kita terima rasuah dari mereka..
Yang kita korup bersama..
Yang kita kayakan mereka..

Banyak lagi..

10 orang cina, 9 sokong DAP..



PEMUDA AMANAH DAN DAP POLITIKNYA JELAS

Pemimpin umno berbulu kali ini dengan Jamal:







Di momok sebagai abang long, di tuduh dominan, di fitnah lim kit siang bakal PM, apapun peringatan DAP kepada komponen wajar membuka mata.



Pembahagian kerusi, yang dapat tu belum tentu menang..

Akhirnya semua kena buat kerja untuk menangkan calon Pakatan Harapan.

BERSATU mempunyai tanggungjawab berat kerana majoriti 52 kerusi adalah lubuk umno, majoriti pengundi melayu.

Keberangkalian calon BERSATU menang tidak lebih 10 kerusi kecuali ada isu besar dan tsunami Melayu - keberanian sebegitu selayaknyalah Tun mengepalai perang pilihanraya kali ini.



Saolan provokasi media regim najib untuk memerangkap lim guan eng tentang pembahagian kerusi dan pecalonan Tun tidak kesampaian apabila dijawab secara bijak.









PETANDA UMNO AKAN KALAH MUNCUL DEPAN MATA..

Ramai pemimpin dan menteri umno mula membuat ramalan masing² tentang apa yang akan Tun lakukan selepas PH menang PRU dan nobatkan Tun sebagai PM ke7...

Dari pemimpin dan menteri mereka sudah ke arah menjadi nujum. Jelas mereka sangat yakin umno tertiarap kali ini.

Hakikatnya mereka yang rapat dengan najib pun tak tahu dan tak boleh ramal tarikh parlimen dibubarkan tiba tiba boleh pula ramal apa yang Tun akan lakukan.

Inilah mentaliti sakit yang ditunjukan oleh mereka.

Hakikatnya pemimpin yang ada sekarang dulunya patut menuntut ilmu dari Tun tetapi lebih berebut jadi pengilat kasut Tun, jadi apalah sangat yang mereka tahu tentang membina negara.
Mereka lebih tahu hanya tentang politik mencuri wang rakyat.

Monday, January 8, 2018

PEMIMPIN UMNO DAN BN TAHAN SELERA DAN KEMPUNAN NAK TUKAR PM

Bukan tak ada calon yang lebih bersih dari Najib seperti zahid, hisham, ku nan dan kj..apakan daya siapa yang berani bersuara.
Dari awal lagi jawatan "Presiden" dibeku dari pertandingan.
Demokrasi sudah mati di BN.

Suka atau tidak kenalah juga "yes" walaupun satu dunia sedang ketawakan umno yang diwakili kleptokrasi sebagai PM.

Ini tidak berlaku dalam PH, PM dipilih oleh majlis presiden.

TUN M CALON PM PH - KEMUSNAHAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG ADA AGENDA PERIBADI DAN KRONI...

Mereka yang menolak pencalonan Tun M langsung tidak mempunyai asas yang kukuh...

Pencalonan datangnya dari Majlis Presiden, kalau tidak dihormati dan disantuni, apa guna berpakatan dan bermuafakat.

Rakyat tidak perlu ubah kepimpinan sekarang (umno) kalau mereka mempunyai akhlak Islam dan amanah.

Akhlak Islam juga bukan bermaksud seperti lobai², PAS hanya melahirkan pemimpin  yang ditaksub di kalangan mereka sendiri sahaja. Di peringkat nasional dan antarabangsa (majmuk) mereka jadi kaku dan beku.

Kini terpalit dengan isu 90J  yang belum disucikan dan kemewahan mengejut beberapa pemimpinnya menjadikan PAS juga tidak layak lebih-lebih mempersoalkan calon PM dari PH.

"MAKAN RASUAH TU SAMALAH MACAM MAKAN BABI" - ketegasan itu keluar dari mulut Tun, bukan dari mufti, najib atau pas.

Tun M tinggalkan jawatan PM bukan atas desakan, bukan kerana dipecat dan bukan juga kalah pilihanraya tetapi meninggalkan ketika Malaysia gilang gemilang makmur.

Selepasnya, jatuh di tangan pelingkup.

Siapa lagi yang lebih layak untuk bangkitkan semula apa yang sudah dibina, sudah tentu selayaknya dari arkitek, kejuteraan serta kepimpinan yang sama.

Yang masih berhingus, akhlak pun tak seberapa, amanah pun mudah cair patut ada rasa malu bila nama cuba dijulang sekadar penyokong sendiri.

Kita tidak mahu setiap sandiwara, persepsi "anwar" atau "dedak" di belakangnya ujud lagi. Cukup-cukup lah.



http://www.milosuam.net/

MCA memaparkan pembohongan pemimpin umno. DAP bukan dominan.

SETAKAT MANA PH RETAK (?)

Dalam perundingan, untuk memuaskan hati semua pihak ia harus ujud tidak puas hati pada semua pihak - itulah kesempurnaan sebuah perundingan lebih lebih lagi berasas kepada pelbagai latarbelakang politik.

Kiris dalaman dalam PKR bukan perkara baru, sesama mereka bercakaran. Ezam orang luar yang membuat kenyataan menyokong azmin sebagai PM tidak lebih dari agen provokasi khas dari regim yang menyusup.

Keinginan azmin untuk menjadi PM sangat bagus, ia bukan sekadar kerana sokongan orang kuatnya tetapi harus datang dari komponen yang lain juga.

Peliknya juga bukan pada komponen lain tetapi pada PKR sendiri, mana nak letak wan azizah dan anwar (?)

Begitu juga dengan AMANAH, yang tercucuk dik provokasi PAS yang sering memperlekehkan mereka.

Di BERSATU dan DAP sendiri lambat laun akan ada suara sumbang kedengaran.

Oleh itu apa juga suara yang keluar dari komponen Pakatan Harapan terutama jawatan dan kerusi sekadar masih dianggap ribut dalam cawan.

IA HANYA SATU PERMULAAN YANG TERBAIK TETAPI MASIH BANYAK LAGI ISU YANG AKAN MELALUI PERUNDINGAN MENGURANGKAN JURANG PERBEZAAN HINGGALAH KE TARIKH MENGUNDI.

Kalau ada yang meroyan di luar komponen, itu tugas mereka.





PAS SUSUN STRATEGI UNTUK KALAH...

Sampai sekarang ada dengar, ada nampak PAS sebok dengan bilik jentera pilihanraya (?)

Di Kelantan, pacak tiang bendera pun dah malas..

Pucuk pimpinan di atas buat apa(?) Serang PH...

I


AYAM SABONG BERTEMPIARAN BILA AYAM PENCEN MASUK GELANGGANG...

Kebanyakan blog dan media pro PH membuat ulasan dan tulisan secara santai dan ringan hari ini, meraikan kemuafakatan.

Berbeza dengan blog regim najib dan hadi yang berhempas pulas sejak semalam bekerja keras membuat ulasan dan memetik komen pemimpin dan pak menteri.

Tidak ada yang berjiwa besar untuk bersaing secara sihat sebaliknya membuat kenyataan² yang remeh keanakan.
Mereka tertipu dengan media mereka sendiri yang membayangkan PH tidak akan mencapai kata sepakat.

Hati mana tidak terlerai, jantung mana tidak gugur kerana apa yang mereka takut, gerun dan cuba elak menjadi kenyataan.

STRANDED








Layar dikembang, sauh dilabuhkan - najib !!!

VS

Selamatkan Malaysia Dari Kleptokrasi - PH



Sekutu MO1












Sunday, January 7, 2018

KERJASAMA ANWAR MAHATHIR SUKSES - HADI DAN NAJIB TIDAK PATUT BERLENGAH LAGI...



Terima kasih kepada Azmin, otai² reformasi, kepimpinan AMANAH diketuai Mat Sabu, Muhyiddin dan keluarga lim kit siang dan doa² semua penyokong PH.

Terima kasih juga kepada regim, puak, gerombolan dan anasir yang cuba menghalang kemuafakatan PH - asakan mereka membuktikan gandingan Tun dan Anwar nyata sangat digeruni.

KOSONG UNDI KEPADA BN DARI KAUM INDIA

KETAKUTAN AMAT SANGAT REGIM NAJIB, DEDAK UNTUK SPIN..





DISOGOK DEDAK BUKAN FITNAH.. AZWAN PUN DAPAT




Bila lagi orang Melayu nak hijrah...



Wanita PH menjadi tonggak paling jitu dalam berpolitik dan turun padang, door to door..



Hisham pun ada juga !?


Pukulan maut untuk be-end






Dengan DAP hanya 35 kerusi Parlimen mana mungkin DAP mendominasi PH dan lim kit siang jadi PM.
Pembohongan paling besar hadi dan najib, umno dan pas.










TEAMWORK MAHATHIR ANWAR - Bagai Sirih Pulang Ke Gagang


Saturday, January 6, 2018

SAYA BANGGA PM SAYA SONGLAP


Perkembangan mutakhir Pakatan Harapan membayangkan semua perancangan berjalan lancar, pengagihan kerusi dan calon PM juga menuju tahap persetujuan bersama.

Ada beberapa protes kecil berhubung pengagihan kerusi sebagai perkara biasa kata Presiden Amanah.

Sudah tentu perkara ini akan disemak semula untuk perubahan kecil bagi meredakan dan melegakan semua pihak.

Apapun outcome nya, masih ada ruang menguatkannya dengan mesyuarat dan perjumpaan akan datang dari masa ke semasa sehingga tarikh mengundi.

NIK AMAR DAH DAPAT PENYAKIT

Selepas melayan acuh tak acuh orang asli Gua Musang, PAS kini berdepan pula dengan orang siam kelantan.

Sudah tentu berbeza dengan Tun yang menyelar lanun bugis kerana ada yang menggembar gembur dirinya pahlawan bugis. 

Sedangkan Mahfuz langsung tidak menyentuh pun soal siam dan sebagainya.

Apa cerita dan isunya:

http://www.ekeleh.com/pondan-siam-masyarakat-siam-kelantan-kecil-hati/



DENGAR BAIK² - JANGAN ADA AGENDA LAIN



SUARA KETEGASAN KEPERLUAN TUN CALON PM PH SANGAT JELAS

Tiada bantahan dari AMANAH dan DAP adalah asas yang sangat kuat tetapi pandangan PKR boleh diambilkira selagi tidak menjejaskan missi menumpaskan umno dan selagi tidak memberi ruang kepada musuh untuk merobek kelemahan ruang tersebut.

Ketegasan tersebut merupakan suara majoriti di media pro PH.

Lebih penting ia dipersetujui oleh Tun sendiri bagi memudahkan beliau menerajui strategi.






TENTANG PAS, BIAR MANTAN STORYKAN..




https://alhusseyn51.blogspot.my/2018/01/pemimpin-pas-bodoh-sombong.html?m=1











Juga sedikit info tentang dacing dulu dan sekarang...berhati hatilah, kuat betul menipunya.




Friday, January 5, 2018

PEMIMPIN LENA RAKYAT SUSAH - KEDAH PERLU BERUBAH


Bukan seperti BRIM, telor sebiji riuh sekampung, dapat setahun sekali, canang hari hari..

IPR Inisiatif Peduli Rakyat yang dianjurkan kerajaan Selangor mengandungi puluhan inisiatif yang menepati sasaran..
http://ipr.selangor.gov.my/


Satu model perlaksanaan hasil negeri dikembalikan kepada rakyat, (bukan janji kosong) yang diiktiraf dunia (PBB) dan ada yang sudah ditiru pada bajet 2018 kerajaan pusat.


Program yang sama juga ujud di Pulau Pinang dan dipantau keras oleh Ketua Menteri.


Mana² wakil rakyat yang cuai di kawasannya dalam soal kebajikan rakyat akan disekat disejukbeku. Peranan itu (delivering) diambilalih oleh wakil rakyat lain.

Dasar dan program bukan sekadar indah dikertas atau cantik dalam persembahan tetapi perlaksanaan mesti sampai 100% kepada rakyat tanpa kerenah birokrasi dan korup di pertengahan.

The best, cerita banyak pun tak guna, tanyalah sendiri rakyat Selangor dan Penang, apakah mereka mahu terus kekal makmur dan terbela atau menjemput perompak masuk ke dalam rumah.

Rakyat Johor, Kedah, Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia, jom berubah, jangan lagi termakan janji² retorik, sekadar kulit demi Melayu dan demi Islam tetapi isi di dalam demi perut dan kroni sendiri.

Masih belum terlambat.


# Negeri² miskin seperti Kedah, Perlis, Kelantan sangat memerlukan program IPR ini bagi membantu rakyatnya.

Thursday, January 4, 2018

AZMIN CALON KEJUTAN


Berdasarkan perakuan Anwar http://www.keadilandaily.com/amanat-anwar-menjelang-konvensyen-pakatan-harapan/, penamaan calon PM Pakatan Harapan tidak akan menghadapi apa² pertelagahan malah Tun sendiri berjanji akan akur dengan keputusan empat parti.

Calon teratas paling layak elok dinamakan Tun sebagai PM dan Anwar sebagai Timbalan.
Calon layak yang paling sesuai elok dinamakan Muhyiddin sebagai PM dan Azmin sebagai TPM.
PH jika ingin membuat kejutan boleh namakan Azmin sahaja sebagai calon PM.

Siapapun yang dinamakan, Regim parti najib dan parti hadi sudah tentu akan mengorek dan menyulitkan calon tersebut dan dipalitkan dengan pelbagai tuduhan dan skandal  hingga nampak buruk, huduh dan hina. Itu tidak dapat dIelakan.

Sebab itulah calon yang paling tahan dan kalis peluru adalah Tun Dr Mahathir dan kelayakannya bertambah kerana mampu jawab dan membalas balik semua tuduhan.
Tiada kepentingan diri, tiada korup dan tiada skandal kecuali yang akan direkacipta...
Kelayakan berganda kerana berani disiasat, ditangkap, didakwa dan ke mahkamah..

Perjuangan Tun sekadar mengisi saki baki usia mencari keredhaan PenciptaNya... sanjungan manusia dari rakyat, pemimpin atau sultan bukan yang dicarinya.

Apapun PH tidak ketandusan calon.




SURAT TUN DR MAHATHIR KEPADA UTUSAN ..

Pelbagai bentuk serangan termasuk laporan polis dibuat oleh pemuda umno dan umno pulau pinang ke atas Tun Dr  Mahathir kerana mahu menggulingkan PM,

Rakyat berharap PDRM bersabar dalam menghadapi kerenah dari regim yang desperado dan takut bayang² sendiri.

Ada berjuta lagi netizen yang sebenarnya menunggu untuk melucutkan jawatan PM dari najib dan tarikh itu akan ditentukan oleh najib sendiri mengikut perlembagaan.

Begitu juga diviralkan Tun mengkafirkan Hadi ??? Hakikatnya Tun hanya mengulas semula amanat Hadi 1981 yang kini dijilat semula oleh Hadi..

Tanpa segan silu dan tiada rasa takut, mereka spin semata mata sekadar ingin meraih sokongan dunia...cukup palat.






# admin tidak dapat kenalpasti kesahihan surat tersebut.

Wednesday, January 3, 2018

ORANG UMNO, BEKAS ORANG UMNO MEMANG TAK BERSELERA PUN DENGAN PAS...


Kalau umno tak serang pas, jangan pula di anggap orang umno akan sokong dan undi pas secara ikhlas di hati.

mantan umno yang sudah sokong PH lagi lah tentu lari bila sebut nama pas.

PAS tak perlulah complain kalau Tun serang mereka, kalaupun lebih banyak dari umno, sememangnya pas lebih teruk dari umno..bukan sekarang sejak dari dulu.

Umno terhegeh hegeh mesra pas semata mata kerana terdesak, terpaksa untuk memastikan undi penyokong pas tidak lari kepada PH. UMNO sangat memerlukan tiga penjuru. Perpaduan umah bagi menyedap telinga penyokong.

Semua itu ini pemimpin PAS tahu.... UMNO dah insaf dan perjuangan dah sokong perjuangan Islam (RUU355) kata PAS bagi menyedap hati penyokong.

Najid bugis  jual melayu, hadi jual ugama, mufti membisu - memang ngam.

Umno tahu jika tiga penjuru, kemenangan adalah miliknya dan PAS juga sedang pasang angan, menang lebih 40 kerusi, umno akan melutut UG dan Hadi Awang jadi PM.. Kalau Hadi terlalu tua, yang paling layak adalah Nik Amar.

Zahid dan Tuan Ibrahim, senasib - kebetulan mereka kalah!!!!!

Sebagai mantan umno, bukan sesuatu yang asing bila PAS diserang, bukan tak ada sebabpun. Bila ada perkhabaran Tun dicalonkan PM semula, apa kata PAS - senada dengan umno "kutuk Tun".
Bila kena serang balas dengan Tun memanglah huruhara macam dilanda ribut...

Hadi awang dan pas adalah pengkhianat, betul sekali dan tepat.

Istilah mudah...jangan jolok sarang tebuan !!!


Lesson 3. Check ur fact before u attack.


PRU SELEPAS PERSEMPADANAN !!!

Menyusup masuk ke jentera pilihanraya umno di peringkat negeri dan mendengar sendiri dengan mereka yang terlibat..

PRU jangka Mei atau semestinya selepas persempadanan semula diwarta dan akan digunapakai untuk memastikan BN menang dua pertiga majoriti..

Jika di adakan sebelum persempadanan semula, BN masih boleh menang tanpa pasti dua pertiga.

Setiap Bahagian sekarang sedang mengenalpasi atau lebih tepat membuat bajet pengagihan dan pembelian - jumlah no problem - janji menang.
Sekarang ditahap delivery strategi.

UG dengan PAS hanya selepas PRU kerana umno memerlukan tiga penjuru.

Keseluruhannya NO WAY PAKATAN HARAPAN BOLEH MENANG.




# ??





Tuesday, January 2, 2018

MUSUH UMNO..DEPAN MATA

Pencalonan semula Tun sebagai PM sangat menggugat umno. Itu mampu menyebabkan PH bukan sahaja menang tetapi menang besar dan yang kalah besar adalah umno.

Pencalonan semula Tun sebagai PM akan mengkucar kacirkan kesetiaan ahli umno kepada Najib..
Rakyat juga akan lebih yakin dengan PH.
Track rekod kejayaan 22 tahun adalah sandaran Tun kepada rakyat dan ia tidak mudah dipadamkan sekadar pembohongan dan fitnah yang cuba dilakukan terhadap Tun.



Segala cubaan perlu dibuat atas dua perkara terkini terbesar..
Membatalkan pendaftaran BERSATU atau tidak meluluskan  pendafaran PH dan 
Menggagalkan usaha mencalonkan Tun sebagai PM semula.

Jika kedua-duanya gagal dihalang, umno akan menerima malapetaka besar.

KJ SANJUNG TUN



Apa kata Kj...

https://www.bnbbc.my/ketidaktentuan-politik-jika-rakyat-pilih-pembangkang/

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1424033

Klik link dan bacalah.. Nilai tahap pemikiran sayap pemuda regim najib.

Apa yang mahu diulas adalah keyakinan umno bahawa PH mampu menang dan membentuk kerajaan baru - itu sesuatu yang cukup penting sebab Kj pernah memberi amaran supaya umno tidak memperkecilkan keujudan BERSATU dipengerusikan Tun.

Atas keyakinan itu Kj cuba menggambarkan pencalonan Tun sebagai PM akan menggugat kestabilan politik kerajaan baru PH hingga menakutkan pelabur - sekali lagi Kj menggambarkan kemampuan Tun mengemudi PH membentuk kerajaan baru.

Tidak pula Kj sebut atau sedar bahawa di kalangan pemimpin kerajaan baru, mereka berebut rebut menamakan pemimpin² kerajaan lama yang korup untuk ditangkap, disiasat, didakwa...
Bukankah nama Kj juga bakal disebut pada kes korup Kementeriannya sendiri dan adakah itu yang sebenarnya ditakuti (?)

Jika sikorup dan pengkorup dibersihkan, apakah itu akan menakutkan pelabur (?)




Monday, January 1, 2018

PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN BERSATU TIDAK SAH (?)

Begitulah yang dianginkan oleh beberapa suara termasuk yang keluar dari BERSATU dan mereka menggesa ROS bertindak.

Antara sebab yang dikatakan tidak sah adalah berkaitan cawangan dan bahagian yang belum atau tidak mengadakan mesyuarat agung cawangan.

Agak sukar untuk dipercayai PAT itu tidak sah memandangkan mereka mempunyai beberapa peguam dan cerdik pandai undang² untuk memberi nasihat pandangan.

Dari carian google juga tidak kedapatan hujah² bernas atau ulasan berhubung PAT yang tidak sah.

Adakah ia sekadar suara iri hati melihat BERSATU tetap kukuh dan segar sedangkan umno sudah dilayang kad merah.






Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...